Hann's Lavenders 💜
关闭频道
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
显示更多1 021
订阅者
无数据24 小时
-17 天
-630 天
帖子存档
1 021
Paling2 awal pun, 9hb saya boleh hantar sbb lps layout, saya nak check lagi sekali. Harap faham ya🥺🤍
1 021
Saya tidur lepas subuh, bangun pukul 10.30 pagi tadi.
Bangun2 terus buat slide untuk presentation mini thesis. Kepala sakit nak mampos help😌🥲
Nak clarify awal2.
Lepas 7hb, akan ada birthday sale. Semua jualan ebook akan dibuka KECUALI Jangan Degil Boleh Tak? dan #7teen(ni akan pupus tak lama lagi.)
So, mana yang tak sempat grab cinta series time pre-order, boleh siap2 kumpul duit okay! Ada special price jugak untuk yang beli time birthday sale.
Lagi 6 hari nak tambah umur. Aiseyman, aku dah tua(muda lagi lek lu.)
So, itu jelah kut. Maaf sebab lama menyepi. Insya allah, akan kembali normal.
Nak gi dobi jap.
1 021
So harini, saya nak edit saja sampailah nak gerak gi ktm petang nanti. Posmen cinta, insya allah dah tak ada salah but i still need to recheck.
Kopi cinta, beta reader ada tegur beberapa typo dan ayat mcm orang tak betul. So, saya kena recheck.
Earphone, ofc kena check and recheck sbb semalam tulis dalam keadaan kepala sakit dan berpusing2. Pening nat. Tamat je, terus tutup laptop🥲
1 021
Hshshshs! Saja nak share progress cinta series puasa raya.
Posmen Cinta - 5 hari (12K+ words)
Kopi Cinta - 4 hari (15K+ words)
Earphone - 15 jam (10k+ words)
You guys know, rekod terbesar hidup saya sepanjang menulis ni, Earphone puasa raya.
10K WORDS LESS THAN 24 HOURS😭😭😭😭
Punyalah pecut sampai nak pecah kepala semalam sebab hrini saya kena pergi penang smpai 7hb.
Start pukul 2 petang, habis pukul 4 pagi.
Damn, i need my beauty sleep🥲
1 021
Agak lama ya tak update apa2 dekat sini. Maaflah, saya terlalu sibuk dgn assignment bergunung, ebook cinta series lagi. Ni baru ada masa nak datang my comfort zone🥺🤍
Harap semuanya baik2 saja!🤍
1 021
Posmen Cinta Puasa Raya, teaser 1 ✨
“Ibu, kenapa menangis?” Tegur Ayyash. Risau melihat sang ibu sedih di pagi hari. Ain hapuskan air matanya perlahan sebelum tersenyum nipis.
“Ibu menangis sebab ibu gembira dapat tengok ayah dan Ayyash ada depan ibu. Masih bersama ibu.”
Disebalik bicara Ain, hanya Haaim yang mengerti maksudnya.
“Ayyash dengan ayah akan selalu ada dengan ibulah. Ibu jangan sedih tau. Ayyash tak suka tengok ibu nangis.”
Terus si kecil itu bangun, memeluk erat wanita yang dia gelar ibu. Ain turut membalas erat pelukan itu. Haaim yang melihat hanya membiarkan. Air mata yang bertakung, ditahan sebaik mungkin supaya tidak tumpah.
Hiba sekali melihat adegan ini. Ramadan seterusnya… Masih bersamakah mereka?
“Terima kasih, sayang ibu. Sekarang, Ayyash masuk bilik, siapkan barang untuk pergi sekolah. Nanti ibu mandikan Ayyash.”
“Aip-aip, ibu sayang!”
Ayyash keluar dari kamar ibu bapanya dengan berlari-lari anak. Tinggallah Ain dan Haaim berdua.
“Pagi ni, Ain kena pergi kilang kejap untuk tengok stok produk. Abang boleh hantarkan Ayyash ke tadika?”
“Abang temankan Ain. Kita hantar Ayyash sama-sama. Macam selalu.”
“Kalau macam tu, biar Ain je yang hantar Ayyash.”
Haaim segera menghalang ketika Ain mahu bangun. “Sayang marahkan abang lagi?”
“Memang Ain marahkan abang dan untuk waktu sekarang, Ain tak boleh nak bersikap biasa dengan abang. So please, jangan buat Ain macam Ain ni patung. Ain pun ada perasaan selepas apa yang abang dah buat pada Ain.”
1 021
Assalamualaikum dan selamat tengah hari!
PRE-ORDER SALE GILA PUASA RAYA!
RM13 SAHAJA UNTUK 3 EBOOK!
Dan, ada free 1 ebook!
Wah-wahhh! Gila betul harganyaaa!
2 hours only! Siapa cepat, dia dapat!
Boleh tekan link di bawah untuk pembelian!
https://wa.me/601110728101?text=SALE%20GILA%20PUASA%20RAYA
