Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 172 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 278,并在 马来西亚 地区排名第 897 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 172 名订阅者。
根据 03 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -271,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.66%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 04 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 172
订阅者
-1224 小时
-737 天
-27130 天
帖子存档
35 172
Antara benda yang ubah minda saya semasa bermula berniaga online ini ialah kena set dalam kepala ayat ini, “Rezeki Allah tak ada limit.”
Jadi setiap kali saya usahakan sesuatu, saya letak target yang saya boleh capai melalui perkara yang saya rancang.
Kita selalu sebut dalam hati,
“Boleh ke nak buat sales banyak ni?”
“Macam tak lepas je ni.”
“Mmm, tak yakinlah sales boleh pergi banyak macam ni.”
Jujurnya, itu bukan tak yakin ke diri sendiri. Kita tak yakin dengan Kekuasaan Allah. Allah kan Maha Pemberi Rezeki, dan Allah boleh beri apa sahaja yang kita nak, kita minta, kita mohon.
Masalahnya ialah apa yang kita nak dan usahakan itu sering tak sama.
Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang ahli perniagaan ini, kata beliau,
“Nak duit banyak, kena minta dari Allah. Saya sendiri pun ada 2 kilang baju ready made dan 1 kilang buat barang plastik bukannya tiba-tiba masuk order. Semua itu kena minta.
Dan adab meminta serta keseluruhan perangai kita itu sepadan dengan apa yang kita nak.
Hati kita, jiwa kita, tubuh kita, otak kita semua selari. Tak ada tipu sana tipu sini.
Ramai orang berniaga, dengan diri sendiri pun dia nak menipu.
Contohnya: dia cakap dia berniaga nak tolong orang. Namun dia tak habis-habis joli duit dengan kemewahan, sedangkan dia duk sembang merata nak bantu sana sini.
Macam mana Allah nak teruskan buka pintu rezeki “tolong orang” itu kepada dia? Itu dah tertutup 1 pintu.
Ada banyak pintu rezeki yang Allah sediakan untuk semua orang,
Pintu sedekah,
Pintu hadiah,
Pintu niat,
Pintu istighfar,
Pintu selawat
Pintu jaga hati emak ayah,
Pintu jaga hati adik beradik,
Pintu menyantuni orang,
Pintu senyum,
Pintu berbaik dengan anak dan keluarga,
Pintu kebaikan dengan kakitangan,
Pintu kebersihan,
Pintu kekemasan,
Pintu baik dengan mentua,
Pintu kebajikan jiran,
Pintu sedekah hari jumaat,
Pintu memberi saat susah,
Rezeki berkawan,
Ada banyaaaaaaaak lagi! Dan kita kena jaga semua pintu ini baik-baik supaya rezeki kita masuk tanpa henti-henti.
Kau nampak sekarang? Sebab itu rezeki Allah tak ada limit. Kita yang pergi hadkan dia.
Nak usaha buat ini, kau tak jaga hati staff, kau lupa tanggungjawab emak ayah. Kau begitu kau begini, dan sales tak capai kau kata Allah tak kasi kau rezeki.
Heh, tengok diri sendiri dulu ya nak! Saya beli BMW pertama pun umur saya 47 tahun. Selepas saya berniaga 8 tahun. Sebelum itu, masih pakai kereta itu (beliau tunjukkan Hiluxnya).
Dulu sales saya RM1.5 juta ke RM1.8 juta sebulan. Sekarang bolehlah dalam RM34-40 juta sebulan. Bergantung. Alhamdulillah.”
Kawan-kawan,
Ramai yang duk set limit dalam kepala sebab kita sendiri sentiasa ada had nak lakukan sesuatu. Jujurnya, Allah boleh beri apa sahaja.
Cuma, kita ini banyak sangat pintu yang kita belum buka. Cuba buka satu demi satu, dan kalian akan rasai keindahan berniaga atau bekerja itu sebuah kepuasan.
Datangnya rezeki sihat, rezeki ujian yang kita boleh hadap dan tentunya rezeki bayar hutang sampai habis, dapat tunaikan umrah dan haji serta dapat hidup bekeluarga dengan bahagia dicapai.
Kita yang pegang kunci-kunci tersebut, nak buka atau tutup, bergantung kepada kita. Dan, Allah tahu semua itu.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Rezeki Allah tak ada limit, kita yang hadkan dengan perbuatan kita dan hati kita.
