Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 236 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 281,并在 马来西亚 地区排名第 906 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 236 名订阅者。
根据 27 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -380,过去 24 小时变化为 -14,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.34%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 574 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 28 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 236
订阅者
-1424 小时
-787 天
-38030 天
帖子存档
36 229
Sosial media mesti bersifat sosial media. Sekiranya kita ke depankan profil kedai atau perniagaan berbanding kehidupan, boleh jadi orang akan berundur untuk mengenali kita.
Kena ingat, kita tergolong dalam BBNU. Punya ramai belum kenali kita lagi. Oleh itu nisbah bercerita di sosial media ialah:
5 kali posting kehidupan.
1 kali posting perniagaan.
Ia akan menarik minat audien untuk mendekati dan mengenali kita dengan lebih rapat. Sekiranya posting kita hari-hari menjual menjual menjual kemudian produk produk produk, maka kita bukan lagi bermain sosial media, kita sedang jadi papan iklan di wall orang.
Entah-entah tak sedar sahaja sudah kena unfriend.
Begitulah.
#RahsiaBapaViralKebangsaan
36 229
Sekitar sejam lagi kami akan buka jualan ini! Dapatkannya dari affiliate-affiliate kami ya! 24 jam sahajaaaa!
12 tengah malam ini sampai 11.59 malam!
https://bykhm.onpay.my/order/form/sale9hb9
https://bykhm.onpay.my/order/form/sale9hb9
https://bykhm.onpay.my/order/form/sale9hb9
36 229
Berniaga adalah tentang membantu orang yang memerlukan.
Kita buka kedai runcit untuk bantu orang sekitar dapat beli barang keperluan.
Kita buka kedai makan untuk bantu orang sekitar dapat mudah beli makanan.
Kita buka kelas menjahit untuk bantu orang sekitar dapat belajar ilmu kemahiran.
Ia tentang bantu orang. Barulah Allah beri kita bantuan dengan ramainya pelanggan dan memurahkan rezeki serta perbanyakkan kerja.
Ramai orang bisnes hanya tumpu kepada duit, sedang duit takkan habis dikejar. Namun jika kita fokus nak bantu orang, hati kita lega, jiwa kita selesa.
Buka kedai dengan senyum, balik ke rumah kita bahagia.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat bisnes = cari bahagia.
36 229
Kadang-kadang rasa bersyukur juga banyak buat silap semasa muda dan sekarang. Supaya masa depan itu kita dah pun belajar bagaimana nak berhadapan dengan perkara yang lebih besar... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/mari-teruskan-cipta-cita-cita/ )
36 229
Ramai yang keliru dengan pembangunan diri di media sosial. Adakah perlu tiru sahaja mereka yang sudah popular atau sudah dikenali begitu sahaja? Atau relaks dan tenang jadi diri sendiri namun bina content secara perlahan-lahan.
Baik, begini:
Laluilah setiap satu cabaran di media sosial ini dengan fasa-fasa yang berbeza. Ianya memberikan kalian pengalaman yang amat berharga dalam membangunkan kredibiliti diri sebagai pemilik perniagaan atau apa sahaja yang kalian sedang ceburi.
1. Fasa Kampung (0 - 3,000 Pengikut).
Fasa ini adalah fasa pengenalan. Bangunkan penulisan content dengan santai. Perbanyakkan cerita mengenai diri, perjalanan kehidupan dan kisah-kisah yang kalian jumpa.
Untuk fasa ini, menjual dan membuat posting RM akan dirasakan sedikit payah. Namun tetap kena buat perlahan-lahan. Nisbahnya tetap kecil dan posting crowd perlu dibuat sebanyak banyaknya.
Waktu ini, elak beriya-iya membuat status dengan menaikkan pendapat sendiri. Kalian belum dikenali, nak sibuk beri pendapat tentang isu, entah-entah tak pasal-pasal kena bantai (bash) semula.
2. Fasa Pekan (3,001 - 10,000 pengikut).
Fasa ini adalah fasa membangunkan kepakaran. Nisbah posting perlu begini:
40% kepakaran.
30% ulasan isu.
20% tips (apa-apa sahaja).
10% kehidupan diri.
