ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 296 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 907

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 296 名订阅者。

根据 21 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -382,过去 24 小时变化为 -14,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.91%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 22 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 296
订阅者
-1424 小时
-967
-38230
帖子存档
2022 nanti, kita fokus tulis #content yang kita suka, kita minat dan kita mahir sahaja. Kita bina dan susun supaya orang tahu apa yang kita sering buat dan kerja. 1. Waktu pagi, bangunkan content crowd. Ikut falsafah Prof Chan (Penulis Blue Ocean Strategi), beri umpan di laut biru jauh lebih bagus dari memberi umpan di kolam atau tasik atau paya atau sungai. 2. Laut biru sifatnya luas, banyak hidupan. Memberi umpan yang sama kesukaannya dengan yang lain akan dapat hasil yang sangat banyak. Boleh jadi ikan bilis pun makan, Boleh jadi ikan jerung pun makan, Boleh jadi, kerapu, siakap, ikan merah semua makan. 3. Dengan kata lain, ikan-ikan ini berbeza, namun makan umpan yang sama. 4. Ia disebut sebagai crowd. Posting kalian mesti mempunyai titik persamaan yang besar dengan orang lain. Contohnya: Makanan, Memasak, Berkebun, Sukan, Fesyen, Parenting, Pendidikan, Al-Quran, Kisah Nabi (selawat) Agama, Travel, Hartanah, Simpanan, Undang-undang, Kosmetik, Permotoran, Gadget, Buku, Memancing. Dan lain-lain. 5. Posting ini perlu ditulis secara konsisten dengan membawa salah 1 dari 3 matlamat ini: To educate, atau To inform, atau To inspire. 6. Barulah posting kalian akan ada share. Apabila share berlaku, follower akan menaik. 7. Kemudiannya susunlah posting sales. Ingat ini, posting crowd untuk membawa ikan ke kapal. Apabila ikan sudah berkumpul, tebarlah jala. 8. Jala yang kalian tebar boleh jadi ada ikan bilis, boleh jadi juga ada ikan jerung. 9. Itulah keseronokan bermain media sosial dengan tersusun. Hasil yang kalian dapat, akan buat kalian ingin bina lagi dan lagi posting berkualiti. 10. Ingat ini, fokus dengan topik yang dipilih, konsisten berkongsi hal yang bawa impak positif dan teruskan membina content yang buat orang selesa dengan kita. Mana tahu, disember 2022 nanti kalian sudah bergelar jutawan. Amin. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Rata-rata orang yang sudah berjaya akan kata: “Saya tak pernah bermain-main tentang azam, cita-cita dan impian. Ia adalah perkara yang buat saya jadi orang berbeza (lebih berjaya) pada setiap tahun.”

WOW! DENGAN HANYA DENGAR SUARA SAJA, ORANG TERUS NAK BELI PRODUK KITA! POWER TU! Iya gais! Semuanya akan didedahkan oleh Kapt
WOW! DENGAN HANYA DENGAR SUARA SAJA, ORANG TERUS NAK BELI PRODUK KITA! POWER TU! Iya gais! Semuanya akan didedahkan oleh Kapten Hamk menerusi kelas ini. Beliau akan terangkan bagaimana nak berhadapan, bercakap dengan efektif sehingga customer terus nak membeli gais! Lekas daftar di sini: https://bit.ly/31b91Qz https://bit.ly/31b91Qz https://bit.ly/31b91Qz

Mana yang tak sempat sertai Webinar TAWAN 2022 semalam, jangan risau. Kami buka peluang untuk kalian tonton rakaman live yang
Mana yang tak sempat sertai Webinar TAWAN 2022 semalam, jangan risau. Kami buka peluang untuk kalian tonton rakaman live yang ada di dalam group eksklusif kami. Daftar saja di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591

