es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 15 787 suscriptores, ocupando la posición 964 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 333 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 15 787 suscriptores.

Según los últimos datos del 18 octubre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -132, y en las últimas 24 horas de 0, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 3.81%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.12% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 601 visualizaciones. En el primer día suele acumular 335 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 19 octubre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

15 787
Suscriptores
Sin datos24 horas
-357 días
-13230 días
Archivo de publicaciones
photo content

photo content

photo content

[ Perubahan atas Kesedaran dan Sokongan Tuhan ] Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

[ Kadangkala Ayat / Perkataan Pengesahan yang Didambakan oleh Si Anak Boleh Menjadi Penyembuh kepada Kesedihan Mereka ] Tidak
[ Kadangkala Ayat / Perkataan Pengesahan yang Didambakan oleh Si Anak Boleh Menjadi Penyembuh kepada Kesedihan Mereka ] Tidakkah kita juga akan rasa baik, bila diberikan perkataan baik sewaktu emosi tak berapa baik? Namun, ya, perlu tepat perkataan tertentu, pada masa tertentu, dan nada bersesuaian dari hati yang benar-benar memaknakannya. Refleksi, Maznah Ibrahim. Telegram channel keibubapaan 'reminder' kita bersama: T.mazn.me/chan

Kunci Bahagia ============ 1) Niatkan hari minggu, bila spend masa dengan anak, suami, keluarga luas, bukan untuk sesiapa. bukan untuk suami. bukan untuk anak. bukan untuk mertua, ipar duai. Contoh, pergi kenduri kerana nak sedapkan hati suami/mertua/ipar, TAK, pegi kenduri kerana Allah Al Muhaimin suka kita PELIHARA silah. Jaga Hubungan untuk utuhkan kasih sayang sesama kita. Bersihkan rumah, memasak, untuk anak suami, bukan sebab suami dan anak suka masakan kita. Tapi sebab Allah Ar Rahman Ar Rahim Ar Razzak telah murahkan rezeki masa, kesihatan, kudrat badan fizikal, kognitif, izinkan makanan jadi sedap,beri idea untuk kita masak, dan semua ahli keluarga suka. Juga izinkan kita BERJAYA bersih rumah kerana kita berusaha perbuat. Allah suka yang cantik, indah dan bersih. . Key nya KERANA: ALLAH SUKA . untuk siapa? Untuk Allah. . Sebab semua ni, rezeki hubungan, kasih sayang melalui silah, makanan, jiwa lapang bila rumah bersih, semuanya untuk Allah. Sebab Allah suka hambaNya tenang, lapang, bersih, dan cukup. . 2) SYUKUR. Apa berlaku pun Alhamdulillah. Baik senang, baik sukar. Pasti ada suatu rahmat dan didikan Allah nak beri. . 3) YAKIN YANG Allah Maha Baik Berbaik Sangka Pada Allah sentiasa, Kita Yang Akan Untung Dari Pelbagai Sudut. . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content

behavior anak: Siri 1: https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/539015037346196 Siri 2: https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/327642195762644 Semoga bermanfaat, Kita care kepada anak-anak kita dan anak-anak kawan kita semua sebab anak-anak kawan kita adalah dunia persekitaran anak-anak kita juga. It takes the whole village to raise a child. break the cycle, we learn and we do better.. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

