uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 236 підписників, посідаючи 281 місце в категорії Маркетинг і PR та 906 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 236 підписників.

За останніми даними від 27 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -380, а за останні 24 години на -14, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.34%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 1 574 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 28 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 236
Підписники
-1424 години
-787 днів
-38030 день
Архів дописів
Maksud menyebarkan positiviti di media sosial ialah: 1. Cerita kebaikan, bukan keburukan. 2. Sebut fakta yang benar, betul, bukan direka-reka. 3. Sekiranya perkara itu hal buruk contohnya seperti mahu mengelak membeli barangan salah, timbang kilo, produk tak sah dan sebagainya, buat posting tips, buat #content langkah demi langkah mengelak, kaedah dan sebagainya, bukan memburuk tanpa fakta yang betul. 4. Sekiranya perkara itu jahat, jenayah dan sebagainya, tulis perkara yang boleh elak atau cegah atau kawal perkara itu berlaku. Teruskan menulis hal yang boleh memberi manfaat kepada audien bukannya menambah keburukan orang dengan membawa orang beramai-ramai komen membusuk di wall. Ingat, hal jenayah adalah tugas penguasa untuk selesaikan. Kita hanya boleh tulis perkara yang beri pengajaran. Sekiranya kita membawa orang memburuk sama-sama di ruangan komen, kita akan rasa agung, rasa berkuasa namun kita lupa perbuatan itu adalah berdosa. 5. Melawan perkara salah adalah positiviti di media sosial, namun tulisannya mesti membawa audien ke arah positif bukannya bergaduh dan memburuk orang lain. 6. Ramai yang beranggapan menulis hal melawan di media sosial adalah hal negatif. Namun jika ia ditulis dengan kritis sosial, membawa orang berfikir serta bijak dalam menggunakan perkataan dan ayat yang baik, akan membuat audien bertenang dan mahu melakukan kebaikan, ia bukannya menambah buruk. 7. Orang yang sedang marah, biasanya akan menulis keburukan orang, bukannya membawa orang lain cegah, rawat dan elak perkara buruk itu berlaku. 8. Contoh mudah, pergi ke restoran. Baru perasan restoran itu kotor selepas habis makan. Orang yang kurang bijak akan ambil gambar dan viralkan di media sosial untuk menegur pemilik restoran. Orang yang bijak akan tegur terus secara berdepan, kemudian akan memuat naik di media sosial cara nak pilih restoran bersih atau tak atau bagaimana nak kekalkan kebersihan di restoran atau bagaimana pelanggan boleh bantu kekalkan kebersihan di restoran tersebut. Memuat naik #posting dalam keadaan rasional atau tidak akan menyebabkan kesan buruk atau kesan baik. Itu perkara biasa. Kesan buruk; hancur bisnes orang. Kesan baik; dapat baiki kesilapan semua orang. Kita yang pilih yang mana bawa lebih banyak kebaikan, baru jadi luar biasa. 9. Ada banyak hal buruk berlaku sekitar hidup kita, kita yang pilih sama ada mahu bantu selesai atau mahu tambah buruk. Untuk bantu selesaikan, buat posting “to educate.” 10. Kita tak baik mana, saya juga tak baik mana. Sekiranya kita mahu duduk dalam komuniti positif, tulislah perkara yang boleh membawa ke arah masyarakat yang positif. Ianya adalah posting yang boleh mendidik, bukan mencela, memberi informasi bukannya menghina, juga menyebar inspirasi bukan menambah gaduh dan cerca. Begitulah. Saya bukan orang pandai, juga jauh dari banyaknya berbuat kebaikan, Allah simpan aib saya. Saya hanya berusaha menyampaikan ilmu untuk kita sama-sama lawan kejahatan, keburukan serta kerosakan dengan menulis teknik yang boleh dipraktikkan oleh semua orang. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️. https://t.me/ContentKHM

Saya duk terngiang ayat tersebut. Balik sahaja ke rumah, solat asar dan duduk sekejap... (Baca selanjutnya di https://khairul
Saya duk terngiang ayat tersebut. Balik sahaja ke rumah, solat asar dan duduk sekejap... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/yang-penting-dalam-hidup-ini-kena-teruskan-hidup/ )

