uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 311 підписників, посідаючи 967 місце в категорії Діти та сім'я та 2 350 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 311 підписників.

За останніми даними від 13 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -125, а за останні 24 години на -1, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.21%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 687 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 14 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 311
Підписники
-124 години
-247 днів
-12530 день
Архів дописів
Kita Sering Tersilap Melabel Anak, Kini tiba masanya kita melihat dari sudut pandang anak dan membantu, bukan menambah 'permasalahan'/isu yang sedia ada. Apakah 14 sikap anak yang sering buat kita hilang sabar dan bagaimana mengubah persepsi kita? https://maznahibrahim.com/14-sikap-anak-yang-sering-buat-kita-hilang-sabar/

- boleh ke aku buat, nanti silap kang? jatuh kan? sakit kang? (segala yang buruk tu dari ayat kita jika kita sering ucapkan ayat menakut-nakutkan untuk halang dia cth: jangan panjat nanti jatuh). . 3) jadinya dia memang terhalang dari lakukan sesuatu yang dia berhasrat awalnya nak buat (anak kecil otak kanan akan redah sebenarnya), . dan jadilah ragu-ragu, yang mana, mahukah kita, anak kita menjadi seorang dewasa yang tidak yakin diri, dan sering ragu-ragu? Belum cuba sudah fikir dan rasa negatif. Jadi tak buat langsung pun. Ramai tak di kalangan kita macam ni? Ada kemungkinan masa kecil usia 2-3 camtu dihalang lakukan banyak perkara sehari-hari... Gosok gigi, mandi, panjat, makan sendiri. dll. . 4) Jadi, lepas ni, bantu dan beri ruang peluang, puji saja usaha mereka. 😍 OK. Kita juga sebagai manusia bila terniat terdetik nak lakukan sesuatu dan diizinkan, disokong, dan bila dah buat orang puji kita berjaya lakukan ia, wah bukan kah kita juga rasa semangat nak cuba lagi? Berkobar-kobar, kan heheheh. . . Refleksi, Maznah Ibrahim. Video 1: Khairunnisa' dulu semasa usia 2; "Mummy Adik berjaya gunting". https://fb.watch/31XWA8zW4t/ Video 2: Yumna kini pula usia 2 tahun dan guntingnya. https://fb.watch/31XYi61VZP/ Video Fateh usia 2 menggunting pun ada cuma tak termampu mencarinya lama dah. . Telegram Channel parenting dan psikologi anak di sini: T.mazn.me/chan

