fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 242 مشترک است و جایگاه 281 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 903 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 242 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 26 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -376 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -9 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 4.24% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 1 538 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 27 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 242
مشترکین
-924 ساعت
-727 روز
-37630 روز
آرشیو پست ها
Kawan-kawan yang nak belajar tulis copywriting, tulis ayat jualan dan tak berjaya grab harga promo yang berakhir semalam, kal
Kawan-kawan yang nak belajar tulis copywriting, tulis ayat jualan dan tak berjaya grab harga promo yang berakhir semalam, kalian masih boleh dapatkan dengan harga istimewa ya. Semasa PKP ini kami banyak beri diskaun supaya kalian juga rasa lega. Harga asal kelas ini RM299. Kini hanya RM89 sahaja. Para Affiliate boleh guna link sendiri, dapat lagi potongan okeh! Klik sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm Harga RM89 ini hingga 10hb sahaja. Selepas itu akan naik ke RM129!

Apabila nak buat jualan, terus buat iklan. Tak perlu berbelit-belit kena buat soft sell begitu begini. Dari 2016, kebanyakan orang dah mula faham tentang satu-satu produk. Mereka hanya mahu terus beli. Lihat bagaimana penerangan ringkas di dalam Lazada dan Shoppee, tiada unsur soft sell langsung. Caranya ialah: Letak produk, Letak harga, Letak CTA. Cuma kita perlu tahu beberapa perkataan yang boleh buat orang beli barang kita. Susunan ayat #content tersebut boleh menyebabkan orang membeli (closed sales) dengan mudah. Ia adalah: Percuma! Segera! Lekas! Cepat! Rahsia! Jangan ketinggalan! Tinggal 2 unit lagi! Mudah! Hari ini sahaja! Klik segera! 10 perkataan ini kalian perlu susun betul-betul sebelum CTA. Ia seolah memberi arahan kepada pembeli dan ianya membantu menaikkan jualan. Cubalah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Beza orang berjaya dengan orang gagal ialah: 1. Orang berjaya dia tak peduli tentang besar atau kecil masalah tersebut, yang dia tahu ialah selesaikannya. 2. Orang berjaya biasanya ada prinsip. Prinsip untuk marah, prinsip untuk bertegas, prinsip untuk berubah, prinsip untuk terima dan beri teguran. Orang gagal pula, dia akan sentap apabila ditegur, marahnya berlebih, merajuknya mengada-ngada dan berubahnya banyak ke arah tak elok. 3. Orang berjaya dia melihat peluang apabila ada halangan, cabaran dan rintangan, sedang orang gagal dia nampak dia gagal apabila terbentang banyaknya cabaran. 4. Orang berjaya banyak baiki diri, muhasabah, tengok diri, cermin diri, sedang orang gagal semuanya menyalahkan orang, diri sendiri dianggap betul. 5. Orang berjaya dia tak tengok wall / posting orang gagal, dia hanya skroll dan baca apa yang dia rasa bagus sahaja. Toksik semua dibuang jauh. Manakala orang gagal, melihat posting orang berjaya dengan cebik mulut mengata dan menghina. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak berjaya lagi dan lagi.

Tinggal sejam sahaja lagi gaisss!! Klik link di atassss!!!

5 jam lagi kami naikkan harga ke RM89! Lekas grab gais! RM69 sahajaaa! KELAS CONTENT SALES MASTERY https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm

LAST DAY GAISSSS!!! Ruginya tak join. Teknik tulis copy writing untuk dapat SALES! 👆👆👆

Hari terakhir harga RM69! 12 malam ini akan naik ke RM89 ya. Hari ini masih RM69. Semasa PKP ini kami banyak beri diskaun sup
Hari terakhir harga RM69! 12 malam ini akan naik ke RM89 ya. Hari ini masih RM69. Semasa PKP ini kami banyak beri diskaun supaya kalian juga rasa lega. Harga asal kelas ini ialah RM299. Klik sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm

Sekadar nak beritahu, Orang yang fikir lalu BERBUAT, dia akan dapat. Orang yang tak habis FIKIR FIKIR FIKIR tanpa berbuat, di
Sekadar nak beritahu, Orang yang fikir lalu BERBUAT, dia akan dapat. Orang yang tak habis FIKIR FIKIR FIKIR tanpa berbuat, dia akan berada di tempat yang sama sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangun!

