ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 296 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 907

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 296 名订阅者。

根据 21 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -382,过去 24 小时变化为 -14,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.91%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 22 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 296
订阅者
-1424 小时
-967
-38230
帖子存档
Di penghulu segala hari ini, kami lancarkan WEBINAR TAWAN 2022. Webinar ini sesuai sangat buat kalian yang nak buat persiapan
Di penghulu segala hari ini, kami lancarkan WEBINAR TAWAN 2022. Webinar ini sesuai sangat buat kalian yang nak buat persiapan, atur strategi, ubah mindset, set matlamat untuk mulakan tahun baharu nanti dengan strategi berbeza! Kami buka seat early bird ini hanya terhad kepada 30 orang sahaja gais! Cuma RM49.00. Lepas daftar, kalian terus masuk FB Group Private, dan webinar akan dibuat secara live pada 29 Disember (8.30 malam) nanti. Lekas daftar gais: https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591

Kalau kita tulis benda positif, kemudian ada orang cakap “tapi ada je bla bla bla.” Tak perlulah layan komen itu. Itu toksik. Kalau kita bersembang dengan kawan benda best, idea dan boleh diperbuat dan dia komen “tapi benda ni macam susah ja, macam malas ja nak buat.” Tinggalkan dia dan tak perlu lagi duk pergi sembang, kawan atau beriya nak ajak minum bagai. Itu toksik! Kawan yang banyak “tapi” ini sangat toksik. Sama ada di media sosial atau betul-betul kita berhadapan, mereka toksik. Jauhkan diri okey! Cari kawan yang sembang idea, yang boleh nampak masalah kepada peluang, kepada pasukan, kepada keseronokan dan dapat bantu orang. Masalah adalah benda baik yang tak perlu ditapi-tapikan. Ia hanya proses nak jadikan kita jauh lebih baik lagi. Jadi positif gais! Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, Positif jalan terus.

Tukarkan “nanti gemuk cepat mati” kepada “hidup sihat akan beri lebih manfaat.” Tukarkan “tak beli car seat nanti anak-anak tercampak mati accident” kepada “car seat membantu elak kemalangan maut kanak-kanak.” Tukarkan “tak ada insuran mati macam tu sahajalah” kepada “mengambil insuran akan beri perlindungan kepada yang masih hidup.” Tukarkan “dah sakit pergilah klinik! Jumpa doktor bukannya pandai-pandai google kemudian menyusahkan orang” kepada “jika sakit, adalah sangat baik bawa terus ke klinik berdekatan supaya penyakit tidak melarat.” Tukarkan “nak kaya kena rajin, bukannya tak habis kasi alasan!” Kepada “jika nak benar kaya, memang kena rancang hidup berdisiplin. Usaha kena bersungguh dan rajin berbuat baik di mana-mana.” Tukarkan “lambatnya solat, lepas tu sibuk nak Allah kasi kau rezeki banyak-banyak?” Kepada “alhamdulillah dah solat, lepas ini kalau solat lebih awal entah-entah lagi awal juga dapat projek tu kan?” * Kita yang kawal diri kita nak cakap apa, nak nasihat apa, nak jual apa. Bukannya jadikan diri kita ini dibenci hanya kerana beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut kita. Dari orang nak beli, jadi benci. Dari orang nak hormat, jadi meluat. Hati-hati kawan-kawan. Hidup di zaman media sosial ini tak akan kemana jika kita dahului dengan ayat sindir dan perli. Buat orang sentap untuk beli barang boleh bertukar kepada kempen benci-benci sampai bisnes kalian boleh melingkup. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tukar jadi ayat positif okey!

Salam semua. Saya ada di Kopi Meta jam 12.30 sampai 2.30 hari ini. Jumpa di sana!
Salam semua. Saya ada di Kopi Meta jam 12.30 sampai 2.30 hari ini. Jumpa di sana!

