es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 35 249 suscriptores, ocupando la posición 278 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 899 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 35 249 suscriptores.

Según los últimos datos del 26 septiembre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -259, y en las últimas 24 horas de -14, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.65%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 0 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 27 septiembre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

35 249
Suscriptores
-1424 horas
-637 días
-25930 días
Archivo de publicaciones
Soalan: Bagaimana dengan 1 topik boleh dipecahkan menjadi banyaknya posting? Jawapan: Asingkan menggunakan matlamat menulis #content. Saya beri contoh mudah, nasi goreng. Macam mana nak cambahkan idea untuk tulis beberapa posting hanya gunakan perkara ini. Jika matlamat posting to educate, maka postingnya akan jadi resipi nasi goreng. Jika matlamat posting to inform, maka postingnya tentang di mana nasi goreng paling sedap di Bangi. Jika matlamat posting to inspire, maka postingnya tentang kejayaan bisnes nasi goreng Makcik si polan binti si polan. Dapat 3 posting hanya kerana nasi goreng. Itu keseronokan menulis guna content. Dari 1 isi, boleh pecah menjadi ribuan content yang best. Bayangkan produk, perkhidmatan, nak buat posting iklan, serta nak bangunkan follower, semua boleh dibina. Kita boleh ada beribu follower, boleh juga jana jutaan ringgit. Hanya dengan bangunkan content yang tersusun. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rahsia susun content ada di sini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Tahun 2022 ini, kita teruskan menulis ya. Tak perlu tunggu lengkap, cantik, tersusun, baru nak up. No, up sahaja. Belajar berbuat silap. Itu normal. Kita semua ada blind side. Kita dah rasa okey, maka terus tekan post. Jika #content dah lengkap 4 perkara tersebut (fakta, emosi, bahasa dan impak positif) maka up sahaja. Kena ada keyakinan yang tinggi. Bermainlah dalam industri mana pun, kita tak akan belajar sekiranya kita tak buat silap. Kesilapan ini adalah medan belajar yang paling diingat. Kita akan sentiasa letak dalam kepala yang itu boleh yang ini tak boleh. Sama sahaja bermain media sosial. Ada ramai yang takut nak up kerana takut buat silap, kerana laman ini tiada simpati. Salah kena kecam, Silap kena kecam, Buruk, orang tak like, Bosan orang tak share. Semuanya ada impak. Namun jika kalian ada keteguhan hati, up sahaja. Lihat bagaimana orang react itu sebagai pemangkin nak tulis lebih baik lagi. Pada tahun 2014, yang saya tulis hanya dapat 2 like, tiada share juga tiada komen. Selepas 6 tahun lihatlah perubahannya. Ingat kawan-kawan, media sosial boleh beri kalian kredibiliti, boleh juga naikkan jualan. Dua-dua perkara itu bagus untuk bisnes kalian. Maka buat dan belajar! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 1 tahun 100,000 follower pada 2016. Alhamdulillah.

9 Perintah Allah dalam Surah al-Hujurat tentang Interaksi Sesama Manusia. Perintah 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ” = Selidik suatu khabar yang sampai padamu. Perintah 2: “فَأَصۡلِحُواْ” = Damaikan saudara yang bersengketa. Perintah 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ” = Berlaku adil. Perintah 4: “لَا يَسۡخَرۡ” = Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Perintah 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ” = Jangan mengaibkan. Perintah 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ” = Jangan melabel. Perintah 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” = Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Perintah 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ” = Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Perintah 9: “وَلَا يَغۡتَب” = Jangan mengumpat. Renungi surah ini, tadabbur ayat ini dan amalkan wasiat ini, nescaya hubungan kita sesama manusia akan terpelihara! -Sumber: Dr. Kamilin Jamilin- t.me/nikfatmaamirah

Esok kita masuk tahun baru gais. Strategi main media sosial pun kena baru. Jika kalian belum ada idea, tak tahu mana nak mula
Esok kita masuk tahun baru gais. Strategi main media sosial pun kena baru. Jika kalian belum ada idea, tak tahu mana nak mula. Tak tahu macamana nak pasang strategi dan cita-cita, daftar terus ke Content Mapping Masterclass. Kapten Hamk akan ajar 'step by step' dari kosong sehingga boleh bina 1,250 idea posting mengikut niche kalian sendiri. Lekas, seat tak banyak. Daftar terus di sini ya: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

