Hann's Lavenders 💜
关闭频道
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
显示更多1 045
订阅者
无数据24 小时
-47 天
-1130 天
帖子存档
1 045
-𝒕𝒆𝒂𝒔𝒆𝒓 𝒔𝒊𝒙, 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝒓𝒆𝒈𝒖𝒍𝒂𝒓 𝒕𝒐 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓-
***
"Sayang? Kenapa ni?"
"Abang tak suka Safa dekat dengan abang, kan?"
Terlopong Hasti mendengar soalan
isterinya. Apa ni tiba-tiba?
“Safa, kenapa ni?”
“Tadi. Abang nampak malu sangat bila Safa peluk abang. Safa bukannya sengaja. Safa tak nampak ada kawan abang dekat situ. Abang tak suka
Safa peluk…”
Sejurus itu, terus Hasti memeluk Safa dari belakang. Tangan yang melingkar di pinggang si isteri, diperkemaskan. Kepala direhatkan di bahu Safa.
“Siapa cakap abang tak suka? Kalau boleh, setiap saat nak melekat macam ni dengan kekasih abang ni.”
Jeda.
“Tapi sayangku…” Hasti meleraikan
pelukan dan memalingkan tubuh Safa
memandannya.
“Untuk apa tayangkan kemesraan kita
dekat orang luar? Abang nak manisnya hubungan kita, biar kita saja yang rasa.”
“Jadi, abang sukalah kalau Safa peluk
abang selalu? Cuma bukan depan orang ramai?”
Suara tawa keluar dari celahan gigi Hasti.
Lucu sekali soalan isterinya. Ditambah pula dengan hidung merah, mata berkaca dan wajah polos. Hidung Safa dikepit manja.
“Soalan apa tu?” Hasti kembali memeluk Safa. “Mestilah suka, Safaku sayang.”
***
Last day pre-order! Click link di bio!
1 045
-𝒕𝒆𝒂𝒔𝒆𝒓 𝒇𝒊𝒗𝒆, 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝒓𝒆𝒈𝒖𝒍𝒂𝒓 𝒕𝒐 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓-
***
“OMG, Safa!!!”
Boleh bengkak lengan si Safa kalau asyik dipukul ketika Nasha teruja. Tahanlah, Safa. Perangai Nasha memang macam ni pun. Rasa
menyesal pula tiba-tiba Safa bercerita perihal Hasti
pada rakan serumahnya itu.
“Jadi, kau terimalah lamaran encik doh tu?”
“Encik doh?” Berkerut dahi Safa dengar panggilan itu.
“Yalah. Laki kau tu buat roti kan? Roti tu daripada doh. Jadi, aku nak panggil dia encik doh.”
Spontan, Safa tepuk dahi. Aduh! Apa
kejadahnya tukar nama anak orang sampai macam tu sekali? Tak ada nama lain ke?
Tapi…
Comel juga!
1 045
𝒕𝒆𝒂𝒔𝒆𝒓 𝒇𝒐𝒖𝒓, 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝒓𝒆𝒈𝒖𝒍𝒂𝒓 𝒕𝒐 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓
***
Dipusing badan ke kiri dan kanan.
Sudahnya, dia bangun dan duduk bersandar pada kepala katil.
“Safa?”
“Eh, Kak Fiya. Sorry. Mesti akak terjaga sebab Safa tak duduk diam kan?”
Fiya tersenyum nipis sebelum dia turut bangun dan duduk di sebelah Safa. Sejak akhir-akhir ini, mereka sering tidur satu bilik.
“Ada apa-apa yang Safa nak cerita dengan akak?”
Tangan Safa dipegang. Hanya dengan
soalan semudah itu, empangan mata Safa pecah.
“Hasti dah tahu, kak…”
Ah! Jadi itu alasannya kenapa Safa sedih begini.
“Adan cakap apa lepas dia dah tahu?”
“Dia tak bagi Safa sebut perkataan tu. Dia cakap, dia tak nak Safa sedih. Tapi, kenapa layanan dia tiba-tiba jadi dingin?”
Bicara Safa berselang-seli dengan
tangisannya. Safa tidak tahu sama ada Hasti betul-betul memaksudkan kata-katanya atau tidak.
“Safa sayangkan Adan?”
***
P/S : Adan adalah nama panggilan Hasti bila dgn family! Boleh dapatkan FRTF segera! PO dah nak habis ni!
