fa
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

کانال بسته

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

نمایش بیشتر
1 021
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-17 روز
-630 روز
آرشیو پست ها
"My beautiful bunga..." - Eric Denzel

Ik this is too random untuk pagi ahad ni but, IDT kena ubah 40% kalau dijadikan manuskrip penuh🥲 Dengan pov, konflik, ayat... Kenapa budak-budak sangat aku ni dulu🥲 Biarlah IDT di situ sebelum saya buat keputusan dan unpub for good hshshshshs! I mean, kenapa bahagian prolog tu Luth kasar sangat? 😭 Pastu, si Aira ni pulak sebenarnya... LEMAH! AHAHAHAHAHAHAH! Sesenang makan ikan keli je aku diss watak sendiri AHAHAHAHAH! Takpelah, watak sendiri je. Bukan watak orang lain😌

Teruntuk kamu yang sedang berjuang. Tak mengapa untuk merasa lelah. Tak mengapa untuk berehat seketika. Kita juga manusia yang ada hadnya. Andai penat, lihat langit dan alam yang telah dihias cantik. Kerana alam, juga satu ubat penyembuh jiwa.

"Do you miss me, Safa?" - Hasti Wafdan

https://miszhann10.carrd.co/ Tekan link tu untuk pembelian ebook ya!

Rasa mcm nak upah content creator memandangkan diri ini dah tak reti dan takde bakat nak edit2 video. Kesian anak2 gue dapat mak tak kreatif gini😭

All the best!🤍
All the best!🤍

Random but yeah. I miss LuthAira ,) IDT readers... masih ada ke?😌

Sebab saya, wujud untuk awak." - Hasti Wafdan. Funfact about FRTF! Hasti tu nama kawan saya. Wafdan tu pilihan saya sendiri. Dia pernah cakap yang maksud nama dia dalam bahasa urdu adalah wujud. Since that, saya dah terdetik nak buat cerita guna nama dia dan guna ayat tu. Rasa selamat(?) I just like the whole story. Hasti Wafdan - Perutusan terhormat yang wujud. Itu maksud nama hero! Boleh beli cepat sementara tengah sale! Nanti harga naik!

+1
Inilah kisahnya kenapa takleh hantar email ebook. Oabziahsosh kelakar tapi okay apa boleh balik perlis sendiri! Hsshshhssh

Maaf🥲
Maaf🥲

https://www.instagram.com/p/CeqKYFmJnvv/?igshid=MDJmNzVkMjY= Review From Regular To Forever 🥺🤍

+1 Alhamdulillah, umur bertambah satu tahun! Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang kalian titipkan! Semoga yang baik2 juga berbalik pada kalian semua! Jujur, 10 jun tak sama mcm tahun2 sebelum ni sebab abah tak ada. But at least, i still have people yg masih ingat saya. I just... miss him damn much. Cakaplah saya cengeng, manja. Semua tu mmg betul. Sampai bila2, saya takkan boleh move on dri kepergiaan abah. Hard but i always try. Doakan saya terus kuat ya? Terima kasih buat yang masih setia berada di sini. Semoga ukhwah kita sampai ke syurga!🤍

https://wa.me/601164536577?text=BIRTHDAY%20SALE Assalamualaikum dan hai! Alhamdulillah, umur saya bertambah satu tahun ini. S
+5
https://wa.me/601164536577?text=BIRTHDAY%20SALE Assalamualaikum dan hai! Alhamdulillah, umur saya bertambah satu tahun ini. Syukur. Jadi, memandangkan bulan Jun adalah bulan istimewa untuk saya, BIRTHDAY SALE AKAN BERLANGSUNG SELAMA BULAN JUN! 1 Ebook - RM5 2 Ebook - RM8 3 Ebook - RM 12 Pembelian 4 Ebook ke atas akan dapat potongan RM3. 4 Ebook - RM 17 5 Ebook - RM22 6 Ebook - RM 27 7 Ebook - RM 32 TAPI‼️ Ebook Syahadah hanya akan dijual secara single selepas tamatnya combo saya. Boleh tekan link birthday sale di bio. Link kedua. Slide sehingga habis untuk tengok tawaran menarik!💜🦋 Sekian daripada yang bertambah usianya, miszhann <3

Doakan presentation mini thesis saya berjalan lancar! Tak pernah2 debor time present tapi kali ni siap pakej sakit perut sbb cuak present mini thesis sendiri. Lepas present, ada good news!