2022 nanti, kita fokus tulis #content yang kita suka, kita minat dan kita mahir sahaja. Kita bina dan susun supaya orang tahu apa yang kita sering buat dan kerja. 1. Waktu pagi, bangunkan content crowd. Ikut falsafah Prof Chan (Penulis Blue Ocean Strategi), beri umpan di laut biru jauh lebih bagus dari memberi umpan di kolam atau tasik atau paya atau sungai. 2. Laut biru sifatnya luas, banyak hidupan. Memberi umpan yang sama kesukaannya dengan yang lain akan dapat hasil yang sangat banyak. Boleh jadi ikan bilis pun makan, Boleh jadi ikan jerung pun makan, Boleh jadi, kerapu, siakap, ikan merah semua makan. 3. Dengan kata lain, ikan-ikan ini berbeza, namun makan umpan yang sama. 4. Ia disebut sebagai crowd. Posting kalian mesti mempunyai titik persamaan yang besar dengan orang lain. Contohnya: Makanan, Memasak, Berkebun, Sukan, Fesyen, Parenting, Pendidikan, Al-Quran, Kisah Nabi (selawat) Agama, Travel, Hartanah, Simpanan, Undang-undang, Kosmetik, Permotoran, Gadget, Buku, Memancing. Dan lain-lain. 5. Posting ini perlu ditulis secara konsisten dengan membawa salah 1 dari 3 matlamat ini: To educate, atau To inform, atau To inspire. 6. Barulah posting kalian akan ada share. Apabila share berlaku, follower akan menaik. 7. Kemudiannya susunlah posting sales. Ingat ini, posting crowd untuk membawa ikan ke kapal. Apabila ikan sudah berkumpul, tebarlah jala. 8. Jala yang kalian tebar boleh jadi ada ikan bilis, boleh jadi juga ada ikan jerung. 9. Itulah keseronokan bermain media sosial dengan tersusun. Hasil yang kalian dapat, akan buat kalian ingin bina lagi dan lagi posting berkualiti. 10. Ingat ini, fokus dengan topik yang dipilih, konsisten berkongsi hal yang bawa impak positif dan teruskan membina content yang buat orang selesa dengan kita. Mana tahu, disember 2022 nanti kalian sudah bergelar jutawan. Amin. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Rata-rata orang yang sudah berjaya akan kata: “Saya tak pernah bermain-main tentang azam, cita-cita dan impian. Ia adalah perkara yang buat saya jadi orang berbeza (lebih berjaya) pada setiap tahun.”

WOW! DENGAN HANYA DENGAR SUARA SAJA, ORANG TERUS NAK BELI PRODUK KITA! POWER TU! Iya gais! Semuanya akan didedahkan oleh Kapt
WOW! DENGAN HANYA DENGAR SUARA SAJA, ORANG TERUS NAK BELI PRODUK KITA! POWER TU! Iya gais! Semuanya akan didedahkan oleh Kapten Hamk menerusi kelas ini. Beliau akan terangkan bagaimana nak berhadapan, bercakap dengan efektif sehingga customer terus nak membeli gais! Lekas daftar di sini: https://bit.ly/31b91Qz https://bit.ly/31b91Qz https://bit.ly/31b91Qz

Mana yang tak sempat sertai Webinar TAWAN 2022 semalam, jangan risau. Kami buka peluang untuk kalian tonton rakaman live yang
Mana yang tak sempat sertai Webinar TAWAN 2022 semalam, jangan risau. Kami buka peluang untuk kalian tonton rakaman live yang ada di dalam group eksklusif kami. Daftar saja di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591

