ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 765 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 967,并在 马来西亚 地区排名第 2 337 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 765 名订阅者。

根据 23 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -148,过去 24 小时变化为 -6,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.88%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.17% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 611 次浏览,首日通常累积 342 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

凭借高频更新(最新数据采集于 24 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

15 765
订阅者
-624 小时
-307 天
-14830 天
帖子存档
Positive Parenting Conference 2021 sudah bermula! yang dihadiri oleh 88,119 parents seluruh dunia secara online. Ianya percum
Positive Parenting Conference 2021 sudah bermula! yang dihadiri oleh 88,119 parents seluruh dunia secara online. Ianya percuma bagi 8 hari, 20 masterclass, boleh daftar di sini bagi berminat ya: https://afineparent.com/positive-parenting-conference

Kebimbangan di kalangan kanak-kanak adalah 'real'. Emosi di bawahnya (asas) adalah rasa takut. Bermula sewaktu mereka dilahir
Kebimbangan di kalangan kanak-kanak adalah 'real'. Emosi di bawahnya (asas) adalah rasa takut. Bermula sewaktu mereka dilahirkan ke dunia (dari gelap dalam perut) kepada cerah di labour room (andaiannya cerah sedikit dari sepenuhnya gelap dahulu), kebimbangan berpisah bila ibu pergi sebentar, takut bila mendengar bunyi kuat (terkejut), dan sehingga ke fasa seterusnya (pengasuh, taska, prasekolah, sekolah, kawan baru dll). Bantu anak kendali 'big emotion' ini dengan dua kunci ini. Kelak, akan bantu mereka kendali stres bila semakin membesar. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan *klik setiap gambar dan baca penerangan tambahan saya sediakan.

photo content

Bersama Pakar Art Therapy Malaysia, Dr Azizah Abdullah dalam menghubungkan /koneksi anak-anak kita dengan kanak-kanak di Palestine melalui medium Art Therapy Bantu saya sebarkan :- ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Assalamualaikum & Selamat Pagi semua. CSR-HUMANITARIAN AID-FOR CHILDREN OF PALESTINE ************************* Kami sedang bekerjasama dengan wakil sukarelawan kebajikan dari Gaza, Palestin untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak yang sedang menderita secara psikologi, mental, jiwa dan fizikal akibat kekejaman Regim Zionis. Projek ini bermula dengan fasa pertama bantuan kewangan telah disalurkan ke Gaza pada 12/5/2021. Semua dana yang dikumpulkan akan disalurkan terus kepada wakil kami di Gaza, Saudara Hamza Deirawi untuk bantuan kecemasan yang sangat-sangat diperlukan disana. Terdapat beberapa kaedah untuk menyumbang bagi projek ini: 1. Menyertai Bengkel Art Therapy secara live pada 22/5/2021 ( Sabtu) atau menonton rakaman jika tidak dapat join pada tarikh tersebut. Saudara Hamza mungkin tidak dapat "Live" dari Gaza, tetapi secara rakaman akibat situasi yang meruncing di Gaza. Bagi yg berminat, boleh join bersama ahli keluarga, anak-anak dll. Sila klik link dibawah utk mendaftar : https://forms.gle/pNB1NqBzeC3sxwkB7 2. Menderma/sedekah/infak minima HANYA RM10 . Boleh menderma mengikut jumlah seikhlas hati ( Jika tidak join bengkel ). Sila klik link dibawah untuk menyumbang : https://forms.gle/mwNMWUTkhvGBstjB9 3. Membantu menyebarkan mesej ini kepada rangkaian saudara-mara dan rakan-rakan sebagai tanda keprihatinan dan ehsan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Semoga usaha kecil kita ini akan dapat membantu saudara-saudara kita yang sedang menderita di bumi Palestin. Juga, semoga segala sumbangan kita semua akan dihitung sebagai amalan baik. Sila join group telegram Hamza Deirawi untuk mengikuti perkembangan terkini di Palestin: https://t.me/HamzaDeirawi Segala sumbangan, keprihatinan dan ehsan semua amat kami hargai. Terima Kasih. Sukarelawan bersama : Hamza Deirawi ( Palestin) Dr Azizah ( Malaysia).