Di sini, jika nak menjual, buat posting kehidupan yang ada nilai RM. Dengan kata lain, jika mahu buat posting iklan sekalipun, ia mesti dalam bentuk story (copy-writing).
3. Fasa Bandar (10,001 - 25,000 pengikut).
Untuk fasa ini, kalian sudah semakin dikenali. Teruskan dengan nisbah Fasa Pekan, namun kalian perlu perbanyakkan posting crowd yang tersusun. Ia perlu masuk di bahagian posting kepakaran tersebut.
Sebagai contoh, kalian punya posting crowd ialah travel. Dan itu memang kalian punya kepakaran.
Jadi, posting travel mesti disusun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Wajib.
4. Fasa ADUN (25,001 - 50,000 pengikut).
Ini adalah fasa kalian sudah pun dikenali. Malah ramai yang mengatakan untuk jadi orang yang berpengaruh di media sosial, kalian wajib ada sekurang-kurangnya 25,000 pengikut.
Jika sudah sampai ke tahap ini, tahniah! Kalian sudah dikenali.
Bangunkan imej, bina pengikut dengan memberitahu tentang produk, kepakaran serta perkhidmatan yang dibuat.
Dan tidak lupa untuk perkenalkan diri ya!
5. Fasa Parlimen (50,000 - 100,000 pengikut dan seterusnya).
Waktu ini kalian sudah jadi idola seseorang. Posting kalian akan dinanti-nanti. Imej kalian sudah pun diterima.
Dan pada waktu itu, hanya jaga konsistensi posting yang bagus-bagus. Sentiasa alert dengan isu, dan sentiasa juga berinteraksi dengan audien dengan membalas komen, membuat live video dan sebagainya.
Fasa kita berbeza, cabaran juga berbeza, tenang sahaja okeh! Bina perlahan-lahan dan alaminya sendiri bagaimana perasaan tersebut.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Rindunya fasa kampung!
36 229
“Setiap hari, maafkan semua orang Encik Khairul. Konsep mengampunkan orang ini, walau kita betul, walau kita tak salah, walau kita kena dera... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/mari-merdekakan-diri-dari-dendam/ )
36 229
Waktu itu barulah rasa seram sejuk. Saya cepat masuk kereta dan istighfar sebanyak-banyaknya. Terus pecut ke 7E tak mahu balik rumah. Duk teringat pesan orang tua jangan bawa balik benda gitu ke rumah. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/followers-dari-semua-makhluk/)
36 229
Ada beberapa pesanan guru dan mentor saya yang saya duk guna hari-hari supaya kehidupan penulisan saya bertambah baik.
Walau datang juga ujian, alhamdulillah, dapat tangani dengan sebanyak-banyaknya hemah.
1. Labur (invest) 1 jam sehari untuk baiki diri. Investment bermaksud
- boleh jadi kena keluarkan duit.
- boleh jadi kena kerah tenaga.
- boleh jadi penat dan tak larat.
Ia kerana pelaburan ini ada kaitan dengan buku, kelas, ilmu serta banyaknya pengetahuan yang baru. Ia mesti dilaburkan supaya kita tak berada di tempat yang sama.
Jadi saya cuba mula membaca 1 jam sehari walau sibuk dengan kerja kilang waktu itu. Saya juga berusaha cari story di dalam tren, komuter, tempat awam, cuba resipi, beli buku, tidur 2-3 jam sehari hanya kerana pelaburan ini.
Selepas 1 tahun setengah, ia memberi hasil. Alhamdulillah. Dan semua pelaburan ini dah jadi rutin harian.
2. Berusaha bantu orang setiap hari. Saya pernah ditanya oleh seorang mentor (Tan Sri S), selepas saya soal beliau murahnya rezeki beliau, saya minta apa doa yang beliau panjatkan setiap hari,
Tan Sri S cakap, “berapa ramai awak tolong setiap hari? Hari ini ada? Kita sibuk minta merayu-rayu dari Allah suruh Allah tolong kita, namun adakah kita ada tolong orang setiap hari?
Orang nak masuk lane, beri signal, kita beri, itu kita tolong dia.
Orang buat posting media sosial, nak derma, anak sakit dan sebagainya, kita nampak, kita transfer RM2, itu kita tolong dia.