2022 nanti, kita tambah kebaikan dalam memberi: 1. Jika dah biasa beri emak ayah RM50 sebulan, tambah jadi RM100 sebulan. Jika dah biasa beri emak ayah RM300 sebulan, tambah RM350 sebulan. Tambahlah suka hati berapa, janji tambah. 2. Jika sebelum ini tak biasa membantu adik beradik kerana tahu mereka juga bergaji dan bekerja, tahun hadapan bantu terus. Lantakkan mereka ada duit atau tak, asal jumpa, kasi duit ke anak-anak mereka. Sikit pun tak mengapa. 3. Jika tahun ini jumpa pengemis / peminta sedekah datang ke meja makan kita di restoran kita beri RM1, tahun hadapan kita dah setkan untuk kasi RM2-5. 4. Jika tahun ini dah terbiasa bawa duit kecil RM1, RM5 ke masjid solat jumaat, tahun hadapan kena cuba bawa RM10, RM20, RM50 pula. 5. Jika tahun ini setahun sekali belikan sarapan atau makan-makan dengan kawan sepejabat, tahun hadapan cuba buat sebulan sekali. 6. Jika tahun ini belanja orang rumah makan di luar atau kasi hadiah sempena itu ini sahaja, cuba buat sebulan sekali pula. 7. Dan jika tahun ini kita hanya jemput jiran makan-makan time raya kerana terlalu sibuk, kita kena usaha beri hadiah kepada mereka mana yang boleh kesempatan waktu. Usaha! Kawan-kawan, Apa yang kita beri, nampak macam habis. Namun disebalik semua itu, ada rezeki lain pula menanti. Memberi ini sifatnya menambah bahagia Orang yang bahagia, akan doakan kebaikan untuk kita. Berbanyak memberi, akan banyak juga Allah mencurah-curahkan rezeki untuk kita. Jika kita hadkan kepada sekian-sekian, tak bertambah dan tak berubah, agak-agak mahu ke tidak Allah menambah dan mengubah rezeki kita? Kita jawab sendiri okey. Kita adalah kunci kepada banyaknya pintu rezeki. Sikit kita buka, sikit kita dapat, banyak kita usaha, banyak juga kita berjaya masuk ke dalam pintu-pintu tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat baik, Allah suka.

Disiplin waktu untuk berjaya, kita lakukan ini sama-sama. Letak dalam kepala ada 2 waktu yang kita kena sentiasa kuat berdisiplin. Tulis dalam diari siap-siap! Saya tulis 5 dan 10. 5 pagi hingga 10 pagi- Bangun, mandi, solat sunat, stretching, sedekah, senaman, sarapan, baca buku, mengaji, zikir, keluarga. 10 pagi hingga 5 petang - Planning, checklist, jumpa orang, kelas, baca buku, jumpa team, sosial media. 5 petang hingga 10 malam - mengaji, senaman, update checklist, idea, more planning, network, baca buku. 10 malam hingga 5 pagi - tidur. ** Ini hanya contoh sahaja. Kalian boleh pilih waktu yang kalian suka. Jadikan ia sebagai disiplin hidup. Susun siap-siap, hidup kalian akan mula berubah apabila masuk ke bulan ke-2. Boleh jadi akan bermula bibit nak jadi kaya raya, boleh jadi juga kalian sangat lapang menerima ujian, tenang dalam menghadap cabaran, ceria dan sentiasa positif. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Team 5 pagi, cuma kadang-kadang terlepas waktu tidur ke 12 malam. Its okey!

Tinggal 23 seat sahaja gais untuk dapat harga RM59.00 ke Webinar TAWAN 2022. Ia akan dijalankan pada 8.30 sehingga 10.30 mala
Tinggal 23 seat sahaja gais untuk dapat harga RM59.00 ke Webinar TAWAN 2022. Ia akan dijalankan pada 8.30 sehingga 10.30 malam ini. Lekas daftar! Kami akan dedahkan trend dan strategi media sosial Tahun 2022 nanti. Selepas jam 2 petang ini, harga akan naik ke RM79.00. Daftar terus di sini okeh! https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591