2022 nanti, kita tambah kebaikan dalam memberi: 1. Jika dah biasa beri emak ayah RM50 sebulan, tambah jadi RM100 sebulan. Jika dah biasa beri emak ayah RM300 sebulan, tambah RM350 sebulan. Tambahlah suka hati berapa, janji tambah. 2. Jika sebelum ini tak biasa membantu adik beradik kerana tahu mereka juga bergaji dan bekerja, tahun hadapan bantu terus. Lantakkan mereka ada duit atau tak, asal jumpa, kasi duit ke anak-anak mereka. Sikit pun tak mengapa. 3. Jika tahun ini jumpa pengemis / peminta sedekah datang ke meja makan kita di restoran kita beri RM1, tahun hadapan kita dah setkan untuk kasi RM2-5. 4. Jika tahun ini dah terbiasa bawa duit kecil RM1, RM5 ke masjid solat jumaat, tahun hadapan kena cuba bawa RM10, RM20, RM50 pula. 5. Jika tahun ini setahun sekali belikan sarapan atau makan-makan dengan kawan sepejabat, tahun hadapan cuba buat sebulan sekali. 6. Jika tahun ini belanja orang rumah makan di luar atau kasi hadiah sempena itu ini sahaja, cuba buat sebulan sekali pula. 7. Dan jika tahun ini kita hanya jemput jiran makan-makan time raya kerana terlalu sibuk, kita kena usaha beri hadiah kepada mereka mana yang boleh kesempatan waktu. Usaha! Kawan-kawan, Apa yang kita beri, nampak macam habis. Namun disebalik semua itu, ada rezeki lain pula menanti. Memberi ini sifatnya menambah bahagia Orang yang bahagia, akan doakan kebaikan untuk kita. Berbanyak memberi, akan banyak juga Allah mencurah-curahkan rezeki untuk kita. Jika kita hadkan kepada sekian-sekian, tak bertambah dan tak berubah, agak-agak mahu ke tidak Allah menambah dan mengubah rezeki kita? Kita jawab sendiri okey. Kita adalah kunci kepada banyaknya pintu rezeki. Sikit kita buka, sikit kita dapat, banyak kita usaha, banyak juga kita berjaya masuk ke dalam pintu-pintu tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat baik, Allah suka.

Disiplin waktu untuk berjaya, kita lakukan ini sama-sama. Letak dalam kepala ada 2 waktu yang kita kena sentiasa kuat berdisiplin. Tulis dalam diari siap-siap! Saya tulis 5 dan 10. 5 pagi hingga 10 pagi- Bangun, mandi, solat sunat, stretching, sedekah, senaman, sarapan, baca buku, mengaji, zikir, keluarga. 10 pagi hingga 5 petang - Planning, checklist, jumpa orang, kelas, baca buku, jumpa team, sosial media. 5 petang hingga 10 malam - mengaji, senaman, update checklist, idea, more planning, network, baca buku. 10 malam hingga 5 pagi - tidur. ** Ini hanya contoh sahaja. Kalian boleh pilih waktu yang kalian suka. Jadikan ia sebagai disiplin hidup. Susun siap-siap, hidup kalian akan mula berubah apabila masuk ke bulan ke-2. Boleh jadi akan bermula bibit nak jadi kaya raya, boleh jadi juga kalian sangat lapang menerima ujian, tenang dalam menghadap cabaran, ceria dan sentiasa positif. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Team 5 pagi, cuma kadang-kadang terlepas waktu tidur ke 12 malam. Its okey!

Tinggal 23 seat sahaja gais untuk dapat harga RM59.00 ke Webinar TAWAN 2022. Ia akan dijalankan pada 8.30 sehingga 10.30 mala
Tinggal 23 seat sahaja gais untuk dapat harga RM59.00 ke Webinar TAWAN 2022. Ia akan dijalankan pada 8.30 sehingga 10.30 malam ini. Lekas daftar! Kami akan dedahkan trend dan strategi media sosial Tahun 2022 nanti. Selepas jam 2 petang ini, harga akan naik ke RM79.00. Daftar terus di sini okeh! https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591

2022 nanti, Posting pagi - terus buat penerangan produk / kelebihan tanpa CTA. Ia menaikkan kredibiliti kita sebagai apa, apa kerja kita, apa bisnes kita. Contoh: Pegawai Wasiat dan Harta. 9.00 pagi setiap hari up posting tentang pengurusan wasiat. Kemudian pada tengah hari, boleh up iklan. Sama ada produk yang sama dengan posting pagi atau tidak, tak jadi masalah. Boleh sahaja. Selepas itu, baru buat posting crowd lifestyle. Barulah orang nampak yang kita hidup seperti biasa, kepercayaan tinggi wujud di hati audien kalian. Dapat 3 posting sehari. 3 posting x 365 hari, tahun 2020 kalian ada 1,095 posting yang bermanfaat. Boleh jadi pembangunan diri dan personal branding kalian terbina begitu sahaja melalui #content tersebut. Berhenti berangan. Pergi beli buku dan baca. Rujuk kemudian mula tulis. Orang rajin, dia berbuat. Dan yakin rezeki Allah itu hadir dengan tingkat usaha yang dia sedang lalukan. Dia sendiri tahu keupayaan itu akan jadikan dia jutawan atau tidak. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Akan terus beri tips kepada kalian selagi masih berada dalam industri, nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Kopi.Meta buka 11.30 pagi sampai 5.30 petang setiap hari. Jumaat sahaja 2.45 petang sampai 6.00 petang. Ahad tutup. Ada kopi,
Kopi.Meta buka 11.30 pagi sampai 5.30 petang setiap hari. Jumaat sahaja 2.45 petang sampai 6.00 petang. Ahad tutup. Ada kopi, coklat, brownies juga ada! Kami di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi, area Petronas. Kami di tepi jalan. Jumpa sana!

