Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 757 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 967,并在 马来西亚 地区排名第 2 335 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 757 名订阅者。
根据 25 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -145,过去 24 小时变化为 -6,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.90%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.13% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 614 次浏览,首日通常累积 335 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 26 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
15 757
订阅者
-624 小时
-337 天
-14530 天
帖子存档
15 756
Sebarkan Kebaikan dan Bersama Menyumbang :
... Repost dari Tn Zuhairi Nopiah ...
Masa saya pergi ke JB haritu, saya sarapan di sebuah gerai.
Mata saya tertumpu kepada seorang pemuda yang buta namun sentiasa tersenyum dan berzikir.
Bila tersenyum, senyumannya sangat indah. Bukan sebab dia tiada masalah. Tapi kerana hatinya yang tabah!
Dia tidak minta sedekah. Tapi menjual kerepek dan popcorn untuk mencari nafkah.
Saya membuat keputusan untuk bertanya sapa dan meminta no telefonnya.
Bermula dari hari itu, alhamdulillah kami menjadi sahabat baik.
Dia sentiasa bertanya khabar, malah sangat mengambil berat ketika isteri saya dimasukkan ke dalam ICU beberapa bulan yang lalu.
Bermula daripada kejadian itu juga, saya berazam untuk bantu golongan OKU, mana yang saya mampu.
Antara projek terkini kami ialah membantu anak-anak muda OKU penglihatan yang tiada kerja sepanjang COVID19 melanda.
Alhamdulillah, satu projek telah berjalan. Projek jualan popcorn.
Pemuda-pemuda OKU ini diberi mesin buat popcorn.
Dengan dibantu oleh beberapa insan yang baik hati, mereka mampu menghasilkan popcorn, packing dan jual kepada orang ramai.
Namun usaha ini baru sebuah permulaan.
Banyak lagi yang perlu kami usahakan untuk bantu pemuda-pemuda OKU yang lain.
Sebab mereka bukan seorang. Jika ada rezeki, kita nak beli beberapa mesin untuk bantu pemuda OKU yang lain pula.
Dan mereka ini pula bukan orang senang. Makan telur hari-hari tu dah jadi perkara biasa..
Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang mak ayahnya buta. 2 adik beradiknya pun buta.
Allahu.. Bolehkah Tuan Puan bayangkan bagaimana hidup kita jika perkara yang sama berlaku kepada kita?
Dilahirkan dalam keadaan tiada penglihatan, malah mak ayah dan adik beradik pun kita tak tahu bagaimana wajah sebenar mereka. Sedih kan?
Sudikah Tuan Puan yang budiman bersama kami?
Boleh hubungi Tuan Saiful bila Tuan Puan ingin membantu. Saya tinggalkan no hp dan no akaun beliau untuk memudahkan urusan.
=====================
Maybank 151397071283
(Tuan Saiful Hazim)
Telefon 010-4427969
=====================
Ini bukan Review berbayar ya. Saya tak dibayar apa-apa untuk posting ini.
Ini juga bukan untuk Tuan Saiful. Dia cuma nak bantu insan-insan gigih yang senasib dengannya.
Saya sangat yakin Allah akan balas bantuan Tuan Puan dengan berlipat kali ganda. Sebab dalam Quran Allah jamin 700x ganda untuk mereka yang ikhlas.
Moga Allah redha Allah atas usaha yang sama-sama kita lakukan ini.
Mohon sebarkan ya. Moga bermanfaat.
“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya;
Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)
#SebarkanKebaikan
15 756
Dengarlah Anakku - Bagaimana Sebenarnya Nak Bagi Anak Dengar Kata?
Deskripsi:
Di dalam video 2 minit 43 saat ini saya membicarakan mengenai:
3 aspek 'foundation' sebelum 10 kunci formula komunikasi berkesan ibubapa-anak akan dikongsikan skilnya.
yang mana kesemuanya akan disentuh di dalam Webinar Dengarlah Anakku, 23 hb Oktober 2020 (Jumaat), 9.15 malam.
Jemput untuk link daftar segera di :
webinar.mazn.me/dengarlahanakku?utm_source=t
15 756
Dengarlah Anakku - Bagaimana Sebenarnya Nak Bagi Anak Dengar Kata?
Deskripsi:
Di dalam video 2 minit lebih ini saya membicarakan mengenai :
3 aspek asas yang perlu difahami jelas
dan 10 kunci formula komunikasi berkesan ibubapa-anak yang akan disentuh di dalam Webinar Dengarlah Anakku, 23 hb Oktober 2020 (Jumaat), 9.15 malam.
Jemput untuk link daftar segera di :
webinar.mazn.me/dengarlahanakku?utm_source=vt
15 756
Groom, didik dari awal (prevention) memang key utama untuk elak permasalahan lanjutan.