Nak happy, nak bahagia, nak rezeki masuk, nak hidup seronok, nak ada ujian yang boleh hadap, nak stress yang membangunkan diri, nak sepanjang hari indah dengan kepelbagaian ilmu dan pelajaran, pastikan 1 jam selepas masuk waktu subuh dan solat subuh, kalian lakukan ini: 1. Tidak tidur selepas solat subuh. Lebih baik melakukan aktiviti lain seperti zikir, bersenam, membaca, mengaji, Al-mathurat dan sebagainya. 2. Minum satu atau dua gelas air masak. Ia akan menyegarkan badan dan membersihkan perut, melawas dan melancarkan usus. Semua ini akan berkait dengan cara berfikir. Oksigen bagus, badan cergas, minda pun cerdas! 3. Tetapkan diri mahu melakukan apa. Sediakan perancangan harian untuk buat semua benda pada hari tersebut. Duduk sekejap melihat diari dan berdoa semoga urusan hari itu dimudahkan Allah. 4. Keluar rumah dengan doa akan kembali ke rumah dalam keadaan baik seperti pada keluar awal pagi. 5. Biasakan diri bersarapan. Makanlah walau sedikit. Ia tanda kesyukuran rumah masih ada makanan. Ucaplah alhamdulillah sebanyak mungkin. * Jika boleh, mandi sebelum masuk waktu subuh. Ia akan beri kita kebersihan diri, keselesaan beribadah. Kita tentukan bagaimana hidup kita pada hari tersebut. Jika ada ujian, hadap dengan hemah. Matangnya kita adalah apabila kita sambut dan sahut ujian itu dengan ketenangan. Semua itu kita yang tentukan bagaimana kita nak berfikir dan bertindak. Kita yang kawal semuanya. Yang tak boleh kita kawal ialah rezeki kita, namun kita boleh cari dan minta kepada Allah. Yang tak boleh kita kawal ialah kematian kita, itu kita boleh mohon semoga ia berakhir dengan sebaik-baik kematian. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga bermanfaat.

Seronok dapat membesarkan topik. Dari 1 topik, kalian dapat jana idea 300 ke 1,000 idea posting! Serius! Hari ini, kami bantu
Seronok dapat membesarkan topik. Dari 1 topik, kalian dapat jana idea 300 ke 1,000 idea posting! Serius! Hari ini, kami bantu seorang guru yang minat berkebun. Ada juga seorang perunding kewangan, namun minat dalam fitness. Mereka seronok sesangat dan nampak besar potensi menyusun content. Content Mapping Masterclass ini kelas advance. Kelas bermula seawal 9.00 pagi dan tamat 5.00 petang. Semua strategi, teknik dan penyusunan content, Kapten Hamk akan bantu satu demi satu. Jika kalian, nak bina content dengan sangat terstruktur dan berimpak tinggi di Tahun 2022 nanti, kelas inilah jawapan. Ayuh lekas, daftar untuk kelas minggu hadapan pada 28 Disember 2022 nanti. Terus tekan link di bawah: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Memahami kekuatan diri sendiri supaya tinggi keyakinan. Kita buat ini: Lihat rutin setiap hari dari pagi hingga tidur: - bahagian ibadah dan menentukan pahala apa nak dibuat. Menolak dengan rasional untuk tak sertai kawanan berbuat dosa. - bahagian kesihatan diri, menentukan makan apa, senaman apa, bacaan apa, circle apa dan perbualan apa. - bahagian emosi diri, lihat bagaimana kita respon terhadap masalah, cara selesaikan masalah dan bagaimana mencari solusi. - bahagian keluarga, lihat bagaimana kita menyertai emosi keluarga semasa gembira, semasa sedih, semasa masalah dan semasa meraikan kejayaan. - bahagian kerja, lihat posisi kita semasa dalam konflik, semasa dalam hiruk piruk kerja banyak, semasa dalam selesa dan semasa dalam meraikan kejayaan. Kesemua bahagian ini jika kita dapat tentukan apa kita nak buat untuk bahagiakan diri, maka kita dah tahu kita ada inner power yang berbeza dengan orang lain. Kita matang, kita rasional, kita boleh hadap masalah dengan tenang, kita boleh switch on dan switch off melihat kepada suasana. Masuk pejabat, serius. Balik rumah boleh main nyorok-nyorok dengan anak. Ada kejayaan di office, raikan sama-sama. Ada masalah, bincang dan ajar bagaimana nak selesaikan. Semuanya boleh dan kematangan itu memberi "kuasa" besar untuk kita pergi lebih jauh lagi dari hari ini. Ingat kawan, Hari ini kena lebih baik dari hari semalam. Semua orang masih mampu ubah segalanya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Sebelum memasuki Tahun 2022 ini, kalian perlu tahu tentang bagaimana menguruskan media sosial untuk buat jualan tinggi. Kelas
Sebelum memasuki Tahun 2022 ini, kalian perlu tahu tentang bagaimana menguruskan media sosial untuk buat jualan tinggi. Kelas malam ini masih ada 10 kekosongan. Kapten Hamk akan bimbing kalian nanti. Pendaftaran cuma RM49 sahaja. Lekas daftar dan hadir segera ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591