Ada orang fikir RM30,000 sebulan itu sangat besar. Ada orang lain pula fikir jualan RM30,000 sebulan itu sangat kecil. Sama ada besar atau kecil, tak jadi masalah. Ia adalah apa yang kita akan kejar dan dapatkan. Masalah utama kita ialah kita rasa ia kecil, jadi kita buat tak kisah. Dan apabila kita rasa ia besar, kita tak mahu nak kejar. Kawan-kawan, ini tips besar yang saya dapat dari Tan Sri S yang saya kerap jumpa. 1. Apabila berniaga, pastikan untung walau kecil. Belajar mengambil untung sedikit dari terus nak kejar yang besar-besar. 2. Jika dah terbiasa dengan jualan berpuluh ribu, maka kena pasang strategi untuk cecah 100,000 pertama. Jika jualan 1-2 ribu sebulan, maka pasang strategi untuk puluhan ribu yang pertama. Susunan strategi adalah setiap hari tanpa pernah jemu. 3. Belajar tentang modal dan kos. Silap pembelajaran di sini, silaplah kiraan semuanya. - modal hangus. - modal pusingan. - kos pekerja. - kos pengeluaran. - kos pemasaran. - lain-lain kos. 4. Sentiasa ambil tahu lorong peluang. Zaman ini ada 2. Zaman dulu hanya ada 1 iaitu offline. Kini ada online dan offline. 2-2 kena jalan supaya saling memerlukan. Tak boleh salah 1, bahaya. “Selagi ada pintu, selagi itu kejar.” 5. Ambil kakitangan yang muda dan senang dibentuk berbanding yang sudah ada pengalaman dan mahu buat kepala sendiri. Ini tersangat penting. Nak pasukan yang berkesan, pastikan team adalah team yang sekepala. Masa susah, kalau gaduh boleh berbaik. Masa senang, sentiasa cari peluang lagi dan lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari jadikan mimpi itu nyata.

Maaf gais, harga early bird sudah sold out. Namun kita buka untuk tempoh 24 jam ini, untuk kalian grab special price kami. Ha
Maaf gais, harga early bird sudah sold out. Namun kita buka untuk tempoh 24 jam ini, untuk kalian grab special price kami. Harganya cuma RM59.00 sahaja. Terhad kepada 30 orang terawal. Webinar akan dijalankan pada esok malam, 8.30 sehingga 10.30 malam. Kami akan dedahkan kepada kalian strategi bermain media sosial untuk tahun 2022. Lekas daftar terus ke sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591

Nak buat Live sangat bagus dalam kawasan sendiri. Masuk tempat orang, minta izin baik-baik. Ia sama seperti kita pergi rumah orang, terus masuk dapur, tak peduli siapa tuan rumah, oh tengok tak ada makanan jadi kita pun terus hantar bantuan. Niat kita sangat baik, namun kalau kita tak peduli adab, kita rugi. Maka akan terpinga-pinga tuan rumah rasa tak dihargai, rasa seperti rumah sendiri dimasuki penyangak entah mana. Gais, nak buat baik, dahulukan adab. Kayalah bagaimana pun, Bijaklah tinggi mana pun, Hebatlah dikagumi macam mana pun, Tak ada adab, tak ada tempat di sisi Allah. Kadang-kadang Allah tegur kita sebab sayangkan kita. Syukur ada makcik tegur tak boleh itu tak boleh ini, bayangkan waktu duk buat live di rumah orang atau kedai orang, tiba-tiba kena serangan jantung atau kipas duk hempap atas kepala atau kena langgar lori dari luar. Bersyukur kena tegur dengan manusia sebelum Allah sendiri tegur. Teguran ini untuk saya juga. Maaf belaka, kita adalah apa yang kita ditegur. Kalau bijak, terima dengan rendah diri, lagi orang respek. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka live di tempat sendiri sahaja.