Kuasailah teknik Hypnoscript dan komunikasi berkesan dengan anak seawalnya sebelum 'isu/konflik' timbul ya 😊👍👍👍
Syabas Pn Ehsaniah.
15 756
Peraturan Bermain Dalam Rumah
Anak-anak pasti bermain, kan. Nak nak bila musim PKP stay at home dan weekend di rumah.
Boleh print, tampal dan beritahu peraturan bermain ini untuk mereka.
Remind saja,
if terlepas laku, tak mengapa (bawah usia 3),
Mereka masih dalam fasa belajar bersosial, belajar berkongsi, belajar beregulasi dengan emosi mereka yang melibatkan orang lain (EQ)
(nak nak yang baru masuk usia 2 tu.. ya ampun sabar banyak banyak ya).
.
Puji bila dia usaha ikut rule tu walau kecil amat (kemas masuk 1 mainan dalam bekas),
Elak hukum/marah bila dia terlepas laku atau tak buat seperti diminta,
Bantu cegah dengan beri peraturan sebelum mula main (contoh nak ke rumah kawan),
Hypnoscript aja ulang-ulang terutama usia 2 macam ni, nanti lama-lama dia akan boleh kawal laku (Dapatkan Ebook Hypnoscript di sini: Https://Hypnoscript.cc)
Fahami asas komunikasi berkesan untuk ibubapa-anak : (hadir webinar skil komunikasi ibubapa-anak webinar.mazn.me/dengarlahanakku)
.
.
Mudahan insyaAllah kurang sakit kepala ibuayah ni bila depa bermain sakan, sah dunia ini aku yang punya....
Care ❤,
Maznah Ibrahim
Telegram channel parenting dan psikologi anak di T.mazn.me/chan
15 756
RAIKAN
Usaha dan PROSES pembelajaran diri kita sebagai ibubapa, dengan menjadi SEMAKIN BAIK setiap hari.
Syabas kepada semua #IbuBapaKini yang membaca ini ya.
Care❤⚘,
Maznah Ibrahim
........................
🌱🌱☘🌱🌱
🌠 Penyertaan seminar online / webinar online Batch 2 di :
http://Webinar.mazn.me/dengarlahanakku?utm_source=t
15 756
5 KESILAPAN BIASA IBUBAPA BILA ANAK BUAT SALAH
ELAKKAN ( X ):
1. Kritik / kondem anak: “Ha tu lah berlagak lagi, kata pandai sangat nak buat sendiri air susu, kan dah tumpah”.
2. Salahkan anak : “Sebab Abang tak dengar cakap Mama, sebab tu Abang jatuh. Sakit tak?”
3. Ketawakan anak : “Haha, padan muka Abang”.
4. Sindir anak : “Iyerlah, kan Kakak kata Kakak pandai buat sendiri. Hah, buatlah Mama nak tengok jadi tak kek Kakak tu”.
5. Marah/Herdik : “Hey kamu ni, tak dengar kata. Menyusahkan betul Mama ni penat nak sapu mop banyak kali tau!”.
.
Jadi, macam mana nak tegur anak bila dia buat silap?
.
BILA ANAK BUAT SILAP, INI CARA NAK CAKAP
BUAT ( / )
1. Beri perkataan menenangkan: “Allahu akhbar, sakit sangat ni, nanti Mama sapu ubat ya”.
2. Beri perkataan mendidik: “Oh.. tumpah dah. Macam ni sebenarnya cara tuang susu dari skop ni, Kakak”. Atau “Abang nak tahu tak cara tulis huruf 8 dengan cara betul dan cikgu suka?”
3. Beri perkataan tegah dengan cara betul: “Tak boleh lari laju, jalan aja. Sebab lantai sini tak rata”.
4. Beri kata pujian dulu baru tegur kesalahan: “Wah semangatnya Kakak buat kek sendiri. Adalah lebih baik Kakak buat kerja satu tempat, dan barang dah pakai satu tempat. Taklah pening nak kemas nanti”.
Gantikan kepada sudut pandang yang baik dan sampaikan niat positif anda tu dengan cara lebih baik sahaja ya ;)
.
Sama-sama kita usaha ya, jadi ibubapa prihatin, bercakap elok-elok, kelak anak juga akan prihatin dan cakap elok-elok kat kita.
Care ❤😍,
Maznah Ibrahim
...
Semoga kita sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak kita.
Kita latih telinga untuk mendengar,
Dengar bukan setakat dengar,
Tapi mendengar dengan penglihatan dan hati nurani.
Care❤⚘,
Maznah Ibrahim
........................
🌱🌱☘🌱🌱
🌠 Penyertaan seminar online / webinar online Batch 2 di :
http://Webinar.mazn.me/dengarlahanakku?utm_source=t
.