Adik beradik susah, tak boleh itu tak boleh ini, kita minta nombor akaun dia, transfer RM50, itu kita tolong dia.
Nampak pengemis, nampak tabung, letak RM1, itu kita tolong juga.
Pergi masjid, surau, bawa duit kecil atau besar, masukkan dalam tabung, itu kita tolong. Semua itu kita tolong.
Nampak sampah, ambil dan kutip, buang. Itu semua menolong.
Sama juga jika balik kampung, ziarah sesiapa, konsep tolong ini kena guna hari-hari, emak-emak kita dah buat lama. Dia pergi rumah orang, orang sedia air, emak-emak akan kemas dan bawa semua cawan piring ke dapur. Itu mereka amalkan, dan itu yang memurahkan rezeki.
Ikutkan, kita tak senang mana, namun membantu sedikit atau banyak akan melapangkan rasa, buat orang selesa dan banyak berdoa untuk kita.”
3. Lihat diri sendiri dalam berbincang atau mendengar. Jika semasa bercakap kita rasa (atau kita yakin) kita punya hujah yang betul, namun kita boleh kawal dan kita berundur, maka kita sudah menang dalam perbahasan tersebut.
Ada ramai orang mahu melihat diri menang dalam bersembang. Namun tak ramai orang yang sanggup menerima kekalahan itu dan berusaha baiki diri.
Dalam setiap hal yang dibincang, perlu ada tolak ansur dan kasih sayang. Jika yang itu betul, maka kita rai. Kita kita salah, maka kita berundur.
Namun di pihak sana yakin mereka betul, kita juga rasa dan yakin kita betul, maka untuk kali itu jadilah orang yang berundur, itulah kemenangan yang sebenar.
***
3 benda ini tak ada dalam diri saya 10 tahun lepas. Sungguh. Saya tak reti banyak benda.
Sebab itu saya sering kena marah, sering juga disuruh buat itu buat ini, saya ikut sahaja semua itu.
Selepas buat 3 perkara di atas,
Hati rasa lega,
Saya tidak bersaing lagi dengan sesiapa,
Saya usaha dan yakin Allah akan beri apa yang saya perlu dan mahu.
Semua orang boleh guna 3 hal tersebut. Dalam dunia saya, saya pakai untuk kehidupan membangunkan #content saya.
Dan alhamdulillah, hari-hari ada orang tanya, orang nak jumpa, orang beri job itu dan orang raikan yang ini.
Semua itu Allah bantu. Alhamdulillah.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat untuk diri dulu, baru orang lain.
36 229
Lepas dah beli ikan bagai, duit di tangan hanya ada dalam RM30 ja. Saya duk teringat kuliah maghrib beberapa minggu lepas Ustaz itu duk kata kalau jumpa makcik tua berniaga, beli ja hasil tanaman mereka. Ibu-ibu ini air tangan mereka banyak berkat. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/surprise-ke-emak/ )
36 229
Soalan: Saya selalu travel, namun tak tahu nak tulis apa. Tengok orang lain, seronok ja menulis.
Jawapan: Ada banyak benda yang boleh ditulis semasa mengembara. Dan jika nak beri kesan baik kepada orang lain, penulisan itu mesti impaknya positif. Jika negatif, tak perlu tulis.
Ini senarai perkara yang boleh ditulis sebelum, semasa dalam perjalanan atau selepasnya:
1. Itinerary, jadual serta perancangan perjalanan yang tersusun. Jika jenis yang langgar semua benda, tulis dan post semua itu selepas travel.
2. Budaya, hal budaya orang, cara makan, cara hidup, perkahwinan, anak-anak, cara cakap hello, hai, berterima kasih dan sebagainya semuanya boleh ditulis.
Contohnya di Turki, Istanbul terutamanya, sekiranya kalian solat di mana-mana masjid, selepas ambil wuduk pastikan kalian kesat dan lap semua bahagian yang basah menggunakan tisu yang disediakan.
Kemudian, pakailah stokin untuk menunaikan solat. Budaya di Turki mengutamakan kebersihan, kering dan berstokin merupakan budaya yang masih digunakan sehingga hari ini.
Ini salah 1 posting mudah tentang budaya. Senang kan?
