Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 236 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 281,并在 马来西亚 地区排名第 906 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 236 名订阅者。
根据 27 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -380,过去 24 小时变化为 -14,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.34%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 574 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 28 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 236
订阅者
-1424 小时
-787 天
-38030 天
帖子存档
36 229
Maksud menyebarkan positiviti di media sosial ialah:
1. Cerita kebaikan, bukan keburukan.
2. Sebut fakta yang benar, betul, bukan direka-reka.
3. Sekiranya perkara itu hal buruk contohnya seperti mahu mengelak membeli barangan salah, timbang kilo, produk tak sah dan sebagainya, buat posting tips, buat #content langkah demi langkah mengelak, kaedah dan sebagainya, bukan memburuk tanpa fakta yang betul.
4. Sekiranya perkara itu jahat, jenayah dan sebagainya, tulis perkara yang boleh elak atau cegah atau kawal perkara itu berlaku. Teruskan menulis hal yang boleh memberi manfaat kepada audien bukannya menambah keburukan orang dengan membawa orang beramai-ramai komen membusuk di wall.
Ingat, hal jenayah adalah tugas penguasa untuk selesaikan. Kita hanya boleh tulis perkara yang beri pengajaran.
Sekiranya kita membawa orang memburuk sama-sama di ruangan komen, kita akan rasa agung, rasa berkuasa namun kita lupa perbuatan itu adalah berdosa.
5. Melawan perkara salah adalah positiviti di media sosial, namun tulisannya mesti membawa audien ke arah positif bukannya bergaduh dan memburuk orang lain.
6. Ramai yang beranggapan menulis hal melawan di media sosial adalah hal negatif. Namun jika ia ditulis dengan kritis sosial, membawa orang berfikir serta bijak dalam menggunakan perkataan dan ayat yang baik, akan membuat audien bertenang dan mahu melakukan kebaikan, ia bukannya menambah buruk.
7. Orang yang sedang marah, biasanya akan menulis keburukan orang, bukannya membawa orang lain cegah, rawat dan elak perkara buruk itu berlaku.
8. Contoh mudah, pergi ke restoran. Baru perasan restoran itu kotor selepas habis makan.
Orang yang kurang bijak akan ambil gambar dan viralkan di media sosial untuk menegur pemilik restoran.
Orang yang bijak akan tegur terus secara berdepan, kemudian akan memuat naik di media sosial cara nak pilih restoran bersih atau tak atau bagaimana nak kekalkan kebersihan di restoran atau bagaimana pelanggan boleh bantu kekalkan kebersihan di restoran tersebut.
Memuat naik #posting dalam keadaan rasional atau tidak akan menyebabkan kesan buruk atau kesan baik. Itu perkara biasa.
Kesan buruk; hancur bisnes orang.
Kesan baik; dapat baiki kesilapan semua orang.
Kita yang pilih yang mana bawa lebih banyak kebaikan, baru jadi luar biasa.
9. Ada banyak hal buruk berlaku sekitar hidup kita, kita yang pilih sama ada mahu bantu selesai atau mahu tambah buruk.
Untuk bantu selesaikan, buat posting “to educate.”
10. Kita tak baik mana, saya juga tak baik mana. Sekiranya kita mahu duduk dalam komuniti positif, tulislah perkara yang boleh membawa ke arah masyarakat yang positif.
Ianya adalah posting yang boleh mendidik, bukan mencela, memberi informasi bukannya menghina, juga menyebar inspirasi bukan menambah gaduh dan cerca.
Begitulah.
Saya bukan orang pandai, juga jauh dari banyaknya berbuat kebaikan, Allah simpan aib saya. Saya hanya berusaha menyampaikan ilmu untuk kita sama-sama lawan kejahatan, keburukan serta kerosakan dengan menulis teknik yang boleh dipraktikkan oleh semua orang.
Khairul Hakimin Muhammad,
❤️. https://t.me/ContentKHM
36 229
Saya duk terngiang ayat tersebut. Balik sahaja ke rumah, solat asar dan duduk sekejap... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/yang-penting-dalam-hidup-ini-kena-teruskan-hidup/ )
36 229
Semasa Digital World Social Media Conference di Amsterdam 2018 lepas, dikatakan waktu aktif rakyat Malaysia bermain media sosial ialah dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam.
