Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 787 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 964,并在 马来西亚 地区排名第 2 333 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 787 名订阅者。
根据 18 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -132,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.81%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.12% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 601 次浏览,首日通常累积 335 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 19 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
15 787
订阅者
无数据24 小时
-357 天
-13230 天
帖子存档
15 781
[ Kadangkala Ayat / Perkataan Pengesahan yang Didambakan oleh Si Anak Boleh Menjadi Penyembuh kepada Kesedihan Mereka ]
Tidakkah kita juga akan rasa baik, bila diberikan perkataan baik sewaktu emosi tak berapa baik?
Namun, ya, perlu tepat perkataan tertentu, pada masa tertentu, dan nada bersesuaian dari hati yang benar-benar memaknakannya.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Telegram channel keibubapaan 'reminder' kita bersama:
T.mazn.me/chan
15 781
Kunci Bahagia
============
1) Niatkan hari minggu,
bila spend masa dengan anak, suami, keluarga luas,
bukan untuk sesiapa.
bukan untuk suami.
bukan untuk anak.
bukan untuk mertua, ipar duai.
Contoh, pergi kenduri kerana nak sedapkan hati suami/mertua/ipar,
TAK, pegi kenduri kerana Allah Al Muhaimin suka kita PELIHARA silah.
Jaga Hubungan untuk utuhkan kasih sayang sesama kita.
Bersihkan rumah, memasak, untuk anak suami,
bukan sebab suami dan anak suka masakan kita.
Tapi sebab Allah Ar Rahman Ar Rahim Ar Razzak telah murahkan rezeki masa, kesihatan, kudrat badan fizikal, kognitif,
izinkan makanan jadi sedap,beri idea untuk kita masak, dan semua ahli keluarga suka.
Juga izinkan kita BERJAYA bersih rumah kerana kita berusaha perbuat. Allah suka yang cantik, indah dan bersih.
.
Key nya KERANA:
ALLAH SUKA
.
untuk siapa?
Untuk Allah.
.
Sebab semua ni, rezeki hubungan, kasih sayang melalui silah, makanan, jiwa lapang bila rumah bersih, semuanya untuk Allah.
Sebab Allah suka hambaNya tenang, lapang, bersih, dan cukup.
.
2) SYUKUR. Apa berlaku pun Alhamdulillah. Baik senang, baik sukar. Pasti ada suatu rahmat dan didikan Allah nak beri.
.
3) YAKIN YANG Allah Maha Baik
Berbaik Sangka Pada Allah sentiasa,
Kita Yang Akan Untung Dari Pelbagai Sudut.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
15 781
behavior anak:
Siri 1:
https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/539015037346196
Siri 2:
https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/327642195762644
Semoga bermanfaat,
Kita care kepada anak-anak kita dan anak-anak kawan kita semua sebab anak-anak kawan kita adalah dunia persekitaran anak-anak kita juga. It takes the whole village to raise a child.
break the cycle, we learn and we do better..
Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
15 781
*Kredit kepada pelukis, CikPuan Faizati.
https://www.facebook.com/byfaizati/posts/pfbid02gbhXnBpc21W3U2KsjheZJPjJGWm1fx4YUiVvUmzUgzHHr5odZYmVMk3HUuUe6jtcl
[TAK SEMUA RAHSIA WAJIB SIMPAN, ADA RAHSIA WAJIB BERITAHU]
Ingat, ajari anak sejak kecil-kecil lagi (bawah 6 tahun golden age) yang RAHSIA ni ada dua jenis.
Baru-baru ni saya 'voice message' kepada rakan lama saya mengenai JENIS RAHSIA ini, untuk anak remajanya yang sedang alami pengalaman pertuduhan dan buli oleh senior.
RAHSIA ada dua jenis.
Semua orang ingat yang RAHSIA ni kena SIMPAN. Kan?
Rahsia JENIS 1 - RAHSIA SELAMAT: Adalah RAHSIA yang BOLEH SIMPAN.
Memang boleh simpan.
Rahsia JENIS 2 - RAHSIA TIDAK SELAMAT : Adalah RAHSIA yang TAK BOLEH SIMPAN => means KENA BERITAHU. Wajib bagitahu. Kepada orang yang anak percayai, di setting dia, kalau rumah, kepada siapa? Kalau di sekolah kepada siapa, dalam hidupnya perlu ada sekurang-kurangnya 5 orang / individu yang dia percayai untuk dia beritahu.
(Jangan terkejut jika anak sekolah rendah kita sudah mula tidak memasukkan ibu dan ayah dalam 5 senarai support system=orang yang dia percayai untuk beritahu bila ada rahsia tak selamat ya).
Beza RAHSIA JENIS 1 dan 2 adalah,
EMOSI sewaktu menyimpannya.