1 045
𝒕𝒆𝒂𝒔𝒆𝒓 𝒕𝒉𝒓𝒆𝒆, 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝒓𝒆𝒈𝒖𝒍𝒂𝒓 𝒕𝒐 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓
***
“Duduk jelah. Bukannya saya nak marah.”
“Betul ni? Jangan anggap saya nak buat awak macam driver atau apa. Tapi, saya lebih selesa kalau duduk di belakang. Lagi pula, kita tak ada apa-apa hubungan.”
“Iya, Safayang… Masuk cepat.”
Terus terdiam Safa apabila Hasti mengusiknya begitu. Hasti tertawa kejap. Sangat lucu apabila teringatkan hal itu.
Melihat Safa yang masih lena dibuai mimpi, Hasti tidak mahu menganggu. Telefon pintar dibuka dan Hasti mencari hiburan yang sesuai untuk mengisi masa kosongnya sementara menunggu Safa bangun. Sesekali, Hasti melihat pantulan wajah Safa daripada cermin pandang belakang.
“Lena betul tidur,” gumam Hasti perlahan sebelum hujung bibir kanannya naik sedikit.
Selepas dua jam, barulah ada pergerakan daripada Safa menandakan dia sudah sedar. Perlahan-lahan mata dibuka. Kepala dipaling ke kanan. Melihat sebuah rumah yang tidak dikenali. Memandangkan Hasti berhenti di hadapan rumah ini, Safa pasti inilah rumah nenek jejaka itu.
“Kita baru sampai ke?” Soal Safa yang masih mamai.
“Haah. Kita baru sampai. Jom masuk.”
“Okay.”
Safa keluar dari perut kereta Hasti. Si jejaka itu pula tertawa kecil. Kalaulah Safa tahu yang mereka sudah sampai dua jam lalu, pasti parah Hasti diceramahkan kerana tidak bangunkan gadis itu lebih awal.
1 045
Assalamualaikum lavenders 🤍💜
Maaf sebab lama menyepi kan. Semoga semua sihat2 belaka.
Saya struggle nak siapkan FRTF dan baru siap hrini setelah satu minggu tak tido malam🥲 tahniah hana *tepuk bahu sendiri
Untuk pemenang Giveaway di instagram, shah dah umumkan bagi pihak saya. Boleh tgk story saya. Nampak tak betapa busynya aku🥲
Untuk giveaway kat sini, saya annouce esok okay?
Maaf ya. Sangat2 maaf. So, harini nak spam teaser FRTF🤍
1 045
Haii! Memandangkan saya pun dah sampai kolej, boleh jawab ni hshshshshs!
For, bagus kalau awak rasa sedih nak tinggal rumah. Maybe, hubungan awak dgn ahli family yg lain baik2 saja. Bagus dan tahniah!
Belajar tu kan satu tuntutan. Kalau jauh sekalipun, anggap je pergi bercuti. Best tau belejar jauh2 dkt negeri orang! Mcm2 hal awak boleh explore🤩
Kalau rindukan family, slalu doakan doramg dan tanya khabar. Call hari2 pun takpe je.
Klau rasa overthinking dan sedih tu melampau bila dah masuk kolej, cuba alihkan perhatian tu. Sembang dgn kawan2. Siyes lupa sedih apa semua!
Saya tinggal kat asrama drpd form 1. Dan, saya tak pernah nangis bila parents hantar balik asrama. Maybe sebab saya tahu saya lagi happy dgn kawan2 hshshshshsh! Gitulah.
So, fighthing okay! Bukan selalu dapat belajar jauh2 niiii😚😚😚
1 045
Untuk teaser Only You, Forever, boleh ke instagram @/shahhazz_ tau! Mateen dan Nareen sangat2 comel yaaa🤍
1 045
Tombol pintu dipulas. Berkunci.
“Fiya! Buka pintu!”
Cemas Hasti apabila pintu bilik Fiya dikunci. Ini bukan kebiasaan Fiya. Malah, ini kali pertama selepas tiga bulan.
“Fiya! Abang pecahkan pintu ni!”
Mujur sajalah pintu kayu. Mudah sahaja Hasti pecahkan dengan beberapa kali rempuhan.
“Fiya… Kenapa ni?”
Mengalir air mata jantanya melihat adik perempuannya seakan-akan tidak mayat hidup begini. Bibir Fiya juga pucat. Mana tidaknya. Adik perempuannya itu pasti sudah berlama di bawah pancuran air ini sehingga tubuh gadis itu sangat sejuk.