Macam Mana Nak Dorong Anak Jadi Yakin Diri? =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=- Ramai tanya soalan mengenai nak jadikan anak yakin diri. Di sini saya kongsikan 3 perkara yang boleh kita mulakan walau berapa pun usia anak kita (bonus untuk yang ada anak kecil). . 1. Kita Jadi/ Buat Apa Yang Kita Nak Anak Jadi / Buat. Kita yakin diri dan anak akan mudah tiru. Kita bercakap dengan yakin dan jelas kepada apa yang kita nak capai. Anak nampak dan senang tiru. Kita lakukan sungguh-sungguh apa yang kita yakinkan itu dan anak nampak usaha kita dan hasil kita. Kita ucapkan syukur dan proud (bangga positif) atas keyakinan diri hingga berjaya laksanakan apa-apa itu. . Suami saya selalu berkata, jika kita nak anak jadi kelakar, tak serius sangat, fun dan menyenangkan, kita jadilah seperti itu. . Kita mahu isteri/suami kepada anak kita tak stres sangat dengan anak-anak kita, biar mereka gembira memiliki pasangan yang menyenangkan hati, lawak / gembira, dan ciri positif lain, maka mulakanlah dari sekarang heheh. . 2. Kita letakkan keyakinan kita kepada keinginan anak; Ingat post semalam dalam poem oleh Dorothy Law Nolte; 'If children live with acceptance, they learn to love, If children live with approval, they learn to like themselves, If children live with recognition, they learn it is good to have a goal." Anak memang ada keinginan, banyak. Mereka memerlukan dorongan dan keyakinan dari kita yang YA mereka boleh lakukan. Dan ini amat lah tipikal untuk anak usia 2. . 3. Bilakah bermula anak yakin diri? Ketika itulah waktu paling baik nak pasakkan dalam-dalam, kuat-kuat ciri itu. Sebenarnya masa fasa autonomi itulah yang anak sudah mula menunjukkan keyakinan diri tanpa had (atau ketakutan tak berjaya). Ada anak seawal usia 1 tahun sudah berani dan macam-macam lakukan sendiri. Kebanyakannya usia 2 yang kita rasa mencabar dan sukar itulah yang merupakan momen paling baik untuk kita pasakkan keyakinan dalam dirinya, sebab dia sendiri memang yakin pun dengan dirinya. 😁😅. Saya update post ini dengan tambah di atas dan ambil semula video lama Khairunnisa' semasa usia 2 tahun dengan guntingnya. Dengarkan skrip dia sendiri sebut; . "Mami, Adik berjaya gunting !". (dengan bangganya, hmm yakinnya dia ya). . Dari mana rasa percaya itu boleh timbul? Sebenarnya saat sebelum itu, saya raikan skil menggunting kecil dia - . "Waah, Adik berjaya gunting" (walau of course tak sempurna, tetapi semangat mencuba dan diberi peluang itulah yang kita nak 'grab the chance' tu. . Kan? Sejibik ayat dia sebut sendiri. Saya tambah satu lagi video Yumna pula kini sedang fasa usia 2 dia, selamba relek aja dia guna gunting besar ke, kecil ke, dia ok, sebab dah selalu guna. (ini bukan untuk menunjuk apa ya, ini untuk buktikan budak usia 2 semuanya mampu untuk gunakan alatan seperti ini). , 4. Anak kita dan usia 5,6, 7 tahun. Bagaimana puan? Tak apa, kita raikan minat dan sedikit keyakinan serta kemahuan dia akan sesuatu perkara. Ingat ayat poem Dr Dorothy tadi tu, accept, approve dan recognise. Jadi usia 5 nya dia teringin nak bercakap dengan guru, katakan Mama yakin abang boleh beritahu guru abang nak ke tandas (keyword 'Mama YAKIN'). InsyaAllah boleh pastinya. Usia dah 10-12? Apa dia minat? Cuba berikan dulu dan beri dia alami rasa sukses itu dulu, dengan bantuan. Anak mahu belajar cara melukis di komputer. Ok ayah ajarkan, Anak cuba, sebab perisian mudah dan ayah plan bagi berjaya. Beri pengalaman berjaya pertama kali itu untuk mendorong kejayaan seterusnya. InsyaAllah BOLEH. . *Nota Tambahan . 1) Fikirkan, Rasakan, Ucapkan yang baik-baik kepada anak, exactly sama seperti apa yang kita mahu dia jadi fikir, rasa dan ucap juga. . 2) Peringkat usia 2 ialah autonomi, iaitu buat cara sendiri, dan egosentrik bermula, dia saja betul dan dia saja punyai semua. . Namun, sebalik dari ini, jika dihalang, dan atau dimarahi, boleh membentuk rasa 'ragu-ragu', .

Untuk renungan kita bersama. Di dunia bagaimanakah anak kita hidup sehari-hari ? ❤, Maznah Ibrahim Telegram channel 'positive
Untuk renungan kita bersama. Di dunia bagaimanakah anak kita hidup sehari-hari ? ❤, Maznah Ibrahim Telegram channel 'positive parenting' dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