Semasa Digital World Social Media Conference di Amsterdam 2018 lepas, dikatakan waktu aktif rakyat Malaysia bermain media sosial ialah dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Tiada waktu puncak, tiada juga waktu premium seperti yang digembar gemburkan. Jadi hanya susun sahaja #content yang kita mahu muat naik. Sebagai contoh dan rujukan kalian: Jika mahu buat 1 kali iklan sehari, maka ini cadangannya: 10.00 pagi - Posting crowd. 12.00 tengah hari - posting RM. 2.00 petang - posting side. Jika mahu buat 2 kali iklan sehari, maka ini cadangannya: 10.00 pagi - posting crowd. 12.00 tengah hari - posting RM. 2.00 petang - posting side. 4.00 petang - posting RM 8.00 malam - posting side. Ingat ini, Posting Crowd akan dapat double engagement. Posting RM pula, engagement akan jatuh. Manakala posting Side, akan membantu menaikkan kembali engegement kerana akan dapat Single engagement. Susunan ini akan membantu beberapa perkara. Crowd = akan menaikkan follower. RM = akan menaikkan sales. Side = akan maintain engagement yang bagus. Tinggal nak bermain dengan content dan posting sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Apa yang orang lain biasa buat untuk bina content: try-fail-try-fail-try-fail, quit. Dan mula menyalahkan orang. Yang patut kalian buat ialah: Try-fail-analyze-adjust-try-fail-learn-adjust-repair-success. Bermain dengan #content akan beri banyaknya masa untuk kalian belajar tentang apa yang audien suka dan audien nak tahu. Proses try and error berlaku hampir pada setiap hari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat lagi sampai jadi.

"Tanggungjawab kita besar kepada diri sendiri. Maka jadi CEO ialah jawatan tertinggi kepada diri. Oleh itu jawatan itu kena d
"Tanggungjawab kita besar kepada diri sendiri. Maka jadi CEO ialah jawatan tertinggi kepada diri. Oleh itu jawatan itu kena disambungkan kepada tali yang paling besar iaitu Allah. Kalau tak... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kita-adalah-ceo-kepada-diri-sendiri/ )

Itu hari saya tegur seorang kanak-kanak yang ligat benar duk bermain tepi jalan. Risau juga ada banyak kereta yang nak ambil
Itu hari saya tegur seorang kanak-kanak yang ligat benar duk bermain tepi jalan. Risau juga ada banyak kereta yang nak ambil anak masing-masing. Namun anak itu mengangkat... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/marah-itu-mudah-sabar-itu-indah/ )

Soalan: Tuan, jualan saya sudah pun mencecah RM1juta sebulan. Cumanya baru-baru ini saya terima beberapa rungutan yang ejen-ejen saya tersalah membuat jualan. Mereka overclaim produk saya dan menjadikan ianya laju serta banyak terjual. Saya sudah beri pekeliling, kasi surat, pegang tanggungjawab untuk repair semua hal tersebut. Namun ada ejen yang undur diri kerana jalan yang saya sediakan itu agak susah nak buat sales. Produk saya bukan produk kesihatan, ianya sekadar kosmetik sahaja, tak ada janji-janji manis jadi muka putih ke apa ke, ianya memang bedak, gincu serta adalah sedikit untuk cantikkan bulu mata. Tapi saya tak tahu kenapa ejen saya boleh pergi claim bukan-bukan. Tuan boleh beri idea? Jawapan: Dalam membina #content, memang kena cerita fakta, hal sebenar dan perkara betul sahaja. Mana-mana founder yang datang ke kelas saya, akan ada yang tak setuju, ada juga yang setuju. Saya berkeras yang kita tak boleh overclaim. Kena cari jalan untuk menjual tanpa membuat tuntutan yang bukan-bukan terutama bab merawat penyakit. Content terbina dengan apa yang kita nak sampaikan. Bukannya kita reka-reka. Sama ada dari testimoni atau bukan, ia tetap kena guna benda betul sebagai asas. Cara nak bina content tentang satu-satu produk ialah bangunkan content mapping mengikut setiap satu jenis produk. Kalau 20 produk, 20 mapping. Cara nak buat ialah: Layer 1: Nama Produk. Layer 2: Bahan-bahan dalam produk. Layer 3: Kelebihan dalam bahan-bahan. Layer 4: Kegunaan dalam bahan-bahan. Layer 5: Cara menggunakan, tutorial. Layer 6: Bagaimana untuk mendapatkannya. Setiap 1 layer, susun di mana untuk letak posting: - to educate. - to inform. - to inspire. - to entertain. - to convert to RM. Kemudian, susun untuk content mana yang mahu dibuat dalam bentuk teks atau teks bergambar atau sekadar gambar berposter atau video. Apabila mapping siap, tanggungjawab menjual akan jadi lebih bagus. Kita akan bercerita benda benar sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pilih nak buat produk pahala atau produk dosa sebelum mahu bina empayar. Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Ada rakan kami yang berjaya buat jualan RM1juta tahun 2019 tanpa guna ads langsung. (Baca selanjutnya di https://khairulhakim
Ada rakan kami yang berjaya buat jualan RM1juta tahun 2019 tanpa guna ads langsung. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/cara-buat-jualan-rm1-juta-tanpa-kos-marketing/ )