3. Makanan, halal haram, cara nak simpan, cara nak bawa, dos and donts.
4. Tempat menarik, tempat wajib yang perlu dilawati. - review (to inform)
5. Penginapan, hotel, AirBnB, homestay semuanya boleh ditulis. - review (to inform)
6. Kaitan dengan filem, drama. - lokasi pengambaran dan aksi yang dilakukan di situ.
7. Transportation. Publicnya bagaimana, kalau boleh bawa kereta macam mana.
8. Orang. Boleh review sesiapa yang pernah datang ke sini atau yang menjadi ikon atau idola di tempat itu.
9. Sejarah. Ini antara benda yang best untuk dibuat posting. Historical building atau mana-mana kesan sejarah akan buat posting lebih menarik dibaca.
Dan banyak lagi kawan-kawan!
Walaupun dalam negara, kita tetap ada banyak benda untuk ditulis, apatalah lagi di luar. Yang perlu kita buat ialah susun satu demi satu.
Tak perlu kalian ambil semua benda dan tulis dalam satu posting. Tenang-tenang.
Ada ramai antara kita yang bercuti percuma hanya kerana diminta untuk menulis di tempat tersebut. Mereka diberikan tiket penerbangan, penginapan, makan, transport semuanya free dan hanya perlu menulis sahaja di media sosial masing-masing.
Menulislah untuk beri orang lain faham atau tahu atau beri ilmu kepada orang lain.
Dunia pengembaraan penuh dengan pengalaman yang hebat, perkongsian kalian akan bawa banyaknya cita-cita dan harapan untuk ikut kalian ke tempat yang kalian pernah tuju.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM
36 229
Kita masih beri harga istimewa untuk mereka yang nak belajar dunia menulis content. Sebulan ini RM159 sahaja sebelum naik ke harga asal RM299.
Kalian boleh tengok modul dan daftar terus di sini ya:
https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm
https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm
https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm
36 229
Saya suri rumah, anak ramai, macam mana nak menulis?
Saya kerja 8 pagi sampai 6 petang, malam nak urus anak-anak, tak ada masa nak menulis #content.
Saya buat dua tiga kerja sehari, susahlah nak fokus menulis.
Baik, begini. Kita susun baik-baik.
Kita tidur sehari: 6 jam.
Kerja (suri rumah kita letaklah kerja juga, nak basuh nak masak nak urus rumah kan?): 8 jam.
Total sudah 14 jam. Ada lagi 10 jam.
Solat, mengaji dalam 30 minit sehari.
Baki 9.5jam.
Tengok TV, 1 jam.
Baki 8.5 jam.
Oh! Driving ke tempat kerja dan balik rumah. Sejam setiap perjalanan, jadi 2 jamlah.
Baki 6.5 jam.
Makan! Okey 2 jam sehari. Layan sambil membawang.
Baki 4.5 jam sehari.
Layan anak ulangkaji, 2 jam sehari.
Baki 2.5 jam.
Ha apa lagi yang kalian nak buat? Ada lagi 2.5 jam lagi. Buat bisneslah! Menulis di media sosial okey.
Kawan-kawan,
Kita sangat bijak bab memberi alasan. Dan perkara itu akan lemahkan kita. Tenaga akan berkurangan dan kira rasa kita tak mampu buat.
Sedangkan kita ada ja masa nak buat itu ini dalam sehari.
Allah takkan sesaja letak kita ada 24 jam sehari. Ia adalah masa dan waktu paling cantik, paling optimum paling sesuai dalam banyak benda. Tinggal nak susun sahaja.
Sebab itu ada orang boleh buat 10 kerja sehari. Bangun, masak, membaca, mengurus anak, basuh baju, masak semula, urus dapur, angkat kain, lipat baju, menulis, buat sales, hantar anak, ambil anak, suami pergi kerja, balik kerja, layan suami, layan anak, kemas rumah, shopping, dan sebagainya.
Dan hidup mereka ini Allah mudahkan, Allah lapangkan diri dia dengan minda yang sihat kerana dia tak banyak beri alasan.
Ingat pepatah ini,
“Orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Saya dulu pun begini, kemudian berubah. Marilah! Kita buat sama-sama. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM
36 229
Bukan Content:
[Ucapan selamat]
Selamat pagi, selamat tengah hari, selamat malam, selamat hari lahir, selamat ulang tahun.