Luka Yang Tak Nampak: Buli Di Kalangan Adik Beradik Konflik di kalangan adik-beradik adalah satu fenomena biasa dan hampir setiap adik-beradik akan mengalaminya. Namun ada juga konflik berpanjangan sehingga amat melukakan dan sama ada menjauh diri, pendam (pasif) atau lebih agresif (percakapan, perbuatan keras/kasar) kepada satu pihak lagi. Memahami psikologi yang membuli dan yang dibuli, secara kontekstual boleh membantu ibubapa mengendalikan situasi ini dengan lebih baik, bermula dari rumah, dan mengelak 'luka' berpanjangan hingga mungkin akan menyukarkan kehidupan kita sebagai ibubapa tua kelak kepada anak dewasa. Selain itu skil cegah dan hadapi buli boleh digunakan oleh anak sewaktu di taska/tadika/sekolah agar mereka juga mampu hadapi dengan asertif kepada pelaku. Tarikh: 22 Januari 2021 Hari : Jumaat Masa : 9.30 malam Lokasi: Webinar Room Tertutup (link diberi di email) Pengisian: 1. Saya akan berkongsi buku kanak-kanak bertajuk 'Bully' bagi memberi kefahaman kepada ibubapa akan aspek psikologi di sebalik yang membuli dan dibuli, serta tindakan yang boleh dilakukan oleh anak yang dibuli; 2. Resolusi untuk ibubapa lakukan atau latih anak; ia meliputi sudut dua pihak iaitu pelaku dan diperlaku dari segi teknik komunikasi, tips, dan amalan berkaitan. . . Hasrat saya, mudahan kefahaman, strategi dan teknik yang dikongsikan ini nanti boleh :- i) meningkatkan kefahaman ibubapa akan perspektif konflik dan buli adik beradik ii) memberi idea kepada ibubapa dari segi 'tools' untuk pengendalian konflik anak-anak di rumah; iii) secara tidak langsung boleh membantu mencegah luka anak lebih mendalam, dan anak-anak kekal baik hingga dewasa walau kerap bergaduh sekarang, dan iv) anak-anak kita ada skil cegah buli, tahu nak buat apa ketika menghadapi situasi buli di luar lingkungan rumah kelak :) Nilaian: Tidak Terhingga ;) Untuk Anda Semua: Percuma Akses Rakaman : 3 hari ....................................................... Bantu saya sebarkan kepada seramai mungkin mudahan kita semua akan bersama-sama bergerak ke arah pemangkin kepada kesihatan mental yang baik untuk dunia akan datang. Link daftar di sini ya: https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t https://webinarv2.mazn.me/luka-tak-nampak-buli-adik-beradik/?utm_source=t . P/S: Jangan terlepas peluang ya, sebab biasanya yang terlepas akan menyesal dan bertanya bila lagi saya nak buat tajuk sebegini ;)

photo content

Kenapa Kita Kekal Amal Positive Parenting Walau Banyak Cabarannya ? https://open.spotify.com/episode/6cyzZ64UJMQSONStrYWJaH?si=GOb1zK3_QGGI6NLww2GYJw

Strategi Penat Emosi Agar Kita Ringan Emosi, Memerlukan strategi yang mudah, namun berkesan, kerana ia tepat. Hanya perkuatkan aktiviti yang PENTING, dan bukan lakukan apa yang kelihatan 'urgent'. Sesuatu yang PENTING sebenarnya amat mudah dilakukan cuma perlu prioritikan sahaja. Ia tak beri kesan sekarang serta merta namun ia beri kesan kemudian nanti, secara jangka masa panjang. Renungkan 2 S kita saja: Senaman dan Spiritual, cukupkah? Kita kerapkali 'react' kepada agenda orang lain, Hingga mengabaikan apa yang sangat penting dalam aktiviti seharian kita. Maka jadilah kerja kita tak selesai pula. Aktiviti yang nampak remeh dan kecil namun ia sebenarnya amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kita, emosi kita dan kestabilan diri kita seluruhnya. dan punca kepada kestabilan emosi dalaman kita. Cuba ya. Care❤, Maznah Ibrahim Telegram Channel: T.mazn.me/chan ................................... P/S: Webinar Penat Emosi akan dibuka semula, bertarikh 20 Februari 2021 (Sabtu, 9 pagi) dan peserta Webinar Dengarlah Anakku telah ada yang berjaya mendaftar. Nantikan saya buka link untuk yang lain ya 🙂 Webinar percuma bulan ini kita akan fokus kepada memahami buli, dan tangani dari rumah (konflik adik beradik). InsyaAllah ia akan berlangsung pada 22 Januari 2021, Jumaat 9 malam insyaAllah. Nantikan saya buka link pendaftarannya dalam masa terdekat.