Rahsia Jenis 1, bila SIMPAN, anak rasa 'SELAMAT', happy, excited (teruja)/ bangga sekalipun sebab terlibat dalam tim simpan rahsia ni 🤭😁.
Rahsia Jenis 2, bila SIMPAN, anak rasa 'TAK CUKUP SELAMAT'. rasa gundah gulana, rasa risau, rasa takut, rasa cuak, rasa keliru......
Berikan contoh kepada anak untuk dia agak-agak rasa itu bagaimana.
Rahsia Jenis 1, mak minta anak-anak rahsiakan untuk suprise birthday party ayah. Semua anak kena simpan tau rahsia ni, nanti ayah balik je kita buat-buat gelap bilik, kita tiba-tiba muncul dengan lampu lilin di kek. Kita nyanyi reramai.... YEAY< kita rasa excited kan simpan rahsia ini???
Rahsia Jenis 2, kakak kata jangan bagitahu mak, yang kita dua dah pecahkan pasu bunga kesayangan mak... Ini boleh leading kepada bercakap tidak benar pula. Mak tanya, siapa pecahkan pasu bunga kesayangan mak ni? Anak jawab, "Kucing", aduh... Apa anak RASA bila simpan RAHSIA TAK SELAMAT ni? Anak rasa takut, anak rasa bersalah, anak rasa cuak-cuak, anak rasa tak sedap hatiiiiiii.... meleret ke kesalahan lain pula - bercakap tidak benar.
Untuk anak-anak bawah 6 tahun, mereka suka beritahu apa saja kepada ibu ayah.
Masa inilah dah dipesan dan diajar mengenai jenis rahsia ini, ok.
Ada aja anak bawah usia 6 tahun sudah pendam-pendam...
Sebab, mereka sudah tahu, atau sudah boleh baca, reaksi ibu ayah, iaitu akan dimarahi.
Baik diam, kata dia dalam hati, dari dimarah dihukum teruk, maka aku diam dan mungkin akan bercakap tak benar pula?
Beritahu anak sewaktu usia kecil ini,
Mama mungkin marah bila adik bercakap benar (pecahkan pasu bunga kesayangan mama tu),
Tapi marah Mama sekejap aja, ia sebab mama sangat sayangkan pasu bunga tu dan mama rasa KECEWA, SEDIH... sebab tu marah.
Tapi, Mama akan lebih besar marah Mama dan laaaama marahnya bila dapat tahu bukan saja adik lah yang sebenarnya pecahkan pasu bunga Mama, malahan adik juga telah bercakap tidak benar 😱😱😱.
Mama juga AMAT HARGAI adik cakap benar, walau benda yang adik nak cakap tu adalah perkara yang adik buat salah (macam pukul balas balik kawan, kena hukum cikgu di sekolah dll), sebab BERCAKAP BENAR itu adalah lebih utama dari KESALAHAN ADIK, sebab juga SEMUA ORANG LAKUKAN KESALAHAN dan kita BELAJAR dari kesilapan itu... Tugas Mama adalah guide bimbing adik untuk buat tindakan betul dan lebih baik dari masa ke semasa di sepanjang adik membesar, dan itu TANGGUNGJAWAB Mama dan Ayah.
Anak-anak saya? Alhamdulillah telah ditrain ini semua sejak awal usia, dan mereka sentiasa melaporkan perkara yang berlaku sama ada perkara baik atau tidak baik yang mereka lakukan.
Nampak aja macam diam, macam pendam, pandailah mak dia mendekati dan tanyakan soalan cepumas (menerokai isi hati anakanda).
Boleh, boleh? Moga semua sahabat saya memperoleh sesuatu dari penulisan ini ya.
Live Sharing Q&A berkenaan sexualised
15 781
[ Cuti Sekolah = Kendali Anak 24-7 = Banyak Tenaga Diguna = Ucap Alhamdulillah ]
Momen masa kini (tarikh ini, saat ini) tidak berulang kembali,
Cipta dan penuhi sebaiknya.
Selamat bersama keluarga dan sihat-sihat saja semuanya ya.
Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
15 781
[ Kitalah Dunia Pembelajaran Anak Kita untuk Trait/Sikap Yang Kita Tonjolkan Sehari-hari ]
Maznah Ibrahim
Telegram channel reminder kita bersama;
T.mazn.me/chan
15 781
Pada kebanyakan situasi,
Ibubapa tidak bermasalah pun untuk anak yang dikatakan ada 'masalah', ada isu, ada mencabar kita dan sebagainya...
Hakikatnya ibubapa itu adalah solusi atau jawapannya.
Saya percaya bila ibubapa tahu, faham, ada kesedaran,
Maka ibubapa akan mampu perbuat lebih baik untuk menyokong perkembangan anak-anak secara fitrah.
Maka wahai ibubapa,
Kita adalah solusinya.