Photo from Maznah
Photo from Maznah

Penting Sangat Ke Libatkan Anak dalam Tugasan Dalam Rumah Sejak Awal Usia? https://maznahibrahim.com/ok-ke-latih-anak-buat-kerja-rumah-ni/

3 KUNCI ANAK BEREMOSI POSITIF DAN KURANG TANTRUM Mudah-mudahan kita dapat membantu mengurus emosi anak dengan menyediakan 'asas tapak yang baik' untuk mereka. https://maznahibrahim.com/nak-anak-sihat-emosi-dan-kurang-tantrum/

Komen dan maklumbalas begini banyak saya perolehi dari pm, dan email reply. Biasanya follower yang mengikut penulisan saya selama 2 - 4 tahun, akhirnya telah memberi satu perubahan yang signifikan dalam hidup mereka. Alhamdulillah dengan izinNya. Inilah yang kita katakan sebagai bergaul atau berada dalam circle positif, seperti berkawan dengan penjual minyak wangi kita terpalit wanginya dan berkawan dengan pembuat besi kita terpalit bau besinya (lebih kurang). Maka, pastikan kita berada dalam circle yang positif; membaca, mendengar, dan berbual2 dengan orang / page / website yang hanya membantu membina diri kita saja. Elakkan /off kan membaca timeline atau circle yang kurang membina. Sebab kita manusia ni fitrahnya adalah makluk sosial dan mudah terpengaruh. Hmm... jum bersama-sama untuk meningkatkan diri dalam keibubapaan positif dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai.

photo content

Ini boleh berlaku seawal usia anak 7 tahun. Ni saya perhatikan sewaktu anak sulong saya usia 7 tahun, waktu kecemasan la kiranya sebab adik baby dia nak perhatian dan susu, dia yang sedang saya masakkan mee goreng dia, sanggup ambil alih dan buat. Hmm nampak tak kekok dan master cheff jugaklah. Means fasa ni dia konfiden buat sebab telah ada pengalaman sewaktu usia 1-6 tahun di atas tadi tulah. Fasa 7-14 tahun ni mereka banyak dibimbing, dan diberi disiplin sedikit bagi tugasan penting khusus lain seperti kemas katil, basuh pinggan dsb, dan boleh ikut fasa 1-4 di atas semula sewaktu usia sekolah rendah ini, tiada masalah ok 👌😃. Kami pun sedang mendidik si anakanda sulong ini untuk kemas katil dia, lipat selimut cadar bantal dia selepas bangun tidur. Lama fasa 7-12 tahun sebelum masuk asrama ni, tak mengapa pelan pelan santai aja ok. . Maka, buat lah Sebab ia tak luak pun. Santai dan gembira, demi kebaikan kita kelak dan kebaikan diri dia akan datang: masa dia dah masuk asrama, dia masuk universiti, dia berdikari di luar negara ke, dia masuk ke alam rumahtangga, dia menjaga isteri berpantang ke dsb. Jangan esok masa dia remaja kita kata/kondem/banding dia dengan anak orang lain yang pandai boleh diharap basuh sebiji pinggan, sedangkan masa fasa dia 2-6 tu dia nak basuh pinggan berjejeh air di sinki kita marah, kan? InsyaAllah yang nak dibentuk itu adalah seorang khalifah yang bertanggungjawab kepada dirinya sendiri jua. . Refleksi, Maznah Ibrahim Channel telegram psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan https://www.thestar.com.my/lifestyle/family/2019/08/23/children-chores

