Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 172 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 278,并在 马来西亚 地区排名第 897 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 172 名订阅者。
根据 03 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -271,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.66%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 04 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 172
订阅者
-1224 小时
-737 天
-27130 天
帖子存档
35 178
Eh lagi 2 jam lagi untuk kalian dapatkan kelas tulis Content SALES dengan harga RM89! Mula jam 12 tengah malam dah naik ke RM129 gais! Klik sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm
35 178
Waktu aktif orang di Malaysia bermain media sosial ialah sekitar jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam.
Dah tak ada waktu premier macam dulu, kan dulu ada jam 12 tengah hari lah, 3 petang lah, 8 malam lah.
Sekarang tak ada. 7 pagi sampai 10 malam itu ada 15 jam. Ha tulislah, uplah sampai pengsan. Ok je nak up iklan ke crowd ke side ke semua hokeh ajee
35 178
Hari terakhir gais untuk dapatkan harga RM89. Mula 12.00 malam ini harganya naik ke RM129.
Kelas pada 14hb ini insya-Allah.
Content Sales Mastery.
Mari sama-sama belajar untuk:
- belajar copy writing untuk produk / perkhidmatan kalian.
- bagaimana nak visualkan emosi untuk produk dan perkhidmatan kalian.
- bagaimana nak tulis ayat "apabila orang baca, orang terus beli?"
Jom gais! Klik sini ya!
https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm
https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm
https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm
35 178
Ada 10 Perkara Yang Beri Anda Respek Dalam Apa Jua Hal.
1. Tepati masa. Jumpa kawan, mesyuarat office, apa sahaja yang penting atau tak, jika menjaga masa, kalian akan dapat hormat yang sangat tinggi.
2. Etika. Waktu berkawan waktu kerja waktu keluarga, ada etika tersendiri. Waktu kerja, onkan etika kerja, offkan hal keluarga. Waktu berkawan, offkan hal kerja.
3. Berusaha. Bangun, bekerja, fikir, dan push sampai limit. Kalian akan dapat hasil apabila banyak mencuba dengan berbagai cara.
4. Energetic. Sentiasa bertenaga untuk lakukan kerja. Bukannya lemah, lembik dan tidak ada upaya berbuat sesuatu.
5. Menunjukkan minat dalam banyaknya hal. Kurang komplen, terus kepada solusi dan berusaha sebaiknya dalam menguruskan sesuatu hal.
6. Menunjukkan body language yang betul. Terutama apabila melakukan kesilapan dan kesalahan, inilah waktunya respek akan diambil kira dalam sesebuah hubungan kerja atau dalam keluarga.
7. Boleh ditegur. Orang yang boleh mengambil teguran biasanya orang yang boleh baiki kesilapan dengan baik dan cepat.
8. Boleh diajar. Orang yang sanggup jadi botol kosong walau sudah ada sijil bagai, kemudian botol itu diisi dengan banyaknya ilmu, pengalaman, sabar serta tenang dalam belajar adalah orang yang akan dapat hormat yang tinggi.
9. Suka dalam keadaan bersedia untuk apa sahaja keadaan. Tak suka banyak tidur atau banyak berhibur. Hanya dimasukkan % yang kecil untuk berehat, berhibur dan bersosial. Lebih suka siap sedia menambah ilmu dengan banyaknya membaca dan menyertai kelas dan program.
10. Suka buat sesuatu dengan ekstra. Jika diminta buat 1-1 hal, mereka ini akan kreatif buat dengan jauh lebih baik. Beyond the expectation kata orang putih.
Begitulah.
Zaman ini zaman orang bersembang cakap pumpang-pumpang untuk dapat respect. Namun kawan-kawan, untuk dapat semua itu, mesti selari dengan perbuatan.
Penghormatan akan diberi oleh semua orang apabila kita banyak berbuat dari banyaknya bercakap. Ia semulajadi, bukan dibuat-buat.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sedang usahakan.
35 178
Soalan: Adakah letak testimoni di media sosial berkesan?
Jawapan: Ya, berkesan.
1. Pastikan testimoni itu betul dan sahih.
2. Review testimoni tersebut dengan baik dan tersusun.
3. Sama ada mahu guna testimoni sebagai hard sell atau soft sell, itu terpulang kepada produk. Biasanya produk kurus, ubat kuat, produk kesihatan sangat suka hard sell tentang testimoni.
