ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 764 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 963,并在 马来西亚 地区排名第 2 333 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 764 名订阅者。

根据 24 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -142,过去 24 小时变化为 -1,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.89%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.14% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 613 次浏览,首日通常累积 338 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

凭借高频更新(最新数据采集于 25 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

15 764
订阅者
-124 小时
-277 天
-14230 天
帖子存档
Penulisan awal dulu ketika anak pertama usia 1.8 tahun, asbab sahabat wangi Pn Norhaini Sulaiman meminta menulisnya. Bagaimana mendorong anak untuk disiplin secara positif. https://maznahibrahim.com/anak-makan-sepah/

Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya
Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya Tuhan tetapkan bila masanya. *dan tiada sesiapa yang berhak menjatuhkan self esteem kita ok (kecuali kita sendiri yang membenarkan orang lain melukakan hati kita)... Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya
Yang penting kita mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha. Apa yang kita percayai kita terus perbuat, Hasilnya Tuhan tetapkan bila masanya. *dan tiada sesiapa yang berhak menjatuhkan self esteem kita ok (kecuali kita sendiri yang membenarkan orang lain melukakan hati kita)... CARE❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Bila Anak Kurang Dengar Kata, Cuba Cek Kita Berbicara Level Hubungan atau Fakta (Pemikiran) Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik. . Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan. . . Ibu: Abang ni janganlah pukul adik, adik tu kecil lagi. . Anak : Adik tu, dia kacau barang mainan Abang. Abang tak bagi. Mainan ni kan abang punya. . . Nampak tak sesuatu di sini? . Anak mejawab pada logik pemikiran dan fakta si kecil, setara fakta si dewasa. . Fakta dewasa, cegah - jangan pukul adik sebab adik kecil, beza abang besar. . Fakta si kecil, adik salah sebab kacau mainan abang dan mainan itu abang yang punya. . . Manusia tak kan selesai konflik, berbalah pabila cuba berlawan dengan fakta. . . Sebab Manusia ni ada egonya. . Nak betul sentiasa. Dia betul. . Nak pertahankan idea pemikiran logik masing-masing. . Sekarang kita TUKAR. . Pindah ke level perhubungan. . Apa kekuatan perhubungan manusia? . Perasaan, ambil berat, niat baik, untuk pembinaan karektor jauh lagi, ke seluruh ummah. Generasi penerus kita. . . Cuba begini. . Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik. . Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan. . Ibu: Skrip baru asertif. . ✅Mulakan dengan diri Ibu, bukan point ke anak ✅Disusuli emosi kemanusiaan : bimbang atau risau. Ia ada unsur kasih sayang dan mendidik. ✅Diakhiri dengan solusi tindakan untuk si anak. . . "Mama BIMBANG bila abang pukul adik, adik rasa SAKIT dan nanti besar sedikit adik pula akan pukul abang. Sebab adik BELAJAR dari abang. Mama tahu abang dan adik SAYANG satu sama lain (hypnoscriptkan mereka) Mama YAKIN abang boleh jadi MODEL abang yang BAIK pada adik. Abang cuma perlu bagitahu elok-elok kepada adik, "Adik, ini mainan abang. Boleh beri pada abang? Abang bagi ni nak? (ganti). (anak diajar skrip asertif kepada adik). . . . Hasil? . Comel sekali KN 2 tahun 1 bulan pula boleh bertahan sabar dan geram nya dan beri skrip asertif ke abangnya. . 3 hari lalu, . di meja makan, . KN minta air (berebut air sejuk mereka ni, kebetulan satu saja, minta air sejuk kosong tapi kedai beri 1 air lain, air suam). . Abang Fateh tak beri sebab rasa itu air dia la kan. Dan sebab gaya KN minta tu macam nak nak juga. Keras. Mendesak. . . Adik KN geram sangat (boleh lihat muka nya cebek menahan marah dan geram). Adik KN diam. Dia bernafas dua kali. Kemudian keluar skrip dia kepada Abang Fateh. "Abang Ateh, boleh bagi adik air?" 😱 Abang bersinar mata, senyum suka dan terus kata : "Boleh. Nah!". Wah mak ayah terkesima lihat si kecil berupaya bernafas semasa marah dan tukar skrip selepas bernafas baik. Bernafas in hidung - out hidung tau ;) . . Modelkan. . Budayakan. . Refleksi, Maznah Ibrahim. Jemput ke telegram channel saya untuk perkongsian parenting dan psikologi anak anak T.mazn.me/chan #repost #KN2tahunFateh5thn