2022 nanti, Posting pagi - terus buat penerangan produk / kelebihan tanpa CTA. Ia menaikkan kredibiliti kita sebagai apa, apa kerja kita, apa bisnes kita. Contoh: Pegawai Wasiat dan Harta. 9.00 pagi setiap hari up posting tentang pengurusan wasiat. Kemudian pada tengah hari, boleh up iklan. Sama ada produk yang sama dengan posting pagi atau tidak, tak jadi masalah. Boleh sahaja. Selepas itu, baru buat posting crowd lifestyle. Barulah orang nampak yang kita hidup seperti biasa, kepercayaan tinggi wujud di hati audien kalian. Dapat 3 posting sehari. 3 posting x 365 hari, tahun 2020 kalian ada 1,095 posting yang bermanfaat. Boleh jadi pembangunan diri dan personal branding kalian terbina begitu sahaja melalui #content tersebut. Berhenti berangan. Pergi beli buku dan baca. Rujuk kemudian mula tulis. Orang rajin, dia berbuat. Dan yakin rezeki Allah itu hadir dengan tingkat usaha yang dia sedang lalukan. Dia sendiri tahu keupayaan itu akan jadikan dia jutawan atau tidak. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Akan terus beri tips kepada kalian selagi masih berada dalam industri, nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Kopi.Meta buka 11.30 pagi sampai 5.30 petang setiap hari. Jumaat sahaja 2.45 petang sampai 6.00 petang. Ahad tutup. Ada kopi,
Kopi.Meta buka 11.30 pagi sampai 5.30 petang setiap hari. Jumaat sahaja 2.45 petang sampai 6.00 petang. Ahad tutup. Ada kopi, coklat, brownies juga ada! Kami di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi, area Petronas. Kami di tepi jalan. Jumpa sana!

Ada orang fikir RM30,000 sebulan itu sangat besar. Ada orang lain pula fikir jualan RM30,000 sebulan itu sangat kecil. Sama ada besar atau kecil, tak jadi masalah. Ia adalah apa yang kita akan kejar dan dapatkan. Masalah utama kita ialah kita rasa ia kecil, jadi kita buat tak kisah. Dan apabila kita rasa ia besar, kita tak mahu nak kejar. Kawan-kawan, ini tips besar yang saya dapat dari Tan Sri S yang saya kerap jumpa. 1. Apabila berniaga, pastikan untung walau kecil. Belajar mengambil untung sedikit dari terus nak kejar yang besar-besar. 2. Jika dah terbiasa dengan jualan berpuluh ribu, maka kena pasang strategi untuk cecah 100,000 pertama. Jika jualan 1-2 ribu sebulan, maka pasang strategi untuk puluhan ribu yang pertama. Susunan strategi adalah setiap hari tanpa pernah jemu. 3. Belajar tentang modal dan kos. Silap pembelajaran di sini, silaplah kiraan semuanya. - modal hangus. - modal pusingan. - kos pekerja. - kos pengeluaran. - kos pemasaran. - lain-lain kos. 4. Sentiasa ambil tahu lorong peluang. Zaman ini ada 2. Zaman dulu hanya ada 1 iaitu offline. Kini ada online dan offline. 2-2 kena jalan supaya saling memerlukan. Tak boleh salah 1, bahaya. “Selagi ada pintu, selagi itu kejar.” 5. Ambil kakitangan yang muda dan senang dibentuk berbanding yang sudah ada pengalaman dan mahu buat kepala sendiri. Ini tersangat penting. Nak pasukan yang berkesan, pastikan team adalah team yang sekepala. Masa susah, kalau gaduh boleh berbaik. Masa senang, sentiasa cari peluang lagi dan lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari jadikan mimpi itu nyata.