Nak jadikan ia content ia mesti ada benda yang beri impak positif. Jika sekadar tulis:
Selamat pagi semuaaa! Semoga ceriaaa!
Itu bukan content. Nak jadikan ia content mesti begini:
Pagi ini kita bersenam jom sekurang-kurangnya 7 minit. Ia buat jantung kita kuat. Apabila ia bagus, maka darah yang mengalir juga bagus.
Maka otak kita akan terima oksigen yang baik dan kita akan cergas sepanjang hari.
Kita buat jom! Bismillah! Selamat pagi semua mari kita mulakannya!
Ha. Beza kan?
Sama juga dengan tarikh lahir. Elakkan tulis, “Selamat hari lahir sayangku wahai isteriku yang tercinta. Semoga kau sentiasa disampingku.”
Mesti kita baca sambil menjebik wek wekk kheeen? Haha.
Sepatutnya kita tulis begini:
Hari ini hari lahir isteri saya yang ke-30. Saya minta kawan-kawan semua mendoakan isteri saya terus sihat, sentiasa dilindungi Allah, terus juga diampuni segala dosa dan banyak berbuat kebaikan.
Doakan juga semoga beliau menjadi ibu yang baik, isteri yang baik, anak yang baik buat ibu bapa dan ibu bapa mentua.
Amin. Terima kasih semua.
Maka kalian akan dapat komen yang banyak gila, itu semua akan naikkan engagement kaliaaaan.
Ha gituhhh.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, kasi share atau copy paste tips ini dan pastikan kredit itu diberikan ke Channel ini ya, bukan wall FB saya.
https://t.me/ContentKHM
36 229
Hari ini, kita tambah kebaikan dalam memberi... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kebaikan-dalam-memberi/ )
36 229
Semalam team kami rakam lagi video untuk Kelas Digital Content. Tajuk terbaharu ialah CONTENT MAPPING. Siap sedia semuaaaa. Mana yang dah beli, tunggu ja nahhh. Yang belum, kalian boleh ja dapatkan dari para affiliate kami. 😀💪
36 229
Maksud posting side ialah ia sekadar sampingan.
1. Nak beri orang percaya kita wujud. Selfie akan buat orang tahu itu memang akaun sebenar kita.
2. Buat lawak jenaka akan buat orang akan engage dengan kita. Sama ada klik butang reaction atau komen terus.
3. Ingat ini, setiap kali orang klik apa-apa di posting kita, itu bermaksud engagement berlaku.
Posting side memang itu tujuannya. Nak kasi engagement berlaku.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi? Ha share atau copy paste dan kreditkan ke Channel ini ya! https://t.me/ContentKHM
36 229
Adakah anda salah seorang yang berjaya mendapatkan akses PROMO RM99 dan RM119 Kelas Content Digital?
36 229
2 jam lagi gais nak dapatkan harga promo RM119. Mula 12.00 tengah malam harganya RM159.
Kelas Content Digital ini untuk semua orang. Semua boleh belajar di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Dah bayar, dah key in terus dapat akses melalui emel.
Klik link ini sekarang!
https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm
https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm
https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm
36 229
Orang nak benda yang mereka baca itu beri impak dalam kehidupannya.
Mereka mesti faham untuk mereka buat terus, senang nak tiru, senang nak belajar itu yang orang akan klik share. Kalau takat tulisan yang sekadar kongsi tanpa ilmu, ia tak beri kesan (atau impak) jadi orang susah nak klik share.
Contoh mudah.
Puan A letak 1 gambar makanan yang dia masak untuk makan malam. Caption gambar itu ialah:
“Selesai masak lemak daging salai cili api! Harap sedaplaaaahhh.”
Puan B letak beberapa keping gambar step by step masak lemak daging salai cili api. Lengkap semuanya dari awal sampai siap.
Mana yang orang akan klik share? Pasti Puan B kan?
Ha itulah maksud memberi kesan (atau impak) kepada pembaca. Takda beri kesan, ia termasuk dalam kategori side sahaja.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak copy boleh je tapi pastikan kredit link ke sini ya https://t.me/ContentKHM
36 229
Peringatan: #AFFILIATEKHM sila berkumpul di Group Support sekarang. Gituh
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