Bila ada hadapi cabaran berkaitan anak dan keluarga,
Kita akan merenung diri, bermuhasabah diri dan insyaAllah akan menjumpai jawapannya.
Untuk revolusi atau perubahan dalam menjalankan sedikit hikmah, sedikit lebih positif dalam keibubapaan,
satu-satunya jawapan ialah Ibu Ayah itu sendiri.
Mari kita bersama untuk kekal meraih ilmu, mencari jawapan dan membuat keputusan.
Jawapannya Allah akan ilhamkan,
Pelaksanaan juga bermula dari kita.
Kita berubah, anak akan berubah.
Percayalah.
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
15 781
[ Anak Kita 3-6 Tahun ]
Kehebatan Idea dan Skil Mengurus Projek Yang Luar Biasa
#video2min
lebih lanjut :
https://maznahibrahim.com/product/webinar-keibubapaan-anak-kita-3-6-tahun/
15 781
INGAT MODEL ICEBERG - Explore Lah Cerita Anak Walau Secebis Perkataan
.
Izinkan saya berkongsi.
.
Ramai juga termasuk saya bila lupa, akan mudah judge anak.
.
Kita kerap lihat iceberg di atas, lupa nak tengok dengan mata hati, ke dasar hati anak.
.
Pesanan, bila anak berkata sesuatu, teroka lah.
.
Tanya lagi.
.
Contoh anak tak nak ke sekolah, sebab taknak tidur di sekolah, bosan kena suruh tidur sahaja,
.
Teroka apa maksud dia, apa perspektif si kecil ini.
.
Logik akal dewasa kita tidur penting untuk tenaga,
.
Rupanya si anak ada 'puzzle',
.
Contoh anak saya, puzzle dia ialah kenapa abang dan kakak besar di sekolah nya tidak perlu tidur siang, dia dan rakan sahaja kena tidur.
.
Fateh ni selalu berangan diri dia besar, hehe. Satu lagi sebagai Thinking dia sentiasa mahu sama, adil dan saksama.
.
Sekarang air sedap dia bila saya bancuh, saya kena letak di piring kecil, katanya macam gelas orang besar tu.
.
Bila selesai 'puzzle' tu, otomatik sendirinya anak akan nak kerjasama.
.
Saya tanya dia semalam apa teacher (Tc) pengetua cakap, bagaimana Tc pengetua explain,
.
Rupanya teacher pengetua guna dua jari saja, (teringat sahabat Yulia Yusar pernah explain kat anakandanya Muhammad pasal kenapa kena hafal surah panjang, guna gambar lukisan logik ketinggian badan, lagi tinggi badan - dah besar kena hafal surah panjang lagila)
.
Tc Pengetua Fateh tunjukkan dua jari (ibu jari dan jari telunjuk) - iaitu abang abang besar sudah besar, tenaga mereka banyak maka mereka tak perlu tidur, manakala dia kecil lagi maka kena tidur la untuk rehat dan recaj tenaga.
.
Selesai, kan.
.
Tips Bila Anak Mengadu TakNak ke Sekolah:
.
1⃣. Ambil keyword di 'mention' si anak, explore /teroka lagi. Contoh, bosan. Apa maksud bosan untuk si anak kecil ini. Apa situasinya, siapa dan apa dan bagaimana situasinya. Sebagai mak ayah, analisis lah menggunakan akal dewasa dan kebijaksanaan kita.
.
2⃣. Bantu dengan betulkan persepsi anak, perjelaskan lagi. Sama saya beri contoh anak takut ke sekolah kerana guru garang - sebab? - suara tinggi, suara tinggi bukan bermaksud marahkan anak, tapi nak bagi semua kanak-kanak dengar dengan jelas sebab murid ramai.
.
3⃣. Sentiasa mendengar luahan si anak, gunalah mata hati ❤️ semasa mendengar dan melihat ke matanya. Pasti ada sesuatu yang menjadi struggle kepada dirinya yang kecil ini. Mereka masih bergantung kepada kita, mereka kecil lagi banding kita berpuluh tahun beza, maka bantulah mereka....
.
.
#RESPOST
*Dari anak usia 4 tahun hingga terkini 10 tahun pun saya masih memahaminya mengikut model iceberg ini.
Kebelakangan ini ada beberapa isu juga tingkahlaku mencabar anak atau demand nya lain walhal isu sebenar dia lain, dan telah berjaya kami fahami, tangani menggunakan kaedah analisis situasi/pattern behavior dia - ICEBERG, teknik menerokai isi hati anak Pillow Talk Special Time (kerana jawapan puzzle adalah dari dia jua), teknik mendengar dan refleksi semula (Webinar DFengarlah Anakku dan EQ Anak Penting-Time In/Tune In anak).
❤️❤️❤️
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Telegram reminder keibubapaan kita bersama
T.mazn.me/chan