Namun ada juga penjual / peniaga tudung, fabrik serta kain suka menggunakan testimoni di dalam cerita (soft sell).
4. Hanya perlu 1 atau 2 kali seminggu sahaja dimuat naik. Paling penting ialah awareness dan juga promosi.
5. Buat susunan posting supaya di wall lebih banyak kisah kehidupan berbanding menjual dan memuat naik testimoni. Terus kekalkan akaun personal ini sebagai pemilik bisnes, bukannya kedai.
#RahsiaPenulisanBerpengaruh
35 178
Kawan-kawan yang nak belajar tulis copywriting, tulis ayat jualan dan tak berjaya grab harga promo yang berakhir semalam, kalian masih boleh dapatkan dengan harga istimewa ya.
Semasa PKP ini kami banyak beri diskaun supaya kalian juga rasa lega. Harga asal kelas ini RM299. Kini hanya RM89 sahaja. Para Affiliate boleh guna link sendiri, dapat lagi potongan okeh!
Klik sini ya:
https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm
Harga RM89 ini hingga 10hb sahaja. Selepas itu akan naik ke RM129!
35 178
Apabila nak buat jualan, terus buat iklan. Tak perlu berbelit-belit kena buat soft sell begitu begini.
Dari 2016, kebanyakan orang dah mula faham tentang satu-satu produk. Mereka hanya mahu terus beli.
Lihat bagaimana penerangan ringkas di dalam Lazada dan Shoppee, tiada unsur soft sell langsung. Caranya ialah:
Letak produk,
Letak harga,
Letak CTA.
Cuma kita perlu tahu beberapa perkataan yang boleh buat orang beli barang kita. Susunan ayat #content tersebut boleh menyebabkan orang membeli (closed sales) dengan mudah. Ia adalah:
Percuma!
Segera!
Lekas!
Cepat!
Rahsia!
Jangan ketinggalan!
Tinggal 2 unit lagi!
Mudah!
Hari ini sahaja!
Klik segera!
10 perkataan ini kalian perlu susun betul-betul sebelum CTA. Ia seolah memberi arahan kepada pembeli dan ianya membantu menaikkan jualan. Cubalah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM
35 178
Beza orang berjaya dengan orang gagal ialah:
1. Orang berjaya dia tak peduli tentang besar atau kecil masalah tersebut, yang dia tahu ialah selesaikannya.
2. Orang berjaya biasanya ada prinsip. Prinsip untuk marah, prinsip untuk bertegas, prinsip untuk berubah, prinsip untuk terima dan beri teguran. Orang gagal pula, dia akan sentap apabila ditegur, marahnya berlebih, merajuknya mengada-ngada dan berubahnya banyak ke arah tak elok.
3. Orang berjaya dia melihat peluang apabila ada halangan, cabaran dan rintangan, sedang orang gagal dia nampak dia gagal apabila terbentang banyaknya cabaran.
4. Orang berjaya banyak baiki diri, muhasabah, tengok diri, cermin diri, sedang orang gagal semuanya menyalahkan orang, diri sendiri dianggap betul.
5. Orang berjaya dia tak tengok wall / posting orang gagal, dia hanya skroll dan baca apa yang dia rasa bagus sahaja. Toksik semua dibuang jauh. Manakala orang gagal, melihat posting orang berjaya dengan cebik mulut mengata dan menghina.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak berjaya lagi dan lagi.
35 178
5 jam lagi kami naikkan harga ke RM89!
Lekas grab gais! RM69 sahajaaa!
KELAS CONTENT SALES MASTERY
https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm
35 178
LAST DAY GAISSSS!!! Ruginya tak join. Teknik tulis copy writing untuk dapat SALES! 👆👆👆
35 178
Hari terakhir harga RM69!
12 malam ini akan naik ke RM89 ya. Hari ini masih RM69. Semasa PKP ini kami banyak beri diskaun supaya kalian juga rasa lega. Harga asal kelas ini ialah RM299.
Klik sini ya:
https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm
35 178
Sekadar nak beritahu,
Orang yang fikir lalu BERBUAT, dia akan dapat.
Orang yang tak habis FIKIR FIKIR FIKIR tanpa berbuat, dia akan berada di tempat yang sama sahaja.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangun!
