Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 264 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 284,并在 马来西亚 地区排名第 905 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 264 名订阅者。
根据 24 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -388,过去 24 小时变化为 -13,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.96%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 437 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 25 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 264
订阅者
-1324 小时
-917 天
-38830 天
帖子存档
36 264
Waktu saya gagal di sebuah kolej dulu (tahun 1999), emak nasihat cari kerja sebelum masuk ke kolej atau universiti lain. Saya pun cari di pekan Mentakab dan berjaya dapat masuk... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/ingat-hidup-ini-kadang-kita-di-atas-kadang-kita-di-bawah/ )
36 264
Hangpa dah ada ClubHouse? Ok mai follow saya, boleh kita sembang hal bina content dan copy writing okeh.
36 264
Soalan: Tuan, betul ke ada orang cakap orang yang tulis cerita-cerita ini dia berhalusinasi? Cerita dia tak berlaku pun, dia reka-reka sahaja sebab nak viral.
Jawapan: Untuk yang pernah hadir ke kelas #content saya, itu tak berlaku. Kami berusaha mencari cerita dan sentiasa alert dengan sekeliling.
Asas mendapatkan cerita ialah peka, sentiasa nampak, sentiasa pandang dan mesti dapatkan 4 asas dalam pembangunan cerita tersebut.
Mesti ada fakta,
Mesti kuat emosi,
Mesti ditulis dengan ejaan betul,
Mesti memberi impak positif.
Benar, cerita itu boleh direka-reka. Namun, kebiasaannya kita sendiri boleh tahu / nampak cerita itu rekaan atau tak.
Menulis dalam bentuk story telling akan lebih kuat emosinya berbanding content biasa. Jadi, penulis akan dramatise cerita tersebut dengan memvisualkan emosi.
Contoh adegan suami memarahi isteri, kita boleh masukkan dialog suami, dialog isteri. Jadi orang akan bayang apa yang mereka bualkan. Itu maksud memvisualkan.
Kebiasaannya, story teller melihat lebih banyak dari orang biasa. Mereka ini juga lebih peka dari mereka yang tidak bangunkan content.
Nampak apa sahaja yang baik, mereka akan ceritakan, ia normal bagi story teller atau pembangun content.
Bab dia mahu reka cerita, itu saya tak tahu. Saya tidak, kelas saya juga tidak, setiap kali ada peserta kelas tanya boleh atau tak kita reka-reka cerita, jawapan saya sama, “tak boleh.”
Kena usaha cari, kena sentiasa alert dan kena pastikan hanya cerita yang beri impak positif sahaja ditulis dan dikongsikan kepada audien.
Sebab itu di wall-wall saya hanya ada kisah-kisah baik. Yang tidak, tak perlu share. Ia menambah dosa.
Pergi kelas, masuk belajar dan kalian akan dapat tahu teknik mudah untuk mendapatkan cerita di sekeliling kita. Ianya sangat membantu dalam hal menulis di mana-mana medan.
Tentang orang mahu berfikir kita ini begitu, kita ini begini, itu hal orang. Jika dia boleh berusaha berfikir kita ini yang bersusah payah mendapatkan story kemudian dia kata kita mereka-reka cerita, lantakkan sahaja.
Orang begini memang kerjanya mencari salah orang, mencari titik lemah dan sentiasa tak yakin dengan diri sendiri.
Jika kita tak pernah berjumpa kisah begitu, tak semestinya kita boleh menuduh-nuduh orang begitu begini. Sama juga dengan kesalahan orang yang pernah menipu dalam bercerita, tak adil pukul rata semua yang lain pun sama.
Kita teruskan berusaha cari cerita, bangunkan content untuk kebaikan orang lain. Industri cerita ini datang dari zaman dahulu kala, zaman Nabi (selawat) juga bermula dengan penceritaan, hadis, al-Quran malah kita mengenal sahabat Nabi (selawat), sirah semuanya dalam bentuk penceritaan.
Yang baik, ambil.
Yang tak baik, tinggal.
Tulis sahaja dulu, viral atau tak, itu rezeki.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Gambar: Di Wreck Plane, Iceland.
Jika nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
36 264
Namun kita apabila dah berada di atasnya. Kena jadi orang biasa sahaja. Supaya kita tak merendahkan orang yang berada di bawah. Kita akan rasa kita sama. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/ingat-di-mata-allah-kita-semua-sama/ )
36 264
Hari ini, kita lihat beza orang berjaya dengan orang gagal. Tentukan mana satu yang kalian nak jadi. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/beza-orang-berja…ngan-orang-gagal/ )
36 264
Sesekali nak buh iklan support team kilang biskut saya, aci takkk? Huhu maaf belaka ya. Ini biskut yang ada stok. Kalian boleh dapatkannya di sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001
36 264
Soalan: Bagaimana nak konsisten menulis?
