Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 311 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 967,并在 马来西亚 地区排名第 2 350 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 311 名订阅者。
根据 13 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -125,过去 24 小时变化为 -1,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.21%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 687 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 14 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 311
订阅者
-124 小时
-247 天
-12530 天
帖子存档
16 309
Audio Post
Episod #16
Bagaimana bila parenting kita tanpa sokongan pasangan (suami)?
Dengarkan, singgah lalu dan refleksi diri kita.
.
https://open.spotify.com/episode/23OEAD4uieYQgcW56rW0ms?si=URibR65ETRGrFlQefaxJJA
.
.
16 309
Terima kasih kembali Pn Halizah ⚘😍. Doa yang baik-baik terbaik untuk perjalanan parenting puan dan semua #ibubapakini di sini dan luar sana.
16 309
Terima kasih Pn Haliza, doa yang baik terbaik untuk puan dan semua #ibubapakini 😍 di channel telegram ini.
16 309
Subhanallah.. saya baca pun tersenyum-senyum suka dan terhibur, apatah lagi anak-anak ini.
Wah.. menarik saya suka, saya suka.
Semoga terus berkarya walau spontan, Puan Nurhafiezah.
Memang kesan immediate untuk budak kecil,
Indirect vs direct, terus zoom sampai ke hati dia kan.
Semoga anakanda berdua terus baik, bff, dan solehah berbakti kepada dunia satu hari kelak. Acik sayang kamu berdua ya Amanda yang baik hati dan Lisa yang penyayang.
.
Therapeutic Storyteling Mak kepada Anak
https://www.facebook.com/2708mommy/posts/10221078484364035?notif_id=1610349967823547¬if_t=tagged_with_story&ref=notif
16 309
Memahami fitrah dan keperluan perkembangan kanak-kanak mengikut usia, mampu membuatkan kita lebih memahami (empatik), dan respon (bukan 'react').
Care ❤,
Maznah Ibrahim
Channel telegram psikologi anak dan keibubapaan positif di sini:
T.mazn.me/chan
16 309
Semoga kita sentiasa menjadi #ibubapakini yang sedar dalam setiap tindakan kita, merendah diri (humble), sporting, dan menghormati perasaan/pemikiran anak-anak kita.
Care ❤,
Maznah Ibrahim
.....
telegram channel untuk psikologi anak dan parenting:
T.mazn.me/chan
16 309
Wah terbaik sekali Pn Hanisah terus aplikasi satu (1) dari sepuluh (10) strategi komunikasi Dengarlah Anakku semalam. Semoga anakanda Muizz bijak dan puan akan terus bergandingan untuk aplikasi strategi lain juga ya.
---------
Salam Pn Maznah,
Saya cuba praktis pelajaran webinar pn maznah pagi tadi "elak tanya anak dgn kenapa & gantikan apa sebab"
.
Petang ni Muizz 5 yrs lompat dpd meja makan ke lantai. Muka saya zass nak marah tapi tahan & dia muka takut kena marah.
Saya tarik nafas & tanya "apa sebab muizz lompat? Jatuh kena dinding kan sakit, boleh patah kaki. Lain kali tak nak buat"
Muizz jawab "sebab ibu tak marah, ibu gelak. Ok omel tak buat lagi"
La.. camtu pulak jawapan. Ibu terkedu "betul ke apa yg aku yg belajar hari ni?" :sweat_smile:
.....
Ya betul saja puan, sebab puan tak guna 'reaksi' biasa, tapi puan telah 'respon' kepada tindakan anakanda dengan :
i) tarik nafas dulu (maka sempat berfikir)
ii) tukar dari 'kenapa' kepada 'apa sebab'
iii) walau ada kesan disebutkan (jatuh dinding, patah kaki) saya terima sebagai ok sebab pertama kali - nanti lepas ni tak perlu sebut sebegitu ya : just "apa sebab Muizz lompat? Ibu bimbang ...(i.e. Muiz boleh cedera nanti). Lain kali lompat tempat selamat ok".
iii) 'Taknak buat' tukar kepada 'lompat di xx' - solusi/alternatif boleh buat apa.
.
Hmm.. tak mudah kan. Saya pun sama, bila terlajak spontan tu memang ada aja perkataan kurang sesuai, tidak positif. Namun, tidak mustahil boleh belajar dan praktis tau.
Syabas puan Harnisah. Kagum dengan semangat dan usaha puan untuk positive parenting ini. Saya suka. Saya pasti Muizz juga akan terkesan dan bekerjasama dengan puan dengan bonding yang kuat dbuatkan puan sentiasa beroleh semangat yang positif.... dia anak yang empati dan bijak nampaknya insyaAllah.
......
Maznah Ibrahim.
Yang lain ada sharing? boleh PM saya ya.
#DengarlahAnakku2021
T.mazn.me/chan
P/S: Ramai tanya terlepas Live Webinar: Dengarlah Anakku, nsyaAllah saya repeat pada bulan Mac.
16 309
Syabas dan tahniah kepada peserta Live Webinar : Dengarlah Anakku tadi.
Doa saya sentiasa ada untuk kalian agar meningkat positiviti dalam komunikasi harian demi #BreakTheCycle.