35 172
Double Engagement = Posting yang ada Share bersama dengan Like dan Komen.
Single Engagement = Posting yang ada like dan komen sahaja.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips buat duit dengan menulis di media sosial, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM
35 172
Facebook = Teks, jadi #content yang dihasilkan bagus dalam bentuk penulisan. Copy-writing, content writing, story telling semua bagus di sini.
Walau Facebook menambah nilai lain sebagai fungsi utama seperti video (watch), namun teks tetap menjadi fungsi utama mereka.
Sebab inilah Facebook diubah dasar kepada medan pendidikan media sosial (Educate). Dan kebanyakan Influencer yang datang dari Facebook merupakan mereka yang dihormati ilmunya.
Instagram = Visual. #Content yang dihasilkan lebih kepada gambar dan visual sepenuhnya. Ianya melibatkan banyak perasaan dan emosi. Suka, gembira, lawak, jenaka, seram, sedih, perang, benci semua ada di sini. Dan semua itu boleh didapati dengan sangat mudah.
Mark menukarkan asas Insta kepada medan hiburan (Entertainment). Yang mana mereka yang menjadi Instafamous adalah orang yang mempunyai bakat. Ia termasuk menyanyi, menari, bercakap, OOTD, miming, memek muka, serta apa sahaja bentuk hiburan.
*
Jika kita faham kegunaan dua medan ini, maka kita tahu di mana kita perlu gunakan kepakaran dan kemahiran kita semua.
Jika kita ada bakat, maka medan kita ialah Instagram. Jika tidak, kita masih boleh belajar menulis dan mula berkongsi ilmu di Facebook.
Dua medan berbeza namun dua-duanya boleh beri pendapatan (hasil) yang cukup lumayan. Pandai guna, pandai perah diri sendiri, maka hasilnya juga sama naik.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM
35 172
Segan nak iklan banyak kali. Huhu sekadar nak beritahu, pre order buku di atas (potongan RM5) akan ditutup malam ini. Maaf belaka yaaa. Itu ja nak kasi tau. 🙏
35 172
Pre Order gais!
Dapat potongan RM5 jika kalian menempah sekarang. Rahsia Penulisan Berpengaruh ini khas untuk kalian yang nak bina follower dan nak belajar menulis untuk membuat jualan.
Dapatkan sekarang jom! Klik sini:
https://whitecoat.com.my/product/rahsiapenulisanberpengaruh/
https://whitecoat.com.my/product/rahsiapenulisanberpengaruh/
https://whitecoat.com.my/product/rahsiapenulisanberpengaruh/
35 172
“Terima kasih banyak tuan. Macam tak percaya bulan ini lagi berapa ratus ja nak cecah RM100,000 jualan.”
Saya jawab “Alhamdulillah.”
Beliau antara kawan kami yang menjual di media sosial. Katanya setiap bulan memang mencecah RM50,000-RM60,000. Namun susahnya nak naikkan ke RM100,000.
Saya beritahu dia, tulis #content. Hanya melalui content orang akan tahu tentang produk, kelebihan, keistimewaan dan orang akan terus sahaja beli.
DMWF2018 mengatakan, teknik jualan hanya ada 2 iaitu Soft Sell dan Hard Sell.
Soft Sell ialah menjual tanpa menyuruh atau tanpa memaksa atau tanpa memberi arahan untuk audien membuat pembelian. Ianya ayat penyata sahaja.
Hard sell pula aktiviti menjual dengan ayat suruhan, ayat paksaan dan ayat perintah.
Namun, ke dua-dua aktiviti ini perlu diselang seli dengan posting-posting “trust” yang dibina melalui posting educate, inform, inspire dan entertainment.
Ke semua posting itu (merujuk kepada 4 posting tadi) bukan tentang produk tersebut, namun tentang diri, orang nak tengok kita buat apa, jalani hidup bagaimana, ia disebut sebagai #crowd. Dan semua itu mesti content, bukan merepek buat ucapan selamat pagi, merepek sana sini dan sebagainya.
Apabila orang dah percaya, orang akan beli.
Kawan kami ini hanya tulis content itu sekitar 1 bulan sahaja dan jualannya berganda. Ya kawan-kawan, ini zaman #ContentMarketing.
Tak buat, rugi.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 172
Beberapa hal menulis #content yang kita perlu tahu:
1. Setiap 4 ke 5 baris ayat, buat perenggan. Ia memudahkan orang baca menggunakan telefon bimbit. Tiada perenggan akan buat orang skroll terus.