*Kredit kepada pelukis, CikPuan Faizati. https://www.facebook.com/byfaizati/posts/pfbid02gbhXnBpc21W3U2KsjheZJPjJGWm1fx4YUiVvUmzUgzHHr5odZYmVMk3HUuUe6jtcl [TAK SEMUA RAHSIA WAJIB SIMPAN, ADA RAHSIA WAJIB BERITAHU] Ingat, ajari anak sejak kecil-kecil lagi (bawah 6 tahun golden age) yang RAHSIA ni ada dua jenis. Baru-baru ni saya 'voice message' kepada rakan lama saya mengenai JENIS RAHSIA ini, untuk anak remajanya yang sedang alami pengalaman pertuduhan dan buli oleh senior. RAHSIA ada dua jenis. Semua orang ingat yang RAHSIA ni kena SIMPAN. Kan? Rahsia JENIS 1 - RAHSIA SELAMAT: Adalah RAHSIA yang BOLEH SIMPAN. Memang boleh simpan. Rahsia JENIS 2 - RAHSIA TIDAK SELAMAT : Adalah RAHSIA yang TAK BOLEH SIMPAN => means KENA BERITAHU. Wajib bagitahu. Kepada orang yang anak percayai, di setting dia, kalau rumah, kepada siapa? Kalau di sekolah kepada siapa, dalam hidupnya perlu ada sekurang-kurangnya 5 orang / individu yang dia percayai untuk dia beritahu. (Jangan terkejut jika anak sekolah rendah kita sudah mula tidak memasukkan ibu dan ayah dalam 5 senarai support system=orang yang dia percayai untuk beritahu bila ada rahsia tak selamat ya). Beza RAHSIA JENIS 1 dan 2 adalah, EMOSI sewaktu menyimpannya. Rahsia Jenis 1, bila SIMPAN, anak rasa 'SELAMAT', happy, excited (teruja)/ bangga sekalipun sebab terlibat dalam tim simpan rahsia ni 🤭😁. Rahsia Jenis 2, bila SIMPAN, anak rasa 'TAK CUKUP SELAMAT'. rasa gundah gulana, rasa risau, rasa takut, rasa cuak, rasa keliru...... Berikan contoh kepada anak untuk dia agak-agak rasa itu bagaimana. Rahsia Jenis 1, mak minta anak-anak rahsiakan untuk suprise birthday party ayah. Semua anak kena simpan tau rahsia ni, nanti ayah balik je kita buat-buat gelap bilik, kita tiba-tiba muncul dengan lampu lilin di kek. Kita nyanyi reramai.... YEAY< kita rasa excited kan simpan rahsia ini??? Rahsia Jenis 2, kakak kata jangan bagitahu mak, yang kita dua dah pecahkan pasu bunga kesayangan mak... Ini boleh leading kepada bercakap tidak benar pula. Mak tanya, siapa pecahkan pasu bunga kesayangan mak ni? Anak jawab, "Kucing", aduh... Apa anak RASA bila simpan RAHSIA TAK SELAMAT ni? Anak rasa takut, anak rasa bersalah, anak rasa cuak-cuak, anak rasa tak sedap hatiiiiiii.... meleret ke kesalahan lain pula - bercakap tidak benar. Untuk anak-anak bawah 6 tahun, mereka suka beritahu apa saja kepada ibu ayah. Masa inilah dah dipesan dan diajar mengenai jenis rahsia ini, ok. Ada aja anak bawah usia 6 tahun sudah pendam-pendam... Sebab, mereka sudah tahu, atau sudah boleh baca, reaksi ibu ayah, iaitu akan dimarahi. Baik diam, kata dia dalam hati, dari dimarah dihukum teruk, maka aku diam dan mungkin akan bercakap tak benar pula? Beritahu anak sewaktu usia kecil ini, Mama mungkin marah bila adik bercakap benar (pecahkan pasu bunga kesayangan mama tu), Tapi marah Mama sekejap aja, ia sebab mama sangat sayangkan pasu bunga tu dan mama rasa KECEWA, SEDIH... sebab tu marah. Tapi, Mama akan lebih besar marah Mama dan laaaama marahnya bila dapat tahu bukan saja adik lah yang sebenarnya pecahkan pasu bunga Mama, malahan adik juga telah bercakap tidak benar 😱😱😱. Mama juga AMAT HARGAI adik cakap benar, walau benda yang adik nak cakap tu adalah perkara yang adik buat salah (macam pukul balas balik kawan, kena hukum cikgu di sekolah dll), sebab BERCAKAP BENAR itu adalah lebih utama dari KESALAHAN ADIK, sebab juga SEMUA ORANG LAKUKAN KESALAHAN dan kita BELAJAR dari kesilapan itu... Tugas Mama adalah guide bimbing adik untuk buat tindakan betul dan lebih baik dari masa ke semasa di sepanjang adik membesar, dan itu TANGGUNGJAWAB Mama dan Ayah. Anak-anak saya? Alhamdulillah telah ditrain ini semua sejak awal usia, dan mereka sentiasa melaporkan perkara yang berlaku sama ada perkara baik atau tidak baik yang mereka lakukan. Nampak aja macam diam, macam pendam, pandailah mak dia mendekati dan tanyakan soalan cepumas (menerokai isi hati anakanda). Boleh, boleh? Moga semua sahabat saya memperoleh sesuatu dari penulisan ini ya. Live Sharing Q&A berkenaan sexualised

photo content

[ Apakah 5 Tangki Emosi Anak Kita ?] https://fb.watch/fpnHK_73wn/

[ Cuti Sekolah = Kendali Anak 24-7 = Banyak Tenaga Diguna = Ucap Alhamdulillah ] Momen masa kini (tarikh ini, saat ini) tidak
[ Cuti Sekolah = Kendali Anak 24-7 = Banyak Tenaga Diguna = Ucap Alhamdulillah ] Momen masa kini (tarikh ini, saat ini) tidak berulang kembali, Cipta dan penuhi sebaiknya. Selamat bersama keluarga dan sihat-sihat saja semuanya ya. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