“Fiya adik abang…”
Kali ini, rambut basah gadis itu pula diusap. Ketika itu, Fiya baru tersedar daripada dunia gelapnya.
“Abang…?”
“Ya, Fiya. Abang ni.”
Mata bulat Fiya mula berkaca-kaca lagi. Bibirnya juga bergetar dan badannya menggigil.
“Fiya kotor, bang…”
Terus pecah empangan air matanya. Mata dipejam. Nafas dihela berat. Bibir diketap, menahan rasa benci yang mula menguasai diri. Hasti sedar, pasti peristiwa hitam itu mula menganggu adiknya lagi.
“Abang akan buang Fiya? Sebab Fiya kotor?”
Laju Hasti menggelengkan kepalanya. Tangan kasar Hasti melekap di pipi Fiya yang dulunya gebu namun sekarang makin kurus.
“Fiya tak kotor. Adik abang sentiasa bersih dan suci. Abang sayangkan Fiya. Abang akan terima Fiya seadanya dan takkan buang Fiya. Abang dan tok akan selalu ada untuk Fiya.”
1 045
“Awak memang tak boleh pandang mata orang ke?”
Terus kaku Safa di tempatnya setelah dia ditembak dengan soalan Hasti yang nyata jawapannya. Liur ditelan. Matanya mula bergetar. Tangan juga mula berpeluh.
“I’m sorry. Saya tiada niat pun nak trigger something in your memories. Kalau awak selesa untuk tak pandang saya, saya okay. Saya takkan paksa untuk awak lakukan hal di luar keselesaan awak.”
Hasti sedar perubahan tingkah laku gadis di hadapannya ini. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Hasti memilih untuk mengalihkan topik perbualan mereka.
“Makanlah. Nanti perut masuk angin.”
Walaupun kerutan di dahi sudah mula menunjukkan kehadiran, Safa tetap mengunyah makanan Itali itu. Selepas satu kunyahan, kerutan itu pun mula hilang. Bibir merahnya yang kering mengorak senyum.
“Nama makanan ni lagsana. Saya rasa gembira kalau awak suka makanan ni. Untuk percubaan pertama kali, saya anggap lagsana buatan Wadi ni tak mengecewakan awak.”
Terhenti suapan Safa apabila Hasti berkata begitu.
“Mana awak tahu ini pertama kali saya makan makanan ni?” Soal Safa kerana benar-benar hairan dengan Hasti yang cepat tangkap dengan perasaan manusia.
“Your look. Muka yang pertama kali mencuba sesuatu yang baru. Senyuman yang awak ukirkan tu pula adalah satu senyuman manis selepas rasa satu hal baru yang indah.”
Safa terdiam. “Senyuman saya... Manis?”
“Ya. Senyuman awak sangat manis, Safa.”
1 045
“Awak memang tak boleh pandang mata orang ke?”
Terus kaku Safa di tempatnya setelah dia ditembak dengan soalan Hasti yang nyata jawapannya. Liur ditelan. Matanya mula bergetar. Tangan juga mula berpeluh.
“I’m sorry. Saya tiada niat pun nak trigger something in your memories. Kalau awak selesa untuk tak pandang saya, saya okay. Saya takkan paksa untuk awak lakukan hal di luar keselesaan awak.”
Hasti sedar perubahan tingkah laku gadis di hadapannya ini. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Hasti memilih untuk mengalihkan topik perbualan mereka.
“Makanlah. Nanti perut masuk angin.”
Walaupun kerutan di dahi sudah mula menunjukkan kehadiran, Safa tetap mengunyah makanan Itali itu. Selepas satu kunyahan, kerutan itu pun mula hilang. Bibir merahnya yang kering mengorak senyum.
“Nama makanan ni lagsana. Saya rasa gembira kalau awak suka makanan ni. Untuk percubaan pertama kali, saya anggap lagsana buatan Wadi ni tak mengecewakan awak.”
Terhenti suapan Safa apabila Hasti berkata begitu.
“Mana awak tahu ini pertama kali saya makan makanan ni?” Soal Safa kerana benar-benar hairan dengan Hasti yang cepat tangkap dengan perasaan manusia.
“Your look. Muka yang pertama kali mencuba sesuatu yang baru. Senyuman yang awak ukirkan tu pula adalah satu senyuman manis selepas rasa satu hal baru yang indah.”
Safa terdiam. “Senyuman saya... Manis?”
“Ya. Senyuman awak sangat manis, Safa.”
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