1. Kebanyakkan orang yang sering bercakap kasar, mencarut dan sering marah, adalah orang yang tak boleh ditegur. 2. Dikatakan, sekiranya kita menulis 1 kali sahaja dengan ayat maki hamun di media sosial, kita akan sangat tidak rasional terhadap apa yang kita dengar dan baca, selalu tidak faham situasi dan apa sahaja masalah walau ia sekecil kuman akan jadi perkara besar. Untuk rawat itu semula akan ambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk kembali rasional. 3. Media sosial, ruang komen bersifat teks. Sekiranya kita komen secara kasar, mencarut, menghina dan berkata buruk, otak kita akan dikuasai oleh elemen negatif. Dan itu akan menyukarkan kita berfikir secara rasional, teks adalah perkataan yang kita bina melalui minda, ia adalah sebuah proses yang kompleks dan kita akan ingat bertahun-tahun. 4. Orang yang kerap marah terhadap 1-1 hal, akan menyebabkan organ dalam badannya mudah gagal, darahnya sering naik turun dengan tidak seimbang dan otak serta badannya sering stress. 5. Kebiasaannya orang-orang ini tak berani untuk menggunakan akaun media sosial yang real. Dia sendiri meletakkan dirinya dalam mood “selamat” kerana ingin melakukan perkara yang tidak baik seperti di atas. Kita pilih kita mahu komen yang bagaimana. Untuk nak menegur orang buat salah dan silap, boleh sahaja menegur dengan ayat baik dan perkataan yang baik-baik. Marahlah, tegaslah. Namun tidak guna perkataan kasar, carut dan maki. Ianya bukan sahaja merosakkan orang yang dihamun, namun ia sedang menjadi penyakit kepada yang sedang marah. Begitulah. Semoga kita dapat kawal diri di media sosial. Ada benda kita boleh kutuk, ada benda kita kritik dan belajar. Khairul Hakimin Muhammad, Komen positif sahaja!

Kawan-kawan yang nak belajar tulis copywriting, tulis ayat jualan, Lusa harganya akan naik ke RM89 ya. Hari ini masih RM69. Semasa PKP ini kami banyak beri diskaun supaya kalian juga rasa lega. Harga asal kelas ini RM299. Klik sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm

Soalan: Saya tak akan cerita hal peribadi dalam Facebook saya. Itu hal saya yang saya simpan, tuan pula suruh cakap hal kehidupan, itu kan peribadi? Jawapan: Apabila gunakan #content, ia tak jadi peribadi. Ia benda yang kita boleh kongsikan. Contoh 1: Makan malam bersama keluarga. Posting peribadi = selfie bersama keluarga, ambil gambar makanan, enjoy momen bersama anak dan suami. Posting content = resipi makan malam tersebut. Boleh jadi ada 4 jenis lauk (boleh dapat 4 posting resipi yang berbeza). Contoh 2: Urus anak ke sekolah. Posting peribadi = ambil gambar anak depan sekolah atau depan rumah yang dah bersiap. Posting content = beri teknik bagaimana mudah kejutkan anak dari bangun tidur, tips siapkan sarapan laju, resipi sarapan, tips jadi ibu yang serba serbi pantas buat kerja. Contoh 3: Traveling sekeluarga. Posting peribadi = selfie bersama keluarga, OOTD suami, anak, buat posting suka sana, happy sini. Posting content = ceritakan budaya orang, itinerary, cara packing, lokasi menarik, aktiviti menarik dan sebagainya. * Peribadi = boleh jadi show off, hati-hati. Kita akan tonjolkan hal yang kita sendiri tak suka. Content = perkara yang beri kesan baik. Ada 3 iaitu (biasanya salah 1). 1. Apabila orang baca, orang faham. 2. Apabila orang baca, orang buat terus. 3. Apabila orang baca, orang beli terus. Impaknya itu kepada orang yang membaca. Ia ada kesan positif kerana bersifat to educate atau to inform atau to inspire. Kita yang pilih apa yang kita nak kongsikan di media sosial. Bukan salah menyalah tanpa mencari solusi. Nak duit berjuta, nak follower ramai, tulis perkara yang bermanfaat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

3 hari lagi nak dapatkan harga istimewa RM69 untuk masuk ke kelas bina content copywriting. Nak sales lumayan, nak buat skrip
3 hari lagi nak dapatkan harga istimewa RM69 untuk masuk ke kelas bina content copywriting. Nak sales lumayan, nak buat skrip sampai orang lain tekan terus beli, join kelas ini okeh. Klik sini okey! https://bykhm.onpay.my/order/form/csmkhm

Kita ada masalah disiplin, apabila disuruh berhenti, kita pun cakap “rezeki Tuhan ada di mana-mana.” Kita ada masalah komunikasi, masalah kerja, tak perform, selalu salah sana silap sini, lalu kena tegur, nasihat, kena marah, kena bising, kita pun merajuk, berhenti kerja dan cakap “rezeki Allah ada di mana-mana.” Kawan-kawan, Tak boleh salah guna ayat “rezeki Allah ada di mana-mana” untuk kejadian atau peristiwa yang kita sendiri pilih. Kalau rezeki yang dah ada sekarang pun kita tak jaga baik-baik, takkanlah kita nak berharap rezeki yang lebih baik di tempat lain? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar setiap hari.