Ada orang Bangi di sini? Hari ini gais! Cari kami di sekitar Shell Seksyen 16 Bandar Baru Bangi ya. Ada di bawah pokok-pokok
Ada orang Bangi di sini? Hari ini gais! Cari kami di sekitar Shell Seksyen 16 Bandar Baru Bangi ya. Ada di bawah pokok-pokok merimbun gituhhh.

Buat bisnes ini tak boleh sikit-sikit kecil hati. Kecil hati kawan tak beli, Kecil hati adik beradik tak beli, Kecil hati sepupu tak beli, Kecil hati keluarga tak beli, Kecil hati jiran tak beli, Kecil hati kawan sekolah, kawan u tak beli, Kecil hati orang itu orang ini tak beli. Orang membeli bersebab. Ya salah satunya ialah rasa nak support. Namun tak bolehlah kata kalau dia tak beli dia tak support. Mana kita tahu dia ada ja beli diam-diam. Mana kita tahu dia juga ada doakan kita diam-diam. Mana kita tahu dia itu tak sesuai dengan produk kita namun dia masih cakap benda baik tentang kita. Orang beli ke tak beli ke hal dia. Hal kita ialah terus menjual bijak-bijak. Buat marketing, bina ejen, bina team. Jaga keluarga. Jaga hubungan. Bantu keluarga. Bantu semua. Buat baik sahaja! Kita sendiri pun tak support semua kawan kita, semua jiran kita semua keluarga kita semua setiap seorang ahli sedarah kita. Jadi takkanlah kita nak anggap orang lain pula buat benda itu kepada kita. Pi belajar! Bina network! Berguru! Semua itu akan hadirkan rezeki buat kita. Biar sekarang mereka tak beli, lambat laun entah-entah anak mereka mai kerja dengan kitaaaaa. Hah gitu kita bantu sampai berkurun insya-Allah. Begitulah! Khairul Hakimin Muhammad, Kasi kental jiwa gais!

Ramai nak belajar Copywriting. Namun tak tahu nak mula dari mana dan hasilkan penulisan berimpak tinggi. Ikuti kelas yang dik
Ramai nak belajar Copywriting. Namun tak tahu nak mula dari mana dan hasilkan penulisan berimpak tinggi. Ikuti kelas yang dikendalikan oleh editor saya, Kapten Hamk. Beliau akan bimbing kalian bermula dari penulisan untuk tarik followers sehingga kepada copywriting tingkatkan jualan. Lekas daftar di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591 Untuk kelas sesi siang (10.00 sehingga 12.30 tengah hari), boleh pilih 21 Disember. Untuk sesi malam boleh pilih 22 Disember (8.30-11.00 malam) ya.

