ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 719 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 960,并在 马来西亚 地区排名第 2 316 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 719 名订阅者。

根据 02 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -143,过去 24 小时变化为 -7,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.92%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.07% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 616 次浏览,首日通常累积 325 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

凭借高频更新(最新数据采集于 03 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

15 719
订阅者
-724 小时
-367 天
-14330 天
帖子存档
Deco Ramadhan-Wording.pdf4.35 KB

Deco Ramadhan-Stars-crescent-lantern.pdf8.69 KB

And Ramadhan Begins.pdf3.52 MB

Deco Ramadhan-Arabic wording.pdf4.21 KB

Children-my-ramadan-journal.pdf6.75 MB

Ramadhan Planner Islamic Relief.pdf7.89 KB

Bahan Bantuan Ramadhan Planner untuk Ibu Bapa dan Anak 💐🎁🛍🔑 Sekadar berkongsi. Intuiting last min baru dapat print.😁😊😍 Kita buat saja ikut terbaik kondisi kita. Tak perlu buat jika tak sempat atau tidak perlu, ok 😉. Saya baru tahun ini berkesempatan buat persediaan begini (tahun lalu cuti baru bersalin anak ke3 Yumna). Saya kongsikan apa yg saya saved dan pilih, yang saya rasa sesuai dan tepat dengan diri saya (setiap kita berbeza). Terima kasih kepada ramai sahabat saya yang berkongsi di group whatsap, Juga dari source asal, seperti tertera di dalam pdf file tersebut. Tuhan saja dapat membalasnya. InsyaAllah sebaik baik ganjaran untuk yang menyediakan dan menyebarkan dengan izin.

1 Ramadhan 1440 H... Terasa bahangnya tahun ini, namun ada hujannya sekejap sekejap, seakan percikan air menyegarkan sebentar... Kata Imam di Masjid Kuala Perlis tadi, semua permulaan, malam pertama, meriah. Jika perkahwinan malam pertama juga meriah dan istimewa. Malam ini amat meriah, biasanya memang begitu... (huhu) Sebenarnya tiada beza 10 hari pertama rahmat, 10 hari kedua, xx dan 10 hari ketiga pengampunan so on.. Kerana setiap hari pun adalah terbaik. (takkanlah jika orang tu meninggal sehari sebelum ramadhan dia tak dapat pengampunan, kan) Moralnya, 1 bulan ini latihan, latih diri sabar, latih diri istiqamah/konsisten dalam apa jua tabiat nak diterapkan. ✅ Quran, ✅ Solat sunat, ✅ Makan bersama satu keluarga, ✅ Tidur tengahari 27 min, ✅ Sabar, ✅ Menangguh keinginan, ✅ etc. Usaha jadikan setiap hari adalah yg terbaik untuk diri dan keluarga kita, usah bertangguh. Ayuk Maznah Ibrahim

photo content

Suka sangat artikel ini. Ia jelas dengan penekanan saya tentang Time out. Time for Time In, Listen to the children's perspectives (ideas, emotions, reasons etc), Validating their emotions, Be an emotion coach for our children. https://edition-m.cnn.com/2018/02/16/health/time-out-parenting-go-ask-your-dad/index.html?r=https%3A%2F%2Flm.facebook.com%2F

Terima kasih kepada 65 orang yang bertuah tadi dalam kelas webinar Live 😍❤️ InsyaAllah kita bersama lagi dalam kelas webinar untuk tajuk lain pula ya☺️ Saya suka kongsi apa saya tahu, walau sedikit, mungkin ada manfaat pada orang lain. Sila kongsikan apa anda telah pelajari/dapati, dan sebarkan dgn niat manfaat ibubapa bersama, demi anak generasi penerus kita 💪 Ramadhan Kareem, Ahlan Ya Wasahlan, Ramadhan yang dinanti. Tingkatkan ibadat kita secara konsisten apa saja, insyaAllah jadi habit / tabiat. 29 hari Ramadhan, Tahun 2019, yang lebih gemilang InsyaAllah .. . Maznah Ibrahim

photo content

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Saya akan live dalam webinar room, untuk tajuk Therapeutic Storytelling for Our Children. Jum siapa belum daftar, boleh daftar sini, sempat lagi ni.😊😊😊 https://webinar.maznahibrahim.com/storytelling