Maaf gais, harga early bird sudah sold out. Namun kita buka untuk tempoh 24 jam ini, untuk kalian grab special price kami. Ha
Maaf gais, harga early bird sudah sold out. Namun kita buka untuk tempoh 24 jam ini, untuk kalian grab special price kami. Harganya cuma RM59.00 sahaja. Terhad kepada 30 orang terawal. Webinar akan dijalankan pada esok malam, 8.30 sehingga 10.30 malam. Kami akan dedahkan kepada kalian strategi bermain media sosial untuk tahun 2022. Lekas daftar terus ke sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591

Nak buat Live sangat bagus dalam kawasan sendiri. Masuk tempat orang, minta izin baik-baik. Ia sama seperti kita pergi rumah orang, terus masuk dapur, tak peduli siapa tuan rumah, oh tengok tak ada makanan jadi kita pun terus hantar bantuan. Niat kita sangat baik, namun kalau kita tak peduli adab, kita rugi. Maka akan terpinga-pinga tuan rumah rasa tak dihargai, rasa seperti rumah sendiri dimasuki penyangak entah mana. Gais, nak buat baik, dahulukan adab. Kayalah bagaimana pun, Bijaklah tinggi mana pun, Hebatlah dikagumi macam mana pun, Tak ada adab, tak ada tempat di sisi Allah. Kadang-kadang Allah tegur kita sebab sayangkan kita. Syukur ada makcik tegur tak boleh itu tak boleh ini, bayangkan waktu duk buat live di rumah orang atau kedai orang, tiba-tiba kena serangan jantung atau kipas duk hempap atas kepala atau kena langgar lori dari luar. Bersyukur kena tegur dengan manusia sebelum Allah sendiri tegur. Teguran ini untuk saya juga. Maaf belaka, kita adalah apa yang kita ditegur. Kalau bijak, terima dengan rendah diri, lagi orang respek. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka live di tempat sendiri sahaja.

ALAMAK TINGGAL 12 SEAT LAGI! Gais, kena berebut seat sekarang. Harganya RM49 sahaja. Habis sahaja 12 kekosongan ini, harga ak
ALAMAK TINGGAL 12 SEAT LAGI! Gais, kena berebut seat sekarang. Harganya RM49 sahaja. Habis sahaja 12 kekosongan ini, harga akan naik ke RM59.00. Lepas daftar, kalian terus masuk FB Group Private, dan webinar akan dibuat secara live pada 29 Disember (8.30 malam) nanti. Lekas daftar gais: https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wtwn22/591