Jawapan: Jadikan rutin dan set disiplin. Contoh, tahun 2020 nak menulis 100 patah perkataan sehari. Jadi buat, berhenti sembang, buat.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita kawal diri kita.
Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
36 264
Ini doa yang guru saya minta kami semua amalkan untuk teruskan hidup dalam industri penulisan termasuk hal memuat naik #content di media sosial:
1. Bangun pagi sahaja, terus ucap alhamdulillah, doa bagun tidur dan juga doa “Ya Allah, berilah aku idea yang bermanfaat untuk aku kongsi kepada rakan lain di dalam media sosial.”
2. Keluar sahaja dari rumah, baca Ayat Qursi, Bismillah hi tawakkaltu Allallah, kemudian baca doa ini “Ya Allah, berilah aku sebuah cerita hari ini untuk aku tulis dan kongsi kepada rakan-rakanku.”
3. Kemudian apabila mahu menulis, baca bismillah dan doa, “Ya Allah lancarkanlah tulisanku ini seperti mana lancarnya angin yang bertiup Ya Allah, berilah ilham yang tidak putus-putus seperti tidak putus-putusnya air zam-zamMu Ya Allah.”
Amalkan, kalian akan nampak hasilnya bagaimana. Kita letak Allah di hadapan untuk setiap usaha kita supaya Allah juga ada bersama saat sukar juga dalam saat senang.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Memori Pagi di Jakarta.
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
36 264
“Asal namanya kebaikan, buat. Walau hanya ada RM10 dalan poket, entah-entah RM5 adalah untuk beli kuih / makanan kepada kawan di pejabat." Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/asal-namanya-kebaikan/ )
36 264
Fungsi “story” tak sama seperti “posting”. Ia adalah untuk:
1. Memuat naik perkongsian tentang aktiviti harian.
2. Kempen.
3. Lebih kepada personal.
4. Di Instagram, jika follower sudah lebih 10,000 orang, kalian akan dapat fungsi lain seperti klik here, swipe up dan lain-lain.
5. Ia memberi keyakinan kepada audien kita memang wujud.
6. Bersifat sementara, 24 jam sahaja berada di ruangan itu.
7. Tulisan / gambaran yang sangat ringkas. Juga boleh tag, repost dengan mudah.
8. Tidak perlu bersusah bersedia caption atau video yang kemas, cukup ambil sendiri menggunakan phone.
9. Kebanyakan artis, selebriti, traveler, ikon sangat suka fungsi ini. Ia menyedia ruang berkongsi apa yang mereka buat tanpa perlu memuat naik posting.
10. Ada kempen jualan yang berjaya dibuat melalui fungsi ini dan biasanya mempunyai lebih 10,000 follower.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Menuju ke Jakarta.
Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM
36 264
Waktu saya ambil degree dulu, saya buat kerja part time, katering.
Dalam banyak-banyak kerja yang perlu dilakukan, paling enjoy ialah semasa basuh pinggan mangkuk. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bapa-pencuci-hati-kebangsaan/ )
36 264
Saya tegas dalam hal begini. Cikgu saya pesan banyak kali, apabila kalian membuka jalan untuk memudahkan orang lain, pastinya Tuhan juga memudahkan kalian. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/sebarkan-kebaikan-rezeki-datang/ )
36 264
#Content Ad-Hoc.
1. Bukan dalam senarai topik yang kita pilih dan susun.
2. Biasanya melibatkan aktiviti yang kita nak buat pada waktu itu.
3. Contohnya pergi makan, pergi bercuti, terserempak ikon, idola, artis, pergi kelas, junpa cikgu dan sebagainya.
4. Content jenis ini jatuh dalam “crowd” yang mana jika disusun dengan baik boleh dapat double engagement = share + like / komen.
5. Ad-Hoc biasanya lebih sifat manusia biasa. Bukti kepada kita wujud selain dari membina posting side.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Content Developer.
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
36 264
Di Facebook, hashtag tidak sekuat di Instagram. Kita boleh mencari apa sahaja perkataan di Facebook tanpa menggunakan hashtag.
Facebook berupaya mencari dan mendapatkan apa yang kita mahu melalui ruangan search sahaja. Namun jika kita menyusun #content melalui hashtag tersendiri, maka ia berbaloi digunakan.