Link Live tadi di sini ya: https://fb.watch/3Rv2UKK4X5/

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA PPWN Terengganu dengan sukacitanya ingin menjemput anda semua untuk bersama-sama menonton dan mendengar Program Online Jom Borak De’ Stress: “Mendidik Dalam Norma Baharu: Create Memories, Not Expectations" bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang akan dibawakan secara langsung melalui Facebook Live kami di Official Facebook: PPWN Terengganu pada ketetapan seperti berikut :- 📝Tajuk: Mendidik Dalam Norma Baharu: Create Memories, Not Expectations 🗓️ Tarikh: 24 Februari 2021 (Rabu) ⏰ Masa: 10.00 pagi 🎦 Saluran: FB LIVE PPWN TERENGGANU 👥 Penceramah: Puan Maznah Ibrahim Anjuran: 🤗 PPWN TERENGGANU Klik di pautan ini untuk terus ke Official Facebook kami ⬇️ https://www.facebook.com/PPWN-Terengganu-381304788558825/ Dimohon mengisi borang penyertaan program pada pautan di bawah: ⬇️ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScl0hgnaFZIvEGiehQHcIf52clmPFweyBQEnrbI4sCwk1na5w/viewform JOM SHARE RAMAI-RAMAI❗❗

photo content

Sblm tu sorry puan sbb sy lupa nk update poster yg baru. Hari tu terlupa nk add Domain Keseimbangan tu
Sblm tu sorry puan sbb sy lupa nk update poster yg baru. Hari tu terlupa nk add Domain Keseimbangan tu

photo content

Ada Dua Cara Penuhi Tangki Emosi IBUBAPA, Pertama ialah kenalpasti dari 5 tangki emosi itu sendiri dan penuhkan atau dapatkan sendiri. Kedua ialah dengan lakukan 'short me time' diri anda sendiri dalam kesibukan bersama anak-anak itu. . Saya kongsi yang kedua tu. Short Me Time ni = Self Care ya. Check out sewaktu anak leka / tidur / pasangan ambil giliran. . Antara yang boleh dilakukan secepat 30 saat : check out, di dalam rumah ialah :- ❤ Bernafas dalam untuk relaks - sekurangnya 5 saat dan senyum ya ❤ Mandi bersihkan diri - dapat 10 minit tu kira lama dah kan 😍 ❤ Solat sunat 2 rakaat ❤ Buat dan Minum air kegemaran sebentar di dapur 🥃☕ ❤ Membaca bahan positif kat group/channel mana anda prefer ❤ Cakap 'positive self talk' sambil tarik nafas panjang : ⏩ Sabar, sabar sabar, ⏩ Tenang, tenang, tenang, ⏩ Positif, positif, positif, ⏩ Teratur, teratur, teratur ⏩ Hug diri (caranya dalam brain gym: berdiri stabil sambil silang dua kaki, kemudian hulur dua tangan ke depan, silangkan, pusing dua tapak tangan mengadap, genggam jari semuanya, pusing bawa ke tengah dada semuanya, tarik nafas tutup mata, hembus dan senyum) - ada share masa Kaffah Kids Live baru ni. ⏩ Duduk dan urut badan sendiri di bahu, belakang, lengan, kaki, sebut aku sayang diri aku (guna minyak bersesuaian sedikit, lagi ummph) - ini relaksasi otot . Ini semua sebenarnya adalah Self Care namanya. Sayang diri, pujuk diri, treat diri. Yang simple aja, sebab nak keluar beberapa jam mungkin tak dapat kan. . Takda sapa nak bagi / buatkan, buat ajalah sendiri. . CARE, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan ............................ 12 Mac, Jumaat 9.30 malam akan saya kongsikan Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta, nantikan link pendaftarannya ya (percuma premium aja).