Antara benda best dalam hal penyusunan #content ialah tulis sahaja dulu di Ms Word, atau di GoogleKeep atau di mana-mana yang kalian suka. Ia disebut sebagai #BankContent. Disiplinkan sehari nak tulis berapa. Namun tak perlu up semuanya lagi. Contoh: Setkan disiplin nak tulis 2 posting crowd, 3 posting iklan. Namun yang up, 1 posting crowd, 1 posting iklan. Jadi kalian ada buffer 1 posting crowd sehari dan 2 posting iklan sehari. Seminggu ada lebih 7 buffer posting. Yang 7 itu susunlah baik-baik mana yang boleh sampailah semuanya 100% disusun. Saya sendiri, 80% status saya adalah yang disusun. Saya tak masak hari ini untuk post hari ini. Saya tak cerita hal travel hari ini untuk post hari ini. Siapa yang tahu saya masak ayam masak merah hari ini? Tiada. Jadi saya post lagi 2 minggu. Tak jadi hal langsung. Ia content. Posting ini pun, yang saya tulis bulan lepas. Dan saya hanya susun ianya dimuat naik pada setiap pagi setiap hari. Hehe. Share masih dapat, like dan komen masih okey dan follower bertambah. Ingat, Allah sendiri aturkan masa untuk solat, untuk puasa, untuk haji dan sebagainya, takkanlah untuk kita nak berjaya, kita belasah sahaja. Adalah sangat baik kita susun dan raih kehebatan itu dengan sebaiknya. Semua ada disiplin yang wajib diikut untuk dapat sesuatu hasil. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Buat kawan-kawan yang sedang atau baru nak bermula dengan dunia digital (bisnes online), saya cadangkan kalian belajar 6 perkara ini. Cari guru, cari sesiapa untuk anda masuk ke kelas-kelas ini: 1. Copywriting - kelas bina ayat iklan. - lain produk, lain cara. - lain produk, lain penyampaian. - teknik, perkataan serta ayat semuanya. 2. Pembinaan Funnel. - ke mana nak bawa pelanggan. - selepas beli apa nak dirancang. - teknik kolam, teknik menjual dalam Funnel. 3. Penciptaan Content. - bagaimana content membawa kepada "be your own celebrity" - dengan content tersusun buat kita jadi tumpuan dari sudut orang cari ilmu. - menjadi influencer dengan terampil ilmu bukan buat perkara bukan-bukan. 4. Pembinaan Brand. - menolak brand ke hadapan supaya orang terus tahu produk itu adalah produk berkualiti, kena pada harga dan dipercayai. 5. Pembangunan media sosial secara bersusun. - semua medsos yang ada dalam negara. - pembelajaran secara berstrategi mengikut keperluan produk - pengiklanan berbayar. - zero cost marketing. 6. Creative Marketing. - cara guna warna, gambar, video, story, reels dan sebagainya semua perlu dipelajari mengikut keperluan produk. Kawan-kawan, Jika kalian belum onlinekan bisnes, perlu buat sekarang. Mula dari kecil. Mula dari lorong sendiri, kemudian bawa ke bandar / kampung kalian. Kemudian bawa ke negeri, dan terus tawan 1 negara! Perlahan-lahan, alami proses tersebut. Kalian akan nampak bisnes online lebih terbangun, boleh dirancang dan boleh dilebarkan selebar-lebar pembinaannya. Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, Pecut terus!