photo content

photo content

WEBINAR PERCUMA PENGURUSAN MASA HARI INI 🤔Selalu rasa tak cukup masa? 🙄Apa yang dirancang selalu tak jadi? 😪Kerja siap tapi selalu tak capai target?.. Ini semua adalah tanda-tanda kita sedang menuju kepada kegagalan. "If you fail to plan, you are planning to fail!" kata Benjamin Franklin. Banyak peluang yang kita terlepas dan masa yang terbazir kerana pengurusan masa kita yang tidak efektif. Tahukah kita, ada beberapa surah dalam AlQuran, Allah gunakan masa sebagai pemula firman. ⏰Surah Al-Asr ⏰Surah Al-Layl ⏰Surah Ad-Dhuha Semua ini menggambarkan betapa pentingnya menguasai skil pengurusan masa yang baik. Mari kita layari tahun 2021 dengan lebih sistematik dan capai impian-impian kita dengan cemerlang melalui teknik-teknik pengurusan masa yang betul. Dengan itu iReal Academy Sdn Bhd dengan kerjasama IQI iRealty Group berbesar hati menjemput, Tuan Zuhairi Nopiah yang berpengalaman lebih 20 tahun akan berkongsi panduan dan tips mudah dalam mengurus masa. Luangkan sedikit MASA anda untuk pelajari teknik efektif menguruskan MASA pada: Tarikh : 14 Januari (Khamis) Masa : 10.00am - 1.00pm Lokasi : Webinar Zoom Nak join? Klik link Pendaftaran ini sekarang ya.👇👇 https://zoom.us/meeting/register/tJYqdu-orT0vGtes0hU8sCW00MzL-suetN9A Penyertaan PERCUMA dan TERHAD untuk mereka yang terawal sahaja ya. Jumpa di sana! #SebarkanKebaikan

Tambahan jawapan kepada pembentukan sikap, karektor bercakap benar mulai anak usia 2-6 tahun nanti. Terima kasih Pn Anie ya.�
+1
Tambahan jawapan kepada pembentukan sikap, karektor bercakap benar mulai anak usia 2-6 tahun nanti. Terima kasih Pn Anie ya.😊😊👍

Geram dan Pening Bila Anak Usia 2 Tahun Bercakap Tidak Benar atau Tidak Mengakui Perbuatan Silapnya? https://maznahibrahim.co
Geram dan Pening Bila Anak Usia 2 Tahun Bercakap Tidak Benar atau Tidak Mengakui Perbuatan Silapnya? https://maznahibrahim.com/geram-dan-pening-bila-anak-usia-2-tahun-bercakap-tidak-benar-atau-tidak-mengakui-perbuatan-silapnya/

Apa Yang Kita Buat Setiap Hari Untuk Anak Memang Menuntut Pengorbanan Yang Tinggi. Namun ketahuilah ia satu pelaburan berbaloi. Penat, pening, fed-up, marah, geram, buntu, Lucu, pelik, 'Haa!' momen, terhibur, Semuanya asam garam fasa keibubapaan aja. Pelaburan masa, perkataan, hadiah, servis/layanan, sentuhan, Semuanya tidak nampak hasil 'investment' atau bunga nya kini, Namun percayalah ia 'ada nilainya, ada maknanya'. Walau kecil ibarat 1 darjah celcius, kita fikir mungkin tak ada perbezaan nyata, Namun kerana bergeraknya 1 darjah celcius itulah ia menuju kepada satu perubahan nyata seperti ais sudah bersedia untuk mencair, Dan anak sudah sedia untuk 'MENJADI' seperti apa yang anda doakan selama ini, harapkan selama ini. Just do it. Hypnoscript anak tu teruskan aja buat, Tidak pasti bila kah antara kali ke-2431 dan kali ke-2432 kali tiba-tiba si anak berubah 180 atau 360 darjah, kan.... Dan sewaktu anda sudah mula tertanya-tanya apa hasilnya selama ini dan anda stop, Anda yang akan tanpa sedar menutup ruang perubahan nyata itu (ingat 1 darjah celcius saja lagi ais sedia mencair?) Isunya buat tak hypnoscript tu? Konsisten ? Stop lama dah ? Pasrah ? Kita buat saja. https://hypnoscript.cc/?utm_source=celcius Joint telegram channel saya agar tak ketinggalan untuk input kesejahteraan emosi diri kita sebagai ibubapa yang berusaha: T.mazn.me/chan

photo content

Setuju sangat. ❤👍🏼 Fokuskan dan prioriti apa yg blh buat berbanding apa tak boleh buat. Banyak ruang untuk dimasukkan pendi
Setuju sangat. ❤👍🏼 Fokuskan dan prioriti apa yg blh buat berbanding apa tak boleh buat. Banyak ruang untuk dimasukkan pendidikan. Tanpa akademik formal, ianya adalah apa saja dan merupakan 'indirect'. Indirect kan merupakan jalan paling cepat menuju matlamat ? . Ingat prinsip terapeutik dari Milton Erickson masa webinar lalu? The shortest distance between two points MAY NOT be a straight line - move indirectly towards an objective Selamat meneruskan perjalanan keibubapaan kita untuk tahun 2021 nanti dengan sebaiknya insyaAllah. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan #sharedfrominstagramparentadvice