ALAMAK TINGGAL 12 SEAT LAGI! Gais, kena berebut seat sekarang. Harganya RM49 sahaja. Habis sahaja 12 kekosongan ini, harga ak
ALAMAK TINGGAL 12 SEAT LAGI! Gais, kena berebut seat sekarang. Harganya RM49 sahaja. Habis sahaja 12 kekosongan ini, harga akan naik ke RM59.00. Lepas daftar, kalian terus masuk FB Group Private, dan webinar akan dibuat secara live pada 29 Disember (8.30 malam) nanti. Lekas daftar gais: https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591

Dia beriya duk menangis. Ada seorang makcik duk cakap “ala pergi beli lain, kalau takda duit, nah makcik kasi.”, dia gelengkan kepala ja. Saya ikut tanya “kenapanya sampai nak menangis ni, beli lainlah. Kita orang lelaki kena kuat!” Dia jawab “nanti ayah marah! Ayah dah takda duit!” Kami berdua berpandangan. “Nah ambil duit makcik, pergi beli lain.” “Tapi makcik jangan kasi tau ayah. Nanti ayah marah, ayah pukul.” Baler aku tergamam sekali lagi. Budak itu masuk ke dalam kedai dan beli semula telur. Telur yang dibeli awalnya itu jatuh dan boleh kata pecah semua. 1 sarang besar. Masa dia keluar saya cakap biar pakcik hantar kang jatuh lagi. Budak itu tak nak. Dia tetap nak bawa naik basikal. Dia beriya ikat dan kemudian ada motor sampai. “Kenapa lambat?” Ada seorang lelaki menghampiri budak tersebut. Budak itu beriya lap muka. “Kenapa menangis?” Lelaki itu tanya lagi. Lalu makcik yang duk kasi duit tadi cakap “tak yah marah, tadi telur tu jatuh. Dia dah beli lain dah tu.” Lelaki itu turun dari motor. Ambil telur tersebut dan pandang kepada kami. Makcik itu terus cakap “tak yah marah-marahlah ke budak tu. Kesian dia. Dah nak jatuh. Takpalah dah berganti dah tu.” “Akak yang kasi duit ke?” Lelaki itu bertanya. “Ha ah. Ala takpalah. Rezeki kau.” Lelaki itu datang dekat dan cakap “terima kasih banyak kak, sebenarnya ni la lauk kami bulan ni. 30 biji telur dapatlah makan dalam 10 hari. Itu paling murah. Kerja dah takda, kena buang masa PKP, isteri pun tak kerja dan sekarang sarat. Bulan ini last moratorium, nak balik kampung segan kak. Terima kasih banyak kak. Akak kasi nombor phone nanti saya ada duit saya ganti balik duit akak.” Saya cakap ke abang tersebut suruh tunggu sekejap. Saya masuk dalam pasar, ambil ayam 3 ekor, ambil ikan, sayur, beras, tepung gula semua. Lantaklah berapa pun dan kasi ke dia. Memang dia tunggu dekat motornya. Saya kasi semua barang kepadanya. Anaknya dah balik naik basikal. Dia nak nombor saya, saya tak kasi. Saya beritahu dia, “jangan segan bang buat grab ke apa ke, kita kena berusaha selagi boleh. Saya tak tahu abang kerja apa dulu, tapi saya yakin abang boleh buat.” Dia tanya macam mana. Saya pun ajar guna phone semua. Dia senyum dan kata kalau boleh nak mula hari ini. Ya Allah syukurnya. Rupanya memang dia tak berapa pandai guna phone. * Kawan-kawan, Kita semua ada cerita kesusahan. Nak minta tolong, segan. Nak sembang, malu. Maka kita pun duduklah dalam rumah dan murung. Abang tadi memang nampak banyak masalah. Rambut tak bersikat, baju kusut, isteri pula sarat. Tak tahu dah berapa lama duk makan telur setiap hari. Kita mungkin ingat kita duk perumahan, semua orang relaks dan tak susah. Tak tahu jiran kita bagaimana. Inilah bagusnya berdoa untuk jiran-jiran. Semoga kita sama-sama dapat peluang bantu dan peroleh pahala berganda. Allah akan lorongkan kita jumpa jiran begini jika kita sentiasa letak dalam hati untuk hidup berjiran. Kita ada sikit, hulur sikit. Kita ada banyak, hulur banyak. Semoga kita semua dapat beri susu kepada bayi, beri isteri makan, beri kenyang kepada anak-anak. Sebagai suami, usaha. Buang malu, buanglah segan. Mungkin dulu kita tinggi tak tercapai, hari ini Allah ambil dan minta kita bermula semula. Ingat ini kawan, senang itu sementara, susah juga sementara, asal kita mahu berubah, Allah akan bantu lorongkan. Kita usaha sampai jaya, Allah sentiasa ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ya Rabb, semoga semua jiran baik-baik sahaja.