Pagi-pagi begini dapat tips sedap dari kawan baik. Beliau cakap kepada saya benda mudah ini untuk dibuat supaya hidup kita tenang walau ada ujian, cabaran dan halangan. Caranya mudah sahaja: 1. Semasa hendak solat, mulakan dengan rasa meminta keampunan dari Allah. - rasa diri hamba. - rasa bukan sesiapa. - solat kerana menurut perintah. - solat kerana nak minta ampun banyaknya dosa. 2. Berdoa selepas solat. - adab ini kena diutamakan. Tidak boleh tinggal istighfar dan selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. Mesti buat, tunjuk rasa menghormati bab mendahului minta ampun dan mengingati Nabi. - ambillah masa untuk berdoa dengan memuji Allah dulu. - kemudian doa untuk ibu bapa. - kemudian barulah doa untuk apa yang kita nak. - susun atur ini sangat penting. 3. Berdoa apabila teringat. - apabila kita teruskan hidup setiap hari, semasa memandu contohnya teringat ada masalah sana sini, terus berdoa walau sedang memandu. Mesti mendahului adab juga. Mesti bermula dengan "Ya Allah, aku hamba lemah Ya Allah. Aku banyak dosa Ya Allah, ampuni aku Ya Allah". Mulakan itu barulah meminta apa kita nak. Tak perlu tadah tangan. Sebut sahaja. Hati pun ikut. - setiap kali teringat, buat. * Hati akan tenang. Jiwa akan lapang. Orang yang rasa diri dia banyak dosa, dia segan nak lihat orang lain. Dia fokus lihat dirinya sendiri sahaja. Dia fokus nak murah rezeki dia, dia tahu dengan ada banyak, dia kongsi. Ada sikit pun dia memberi. Dia tahu dia perlu utamakan meminta ampun dalam berbuat kebaikan. Berharap kepada Allah ini akan jadi perawat, pengubat dan pencegah kepada sakit hati, patah hati dan kecewa dengan ujian. Kita akan rasa inilah nikmat kehidupan. Dapat keindahan sentiasa mengingati Allah. Masa senang, masa susah, beringat selalu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siapa diuji, dia diingati.