Saya suka baca kisah anak Pn Harnisah Tajudin yang dikongsikan kepada saya. Tersenyum-senyum juga saya membacanya sambil membayangkannya, heheheh. Mari kita dengarkan pengalaman Pn Harnisah dalam menggunakan teknik komunikasi 'Dengarlah Anakku' ini ya 😍. ...... Salam Pn Maznah, Saya nak share hari ni saya praktis 2 of 10 strategi komunikasi: Connect eye level & pandang muka dgn Muizz (5yrs). Muizz minta susu masa saya tengah masak. Muizz: "ibu ni lambat la buat susu omel" (nada marah) Saya jawab: "kejap & Sod Ba Ra: Sabar. Ibu tengah masak panas ni. Tangan ibu dah pegang ni & tak boleh buat susu sekarang. Muizz nampak kan?" Muizz: yelah omel tunggu (dalam nada terpaksa mengalah🤣🤣). Bila susu siap, saya panggil Muizz ke dapur. Suruh dia duduk di kerusinya. Saya ubah daripada kebiasaan saya berdiri sambil bacakan Bismillah kepada mencangkung. Mata & muka kami bertentang 1 level. Sambil Muizz ikut saya baca doa, dia senyum2 🤣🤣🤣. Dalam hati Subhanallah tukar cara sikit anak pun berubah. Geli hati saya tgk Muizz senyum2 simpul. Saya juga fikir semula webinar puan "fahamkan keperluan anak". Muizz anak yang 'motherly attach' yang suka dibelai. Saya semakin kerap peluk & cium bila2 masa je & selalu puji "muizz hebat la" untuk sekecil2 benda yg bagus dia buat. Muizz selalu puji diri sendiri "omel hebat". Hasilnya dlm beberapa hari dah nampak perubahan. Terima kasih ye puan maznah atas ilmu parenting. 😊 ----- MasyaAllah, syabas Pn Harnisah, saya mendoakan Muizz anak soleh penyejuk mata dan hati ibuayah ini akan terus tumbuh menjadi seorang anak yang baik, dan berbakti kepada agama dan negara. 😍😍🥰 Ada kisah apa-apa boleh sharekan kepada saya ok. Tag pun boleh dan saya akan kongsikan semula dari wall anda. Maznah Ibrahim. #DengarlahAnakku #KomunikasiIbubapaAnak Telegram channel: T.mazn.me/chan

Parenting Maznah Ibrahim memahami perasaan dia sendiri (mulakan dengan kita pun perlu fahami perasaan mereka dulu), anak perlu berasa ok dengan perasaan dan pemikiran dia, maka stabillah tingkahlaku dia ya. Biasanya mereka pun tidak faham akan diri mereka sendiri kenapa bertindak begitu. Contohnya anak yang dimarahi teruk di rumah, akan sangat buat hal di sekolahnya. Anak yang rasa dirinya teruk, tak pandai dsb, juga akan bertingkahlaku sesuai dengan perasaannya terhadap dirinya sendiri, jadi tidak mahu membaca, tidak mahu terlibat dengan aktiviti akademik, benci sekolah/teacher dsb. Jadi nak baiki tingkahlaku anak, hanya perlu kenalpasti perasaan dia terhadap diri dan dunianya, bantu dia, dan kelak tingkahlaku mereka akan berubah jadi lebih baik, ok :) CARE ❤, Maznah Ibrahim ...... Jom masuk telegram channel saya mengenai keibubapaan positif dan psikologi anak-anak di sini ya T.mazn.me/chan Webinar bulan ini (percuma) ialah berkenaan memahami psikologi buli: pelaku dan yang dibuli, dan ia ada kaitan dengan konflik/gaduh adik beradik. Nantikan saya buka penyertaannya, ya.