Scammer kembali menggunakan wajah dan nama saya di Telegram. Mohon abaikan ya. Ini bukan saya. Sebarkan juga.
Scammer kembali menggunakan wajah dan nama saya di Telegram. Mohon abaikan ya. Ini bukan saya. Sebarkan juga.

Praktis bersyukur ini kena hari-hari. Kalau tak buat, ia takkan jadi kebiasaan. Bangun pagi, sebut alhamdulillah. Tengok keluarga ada bernyawa di sisi, sebut alhamdulillah. Dapat mandi, bersihkan diri, alhamdulillah. Ada tuala nak lap badan, alhamdulillah. Ada pakaian nak pakai, alhamdulillah. Dapat buang air, dapat selesaikan hajat, alhamdulillah. Dapat bersenam, masih sihat, alhamdulillah. Dapat solat, sedekah, puasa, sebut alhamdulillah. Dapat sarapan, alhamdulillah. Dapat naik kenderaan, start enjin, sebut alhamdulillah. Sampai tempat kerja, alhamdulillah. Masuk ke pejabat, duduk, mula dengan bismillah dan lekas sebut alhamdulillah. Jumpa kawan, dapat makan tengah hari. Alhamdulillah. Dapat task baru, belajar benda baru, alhamdulillah. Balik, alhamdulillah. Telefon emak ayah, dapat bercakap dengan mereka. Alhamdulillah. Bersembang dengan adik beradik di dalam group Whatsapp, keluarga, semuanya alhamdulillah. Jumpa keluarga semula di rumah, alhamdulillah. Tengok tv, study dengan anak-anak, bersama pasangan, semuanya alhamdulillah. Ingat kawan-kawan, Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7) Praktis hari ini kawan-kawan, sentiasa bersyukur. Allah akan kasi lebih lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur dapat kawan seperti kalian semua. Alhamdulillah. ❤️