Dia beriya duk menangis. Ada seorang makcik duk cakap “ala pergi beli lain, kalau takda duit, nah makcik kasi.”, dia gelengkan kepala ja. Saya ikut tanya “kenapanya sampai nak menangis ni, beli lainlah. Kita orang lelaki kena kuat!” Dia jawab “nanti ayah marah! Ayah dah takda duit!” Kami berdua berpandangan. “Nah ambil duit makcik, pergi beli lain.” “Tapi makcik jangan kasi tau ayah. Nanti ayah marah, ayah pukul.” Baler aku tergamam sekali lagi. Budak itu masuk ke dalam kedai dan beli semula telur. Telur yang dibeli awalnya itu jatuh dan boleh kata pecah semua. 1 sarang besar. Masa dia keluar saya cakap biar pakcik hantar kang jatuh lagi. Budak itu tak nak. Dia tetap nak bawa naik basikal. Dia beriya ikat dan kemudian ada motor sampai. “Kenapa lambat?” Ada seorang lelaki menghampiri budak tersebut. Budak itu beriya lap muka. “Kenapa menangis?” Lelaki itu tanya lagi. Lalu makcik yang duk kasi duit tadi cakap “tak yah marah, tadi telur tu jatuh. Dia dah beli lain dah tu.” Lelaki itu turun dari motor. Ambil telur tersebut dan pandang kepada kami. Makcik itu terus cakap “tak yah marah-marahlah ke budak tu. Kesian dia. Dah nak jatuh. Takpalah dah berganti dah tu.” “Akak yang kasi duit ke?” Lelaki itu bertanya. “Ha ah. Ala takpalah. Rezeki kau.” Lelaki itu datang dekat dan cakap “terima kasih banyak kak, sebenarnya ni la lauk kami bulan ni. 30 biji telur dapatlah makan dalam 10 hari. Itu paling murah. Kerja dah takda, kena buang masa PKP, isteri pun tak kerja dan sekarang sarat. Bulan ini last moratorium, nak balik kampung segan kak. Terima kasih banyak kak. Akak kasi nombor phone nanti saya ada duit saya ganti balik duit akak.” Saya cakap ke abang tersebut suruh tunggu sekejap. Saya masuk dalam pasar, ambil ayam 3 ekor, ambil ikan, sayur, beras, tepung gula semua. Lantaklah berapa pun dan kasi ke dia. Memang dia tunggu dekat motornya. Saya kasi semua barang kepadanya. Anaknya dah balik naik basikal. Dia nak nombor saya, saya tak kasi. Saya beritahu dia, “jangan segan bang buat grab ke apa ke, kita kena berusaha selagi boleh. Saya tak tahu abang kerja apa dulu, tapi saya yakin abang boleh buat.” Dia tanya macam mana. Saya pun ajar guna phone semua. Dia senyum dan kata kalau boleh nak mula hari ini. Ya Allah syukurnya. Rupanya memang dia tak berapa pandai guna phone. * Kawan-kawan, Kita semua ada cerita kesusahan. Nak minta tolong, segan. Nak sembang, malu. Maka kita pun duduklah dalam rumah dan murung. Abang tadi memang nampak banyak masalah. Rambut tak bersikat, baju kusut, isteri pula sarat. Tak tahu dah berapa lama duk makan telur setiap hari. Kita mungkin ingat kita duk perumahan, semua orang relaks dan tak susah. Tak tahu jiran kita bagaimana. Inilah bagusnya berdoa untuk jiran-jiran. Semoga kita sama-sama dapat peluang bantu dan peroleh pahala berganda. Allah akan lorongkan kita jumpa jiran begini jika kita sentiasa letak dalam hati untuk hidup berjiran. Kita ada sikit, hulur sikit. Kita ada banyak, hulur banyak. Semoga kita semua dapat beri susu kepada bayi, beri isteri makan, beri kenyang kepada anak-anak. Sebagai suami, usaha. Buang malu, buanglah segan. Mungkin dulu kita tinggi tak tercapai, hari ini Allah ambil dan minta kita bermula semula. Ingat ini kawan, senang itu sementara, susah juga sementara, asal kita mahu berubah, Allah akan bantu lorongkan. Kita usaha sampai jaya, Allah sentiasa ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ya Rabb, semoga semua jiran baik-baik sahaja.

Scammer kembali menggunakan wajah dan nama saya di Telegram. Mohon abaikan ya. Ini bukan saya. Sebarkan juga.
Scammer kembali menggunakan wajah dan nama saya di Telegram. Mohon abaikan ya. Ini bukan saya. Sebarkan juga.

Praktis bersyukur ini kena hari-hari. Kalau tak buat, ia takkan jadi kebiasaan. Bangun pagi, sebut alhamdulillah. Tengok keluarga ada bernyawa di sisi, sebut alhamdulillah. Dapat mandi, bersihkan diri, alhamdulillah. Ada tuala nak lap badan, alhamdulillah. Ada pakaian nak pakai, alhamdulillah. Dapat buang air, dapat selesaikan hajat, alhamdulillah. Dapat bersenam, masih sihat, alhamdulillah. Dapat solat, sedekah, puasa, sebut alhamdulillah. Dapat sarapan, alhamdulillah. Dapat naik kenderaan, start enjin, sebut alhamdulillah. Sampai tempat kerja, alhamdulillah. Masuk ke pejabat, duduk, mula dengan bismillah dan lekas sebut alhamdulillah. Jumpa kawan, dapat makan tengah hari. Alhamdulillah. Dapat task baru, belajar benda baru, alhamdulillah. Balik, alhamdulillah. Telefon emak ayah, dapat bercakap dengan mereka. Alhamdulillah. Bersembang dengan adik beradik di dalam group Whatsapp, keluarga, semuanya alhamdulillah. Jumpa keluarga semula di rumah, alhamdulillah. Tengok tv, study dengan anak-anak, bersama pasangan, semuanya alhamdulillah. Ingat kawan-kawan, Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7) Praktis hari ini kawan-kawan, sentiasa bersyukur. Allah akan kasi lebih lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur dapat kawan seperti kalian semua. Alhamdulillah. ❤️