6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah : . 1. KETAHUILAH, TERIMALAH yang sebarang tingkahlaku anak yang kita nampak kurang betul, kurang elok, tantrum, melawannya dan sebagainya yang tidak ikut spec kita, sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi anak. TINGKAHLAKU = BAHASA, ada mesej yang nak disampaikan, terutama anak kecil yang belum mampu mengucapkan atau meluahkan, apatah lagi anak yang sudah besar namun sudah tahu bila dia cakap, pasti tidak dapat, atau tidak disokong, atau mungkin akan dimarahi, Maka berlakulah missbehaviour... Missbehave = Mesej Sesuatu Nak Disampaikan kepada sekeliling dia . 2. Anak-anak ada usahanya, kepada apa jua permintaan kita atau kita tak minta pun dia ada fitrah nak cuba melakukan sesuatu yang baik. Maka sahkah ia (validate ia) atau pastikan anak tahu yang kita terima, kita nampak, dan kita hargai usaha kecil dia. Contoh anak kecil yang berusaha nak cuba buatkan kopi untuk mak dia (macam Yumna saya - sebenarnya dia suka nak tuang dari teko kaca tu ke mug mak dia 😅) masyaAllah rajinnya, tak perlu disuruh, atau baru sebut aja dia sibuk-sibuk nak buatkan. Tunjukkan yang kita 'perasan', akan niatnya yang baik itu. Puji 'noticed' usaha dia yang belum berlaku pun dan kesanggupan dia itu. Hmm memang anak kecil ni sesuatu yang kita belajar ialah mereka ni super duper yakin diri tau. Apatah lagi anak besar, remaja yang cuba membantu urusan rumah apabila ada konflik ibu ayahnya dengan memasakkan nasi untuk adik-adiknya atau membelikan sayur dengan menaiki motosikalnya. Pujilah usahanya itu. Puji, nyatakan secara jelas (Tangki Emosi: Perkataan: Words of Affirmation) . 3. Luahkan KEYAKINAN kita kepada keupayaan anak, di saat anak ada rasa 'down feeling'nya, momen emosi konflik diri, rasa tak yakin dirinya melanda... (ni biasanya anak sudah sekolah mula akan rasa inferioriti vs. yakin diri sesuai dengan tugas perkembangan usia 6-12 kanak-kanak). Bukan berbahasa basi, namun tunjukkan, luahkan, persepsi anda yang positif. "Ya, Mama YAKIN abang boleh buat, hari tu Mama tengok abang usaha berjaga malam siapkan kerja Matematik Tambahan tu. Bila kita usaha, insyaAllah adalah hasilnya berbanding kita tak buat apa-apa...". "Mama YAKIN kakak boleh present atas pentas dengan baik, berani, relaks dan fokus. Kami semua doakan. Lagipun kakak kan dah practice". . 4. Hormatilah anak, berikan HORMAT kepada mereka seperti mana kita mahu mereka hormati kita. Cara paling basic ialah pandang wajah mereka (beri full face - muka penuh) bila mereka mahu bercakap dengan kita, tinggalkanlah semua kerja yang sedang dilakukan, barang sebentar 10 saat pun amat bermakna untuk si anak sewaktu terujanya mereka mahu berbicara dengan kita. Apatah lagi anak remaja yang ada pandangan sendiri, keputusan sendiri, dan tindakan sendiri, hormatilah keputusan mereka, bawalah kepada berbincang dan negosiasi bila kita tidak setuju, dengan cara bermusyawwarah ya. . 5. Anak kita kan ada macam-macam reaksi dan perasaan, bila mereka ada perasaan yang kita rasa kurang sesuai, kurang wajar dirasai, ditunjukkan, tidaklah perlu hukum atas perasaan yang mereka rasa dan tunjukkan itu. Feelings are real. Tak kiralah perasaan baik ke, perasaan teruk ke, kita rasa macam drama sangat ke, mengada ke - No, isunya mereka sedang rasa. Hargailah perasaan itu, validate dulu barulah kita proses ia dengan bawa kepada perbincangan asertif. "Mama tengok tadi bila cousin datang, kakak macam serba tak kena, apa sebenarnya yang kakak rasa"(walau sebenarnya nak marah kenapa tergedik sangat anak Mama nih ya). (Berikan feedback dan dapatkan clarification dari dia). "Tadi Ayah tertinggi suara sikit aja, apa sebab abang meraung raung menangis macam tu, hmmm Ayah rasa malu, juga pelik sebab apa abang jadi macam tu. Cuba abang bagitahu ayah, ayah nak faham". (ni waktu tenang-tenang kemudian masa - usaha fahami si anak). . 6. Akhir, INGATLAH yang bila tingkahlaku anak Tak OK, sebenarnya ia reflek kepada perasaan Tak OK mereka juga. Jadi sebenarnya dalam keibubapaan ini, kita sentiasa nak bawa kepada anak

photo content