2. Gunakan ayat dan perkataan mudah. Elakkan dari perkataan kiasan, novel atau yang bermadah pujangga. Ini media sosial, orang nak cepat faham.
3. Letak tajuk = orang terus “jump to conclusion” berbeza dengan terus ke intro = perenggan pertama, tulis dalam bentuk cerita.
4. Gunakan bahasa lelaki = firm, tidak mengulang dan tidak membebel.
Contoh: Topik nak makan apa?
Bahasa lelaki: Nasi goreng ayam.
Bahasa perempuan: Siang tadi makan kuih, pagi makan mee goreng, petang ada makan cucur, kalau malam makan nasi goreng nanti gemuk pula, makan piza ok tak?
Maksudnya, bahasa lelaki = kuat, tepat, isi. Bahasa perempuan banyak membebel, mengulang-ulang tanpa isi yang betul dan banyak mempersoal.
5. Tutup dengan impak positif, bukan kesimpulan. Kita bukan tulis novel atau bikin filem. Impak = kesan kepada pembaca. Bukan pergi tulis rumusan atau kesimpulan yang berjela panjang, kemudian yang baca pun tak faham.
Begitulah. Selamat menulis ya!
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM
35 172
Soalan: Tuan, saya dah banyak juga tulis dan ada yang dapat 100-200 share, namun follower tak ada pun. Ke ada salah setting? Boleh tengokkan?
Jawapan: Ada 2 sebab.
1. Boleh jadi belum set ON butang follow. Senang sahaja, pergi ke:
Account Setting,
Public post,
Di bahagian Who Can Follow Me, klik public. Settle.
2. Sebab profiling. Kalau bahagian ini tak jaga betul-betul, orang tak mahu follow. Contohnya pergi letak nama yang bergabung dengan produk seperti:
Khairul Coway,
Hakimin Gym.
Siapa nak follow nama begitu gais? Kambing pun tak hingin.
Tipsnya ialah:
* Letak nama orang, walau bukan nama sendiri, mesti nama orang.
* Letak wajah sendiri.
* Gambar cover, gambar profile semua ada gambar sendiri, bukan gambar produk.
Nak menjual guna gambar produk semua di posting, bukan di profile.
* di bahagian bio, letak pernah kerja di mana. Jangan main-main bab ini, ini semua titik kepercayaan orang kepada kalian.
*
Jika kalian nak orang percaya yang kalian tulis #content, nak buat duit dan sebagainya, pastikan diri kalian dipercayai terlebih dahulu.
Kalau tidak, hanya posting sahaja viral, apabila orang pergi ke wall kalian, tengok lain macam dia punya profile, terus tak jadi nak klik butang follow.
Setkan betul-betul ya. Supaya kalian ini memang boleh dipercayai!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM
35 172
Semalam semasa dalam kelas saya tunjuk bagaimana pengiraan beberapa klien saya, hasil dari mereka yang menggunakan #content untuk bangunkan diri di media sosial dan buat jualan tinggi.
Saya juga buat untuk team sendiri. Dan hasilnya alhamdulillah. Pagi ini belum jam 8.00 sudah ada jualan masuk dan ini adalah posting yang dimuat naik semalam dan kelmarin.
Itu antara kekuatan menggunakan content, orang masih membaca dan tak rasa ditekan atau dipaksa membeli.
Apabila gunakan content, ada 2 cara nak buat iklan:
1. Soft sell - guna ayat penyata sahaja, tak payah beri arahan.
Contoh: Ebook 21 Cerita Murah Rezeki ini Tuan KHM tulis siap dengan teknik-teknik mudah sekali. Senangnya nak buat rupa-rupanya. Harganya cuma RM69. Semua butiran dan cara nak mendapatkannya ada di link ini bit.ly/21CeritaMurahRezeki
Fakta: Sebut nama produk
Emosi: sebut perkataan senang, mudah
CTA: terus letak link tanpa beri arahan.
2. Hard sell tanpa sedar - guna ayat arahan dengan lembut dan tersusun.
Contoh: Ebook 21 Cerita Murah Rezeki ini Tuan KHM tulis siap dengan teknik-teknik mudah sekali. Senangnya nak buat rupa-rupanya. Harganya cuma RM69.