Semoga apa dikongsikan dapat dimanfaatkan walau sedikit, saya gembira dan syukur. The matter of just doing ok.
Oh ya, soalan yang saya tak sempat tanya, boleh saja pm di page ini, insyaAllah saya menjawabnya ok.
Care❤,
Maznah Ibrahim
P/S Webinar seterusnya Buli pada Jumaat, minggu ke-3 Januari (saya awalkan) (Percuma), dan Penat Emosi kekal pada 20 Februari 2021 ok.
P/S: Rakaman akses untuk 30 hari tontonlah sebaiknya sepenuhnya, ya ikut kesesuaian masa masing-masing.
P/S: Yang banjir dan lain lain kekangan saya doakan keadaan lebih reda, urusan lancar dan selesai dengan baik, kembali seperti sediakala. Masa, memang kita perlu prioritise dan curi ia.
16 309
Saya kongsikan program intro STIFIn bersama Presiden Dato Dr Baha pada 30 Januari 2021, boleh mula mendaftar dan pm no tertera ya. Selamat mengenal diri mengikut personaliti genetik STIFIn.
16 309
MACAM MANA NAK HYPNOTISE DIRI KITA JADI IBUBAPA YANG KEKAL POSITIF
.
1. Baca (LIHAT) banyak-banyak bahan bacaan positif kaedah kendali anak. Pada masa kini ia amat mudah didapati, dan bantu cepat. Bila kita baca banyak bahan baik, minda kita mudah ke arah bertingkahlaku baik.
.
- Sama sebaliknya, kisah ibu ayah negatif, 'abuse', video negatif - sebaiknya elakkan dibaca dan dilihat ya, sebab kita nak pelihara keberadaan positif kita yang mungkin semakin menyurut.
.
.
2. DENGAR banyak-banyak perkara baik-baik. Untuk ini, selalu dengar ayat dan kata-kata perangsang positif mungkin dari ikon kegemaran anda, di audio atau video youtube - ia membantu menge'set' dan menghala minda ke arah positif.
.
Contoh jika selalu dengar lagu berjiwa sedih kecewa, jiwa anda mudah terbawa-bawa ke emosi dan pemikiran negatif. Cuma kalau suka layan juga, boleh tapi pastikan sekejap sahaja ya. Sejenis yang inspirasi ketuhanan tu ok sebab bawa kepada keinsafan kan :) .
.
.
3. HATI - akan tersentuh dari dua deria di atas iaitu penglihatan dan pendengaran. Hayati setiap makna dan momen yang datang atau dilalui. Juga aktifkan rasa hati melalui tindakan aktiviti spiritual, secara penghayatan yang dalam.
.
OK itu 3 tips untuk kekal positif.
.
Cuba amalkan secara konsisten.
.
PPH - Pendengaran, Penglihatan dan Hati
.
Ibu Biasa Berusaha Seperti Anda,
Maznah Ibrahim
--------------------------------------------------
Jumpa esok peserta 'Live Webinar' saya,
Tentatif telah diberi kepada anda amelalui saluran komunikasi kita.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
P/S Workbook tu pastinya boleh dikongsi dengan pasangan ya ;)
Jika berminat mahu mendaftar, sempat lagi di sini ya:
https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t
16 309
Ibu Ayah Mahu Berubah untuk Siapa?
.
Mahu berubah jadi tenang ?
Jadi lagi berang.
Mahu berubah jadi sabar ?
Jadi lagi mak 'dinasour'.
Mahu jadi lembut, baik-baik ?
Jadi laaagi keras, siap bertempik-tempik.
.
.
Apabila mahu berubahnya kita itu kerana manusia (kerana anak, kerana pasangan, kerana diri sendiri..),
.
Maka boleh jadi lagi tak tentu arah.
.
Ingat,
Keterbatasan diri kita sebagai manusia,
Tidak cukup kuat pastinya,
Bila lakukan sesuatu ini kerana manusia juga.
.
Buatlah kerana Tuhan Yang Maha Pencipta.
.
InsyaAllah bila lemah terus rasa mahu Maju 🏃♀️
Maju ke depan kerana matlamat yang Satu,
Iaitu Redha Tuhanmu.
.
Visi akhir kita mahu berada di syurga kekal.
CARE ❤
Maznah Ibrahim
........................................................
Telegram Channel untuk Parenting:
T.mazn.me/chan
.
Webinar esok Sabtu masih dibuka :
https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t
16 309
Untuk anda dan kenalan yang ada isu kekesalan termarah anak sangat teruk, boleh berikan audio saya #2 dan #14 untuk didengari ya.
.
Ramai. Sangat ramai. Dan common situation. Saya juga pernah alaminya. Sharekan link kepada mereka, link spotify di channel ini (search aja di atas -'3titik"-search keyword ini.
Install 'spotify lite', boleh download bila ada wifi dan dengar bila-bila berseorangan ya (ie dalam kereta).
16 309
Terima kasih kepada anda semua..
Doa dan sokongan semua amat sy hargai.
Sy turut mendoakan kalian semua dalam doa saya ❤️😘
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