photo content

photo content

Tiba-tiba Khairunnisa' 4 tahun menjerit dan merengek kuat. Kuat sekuatnya, sah suara keluar dari perut (mak senyum aja dalam hati 😅). "Kakak, kakak ingat tak cerita Mummy pasal gajah yang nama NoNo tu... Takkan Kakak nak jadi macam gajah tu, kakak kan nak jadi kancil YesYes", Fateh 7 tahun bersuara dengan nada rendah dan penuh mendidik. Khairunnisa' diam dan mula kelihatan berfikir sejenak. Alhamdulillah... leganya hati Mummy. Fateh boleh remind kakak menggunakan karektor dalam cerita itu. (sebenarnya Fateh ni dah tahu sangat niat di sebalik cerita ceriti saya tu, tapi dia masih suka mendengar lagi dan lagi, hehe ☺). Rupanya cerita itu terkesan di sanubari si anak semalam sampai hari ni. Semalam mereka berdua berebut nak dapatkan sticker 'YesYes' dan kumpul. Khairunnisa' pula terus sanggup buang air kecil di bilik air walau tak rasa nak buang sebelum tidur untuk dapat sticker. .... 2 Hari kemudian lagi. "Buku ni teacher bagi la Mummy...", Khairunnisa' memberitahu saya dengan tegas. "Oh yeke, ok. Ni monyet ni nama apa Kakak?", saya pula bertanya sambil menunjuk ke arah muka depan buku itu, mengalih perhatian. "Monyet ni nama NoNo..", dia menjawab spontan. (Aik, nama itu lagi ke 😆) "Maknanya monyet ni ialah binatang yang Kakak takkan ikut la?", saya bertanya lanjut untuk lebih jelas. Khairunnisa' mengangguk-angguk. ....... THERAPEUTIC STORYTELLING Saya kerap menceritakan kisah bertema binatang dan cerita ceriti rekaan saya sebelum tidur kepada anak-anak dalam keadaan gelap itu. Anak-anak akan terkekek-kekek gelak kerana banyak ceritanya sangat tak logik dan kelakar. Namun itulah 'key'nya, lagi tak logik, lagi anak akan ingat😉. Saya belajar ini dari training Play Therapy saya dengan Monica Jephcott dahulu, masa zaman bujang (sekitar 2006-2007). Teringat seorang kawan Chinese yang sudah anak 3 menggunakan kaedah 'Therapeutic Storytelling' untuk anaknya yang masa itu hendak dihentikan botol susu. Masih segar sebab kisah itu 'real' dan berjaya selesai dengan kaedah ini. Saya mendengar sahaja dan ia masuk dalam memori. 😉 Kini kita pula guna,😄 Ia dinamakan 'terapeutik' kerana ia ada objektif untuk perubahan tingkahlaku. Bukan cerita sia-sia semata. Ada tujuan, atau matlamat, dan niat baik untuk fokus kepada satu satu tingkahlaku sukar spesifik si kanak-kanak, yang mereka 'struggle' dan perlu belajar 'coping skill' atau strategi daya tindak baru daripada situasi dirinya itu. Ia tanpa sedar, namun menariknya ia sangat direct dan cepat; si anak akan belajar sesuatu. Kanak-kanak akan belajar cara lain untuk 'handle' kesukaran emosi dan tingkahlakunya dengan lebih baik pabila kisah itu ialah kisah orang lain, secara spesifik binatang, dan bukan manusia seperti dirinya. Cerita karektor lain ini membuatkan mereka tak rasa terancam 'direct' menuju kepada dirinya, sebab 'ia kisah orang lain'. --- Sempena Ramadhan dalam beberapa hari lagi ini, Saya mahu hadiahkan anda 1 Kelas Webinar bersama saya, khusus untuk teknik / strategi ini, Agar anda ada 'tool', untuk digunakan bagi menceritakan kepada anak-anak, contoh untuk bangun sahur, untuk berpuasa, untuk bersabar, untuk berbaik dengan adik beradik dan apa-apa sahaja. Moga ramadhan kali ini menjadi pemula untuk ibu ibu ayah bonding dengan si anak, sambil mendidik karektor mereka menjadi seperti anda mahu. Pembentukan dan penerapan karektor, disiplin, sahsiah dan budi dalam diri anak kita. Sudi? KOMEN 'Nak Webinar'. Bila cukup ramai saya akan reply pm dengan registration form. Bila? . Jumaat 12.15-1.15 tengahari esok. Ia sejam, dan live, beri strategi langkah langkah dan idea saja. selebihnya anda buat customised ikut anak anda (anak suka apa, anak isu sukar apa) dan kongsikan dengan saya nanti agar kita ibubapa dapat idea dan kaya dengan cerita terapeutik. . MAZNAH IBRAHIM *sharekan dengan pasangan dan rakan anda yang perlu dan boleh attend kelas ini. Komen di sini untuk dapat link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1152741171567132&id=477691842405405

photo content

"...... benar ketegasan amat perlu. ia dipanggil boundary, dalam aspek psikologi dan parenting jika takda boundary, akan takda batas dan limit, keadaan akan worse. jadi, puan amik kira sebagai ketegasan itu untuk keadaan jadi selamat, dan baik untuk si anak dan surrounding termasuk diri puan niat, bila niat ok, cara tegas adalah penuh kasihan dan perasaan sayang kepada si anak, bukan beremosi marah, bila ada rasa marah, tegas kita tu lain, memang boleh rasa tak best, rasa bukan 'al insan' dah. ia penuh dengan ego ibubapa yang nak menang dan menguasai si anak. jadi puan sebut dalam diri "saya tegas to keep them safe n healthy, bukan saja saja tak bertempat.." Allah tahu. Maznah Ibrahim

photo content