Semasa mengikuti Conference Digital Content 2 tahun lalu, ada sebuah kelas yang saya selamba masuk, Selfie (Swafoto) Class. Haha. Saya sertai dan buat muka tenang. Padahal cuak ya amat kerana saya sendiri tak suka berswafoto. Awal kelas, diberitahu fakta ini: 1. Titik kepercayaan audien di media sosial paling tinggi ialah kepada mereka yang rajin berswafoto. 2. Keberanian berswafoto menyebabkan audien percaya dia memang wujud, memang ada, dan memberi selesa. 3. Ia dalam kadar 1 atau 2 kali seminggu sahaja. 4. Apa akan jadi sekiranya berlebih? Ia akan buat orang tidak selesa. Namun bab percaya, tetap tinggi. 5. Di situ bermula OOTD, dengan kata lain selfie boleh dipecahkan kepada banyaknya bahagian yang bermanfaat. 6. #Content selfie termasuk dalam kategori side. Namun ia boleh jadi crowd sekiranya kita berswafoto dengan teks atau caption yang memberi manfaat. 7. Teknik swafoto, kendurkan sedikit tangan untuk ambil gambar seorang, luruskan tangan untuk ambil gambar ramai. 8. Selfie stick juga hanya sesuai digunakan untuk gambar ramai, bukan seorang. 9. Kebanyakan orang yang tidak suka selfie dikatakan kurang keyakinan diri. 10. Yang membenci mereka yang suka berselfie pula dikatakan kehidupannya sering tidak dihargai dan mahu dihargai. * Jika siapa perasan, saya pun mulakan berswafoto di wall saya. Dan syukur okeylah tak malu sangat. Setakat ini ia memang bagus dan memberi keyakinan saya manusia yang benar wujud di media sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Soalan: Tuan, tuan cerita bagaimana nak happy elak kawan yang toksik pagi semalam, namun saya sendiri berhadapan dengan ahli keluarga sendiri. Tuan boleh beri cadangan macam mana ya saya nak lalui hari-hari? Stressnya tak boleh bawa bincang. Jawapan: Ini yang saya sendiri buat. 1. Apabila dia persoal bisnes kita, kita jawab “ya, ya. Awak betul.” Biasanya dia akan terus berdiam. 2. Apabila dia persoal “dekat FB kemain menjual, tapi tengok tak kaya-kaya pun kau ni.” Kita jawab, “itulah, belum lagi. Setakat ini bolehlah 1-2 terjual. Nanti dah kaya saya tutuplah FB tu. Hihihi.” 3. Apabila dia sentiasa burukkan kita di belakang dan akhirnya cerita itu sampai kepada kita, kita terima dengan senyum dan kata dalam hati “ramainya yang ambil tahu, Ya Allah semoga mereka ini juga akan beli dari aku esok dan hari seterusnya.” 4. Kalau dia perli “ha inilah jutawan kita di Facebook!” Di khalayak ramai atau di hadapan semua keluarga, cepat-cepat kita jawab dengan angkat dua-dua belah tangan dan cakap “aminnnn aminnnnn!” Biasanya mereka semua akan terdiam. 5. Apabila dia selalu tengok wall kita, dia tak komen, dia tak like, dia tak beli, namun apabila berdepan dia tanya itu ini, perli begitu begini, terus unfriend sahaja. Jangan block. Biar dia tengok dari jauh kejayaan kita satu demi satu. Itu adalah kesakitan paling dasyat di hati dia. Kita tenang fokus buat kerja dan tidak sesekali singgah di wall dia. Sibukkan diri okey! 6. Setiap pagi, mulakan kehidupan dengan mendoakan dia dapat banyaknya kebaikan dari Allah. Kalian akan dapat ketenangan sepanjang hari. 7. Setiap malam, tutup dengan maafkan kesilapan dia. Kalian akan dapat ketenangan hati semasa tidur. 8. Jika mereka minta tolong, terus buat jangan sesekali tangguh. Itu kebaikan yang membezakan kita dengan mereka. 9. Apabila kalian dah berjaya, bantu mereka. Buang perasaan benci, buang rasa menyampah dan peluklah mereka seerat-eratnya. Ini yang dituntut oleh keluarga dan membezakan kita dengan dia. 10. Terus buat baik walau apa yang berlaku, jika tak tahan, berundurlah sedikit, namun berdiam diri. Letak dalam hati, dalam kepala yang kalian tak boleh balas 1 pun kejahatan yang mereka buat dengan kejahatan semula. Mereka keluarga dan sentiasa perlu disayangi. Kawan-kawan, Ini saya dapat dari banyaknya kelas-kelas yang saya pergi. Kebanyakan jutawan, hartawan dan dermawan yang saya jumpa adalah dari kalangan mereka yang pernah dibenci keluarga kerana sedikit berbeza dari ahli yang lain. Namun mereka ini tak pernah buang keluarga mereka sendiri. Mereka hadap dan terus sayang sampai bila-bila. Tidak ada sakit hati, tak ada juga benci-benci. Keluarga adalah anugerah, ini antara benda yang saya belajar. Ia tidak boleh dipilih dan sentiasa disuruh berbuat baik. Jika di pihak sana tak mahu, kita tak boleh buat apa. Kita hanya boleh kawal diri kita, jadi buatlah baik walau apapun yang berlaku. Kerana itu sahaja jalan yang Allah suka dan itu juga janji Allah untuk beri kita syurga. Ia adalah berbuat baik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukur keluarga kami sekarang semuanya baik-baik sahaja.