🌠 Jemput ke Telegram channel parenting dan psikologi anak di :
T.mazn.me/chan
15 756
Slot Live bersama: Cg Asmadi untuk tajuk Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta
https://youtu.be/NfGBBA8g9KE
15 756
Video Siri IV
: Apa Itu STIFIn dan Bagaimana Personaliti STIFIn Diukur ?
Oleh Pn Siti Mashitah Sarif
Program Intro STIFIn, iaitu level basic aja memahami STIFIn, secara zoom online pada 24 Oktober 2020, 9am-1.00pm bersama 3 Certified Trainer STIFIn.
Berminat untuk info lanjut boleh ke sini ya 😊 dan tidak dapat komit boleh aja left group.
Hari akhir untuk bayar tadi tengahari kerana esok akan diposkan nota. Lain, akan dapat nota pdf email saja ya
Link group :
https://chat.whatsapp.com/BJzHeSoBpfRJrNQPchxj0V
15 756
Benar sekali.
Allah itu Maha Adil.
Anak 1,2,3,4,5 mahupun 15
Kita serupa.
Iaitu Ibu bapa yang sentiasa mahu berikan yang terbaik buat anak-anak kita,
Ibubapa yang sentiasa belajar dan kuat berusaha,
Ibubapa yang sentiasa memberi, menyumbang, dan berkorban semampunya kita.
❤
Fokus kepada diri kita
Usah banding
Laluan setiap orang berbeza
Namun laluannya tetap mahu menuju ke Jannah.
Sallute kepada spirit dan kekuatan hati Pn Ainini Zainal saya ni ❤️❤️❤️
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1606395076201737&id=477691842405405
15 756
InsyaAllah petang ini saya akan live dengan Cg Asmadi di Youtube membicarakan mengenai Mendorong Anak Dengan Bahasa Cinta, 4 petang ya.
Link akan diberi petang nanti.
Stay tune dan kongsikan.
Maznah Ibrahim
15 756
Semoga kita sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak kita.
Kita latih telinga untuk mendengar,
Dengar bukan setakat dengar,
Tapi mendengar dengan penglihatan dan hati nurani.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
.....
🌱🌱☘🌱🌱
Kini telah dibuka penyertaan seminar online / webinar online Batch 2 di :
http://Webinar.mazn.me/dengarlahanakku?utm_source=t
.
Jemput ke Telegram channel parenting dan psikologi anak di :
T.mazn.me/chan
15 756
Bahasa Positif / Positive Language
Untuk Anak ke Untuk Kita Ibubapa ?
.
Semasa sedang siapkan Workbook cantik eksklusif saya untuk peserta Webinar Dengarlah Anakku (alhamdulillah sudah siap dengan jayanya😍💃),
Saya menyedari satu perkara mudah.
Dari 10 strategi utama,
1 darinya ialah 'positive language'.
.
Bahasa yang positif bukan saja untuk anak dengar dan kita 'patahkan' aksi menolak tak dengar kata dia,
Tetapi ia sebenarnya lebih kepada untuk diri ibubapa itu sendiri.
Contoh anak ekzema taknak mandi, sebab takut sakit, rasa trauma, takut sedih dan bermacam lagi,
Ada 3 pilihan;
1. Bila ibubapa tak kata apa-apa,
Dengan suasana semasa itu anak menjerit, memang kita mudah terikut dengan emosi negatif (marah, penat, geram), mandikan dia pun dengan kasar [BAHASA NEGATIF = PERLAKUAN KASAR, VERBAL-MUTE] ;
2. Apatah lagi bila ibubapa turut marah dan keluarkan perkataan negatif, suasana tegang semakin berlaku, lagi event mandi adalah traumatik untuk si anak [BAHASA NEGATIF = PERKATAAN NEGATIF + PERLAKUAN KASAR] ;
3. Sebaliknya bila ibubapa ucapkan perkataan baik-baik, ia sangat powerfull, bukan saja untuk si anak. Ia lebih lagi sebenarnya untuk emosi ibubapa sendiri, lawan suasana tegang dengan perkataan soothing, menenangkan diri ibubapa sendiri mendengarnya.... [BAHASA POSITIF =》PERKATAAN POSITIF + PERLAKUAN BAIK]
.
Habis mandi, anak ok lah,
Next time tak apa kita akan berperang lagi buat benda dia tak suka
(Fahami dengan jelas 1 dari 5 prinsip ibubapa perlu pegang dalam hal/isu anak kena dengar cakap kita, ada saya jelaskan dalam webinar nanti).
.
Kini telah dibuka penyertaan seminar online / webinar online Batch 2 di :
http://Webinar.mazn.me/dengarlahanakku?utm_source=t
.
Care ❤⚘,
Maznah Ibrahim
Telegram channel parenting dan psikologi anak di :
T.mazn.me/chan