[ Kitalah Dunia Pembelajaran Anak Kita untuk Trait/Sikap Yang Kita Tonjolkan Sehari-hari ] Maznah Ibrahim Telegram channel reminder kita bersama; T.mazn.me/chan

photo content

Pada kebanyakan situasi, Ibubapa tidak bermasalah pun untuk anak yang dikatakan ada 'masalah', ada isu, ada mencabar kita dan sebagainya... Hakikatnya ibubapa itu adalah solusi atau jawapannya. Saya percaya bila ibubapa tahu, faham, ada kesedaran, Maka ibubapa akan mampu perbuat lebih baik untuk menyokong perkembangan anak-anak secara fitrah. Maka wahai ibubapa, Kita adalah solusinya. Bila ada hadapi cabaran berkaitan anak dan keluarga, Kita akan merenung diri, bermuhasabah diri dan insyaAllah akan menjumpai jawapannya. Untuk revolusi atau perubahan dalam menjalankan sedikit hikmah, sedikit lebih positif dalam keibubapaan, satu-satunya jawapan ialah Ibu Ayah itu sendiri. Mari kita bersama untuk kekal meraih ilmu, mencari jawapan dan membuat keputusan. Jawapannya Allah akan ilhamkan, Pelaksanaan juga bermula dari kita. Kita berubah, anak akan berubah. Percayalah. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

[ Anak Kita 3-6 Tahun ] Kehebatan Idea dan Skil Mengurus Projek Yang Luar Biasa #video2min lebih lanjut : https://maznahibrahim.com/product/webinar-keibubapaan-anak-kita-3-6-tahun/

INGAT MODEL ICEBERG - Explore Lah Cerita Anak Walau Secebis Perkataan . Izinkan saya berkongsi. . Ramai juga termasuk saya bila lupa, akan mudah judge anak. . Kita kerap lihat iceberg di atas, lupa nak tengok dengan mata hati, ke dasar hati anak. . Pesanan, bila anak berkata sesuatu, teroka lah. . Tanya lagi. . Contoh anak tak nak ke sekolah, sebab taknak tidur di sekolah, bosan kena suruh tidur sahaja, . Teroka apa maksud dia, apa perspektif si kecil ini. . Logik akal dewasa kita tidur penting untuk tenaga, . Rupanya si anak ada 'puzzle', . Contoh anak saya, puzzle dia ialah kenapa abang dan kakak besar di sekolah nya tidak perlu tidur siang, dia dan rakan sahaja kena tidur. . Fateh ni selalu berangan diri dia besar, hehe. Satu lagi sebagai Thinking dia sentiasa mahu sama, adil dan saksama. . Sekarang air sedap dia bila saya bancuh, saya kena letak di piring kecil, katanya macam gelas orang besar tu. . Bila selesai 'puzzle' tu, otomatik sendirinya anak akan nak kerjasama. . Saya tanya dia semalam apa teacher (Tc) pengetua cakap, bagaimana Tc pengetua explain, . Rupanya teacher pengetua guna dua jari saja, (teringat sahabat Yulia Yusar pernah explain kat anakandanya Muhammad pasal kenapa kena hafal surah panjang, guna gambar lukisan logik ketinggian badan, lagi tinggi badan - dah besar kena hafal surah panjang lagila) . Tc Pengetua Fateh tunjukkan dua jari (ibu jari dan jari telunjuk) - iaitu abang abang besar sudah besar, tenaga mereka banyak maka mereka tak perlu tidur, manakala dia kecil lagi maka kena tidur la untuk rehat dan recaj tenaga. . Selesai, kan. . Tips Bila Anak Mengadu TakNak ke Sekolah: . 1⃣. Ambil keyword di 'mention' si anak, explore /teroka lagi. Contoh, bosan. Apa maksud bosan untuk si anak kecil ini. Apa situasinya, siapa dan apa dan bagaimana situasinya. Sebagai mak ayah, analisis lah menggunakan akal dewasa dan kebijaksanaan kita. . 2⃣. Bantu dengan betulkan persepsi anak, perjelaskan lagi. Sama saya beri contoh anak takut ke sekolah kerana guru garang - sebab? - suara tinggi, suara tinggi bukan bermaksud marahkan anak, tapi nak bagi semua kanak-kanak dengar dengan jelas sebab murid ramai. . 3⃣. Sentiasa mendengar luahan si anak, gunalah mata hati ❤️ semasa mendengar dan melihat ke matanya. Pasti ada sesuatu yang menjadi struggle kepada dirinya yang kecil ini. Mereka masih bergantung kepada kita, mereka kecil lagi banding kita berpuluh tahun beza, maka bantulah mereka.... . . #RESPOST *Dari anak usia 4 tahun hingga terkini 10 tahun pun saya masih memahaminya mengikut model iceberg ini. Kebelakangan ini ada beberapa isu juga tingkahlaku mencabar anak atau demand nya lain walhal isu sebenar dia lain, dan telah berjaya kami fahami, tangani menggunakan kaedah analisis situasi/pattern behavior dia - ICEBERG, teknik menerokai isi hati anak Pillow Talk Special Time (kerana jawapan puzzle adalah dari dia jua), teknik mendengar dan refleksi semula (Webinar DFengarlah Anakku dan EQ Anak Penting-Time In/Tune In anak). ❤️❤️❤️ Refleksi, Maznah Ibrahim. Telegram reminder keibubapaan kita bersama T.mazn.me/chan