35 178
1. Kebanyakkan orang yang sering bercakap kasar, mencarut dan sering marah, adalah orang yang tak boleh ditegur.
2. Dikatakan, sekiranya kita menulis 1 kali sahaja dengan ayat maki hamun di media sosial, kita akan sangat tidak rasional terhadap apa yang kita dengar dan baca, selalu tidak faham situasi dan apa sahaja masalah walau ia sekecil kuman akan jadi perkara besar. Untuk rawat itu semula akan ambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk kembali rasional.
3. Media sosial, ruang komen bersifat teks. Sekiranya kita komen secara kasar, mencarut, menghina dan berkata buruk, otak kita akan dikuasai oleh elemen negatif. Dan itu akan menyukarkan kita berfikir secara rasional, teks adalah perkataan yang kita bina melalui minda, ia adalah sebuah proses yang kompleks dan kita akan ingat bertahun-tahun.
4. Orang yang kerap marah terhadap 1-1 hal, akan menyebabkan organ dalam badannya mudah gagal, darahnya sering naik turun dengan tidak seimbang dan otak serta badannya sering stress.
5. Kebiasaannya orang-orang ini tak berani untuk menggunakan akaun media sosial yang real. Dia sendiri meletakkan dirinya dalam mood “selamat” kerana ingin melakukan perkara yang tidak baik seperti di atas.
Kita pilih kita mahu komen yang bagaimana. Untuk nak menegur orang buat salah dan silap, boleh sahaja menegur dengan ayat baik dan perkataan yang baik-baik.
Marahlah, tegaslah. Namun tidak guna perkataan kasar, carut dan maki. Ianya bukan sahaja merosakkan orang yang dihamun, namun ia sedang menjadi penyakit kepada yang sedang marah.
Begitulah. Semoga kita dapat kawal diri di media sosial. Ada benda kita boleh kutuk, ada benda kita kritik dan belajar.
Khairul Hakimin Muhammad,
Komen positif sahaja!
35 178
Kawan-kawan yang nak belajar tulis copywriting, tulis ayat jualan,
Lusa harganya akan naik ke RM89 ya. Hari ini masih RM69. Semasa PKP ini kami banyak beri diskaun supaya kalian juga rasa lega. Harga asal kelas ini RM299.
Klik sini ya:
https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm
35 178
Soalan: Saya tak akan cerita hal peribadi dalam Facebook saya. Itu hal saya yang saya simpan, tuan pula suruh cakap hal kehidupan, itu kan peribadi?
Jawapan: Apabila gunakan #content, ia tak jadi peribadi. Ia benda yang kita boleh kongsikan.
Contoh 1: Makan malam bersama keluarga.
Posting peribadi = selfie bersama keluarga, ambil gambar makanan, enjoy momen bersama anak dan suami.
Posting content = resipi makan malam tersebut. Boleh jadi ada 4 jenis lauk (boleh dapat 4 posting resipi yang berbeza).
Contoh 2: Urus anak ke sekolah.
Posting peribadi = ambil gambar anak depan sekolah atau depan rumah yang dah bersiap.
Posting content = beri teknik bagaimana mudah kejutkan anak dari bangun tidur, tips siapkan sarapan laju, resipi sarapan, tips jadi ibu yang serba serbi pantas buat kerja.
Contoh 3: Traveling sekeluarga.
Posting peribadi = selfie bersama keluarga, OOTD suami, anak, buat posting suka sana, happy sini.
Posting content = ceritakan budaya orang, itinerary, cara packing, lokasi menarik, aktiviti menarik dan sebagainya.
*
Peribadi = boleh jadi show off, hati-hati. Kita akan tonjolkan hal yang kita sendiri tak suka.
Content = perkara yang beri kesan baik. Ada 3 iaitu (biasanya salah 1).
1. Apabila orang baca, orang faham.
2. Apabila orang baca, orang buat terus.
3. Apabila orang baca, orang beli terus.
Impaknya itu kepada orang yang membaca. Ia ada kesan positif kerana bersifat to educate atau to inform atau to inspire.
Kita yang pilih apa yang kita nak kongsikan di media sosial. Bukan salah menyalah tanpa mencari solusi.