Contoh:
Dr Azizul Azli Ahmad menggunakan beberapa hashtag untuk membina posting beliau.
Antaranya #TabungDuit untuk bercakap tentang penyimpanan.
#TabungRumah untuk berbicara tentang pembelian dan penjualab rumah.
#TabungIsteri untuk menulis tentang kriteria pasangan yang bagus bagi seisi keluarga.
Ada banyak lagi hashtag yang beliau bina untuk susun content tersebut.
Apabila kita klik di situ, akan jumpa banyaknya posting yang disusun melalui topik tersebut. Strategi itu sangat bagus bagi mereka yang membangunkan content secara tersusun.
Ia memudahkan audien dan memberi audien selesa bab mencari posting yang mereka suka. Bagus dan memberi manfaat yang besar kepada pembaca.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Content Master di The Content Success.
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
36 264
Ingat kawan, matang dalam bisnes ini ialah apabila kita rajin belajar, rajin mendengar, rajin berbuat, rajin berbaik dan rajin berkawan. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/matang-dalam-bisnes/ )
36 264
Nak jadi lebih baik, ambil perhatian hal ini. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/baiki-diri/ )
36 264
#Posting Side.
1. Menambahkan keyakinan orang kepada kita.
2. Tanda kita wujud.
3. Titik kepercayaan tinggi audien kepada kita.
4. Buat orang tahu kita ada sisi lain, sisi manusiawi yang biasa sahaja.
5. Menyebabkan orang react kepada posting dengan klik like atau komen atau ke dua-duanya sekali. Maka engagement akan meninggi.
*
Ramai orang terlalu fokus membina #content mengikut topik yang dipilih sehingga lupa nak bangunkan kepercayaan audien kepada diri sendiri.
Maka kalian perlu:
* Selfie 1-3 kali seminggu.
* Buat posting lawak / humor.
* Sentiasa ambil tahu hal ehwal semasa dan ulas ringkas-ringkas sahaja seperti scene #DoneIntoScene
* kemaskini apa yang kalian buat sekarang.
Jika kalian buat ini, selang seli dengan posting #crowd dan #RM, maka kalian akan dipercayai.
Follower naik, jualan juga meningkat.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Content Master Kesayangan Negara.
Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM
36 264
Buat peminat Kurma Ajwa, alhamdulillah kami dah masukkan stok.
Ada dalam 58-62pcs per balang.
Berat 450gm.
Kurma Ajwa ini digemari ramai orang. Ada yang sebut sebagai Kurma Nabi. Dapatkannya gais! Order malam ini, insya-Allah esok terus kurier. Klik link ini sekarang ya!
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
36 264
Soalan: Saya baru nak belajar menulis. Buku apa yang saya patut baca?
Jawapan: Buku yang kita suka, kita minat, kita pilih topiknya dan ia menambah ilmu kita.
Contoh mudah, topik yang kita pilih ialah cerita motivasi, inspirasi dan memberi semangat, maka baca banyak-banyak buku tentang kejayaan orang lain seperti
Anak Seorang Drebar - Tan Sri Shamsuddin.
Terbang Tinggi - Tan Sri Tony Fernandes.
Doktor Umum - Tun Dr Mahathir.
Kemudian perbanyakkan membaca novel. Pilih yang kita selesa, saya sendiri suka membaca sastera dan novel dari Indonesia.
Antara karya (nama penulis) yang saya suka ialah (sekadar sebut beberapa nama):
Buya Hamka,
Andrea Hirata,
Wiwid Prasetyo,
Okky Madasari,
Tere Liye.
Hampir kesemua menulis tentang kisah masyarakat, cinta dalam bermasyarakat, perjuangan dan manusiawi.
Kemudian baca juga buku bersifat “how to”. Contohnya teknik menulis, gaya menulis, teknikaliti dan susun atur semuanya kena ada dalam dada.
Lalu disiplinlah.
Pilih tempat yang kalian nak membaca. Selesakan diri. Meja saya, anak saya juga guna untuk bermain macam-macam, dan saya suka biarkan ia begitu sahaja, ia menaikkan motivasi nak membaca.
Waktu saya membaca sekitar lepas bangun tidur saya disiplinkan membaca minimum 20 muka surat. Kemudian membaca apabila lapang. Cari dan usaha membaca.
Membaca = menambah perkataan dalam kepala.
Dan itu yang akan membuat mudahnya menulis waima nak menulis #content di media sosial.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