Tiada waktu puncak, tiada juga waktu premium seperti yang digembar gemburkan.
Jadi hanya susun sahaja #content yang kita mahu muat naik.
Sebagai contoh dan rujukan kalian:
Jika mahu buat 1 kali iklan sehari, maka ini cadangannya:
10.00 pagi - Posting crowd.
12.00 tengah hari - posting RM.
2.00 petang - posting side.
Jika mahu buat 2 kali iklan sehari, maka ini cadangannya:
10.00 pagi - posting crowd.
12.00 tengah hari - posting RM.
2.00 petang - posting side.
4.00 petang - posting RM
8.00 malam - posting side.
Ingat ini,
Posting Crowd akan dapat double engagement.
Posting RM pula, engagement akan jatuh.
Manakala posting Side, akan membantu menaikkan kembali engegement kerana akan dapat Single engagement.
Susunan ini akan membantu beberapa perkara.
Crowd = akan menaikkan follower.
RM = akan menaikkan sales.
Side = akan maintain engagement yang bagus.
Tinggal nak bermain dengan content dan posting sahaja.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM
36 229
Apa yang orang lain biasa buat untuk bina content:
try-fail-try-fail-try-fail, quit.
Dan mula menyalahkan orang.
Yang patut kalian buat ialah:
Try-fail-analyze-adjust-try-fail-learn-adjust-repair-success.
Bermain dengan #content akan beri banyaknya masa untuk kalian belajar tentang apa yang audien suka dan audien nak tahu. Proses try and error berlaku hampir pada setiap hari.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat lagi sampai jadi.
36 229
"Tanggungjawab kita besar kepada diri sendiri. Maka jadi CEO ialah jawatan tertinggi kepada diri. Oleh itu jawatan itu kena disambungkan kepada tali yang paling besar iaitu Allah. Kalau tak... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kita-adalah-ceo-kepada-diri-sendiri/ )
36 229
Itu hari saya tegur seorang kanak-kanak yang ligat benar duk bermain tepi jalan. Risau juga ada banyak kereta yang nak ambil anak masing-masing. Namun anak itu mengangkat... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/marah-itu-mudah-sabar-itu-indah/ )
36 229
Soalan:
Tuan, jualan saya sudah pun mencecah RM1juta sebulan. Cumanya baru-baru ini saya terima beberapa rungutan yang ejen-ejen saya tersalah membuat jualan.
Mereka overclaim produk saya dan menjadikan ianya laju serta banyak terjual. Saya sudah beri pekeliling, kasi surat, pegang tanggungjawab untuk repair semua hal tersebut. Namun ada ejen yang undur diri kerana jalan yang saya sediakan itu agak susah nak buat sales.
Produk saya bukan produk kesihatan, ianya sekadar kosmetik sahaja, tak ada janji-janji manis jadi muka putih ke apa ke, ianya memang bedak, gincu serta adalah sedikit untuk cantikkan bulu mata.
Tapi saya tak tahu kenapa ejen saya boleh pergi claim bukan-bukan.
Tuan boleh beri idea?
Jawapan:
Dalam membina #content, memang kena cerita fakta, hal sebenar dan perkara betul sahaja. Mana-mana founder yang datang ke kelas saya, akan ada yang tak setuju, ada juga yang setuju.
Saya berkeras yang kita tak boleh overclaim. Kena cari jalan untuk menjual tanpa membuat tuntutan yang bukan-bukan terutama bab merawat penyakit.
Content terbina dengan apa yang kita nak sampaikan. Bukannya kita reka-reka.
Sama ada dari testimoni atau bukan, ia tetap kena guna benda betul sebagai asas.
Cara nak bina content tentang satu-satu produk ialah bangunkan content mapping mengikut setiap satu jenis produk. Kalau 20 produk, 20 mapping.
Cara nak buat ialah:
Layer 1: Nama Produk.
Layer 2: Bahan-bahan dalam produk.