Menjual di posting. Bukan di profile. Ini benda yang semua kena letak dalam kepala. Bahagian yang nak dapatkan kepercayaan ialah: Gambar cover - gambar kehidupan, bukan poster atau gambar produk. Gambar profile - mesti seorang diri dan meyakinkan. Nama - mesti nama orang. Bukan gabungan nama produk / kedai. Text bio - mesti tulis apa kesukaan, minat atau hobi. Ia titik persamaan. About - working, baru tulis apa yang kalian kerjakan / jual / posisi di tempat kerja. Features photo - boleh campur produk dan kehidupan. * Ramai sangka apabila dia letak gambar produk atau poster di bahagian profile, dia akan dapat ramai follower. Jujur saya sendiri tak akan add atau follow mereka yang buat setting begini. Ingat, media sosial untuk kita berinteraksi. Jika kalian nak berniaga, posting tentang diri mesti lebih dari posting iklan. Orang nak tengok kalian punya kehidupan. Dan sebagai orang yang bijak, susunlah #content yang bermanfaat. Bukan hal peribadi yang menjengkelkan. Kena beringat juga bab keselamatan dan hal-hal peribadi yang tak perlu diceritakan. Sebab itu tulisan dalam bentuk content akan menyelamatkan kita. Contoh mudah: Jika suka memasak, buat posting resipi, bukan tayang pagi petang siang malam makan apa. Jika suka berkebun, buat posting cara tanaman dan tunjukkan hasilnya dari selfie depan kebun, ladang setiap hari tanpa ada apa-apa kesan. Jika suka kereta, tulis posting tentang hal kecemasan, tukar tayar, enjin, kegunaan itu kegunaan ini daripada show off kereta yang kita ada. Dan banyak lagi. Semua boleh kawan-kawan, kita yang susun semuanya. Selepas itu, susunlah posting iklan. Audien akan mula perasan “oh itu bisnes dia rupanya.” Mereka akan lihat posting kehidupan kita sebagai asas percaya. Kemudian akan mula membeli sebagai tanda setia. Dan kita, teruskan buat posting yang bermanfaat untuk mereka. Barulah follower naik ratus-ratus ribu dan jualan cecah juta! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Kami buka 5 hari sahaja dengan harga RM69. Lepas itu harga akan naik. Kelas Content Sales Mastery ini menjurus kepada bagaimana nak bina ayat menjual. Content bagaimana kita nak susun. Semua dalam kelas online. Harga asal RM299. Kami kasi sempena PKP ini hanya RM69 (sehingga 7hb Nov). Lepas itu harga akan naik. Tarikh Kelas: 14hb November 2020. Masa: 10 pagi hingga 12.30 tengah hari. Masih boleh tonton selama 5 hari selepas kelas berlangsung. Kot ada yang tak dapat tengok secara live. Topik: 1. Bagaimana nak target sales melalui jenis posting. 2. Bagaimana nak buat ayat suruhan, perintah. Dan apabila orang baca orang terus beli. 3. Bagaimana nak visualkan emosi dengan betul menggunakan ayat dan perkataan terpilih. Ha gituh! Lekas beli di sini! Harganya akan naik lagi beberapa hari sahaja lagi! Klik sini gais! https://bykhm.onpay.my/order/form/218 https://bykhm.onpay.my/order/form/218 https://bykhm.onpay.my/order/form/218