Saya bersyukur dah terbiasa bangun awal pagi, sekitar 4 pagi atau 5 pagi dah terjaga. Dah selesai pergi bersihkan diri semua, Saya akan berusaha membaca sebanyak mungkin. Awal pagi bagus untuk baca, Tafsir Al-Quran, Sirah Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam, buku tentang perbahasan intipati satu-satu surah, kisah-kisah zaman nabi. Dekat sini kita akan dapat semangat, motivasi, kekuatan, keceriaan dan kemakmuran hati sendiri. Dalam masa sama kita sedang memasukkan perkataan dan ayat di dalam kepala. Jadi ada penambahan dan simpanan di situ. Mudahlah nak menulis selepas itu insya-Allah.

Soalan: Saya ada 3 bisnes berbeza, bagaimana saya nak tulis di wall saya. Saya jadi pening dan tak tahu nak mula yang mana. Jawapan: 3 bisnes atau 5 bisnes, tak pernah jadi masalah. Ia adalah bagaimana kita susun atur semuanya tanpa perlunya kita kecoh dan gopoh. Posting #crowd: tetap perlu susun #content untuk mendapatkan share dan menaikkan follower. Posting yang ini susun jam 8.00 pagiz Posting #RM: tetap perlu susun content untuk semua bisnes yang kita ada. Contoh: Bisnes makanan, up jam 10.00am setiap hari. Bisnes baju up jam 3.00 petang setiap hari. Bisnes baju bayi up jam 6.00 petang setiap hari. Bermain media sosial, tak perlu nak kumpulkan semua benda dalam 1 #posting. Tenang-tenang susun. Kemudian bermainlah dengan posting #side untuk kekalkan engagement bagus di wall kita. Susun sahaja gais, hasil akan datang kemudian. Semua benda nak serabut, memang tak kemana. Tenang-tenang. Duduk di meja, susun satu demi satu. Rezeki tak lari kemana pun. Ada sahaja untuk kita. Lagi kita susun, lagi beri lega. Kehidupan pun lancar dan kita sentiasa bahagia. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Sepanjang kita duk buat kutipan ini, kita dah berjaya dapat sekitar RM50,000 untuk Sekolah Agama Sra At-Taqwa Temerloh ini. S
Sepanjang kita duk buat kutipan ini, kita dah berjaya dapat sekitar RM50,000 untuk Sekolah Agama Sra At-Taqwa Temerloh ini. Syukur alhamdulillah. (lokasi sekolah di belakang KFC Tanjong Lalang, Temerloh). Ada yang sumbang setiap subuh, ada yang setiap minggu, semua ada. Terima kasih banyak semua. Jika kalian masih mahu menyumbang, klik di sini ya, berapa-berapa pun boleh! https://bykhm.onpay.my/order/form/attaqwa https://bykhm.onpay.my/order/form/attaqwa https://bykhm.onpay.my/order/form/attaqwa

Quotes, Al-Quran, Hadis Nabi (selawat) merupakan ayat yang sangat berkuasa dalam menaikkan content. Namun ia perlu disokong d
Quotes, Al-Quran, Hadis Nabi (selawat) merupakan ayat yang sangat berkuasa dalam menaikkan content. Namun ia perlu disokong dengan penerangan yang bagus dan betul. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/quotes-al-quran-hadis-nabi-adalah-ayat-paling-berkuasa/ )