photo content

Banyak ibu luah kepada saya, suami bergaya keras, marah, garang (kerana didikan diterimanya) manakala isteri berpendekatan sebaliknya sebab percaya kepada cara yang lebih berhikmah adalah perlu untuk anak-anak. . Saya faham kedua-dua perspektif. Dua-dua pun tidak salah. Cuma ..... Lihatlah kepada sudut pandang apa Tuhan mahu bukan apa kita mahu. Sebab bila apa kita mahu, ia memang pelbagai dan takkan habis berbalas bicaranya 😄😊😃.. Manusia penuh dengan traumanya, pengalamannya, kepercayaannya, cara berfikir dan berasanya, so complex. Sentiasalah mencari jawapan dari sudut pandang spiritual, secara fitrah. Apa secara fitrahnya manusia yang ada hati nurani perlu? Bagaimana pendekatan Rasulullah kepada anak-anak, kanak-kanak dan orang muda mahupun orang dewasa? Apa research on neurosains dan parenting kata? Tele tak dengan apa Islam anjurkan. Tegas dalam berhikmah, secara bersiri, step by step, pelan pelan bukan terus keras kerasan. . 'Didiklah anakmu mengikut zamannya bukan zaman kamu'. Maznah Ibrahim . T.mazn.me/chan

photo content

LIVE Webinar Penat Emosi 🎉🎊 Syabas dan tahniah lagi kepada para peserta semua yang telah berjaya hadir tadi. Saya doakan an
LIVE Webinar Penat Emosi 🎉🎊 Syabas dan tahniah lagi kepada para peserta semua yang telah berjaya hadir tadi. Saya doakan anda semua peroleh kebaikan, manfaat bukan saja untuk diri malahan tempias nya kepada individu terdekat kita semua.😊❤ . Teruskan perbuat. Eh lama juga hingga 1pm lebih saya buat sesi Live tadi, nanti boleh tonton rakaman ya, akses 30 hari. . Terus maju ke depan setelah memahami, menerima dan nanti 'adjust' ya. . . Temujanji seterusnya webinar premium mendorong anak dengan bahasa cinta/tangki emosi, 12 Mac, malam, dan Dengarlah Anakku, stay tune saya buka pendaftarannya. Doa saya sentiasa bersama kalian semua. . Care ❤ Maznah Ibrahim. *p/s : Pinjam review Pn Nursya masuk ke poster ni ya, TQ Pn Nursya 😊😊😊. *p/s : Link rakaman sudah sedia. Nantikan 4 pm nanti email akan diterima. Elak bertangguh ke saat akhir pula 😃 *p/s : Pn yang jawab kuiz betul tadi: 'emosi dan pemikiran' nanti pm la saya ya untuk claim hadiah.

Peserta Live Webinar Penat Emosi esok, sudah terima Workbook melalui email, semalam ya ❤👍🏼👏. Sama kah ianya dengan tahun lalu? Tidak sepenuhnya kerana konten saya tambah berganda lagi insyaAllah. Jumpa esok nanti ya. Jika ada lagi mahu mendaftar, sempat lagi ya, untuk webinar esok 9am. https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=fp2102109

Memilih Emosi Emosi dan tindakan boleh dipilih sebenarnya. Cuma bila kita badan fizikal penat, emosi sendiri tak terlayan, tu
Memilih Emosi Emosi dan tindakan boleh dipilih sebenarnya. Cuma bila kita badan fizikal penat, emosi sendiri tak terlayan, tu mudah membiarkan emosi negatif tu memimpin kita, tanpa sedar. Fikiran dan sudut pandang pun mudah aja berprasangka tak baik, judge. Semasa marah, sama ada diam atau lepaskan marah dengan mulut. Pilihlah diam. Emosi pula pilih rasa marah atau nak rasa tenang. Pilih tenang. . . Sewaktu diam tu tarik nafas dalam dalam. InsyaAllah emosi yang Terpilih (macam Intan Terpilih) adalah TENANG. 😁😊😊😚 GO 💪 Choose our emotion ok. Care ❤⚘, Maznah Ibrahim Join telegram channel parenting dan psikologi anak-anak di sini ya :- T.mazn.me/chan

Audio Post THE PARENT HUT PODCAST Season 2 Episod 1: Anak suka tawar menawar, meminta tangguh dan membantah. Bagaimana kita sebaiknya respon kepada stail komunikasi jenis ini??? https://open.spotify.com/episode/6Q3FZevEFZNzuyHTZqkQzh?si=lrivNZPQTda99QXFVHPO9w