photo content

Antara benda yang ubah minda saya semasa bermula berniaga online ini ialah kena set dalam kepala ayat ini, “Rezeki Allah tak ada limit.” Jadi setiap kali saya usahakan sesuatu, saya letak target yang saya boleh capai melalui perkara yang saya rancang. Kita selalu sebut dalam hati, “Boleh ke nak buat sales banyak ni?” “Macam tak lepas je ni.” “Mmm, tak yakinlah sales boleh pergi banyak macam ni.” Jujurnya, itu bukan tak yakin ke diri sendiri. Kita tak yakin dengan Kekuasaan Allah. Allah kan Maha Pemberi Rezeki, dan Allah boleh beri apa sahaja yang kita nak, kita minta, kita mohon. Masalahnya ialah apa yang kita nak dan usahakan itu sering tak sama. Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang ahli perniagaan ini, kata beliau, “Nak duit banyak, kena minta dari Allah. Saya sendiri pun ada 2 kilang baju ready made dan 1 kilang buat barang plastik bukannya tiba-tiba masuk order. Semua itu kena minta. Dan adab meminta serta keseluruhan perangai kita itu sepadan dengan apa yang kita nak. Hati kita, jiwa kita, tubuh kita, otak kita semua selari. Tak ada tipu sana tipu sini. Ramai orang berniaga, dengan diri sendiri pun dia nak menipu. Contohnya: dia cakap dia berniaga nak tolong orang. Namun dia tak habis-habis joli duit dengan kemewahan, sedangkan dia duk sembang merata nak bantu sana sini. Macam mana Allah nak teruskan buka pintu rezeki “tolong orang” itu kepada dia? Itu dah tertutup 1 pintu. Ada banyak pintu rezeki yang Allah sediakan untuk semua orang, Pintu sedekah, Pintu hadiah, Pintu niat, Pintu istighfar, Pintu selawat Pintu jaga hati emak ayah, Pintu jaga hati adik beradik, Pintu menyantuni orang, Pintu senyum, Pintu berbaik dengan anak dan keluarga, Pintu kebaikan dengan kakitangan, Pintu kebersihan, Pintu kekemasan, Pintu baik dengan mentua, Pintu kebajikan jiran, Pintu sedekah hari jumaat, Pintu memberi saat susah, Rezeki berkawan, Ada banyaaaaaaaak lagi! Dan kita kena jaga semua pintu ini baik-baik supaya rezeki kita masuk tanpa henti-henti. Kau nampak sekarang? Sebab itu rezeki Allah tak ada limit. Kita yang pergi hadkan dia. Nak usaha buat ini, kau tak jaga hati staff, kau lupa tanggungjawab emak ayah. Kau begitu kau begini, dan sales tak capai kau kata Allah tak kasi kau rezeki. Heh, tengok diri sendiri dulu ya nak! Saya beli BMW pertama pun umur saya 47 tahun. Selepas saya berniaga 8 tahun. Sebelum itu, masih pakai kereta itu (beliau tunjukkan Hiluxnya). Dulu sales saya RM1.5 juta ke RM1.8 juta sebulan. Sekarang bolehlah dalam RM34-40 juta sebulan. Bergantung. Alhamdulillah.” Kawan-kawan, Ramai yang duk set limit dalam kepala sebab kita sendiri sentiasa ada had nak lakukan sesuatu. Jujurnya, Allah boleh beri apa sahaja. Cuma, kita ini banyak sangat pintu yang kita belum buka. Cuba buka satu demi satu, dan kalian akan rasai keindahan berniaga atau bekerja itu sebuah kepuasan. Datangnya rezeki sihat, rezeki ujian yang kita boleh hadap dan tentunya rezeki bayar hutang sampai habis, dapat tunaikan umrah dan haji serta dapat hidup bekeluarga dengan bahagia dicapai. Kita yang pegang kunci-kunci tersebut, nak buka atau tutup, bergantung kepada kita. Dan, Allah tahu semua itu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rezeki Allah tak ada limit, kita yang hadkan dengan perbuatan kita dan hati kita.

Double Engagement = Posting yang ada Share bersama dengan Like dan Komen. Single Engagement = Posting yang ada like dan komen sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips buat duit dengan menulis di media sosial, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM

Facebook = Teks, jadi #content yang dihasilkan bagus dalam bentuk penulisan. Copy-writing, content writing, story telling semua bagus di sini. Walau Facebook menambah nilai lain sebagai fungsi utama seperti video (watch), namun teks tetap menjadi fungsi utama mereka. Sebab inilah Facebook diubah dasar kepada medan pendidikan media sosial (Educate). Dan kebanyakan Influencer yang datang dari Facebook merupakan mereka yang dihormati ilmunya. Instagram = Visual. #Content yang dihasilkan lebih kepada gambar dan visual sepenuhnya. Ianya melibatkan banyak perasaan dan emosi. Suka, gembira, lawak, jenaka, seram, sedih, perang, benci semua ada di sini. Dan semua itu boleh didapati dengan sangat mudah. Mark menukarkan asas Insta kepada medan hiburan (Entertainment). Yang mana mereka yang menjadi Instafamous adalah orang yang mempunyai bakat. Ia termasuk menyanyi, menari, bercakap, OOTD, miming, memek muka, serta apa sahaja bentuk hiburan. * Jika kita faham kegunaan dua medan ini, maka kita tahu di mana kita perlu gunakan kepakaran dan kemahiran kita semua. Jika kita ada bakat, maka medan kita ialah Instagram. Jika tidak, kita masih boleh belajar menulis dan mula berkongsi ilmu di Facebook. Dua medan berbeza namun dua-duanya boleh beri pendapatan (hasil) yang cukup lumayan. Pandai guna, pandai perah diri sendiri, maka hasilnya juga sama naik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Segan nak iklan banyak kali. Huhu sekadar nak beritahu, pre order buku di atas (potongan RM5) akan ditutup malam ini. Maaf belaka yaaa. Itu ja nak kasi tau. 🙏