Kebanyakan orang yang berjaya mendapatkan lebih 50,000 follower mempunyai daya konsisten yang tinggi. Mereka ini membaca seku
Kebanyakan orang yang berjaya mendapatkan lebih 50,000 follower mempunyai daya konsisten yang tinggi. Mereka ini membaca sekurang-kurangnya 2 buku sebulan, travel beberapa kali setahun, menguasai ilmu yang mereka pilih itu dengan sangat baik hingga masih pergi ke kelas-kelas untuk upgrade lagi. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/orang-berjaya-daya-konsisten-tinggi/ )

#Content terbina dengan adanya elemen emosi. Segala hal tersebut akan menyebabkan orang yang membaca atau yang melihat video akan lebih merasai apa yang mahu disampaikan. Pembaca sangat suka dirinya “masuk” ke dalam cerita. Ianya secara spontan akan membaca sehingga habis kisah tersebut. Ini disebut sebagai “tersentuh.” Untuk dapat elemen itu, rahsianya ialah visualkan emosi tersebut. Contoh: Gembira = hingga kami berpelukan. Sedih = sampai mengalir air mata. Kecewa = hingga menekup muka. Ayat-ayat visual begini wajib digunakan untuk memberi sentuhan kepada content atau story telling. Sama juga jika mahu ianya digunakan di dalam ayat iklan (copy-writing). Perkataan seperti: Zero risiko = tak perlu berdebar bimbang bukan-bukan. Lekas beli = nanti rugi dan menyesal kemudian hari. Tinggal 2 helai sahaja = nanti menangis bucu katil. Semua ini adalah ayat yang boleh kita gambarkan dan itulah yang menjadi penguat kepada kisah atau cerita tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips content / story telling lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM

Wah! Ini best! Sempena Hari Malaysia, kami buat PENGHANTARAN PERCUMA untuk semua produk yang tersenarai! Sale ini bermula sek
Wah! Ini best! Sempena Hari Malaysia, kami buat PENGHANTARAN PERCUMA untuk semua produk yang tersenarai! Sale ini bermula sekarang dan tamat sehingga 11:59 malam ni je. Lekas dapatkan terus ---> https://bit.ly/2FJ5fT9 .

Jumpa esok pagi di TV1 ya
Jumpa esok pagi di TV1 ya

Tetapkan diri. Tebalkan telinga. Tak payah bertempur atau berlawan cakap atau bertumbuk bagai. Kau teruskan perjuangan diam-d
Tetapkan diri. Tebalkan telinga. Tak payah bertempur atau berlawan cakap atau bertumbuk bagai. Kau teruskan perjuangan diam-diam. Tak kiralah sampai 10-20 tahun pun, janji kau berusaha sebaik mungkin untuk keluarga kau sendiri. Itu paling mustahak. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bab-kena-hina/ )

Soalan: Tuan, saya punya posting like dia dah cecah 100 dah. Namun tak ada pun orang follow. Jawapan: Like = suka. Itu sudah bagus. Biasanya yang suka suki ini datangnya dari kawan (20%) dan follower (80%). Namun, jika elemen suka itu ditambah dengan elemen kongsi, maka butang share akan ditekan. Suka = unsur populis. Kongsi = unsur content. Untuk tambah bilangan pengikut, bukan sekadar suka yang kita cari. Ia wajib ada unsur content. #RahsiaBapaViralKebangsaan

Di media sosial, kita tidak bersaing. Sesiapa sahaja boleh lakukan perkara yang sama. Yang bezakan kita ialah content. Minah kongsi resipi dengan Timah yang cerita dia masak apa adalah dua perkara yang berbeza. Jika contentnya sama, maka stail pula berbeza. Minah kongsi resipi asam pedas, Joyah juga kongsi resipi asam pedas. Namun Minah punya resipi ada langkah demi langkah, Joyah pula berupa buku. Jika content sama, stail juga sama, maka bahasa mungkin berbeza, mungkin impak positifnya juga berbeza. Relaks kawan. Raikan perkongsian kawan-kawan. Bab dia nak meniru, hal dia. Dan ketahuilah, sekiranya sudah ada yang mula ikuti cara kalian. Itu tandanya kalian sudah berada di hadapan. Tenang-tenang sahaja. Khairul Hakimin Muhammad, Media sosial untuk semua berbaik-baik.

Tahukah anda siapakah yang dijanjikan Allah untuk masuk syurga? Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga o
Tahukah anda siapakah yang dijanjikan Allah untuk masuk syurga? Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga oleh Allah. (Baca selanjutnya di: https://fakulti.com/kenali-10-sahabat-yang-dijamin-syurga/ )