[Kajian Mendapati Anak Yang Telah Dilatih Buat Kerja Rumah Sejak Kecil, Adalah Individu Dewasa Yang Sukses]. Jika ditanya saya seawal usia berapa boleh mula ajak anak buat kerja rumah, Saya akan katakan seawal usia 1. Sebab usia 1, kebanyakan anak kita sudah boleh 'copy cat' (meniru perbuatan) dan sudah masuk 'bunga-bunga' fasa autonomi, Nak lakukan sendiri, Cara sendiri. Jika dulu kita suapkan dia 'solid food' dia, Kini dia nak suap sendiri malah menyuapkan ibubapa nya pula. Usia 1 ini juga mereka sudah boleh laksanakan 'single instruction', Contoh : => Tolong masukkan baju kotor ini ke dalam bakul baju sana tu => Tolong buang tisu ni ke bakul sampah tu. --------- Namun perjalanan mereka jauh lagi, kan. Seiring dengan siri pengalaman mereka diberi peluang melakukan 'kerja rumah' ini, Mereka akan membentuk persepsi terhadap 'kerja rumah' ini, Sama ada best atau tak best, Walau pada mereka sewaktu mencuba tu, ianya untuk 'fun' aja. Bersekali pengalaman ini ialah emosi yang terbentuk dari pujian / dorongan, vs. kritikan / kecaman / marah, Bersekali ini juga ada elemen kognitif/pemikiran terbentuk (makna kepada kerja rumah ini dinilai secara pemikiran seperti betul atau salah, cukup bagus atau tak cukup bagus), Ia berlaku dari ekspektasi ibubapa terhadap 'hasil' 'kerja rumah' ini, iaitu hasilnya sempurna/ tip top atau sebaliknya, berbanding proses mereka melakukan itu yang kita nak hargainya. Sebaiknya, ✅ Ikutlah perkembangan usia mereka, fitrah bermain dan mencuba mereka itu. ✅ Berilah peluang dan ruang sewaktu mereka minat, mahu dan aktiviti tugasan bersesuaian dengan usia mereka, ✅ Maka insyaAllah sebenarnya ia seiring saja, Tiada paksaan pun. . Di sini saya kongsikan 4 FASA bagi anak kita boleh master atau berdikari dalam melakukan satu-satu tugasan, menurut Julie Lythcott-Haims, New York Times 'bestselling author of How to Raise an Adult', untuk kita ibubapa sama-sama renung semula fasa anak kita ni :- 1. Kita BUATKAN untuk dia. Ni pasti berlaku, iaitu sewaktu anak kita bayi lagi. Masa ni juga digalakkan kita beri dia lihat apa kita buat, sebab dia pun nak dibentukkan 'secure attachment' dengan kita, tak boleh ditinggalkan berjauhan dari kita, tak boleh tak nampak kita, kan? Jadi masa kita buat kerja rumah ni kita pun bercerita lah kepada dia apa kita lakukan, tunjukkan nama benda dan apa perbuatan kita. Secara tak langsung dia dapat tingkatkan vokabulari dan memahami konteks dengan lebih berkesan 👍😊. . 2. Kita BUAT BERSAMA-SAMA dia. Masa ni berlaku seawal usia 1 yang saya nyatakan di atas. Masa dia syiok nak join dan cuba buat tu, berilah dia RUANG dan PELUANG merasai pengalaman melakukannya. Dia nampak ayah dia macam best aja vacuum, dia pun nak mencuba, Dia nampak mak dia ting ketang ketung menumis dia pun nak cuba. Ia berlaku tak sampai 10 saat pun, namun impaknya masyaAllah besar sangat. Key nya beri, tapi pantau lah agar dia selamat. Buat bersama-sama ni bentuk momen berharga, cipta bonding ibubapa-anak, dan of course ia membantu meningkatkan perkembangan sensori dan kognitif dia. . 3. Dia BUAT dan kita TENGOK. Ni fasa dia usia seawal 2 tahun masa dia nak sangat buat sendiri (autonomi: cara sendiri) dan diandaikan dia telah ada pengalaman buat sama-sama dengan ibubapa lah (fasa 2 dia atas), Dan fasa usia 3-6 tahun (INISIATIF) yang mana mak tak beri pun, dia buat aja sendiri. Sebab mak busy, dia pun konfiden aja nak buat sendiri. Bila dimarahi sewaktu fasa mereka berani mencuba sendiri inilah yang akan beri kesan reverse iaitu dari berinisiatif kepada mudah rasa bersalah, ragu-ragu. Untuk tugasan khas/khusus nak latih atau nak beri dia cuba tu kita pantau lah semasa dia buat tu. Just to make sure dia selamat. Saya perhatikan anak ketiga saya fasa ini, dan telah alhamdulillah agak master dalam skil 'memasak' sup sayur dia dari awal hingga akhir hingga menghidang. Slowly grow. Bukan nak beri sangat, tapi memikirkan ini fasa dia, hari dia, beri ajalah. SABAR banyak dan SUPPORT aja. Memang boleh nampak progres dia dari masa ke semasa. . 3. Dia BUAT SENDIRI SEPENUHNYA sendiri.

photo content

Selamat Hari Guru buat semua ibu bapa yang merupakan guru pertama kepada anak-anak kita sendiri. Teruslah membimbing, dan men
Selamat Hari Guru buat semua ibu bapa yang merupakan guru pertama kepada anak-anak kita sendiri. Teruslah membimbing, dan menunjuki dengan sabar anak-anak kita, segala ilmu dicurahkan (walau cara membasuh pinggan / melipat baju dengan betul), amat besar manfaatnya, dalam kehidupan mereka. Syabas, IbuAyah-Guru 💝, Maznah Ibrahim

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content