Semua butiran dan cara nak mendapatkannya ada di link ini bit.ly/21CeritaMurahRezeki, lekas dapatkannya ya, lagi cepat lagilah mudah rezeki nak masuk, tak perlu fikir lagi, terus bertindak ya kawan-kawan.
Fakta: Sebut nama produk
Emosi: sebut perkataan senang, mudah
CTA: terus letak link dengan beri arahan, perkataan yang digunakan ialah “lekas dapatkannya”, lebih lagi kita buat urgency dengan sebut “lagi cepat lagilah mudah”.
*
Ada ramai antara kita yang sering nak tulis panjang-panjang untuk iklan. Sedangkan kita boleh ringkaskan sahaja.
Ingat, posting iklan tak perlu berbelit-belit, terus dan fokus kepada subjek. Iklan adalah menjual, lagi belit lagi pening.
Jual sahaja, cakap terang, patuh syariah dan pastinya terjual.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 172
Pre Order gais! Kalian boleh dapatkan Naskhah tulisan saya RAHSIA PENULISAN BERPENGARUH insya-Allah tak lama lagi!
Nikmati potongan RM5 untuk pre order ini!
Klik sini gais!
https://whitecoat.com.my/product/rahsiapenulisanberpengaruh/
35 172
Perasan tak kenapa radio dan tv akan berikan perkara yang lucu, gembira, suka, happy pada waktu pagi? Mereka berusaha benar nak pendengar atau penonton ikut gembira.
Ya ia bukan saja-saja.
Waktu pagi di mana-mana lokasipun, ia adalah masa paling sibuk.
Hantar anak sekolah,
Nak pergi kerja,
Nak kena hadap kesesakan,
Nak cari sarapan,
Nak cari parking.
Semuanya melibatkan tahap stress yang sukar nak dibendung. Orang kata dah tak boleh kawal, kita layan jeee. Kan?
Sebab itulah "content" kita juga perlu begitu.
Waktu pagi, posting pertama kita di wall media sosial WAJIB begini:
- ilmu
- perkara simple namun kita tulis how to.
- renungan / panduan.
Tak semestinya benda itu diemosikan dengan jenaka. Boleh juga ditulis dengan serius. Yang penting mesti beri manfaat.
Kalau sekadar beri salam sana, beri ucapan pagi sini, ruginyalahhhh! Bina content gais!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
https://t.me/ContentKHM
35 172
Saudara kita di Sabah sedang hadap krisis Covid-19 ini dengan penuh cabaran.
Sama-sama kita bantu untuk meringankan beban mereka.
Untuk frontliners juga untuk penduduk yang terkesan akibat wabak ini.
Terus ke sini ya:
https://kasihneelofa.onpay.my/order/form/tkcmsncvd19sbh
35 172
Jika kalian orang bisnes, hargai posting iklan.
Benar, iklan yang tak ada kaitan, kita akan rasa semak, rasa rimas. Namun cuba ubah mindset.
Saya antara yang tak forward tv atau klik skip ads (sekiranya kali pertama jumpa iklan tersebut). Kalau berkali-kali, baru saya forward.
Ia untuk saya belajar:
- penggunaan emosi pada video / ayat.
- angle video yang mana akan buat orang terpaut.
- punchlinenya di mana.
- apa props yang dia pakai.
- headline dalam iklan.
- bagaimana mereka susun CTA.
- penggunaan kata paksa, suruhan, arahan.
Apabila kita belajar dari apa yang mereka buat, maka kita akan dapat sesuatu.
Ada orang, tengok sahaja iklan terus rasa nak blah, rasa bosan, rasa meluat, sedangkan bisnes kita juga perlu iklan. Jadi letak dalam kepala untuk belajar, kalian akan enjoy sahaja.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Masa kecil dulu siap boleh hafal iklan jenis lagu. Hehe.
35 172
Ada yang bertanya masih boleh beli ebook Master Sales Cycle? Ya masih boleh.
Harga masih RM129. Harapnya esok masih kekal harga tersebut.
Untuk sesi Zoom bersama Tuan Azman, tarikh terdekat ialah pada 30 atau 31hb Oktober nanti. Akan ada lagi sesi insya-Allah.
Kalian boleh beli di sini ya, belajar buat sales gila-gila cecah ribu, puluh ribu bagai. Hanya RM129, kalian dapat ilmu mewah mahal ini.
https://imam.onpay.my/order/form/ebookmsc/232