Nak duit berjuta, nak follower ramai, tulis perkara yang bermanfaat.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 178
3 hari lagi nak dapatkan harga istimewa RM69 untuk masuk ke kelas bina content copywriting. Nak sales lumayan, nak buat skrip sampai orang lain tekan terus beli, join kelas ini okeh. Klik sini okey! https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm
35 178
Kita ada masalah disiplin, apabila disuruh berhenti, kita pun cakap “rezeki Tuhan ada di mana-mana.”
Kita ada masalah komunikasi, masalah kerja, tak perform, selalu salah sana silap sini, lalu kena tegur, nasihat, kena marah, kena bising, kita pun merajuk, berhenti kerja dan cakap “rezeki Allah ada di mana-mana.”
Kawan-kawan,
Tak boleh salah guna ayat “rezeki Allah ada di mana-mana” untuk kejadian atau peristiwa yang kita sendiri pilih.
Kalau rezeki yang dah ada sekarang pun kita tak jaga baik-baik, takkanlah kita nak berharap rezeki yang lebih baik di tempat lain?
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar setiap hari.
35 178
Menjual di posting. Bukan di profile. Ini benda yang semua kena letak dalam kepala.
Bahagian yang nak dapatkan kepercayaan ialah:
Gambar cover - gambar kehidupan, bukan poster atau gambar produk.
Gambar profile - mesti seorang diri dan meyakinkan.
Nama - mesti nama orang. Bukan gabungan nama produk / kedai.
Text bio - mesti tulis apa kesukaan, minat atau hobi. Ia titik persamaan.
About - working, baru tulis apa yang kalian kerjakan / jual / posisi di tempat kerja.
Features photo - boleh campur produk dan kehidupan.
*
Ramai sangka apabila dia letak gambar produk atau poster di bahagian profile, dia akan dapat ramai follower.
Jujur saya sendiri tak akan add atau follow mereka yang buat setting begini.
Ingat, media sosial untuk kita berinteraksi. Jika kalian nak berniaga, posting tentang diri mesti lebih dari posting iklan. Orang nak tengok kalian punya kehidupan.
Dan sebagai orang yang bijak, susunlah #content yang bermanfaat. Bukan hal peribadi yang menjengkelkan.
Kena beringat juga bab keselamatan dan hal-hal peribadi yang tak perlu diceritakan. Sebab itu tulisan dalam bentuk content akan menyelamatkan kita.
Contoh mudah:
Jika suka memasak, buat posting resipi, bukan tayang pagi petang siang malam makan apa.
Jika suka berkebun, buat posting cara tanaman dan tunjukkan hasilnya dari selfie depan kebun, ladang setiap hari tanpa ada apa-apa kesan.
Jika suka kereta, tulis posting tentang hal kecemasan, tukar tayar, enjin, kegunaan itu kegunaan ini daripada show off kereta yang kita ada.
Dan banyak lagi.
Semua boleh kawan-kawan, kita yang susun semuanya. Selepas itu, susunlah posting iklan. Audien akan mula perasan “oh itu bisnes dia rupanya.”
Mereka akan lihat posting kehidupan kita sebagai asas percaya. Kemudian akan mula membeli sebagai tanda setia.
Dan kita, teruskan buat posting yang bermanfaat untuk mereka. Barulah follower naik ratus-ratus ribu dan jualan cecah juta!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 178
Kami buka 5 hari sahaja dengan harga RM69. Lepas itu harga akan naik.
Kelas Content Sales Mastery ini menjurus kepada bagaimana nak bina ayat menjual. Content bagaimana kita nak susun. Semua dalam kelas online.
Harga asal RM299. Kami kasi sempena PKP ini hanya RM69 (sehingga 7hb Nov). Lepas itu harga akan naik.
Tarikh Kelas: 14hb November 2020.
Masa: 10 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Masih boleh tonton selama 5 hari selepas kelas berlangsung. Kot ada yang tak dapat tengok secara live.
Topik:
1. Bagaimana nak target sales melalui jenis posting.
2. Bagaimana nak buat ayat suruhan, perintah. Dan apabila orang baca orang terus beli.
3. Bagaimana nak visualkan emosi dengan betul menggunakan ayat dan perkataan terpilih.
Ha gituh! Lekas beli di sini! Harganya akan naik lagi beberapa hari sahaja lagi!
Klik sini gais!
https://bykhm.onpay.my/order/form/218
https://bykhm.onpay.my/order/form/218
https://bykhm.onpay.my/order/form/218