Layer 3: Kelebihan dalam bahan-bahan.
Layer 4: Kegunaan dalam bahan-bahan.
Layer 5: Cara menggunakan, tutorial.
Layer 6: Bagaimana untuk mendapatkannya.
Setiap 1 layer, susun di mana untuk letak posting:
- to educate.
- to inform.
- to inspire.
- to entertain.
- to convert to RM.
Kemudian, susun untuk content mana yang mahu dibuat dalam bentuk teks atau teks bergambar atau sekadar gambar berposter atau video.
Apabila mapping siap, tanggungjawab menjual akan jadi lebih bagus. Kita akan bercerita benda benar sahaja.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Pilih nak buat produk pahala atau produk dosa sebelum mahu bina empayar. Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM
36 229
Ada rakan kami yang berjaya buat jualan RM1juta tahun 2019 tanpa guna ads langsung. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/cara-buat-jualan-rm1-juta-tanpa-kos-marketing/ )
36 229
Saya bersyukur dah terbiasa bangun awal pagi, sekitar 4 pagi atau 5 pagi dah terjaga. Dah selesai pergi bersihkan diri semua, Saya akan berusaha membaca sebanyak mungkin.
Awal pagi bagus untuk baca, Tafsir Al-Quran, Sirah Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam, buku tentang perbahasan intipati satu-satu surah, kisah-kisah zaman nabi.
Dekat sini kita akan dapat semangat, motivasi, kekuatan, keceriaan dan kemakmuran hati sendiri.
Dalam masa sama kita sedang memasukkan perkataan dan ayat di dalam kepala. Jadi ada penambahan dan simpanan di situ.
Mudahlah nak menulis selepas itu insya-Allah.
36 229
Soalan: Saya ada 3 bisnes berbeza, bagaimana saya nak tulis di wall saya. Saya jadi pening dan tak tahu nak mula yang mana.
Jawapan: 3 bisnes atau 5 bisnes, tak pernah jadi masalah. Ia adalah bagaimana kita susun atur semuanya tanpa perlunya kita kecoh dan gopoh.
Posting #crowd: tetap perlu susun #content untuk mendapatkan share dan menaikkan follower.
Posting yang ini susun jam 8.00 pagiz
Posting #RM: tetap perlu susun content untuk semua bisnes yang kita ada.
Contoh: Bisnes makanan, up jam 10.00am setiap hari. Bisnes baju up jam 3.00 petang setiap hari. Bisnes baju bayi up jam 6.00 petang setiap hari.
Bermain media sosial, tak perlu nak kumpulkan semua benda dalam 1 #posting. Tenang-tenang susun.
Kemudian bermainlah dengan posting #side untuk kekalkan engagement bagus di wall kita. Susun sahaja gais, hasil akan datang kemudian.
Semua benda nak serabut, memang tak kemana. Tenang-tenang. Duduk di meja, susun satu demi satu.
Rezeki tak lari kemana pun. Ada sahaja untuk kita. Lagi kita susun, lagi beri lega. Kehidupan pun lancar dan kita sentiasa bahagia.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM
36 229
Sepanjang kita duk buat kutipan ini, kita dah berjaya dapat sekitar RM50,000 untuk Sekolah Agama Sra At-Taqwa Temerloh ini. Syukur alhamdulillah.
(lokasi sekolah di belakang KFC Tanjong Lalang, Temerloh).
Ada yang sumbang setiap subuh, ada yang setiap minggu, semua ada. Terima kasih banyak semua.
Jika kalian masih mahu menyumbang, klik di sini ya, berapa-berapa pun boleh!
https://bykhm.onpay.my/order/form/attaqwa
https://bykhm.onpay.my/order/form/attaqwa
https://bykhm.onpay.my/order/form/attaqwa
36 229
Quotes, Al-Quran, Hadis Nabi (selawat) merupakan ayat yang sangat berkuasa dalam menaikkan content. Namun ia perlu disokong dengan penerangan yang bagus dan betul. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/quotes-al-quran-hadis-nabi-adalah-ayat-paling-berkuasa/ )
36 229
Kebanyakan orang yang berjaya mendapatkan lebih 50,000 follower mempunyai daya konsisten yang tinggi. Mereka ini membaca sekurang-kurangnya 2 buku sebulan, travel beberapa kali setahun, menguasai ilmu yang mereka pilih itu dengan sangat baik hingga masih pergi ke kelas-kelas untuk upgrade lagi. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/orang-berjaya-daya-konsisten-tinggi/ )
36 229
#Content terbina dengan adanya elemen emosi. Segala hal tersebut akan menyebabkan orang yang membaca atau yang melihat video akan lebih merasai apa yang mahu disampaikan.