Saya peminat kopi! Kalian pula?
Anonymous voting

Waktu aktif bermain media sosial di negara kita hanya dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi di situ ada 15 jam yang panjang. Selepas itu kita semua tidur atau merehatkan diri. Untuk membangunkan #content, susun semua perkara yang dah dibina untuk dibuat posting. Terpulang mahu buat berapa dan jam apa, namun strategi yang betul boleh membawa kepada banyaknya perubahan. Ingat, Posting #crowd untuk dapatkan follower. Posting #RM untuk jana sales. Posting #side untuk maintan engagement. 3 posisi ini sentiasa perlu dijaga. Sekiranya kalian hanya nak buat 3 posting sahaja sehari. 9.00 pagi - Crowd. 1.00 tengah hari - RM 5.00 petang - Side. Ia tetap beri impak yang bagus. Contoh: 3 posting sehari = 1,095 posting setahun. 365 posting untuk Crowd. 365 posting untuk RM. 365 posting untuk Side. Jika untuk crowd tersebut dapat 100 share setiap kali posting, dan setiap daripada itu kalian dapat 100 follower baru, maka: 365 posting crowd setahun x 100 follower = 36,500 follower setahun kalian boleh dapat. 365 posting RM setahun x RM500 sales setiap kali kalian buat posting, maka jualan setahun ialah RM182,500. Itu jika RM500. Bayangkan setiap 1 postin itu kalian boleh dapat RM2,000, RM5,000 atau RM10,000. Ya boleh sahaja kawan-kawan, ada rakan kami yang baru 20,000 pengikut, posting salesnya mencecah RM25,000 per posting, ya per posting! Cuba kira, 365 posting x RM25,000 = RM9,125,000 sales setahun. Hanya jual di personal account sahaja kawan-kawan. Ya, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Orang yang mahir bermain media sosial dengan ilmu akan dapat hasilnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

WOW! TURUN HARGA GAIS! Iya! Dari RM99.00, harga kelas ini diturunkan ke RM59.00. (Jualan sehingga 11.00 malam ini sahaja. Sel
WOW! TURUN HARGA GAIS! Iya! Dari RM99.00, harga kelas ini diturunkan ke RM59.00. (Jualan sehingga 11.00 malam ini sahaja. Selepas itu kembali ke harga asal). Kelas diadakan pada Hari Rabu 22 Disember (8.30-11.00 malam), namun jika kalian nak di sebelah pagi, boleh pilih 21 Disember (10.00 pagi - 12.30 tengah hari). Lekas daftar di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591

5 rutin yang kalian wajib ada untuk kemajuan dan kebaikan diri sendiri: 1. Rutin sebelum subuh sekitar 5.00 pagi. - dapat solat sunat 2 rakaat (menguatkan diri, menenangkan diri dan dapat bercakap banyaknya hal kepada Allah pada waktu ini. Waktu orang lain belum bangun, ketenangan itu adalah sebuah keindahan. 2. Rutin sihat. - bercakap, berbuat dan cari jalan untuk sentiasa improve kesihatan diri adalah super mustahak. Tentang senaman, makanan, idea (untuk kesihatan minda) serta bercakap hal kebaikan. 3. Rutin hobi / minat / kesukaan. - kena ada minat, hobi yang boleh dibuat selalu. Cari dan pupuk minat tersebut. Sebagai contoh jika dulu suka travel, sekarang tak boleh. Jadi cari sesuatu untuk lakukan. Contohnya terbaru ramai suka menanam pokok di rumah. Ia bagus. - rutin ini beri ketenangan jiwa selepas sibuknya bekerja. 4. Rutin mindset kerja bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang kita buat. - how you do anything is how you do everything. Sentiasa bersungguh-sungguh berbuat sesuatu walau ia hal kecil. 5. Rutin memilih kebaikan dari keburukan. - sosial media, pilih nak baca benda baik sahaja. - tv, filem, apa sahaja, pilih nak tonton benda baik sahaja. - bersembang, bercakap, mendengar, pilih nak dengar benda yang boleh tingkatkan diri sahaja. Kawan-kawan, Buat rutin ini, lihat selepas satu tahun apa jadi kepada kalian. Lihat bagaimana kita naik ke satu tangga berbeza. Kita tenang dengan ujian, kita relaks apabila stress dan kita juga banyak rasional apabila dirundung masalah. Kita perlu ada sikap untuk berkeras dengan rutin. Jika tidak, kita akan sentiasa dibelenggu dengan suasana kecewa, resah dan gelisah setiap hari. Kita tentukan rutin kita bagaimana untuk tentukan hidup kita bagaimana tahun mendatang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula hari ini. Bismillah.