Tahun 2022 ini saya berharap benar kalian buat perkara ini: 1. Tidak penuhkan ruangan 5,000 kawan kalian. Add atau accept mereka yang kalian kenal dan berkawan sahaja. Sama ada nak berniaga atau tidak, memasukkan orang yang kalian tidak kenal ke ruangan kalian adalah sebuah kerosakan. Kita akan lihat posting orang yang kita tak tahu, tak kenal hati budi dan sentiasa ada persepsi. Itu semua mengundang rasa tidak baik dan membawa kepada kemurungan. 2. Tulis #content yang tersusun dan baik-baik sahaja. Fokus kepada 5-6 topik kemudian pecahkan menjadi banyaknya perkongsian. Bina dan susun semuanya setiap hari dan asingkan dengan posting jualan. Biar yang friends dan follower selesa dengan kita. Kalau kita jadi ejen sesiapa, fikir juga yang kita kena ada kehidupan bukannya 100% posting buat jualan sampai orang menyampah. 3. Berhenti buat aktiviti copy-paste status orang lain walau dengan kredit. Bina tulisan sendiri, feel kemanisan menulis dan membangunkan content yang ada stail masing-masing. 4. Follow orang yang kalian selesa dan ada matlamat sahaja. Bukan ikut-ikutan. 5. Banyakkan melihat dan membaca kisah kejayaan. Ianya memberi kepuasan positif dalam diri berbanding membaca kisah penceraian, kerosakan serta kehancuran dunia bisnes dan sebagainya. 6. Berhenti cakap ya atas semua perkara. Jika tak mampu cakap sahaja tidak. 7. Fokus kepada target jualan kita tahun itu. Jika 2020 kita target RM1juta, maka jualan sehari mesti RM2,741. Jadi buat perancangan untuk dapat jualan begitu setiap hari. Mesti alihkan segala gangguan supaya kerja kita tidak terpesong dengan banyaknya hal di media sosial ini. 8. Jadilah ejen sesiapa. Namun tak dengar 100% arahan atau perintah mereka. Mereka ada target sales dan tak peduli tentang kehidupan kalian. Ingat, media sosial kalian, kalian punya hak. Kalian boleh susun target sendiri dan tahu bagaimana kalian nak buat. Rancang content sebaiknya supaya kalian dapat hasil yang baik, bukan kebencian. Ikut dan dengar 100% akan hancurkan media sosial kalian dan nak buat semula memang sebuah proses yang sangat panjang. Dengar bab strategi dan kaji. Jika tak betul, jangan ikut. 9. Jualan terjadi saat “ikan” berkumpul apabila “umpan” ditabur. Kemudian, tebarlah “jala”. Bagaimana ikan berkumpul? Posting crowd. Bagaimana nak tabur umpan? Posting yang ada titik persamaan. Bagaimana nak tebar jala? Posting sales selepas posting-posting crowd. 10. Media sosial kita, hak kita. Namun pilihlah yang baik-baik. 100% menjual, boleh jadi hilang kawan. Masukkan elemen kebencian, boleh jadi hilang kawan. Ingat, media sosial adalah untuk bersosial. Beri ilmu, beri keselesaan untuk semua orang juga selesa dengan kita. Semoga tahun 2022 kita bijak mencari duit, memilih kawan dan menyusun posting yang bawa kita ke arah yang lebih baik dari hari ini. Bina content berkualiti sepanjang 21 hari dengan sekurang-kurangnya 1 posting sehari. Abaikan bab orang nak share atau tak, lantakkan semua itu. Tulis sahaja untuk dapatkan habit berterusan ini. Dan kalian akan lihat konsistensi itu wujud dalam diri dan ianya menjadi lifestyle yang membawa banyaknya kebaikan kepada orang lain. Hari ini mungkin tak ada sesiapa share. Esok seorang, boleh jadi selepas sebulan, setahun, 2 tahun ada 100 orang dan semakin meningkat. Dan bayanglah berapa ramai dapat manfaat selepas itu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat duit dan bina pengaruh dengan ilmu betul. Oh ya, nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Ini ejaan yang betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Bahasa Melayu: Insya-Allah. Masya-Allah. Subhanallah. Alhamdulillah. Jika ditulis menggunakan ejaan selain dari ejaan ini dalam surat rasmi atau di dalam peperiksaan di mana-mana sekolah, adalah sebuah kesalahan / kesilapan mengeja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pun belajar juga.

Year End Sales kami dah bermula gaisss! Dapatkan seleksi biskut sedap dari kami di OneCookies Malaysia yaaa! Klik sini lekass
+1
Year End Sales kami dah bermula gaisss! Dapatkan seleksi biskut sedap dari kami di OneCookies Malaysia yaaa! Klik sini lekass sementara stok masih ada! https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Belajar untuk tak lihat siapa yang like posting anda, tak tengok siapa yang tonton “story” anda, tak peduli siapa yang nampak, suka, tak suka, share, atau repost. Itu semua kebaikan kepada diri sendiri. Posting yang baik, perkongsian yang baik akan dapat hasil yang baik. Jika kita sentiasa nak tahu siapa yang suka, tak suka, tonton tak tonton, hati kita sendiri semakin tak cantik. Kalau dia tengok, kita happy. Kalau dia tak tengok, kita membenci. Sedangkan dia juga ada kerja lain nak dibuat, bukan macam kita kongsi kongsi kongsi 24 jam sehari. Kalau kita berniat buat posting perli-perli kepada dia, dia tengok, kita puas namun kita dapat dosa. Dia tak tengok, kita sakit hati, kita dapat susah resah gelisah sepanjang hari. Dua-dua keadaan sangat tak baik untuk diri. Hidup kita ini kita tak ada keperluan untuk buktikan apa-apa kepada sesiapa. Terus buat baik. Tulis yang baik, kongsi yang baik. Orang akan suka, akan klik butang share dan semua orang happy bermain media sosial. Kawan-kawan, kita yang kawal diri kita nak buat post apa di akaun media sosial kita. Kita bertanggungjawab sepenuhnya apa yang kita komen, kita post dan kita share. Kalau posting kita buat menyambung hubungan, syukur. Namun jika memutuskan, sedih dan peritlah hidup. Kita yang kawal semua itu. Tak suka, tak nak dia tengok, tak perlu buang masa terus block sahaja. Namun tak adil dengan block masih mengutuk dan membenci dia. Saling kena move on okey! Hari tenang, jiwa damai. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita semua bertanggungjawab.