Progress layout cinta series puasa raya : Posmen Cinta ✅ Earphone ✅ Yang masih belum selesai Kopi Cinta saja. Insya-Allah, esok siap kut. Doakan prosesnga lancar ya!🤍

“Mulakan apa? Dah hancur pun bila awak bela keluarga awak tu.” “Eryn, abang tahu abang salah. Tolong jangan hukum abang macam
“Mulakan apa? Dah hancur pun bila awak bela keluarga awak tu.” “Eryn, abang tahu abang salah. Tolong jangan hukum abang macam ni.” Tangan Eryna diraih, dipegang erat tangan kecil isterinya. Namun, hati Eryna tidak semudah itu untuk luluh. “Tolong, sayang. Bertahan dengan abang. Bagi abang peluang betulkan semua ni.” “Awak tahu saya susah nak buka peluang untuk seseorang. Dulu, awak dah minta peluang tu, Eric. Awak pujuk, tunjukkan effort awak. Saya terima, saya buka peluang tu. Tapi sekarang? Berapa banyak peluang lagi yang awak nak, Eric? Saya… Dah penat.” Kolam mata yang terasa panas, ditahan supaya tidak tumpah isinya. Eryna Eshal masih sama. Seorang perempuan yang keras kepala. Eryna bukan penat kerana mahu bertahan tetapi dia tidak sanggup melihat anak kecilnya terseksa secara batin. Emira trauma. Eryna tahu itu. “Lia ketakutan. Dia simpan semua cerita tu sendiri sebab apa? Sebab Lia tak nak mama dan papa dia bergaduh.” Eryna ceritakan saja semuanya. Biar Eric ditimbuni rasa bersalah.

“Percaya atau tak, itu semua bergantung pada usaha abang untuk buktikan semua ni. Buktikan pada Wafa yang abang tak salah.” A
“Percaya atau tak, itu semua bergantung pada usaha abang untuk buktikan semua ni. Buktikan pada Wafa yang abang tak salah.” Adel tiba-tiba tertawa kecil. “Ini rupanya rasa sakit bila tidak dipercayai. Terima kasih sebab Wafa kembali buatkan abang rasa abang tak layak nak rasa bahagia.” “Dan terima kasih juga Wafa ucapkan dekat abang sebab abang punca luka terbesar Wafa.” Masing-masing meninggikan rasa sakit yang mula berkampung. Tidak mahu kalah dalam memberitahu hati siapa yang lebih terluka. Wafa bangun untuk ke bilik Waiza sebelum langkahnya terhenti. “Kita sama-sama terluka, kan? Jadi, biarkan saja luka yang ada kerana kalau makin cuba untuk diubat, semakin parah luka yang ada.”

Diam. Ain tidak menjawab apa-apa. “Sampai bila kita nak macam ni, Ain?” Sebaik sahaja pertanyaan itu keluar, Ain memandang Ha
Diam. Ain tidak menjawab apa-apa. “Sampai bila kita nak macam ni, Ain?” Sebaik sahaja pertanyaan itu keluar, Ain memandang Haaim. “Soalan tu abang patut tanya pada diri abang. Ain ke yang salah dalam hal ni? Ain ke yang buat perangai? Ain ke yang buat keputusan untuk akhiri hubungan kita?” “Ain, abang tahu abang salah. Ain boleh hukum abang tapi tak perlu sampai Ayyash yang jadi mangsa.” “Ayyash tak sepatutnya jadi mangsa tapi abang yang paksa Ain untuk bersikap macam ni. Tak guna untuk pegang tali perhubungan kita ni kalau gunting yang abang pilih.” Marah yang cuba menguasai diri, dikawal sebaik mungkin. Ain tidak mahu Ayyash mendengar pertelingkahan mereka berdua. Seburuk apa punHaaim, biar Ain sahaja yang tahu. Bagi Ayyash, ayahnya adalah seorang lelaki yang baik dan penyayang. Ain tidak akan sanggup untuk hancurkan tanggapan anaknya. “Abang cuma nak Ain bahagia.”

“Eryna Eshal!” Suara Eric mula memetir apabila dia melihat isterinya bersikap kurang ajar begitu terhadap ibu saudaranya. “Ja
“Eryna Eshal!” Suara Eric mula memetir apabila dia melihat isterinya bersikap kurang ajar begitu terhadap ibu saudaranya. “Jangan berkasar dengan Aunty Maria! Dia ni keluarga saya. Apa yang dah rasuk awak sampai jadi kurang ajar macam ni sekali?” Panggilan yang bertukar itu menyebabkan Eryna mengukir senyum sinis. “Tanyalah keluarga awak sendiri. Kenapa saya yang perlu bagitahu sedangkan mereka berdua ni puncanya?” Eryna mendekati Jane. Bahu perempuan itu, ditolak kasar. “Kau cakaplah dekat abang sepupu kau ni. Apa yang dah jadi sebenarnya. Cakap!” Lengan Eryna ditarik supaya menjauhi Jane. Eric menggengam erat bahu isterinya. “Sudah, Eryna!” “Apa?! Kenapa saya yang perlu berhenti sedangkan mereka berdua yang mulakan dulu? Dekat mana adilnya kalau awak tak dengar cerita saya? Kalau awak nak bela sangat keluarga awak ni tanpa dengar penjelasan saya, silakan. Silakan bela aunty dan sepupu kesayangan awak ni!”