Pembaca sangat suka dirinya “masuk” ke dalam cerita. Ianya secara spontan akan membaca sehingga habis kisah tersebut.
Ini disebut sebagai “tersentuh.”
Untuk dapat elemen itu, rahsianya ialah visualkan emosi tersebut.
Contoh:
Gembira = hingga kami berpelukan.
Sedih = sampai mengalir air mata.
Kecewa = hingga menekup muka.
Ayat-ayat visual begini wajib digunakan untuk memberi sentuhan kepada content atau story telling. Sama juga jika mahu ianya digunakan di dalam ayat iklan (copy-writing). Perkataan seperti:
Zero risiko = tak perlu berdebar bimbang bukan-bukan.
Lekas beli = nanti rugi dan menyesal kemudian hari.
Tinggal 2 helai sahaja = nanti menangis bucu katil.
Semua ini adalah ayat yang boleh kita gambarkan dan itulah yang menjadi penguat kepada kisah atau cerita tersebut.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips content / story telling lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM
36 229
Wah! Ini best! Sempena Hari Malaysia, kami buat PENGHANTARAN PERCUMA untuk semua produk yang tersenarai! Sale ini bermula sekarang dan tamat sehingga 11:59 malam ni je.
Lekas dapatkan terus ---> https://bit.ly/2FJ5fT9 .
36 229
Tetapkan diri. Tebalkan telinga. Tak payah bertempur atau berlawan cakap atau bertumbuk bagai. Kau teruskan perjuangan diam-diam. Tak kiralah sampai 10-20 tahun pun, janji kau berusaha sebaik mungkin untuk keluarga kau sendiri. Itu paling mustahak. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bab-kena-hina/ )
36 229
Soalan: Tuan, saya punya posting like dia dah cecah 100 dah. Namun tak ada pun orang follow.
Jawapan: Like = suka. Itu sudah bagus. Biasanya yang suka suki ini datangnya dari kawan (20%) dan follower (80%).
Namun, jika elemen suka itu ditambah dengan elemen kongsi, maka butang share akan ditekan.
Suka = unsur populis.
Kongsi = unsur content.
Untuk tambah bilangan pengikut, bukan sekadar suka yang kita cari. Ia wajib ada unsur content.
#RahsiaBapaViralKebangsaan
36 229
Di media sosial, kita tidak bersaing. Sesiapa sahaja boleh lakukan perkara yang sama.
Yang bezakan kita ialah content. Minah kongsi resipi dengan Timah yang cerita dia masak apa adalah dua perkara yang berbeza.
Jika contentnya sama, maka stail pula berbeza. Minah kongsi resipi asam pedas, Joyah juga kongsi resipi asam pedas. Namun Minah punya resipi ada langkah demi langkah, Joyah pula berupa buku.
Jika content sama, stail juga sama, maka bahasa mungkin berbeza, mungkin impak positifnya juga berbeza.
Relaks kawan. Raikan perkongsian kawan-kawan.
Bab dia nak meniru, hal dia.
Dan ketahuilah, sekiranya sudah ada yang mula ikuti cara kalian.
Itu tandanya kalian sudah berada di hadapan.
Tenang-tenang sahaja.
Khairul Hakimin Muhammad,
Media sosial untuk semua berbaik-baik.
36 229
Tahukah anda siapakah yang dijanjikan Allah untuk masuk syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga oleh Allah. (Baca selanjutnya di: https://fakulti.com/kenali-10-sahabat-yang-dijamin-syurga/ )
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
