Keselamatan Peribadi
Kanak Kanak
Semalam Jumaat dapat buat sesi singkat 45 minit dengan anak anak sekolah usia 10&11, iaitu darjah 4 dan 5 di masjid behor empiang.
Menarik, program dental dengan KOA ni ialah satu kerjasama dengan majlis agama, dan ia diadakan di masjid.
Didoakan masjid boleh jadi sebuah tempat pendidikan dan program pendidikan untuk anak anak kita. 😊👏
Menarik juga, anak anak kecil ini amat bijak, proaktif, berkerjasama, dan mudah tangkap mesej saya. Jadi program macam ni amat baik dimulakan awal, seawal usia pra sekolah sebenarnya. Sebab lagi awal usia, lagi tinggi self esteem, konfiden diri anak anak ini dan mudah ajar skil protect diri ini.
1. mereka angkat tangan sentiasa, untuk menjawab soalan Kak Maznah ni. mungkin sebab ada gift kecil (oleh dental), juga saya banyak guna teknik nabi, banyak terdedah dan belajar dengan sifu puan Khairulaniza Khairuddin, mula dengan pujian, banyaaak pujian, beri rules siap siap, soalan diberi adalah mudah agar semua tahu jawab.
(menarik soalan ni, sebab anak anak seronok angkat tangan walau sebenarnya tidak tahu jawab soalan itu, tetapi semangat tu yg utama, berani, dan yakin diri. mereka rasa tiada halangan dalam diri untuk cuba menjawab).
.
2. mereka mudah faham semuanya berkait dengan perasaan sendiri
- sentuhan selamat (ok) dan tak selamat (tak ok), bergantung kepada perasaan penerima,
- rahsia juga, selamat atau tak, bergantung kepada perasaan si penyimpan nya, mereka sendiri, rasa ok maka ia rahsia selamat, rasa tak ok (budak budak jawab selain takut, gementar, risau,) maka ia rahsia tak selamat, kena beritahu pada org mereka percaya.
.
3. mereka faham asertif itu ialah cakap, bukan balas fizikal, dengan mulakan skrip 'saya', jelas tegas minta ia dihentikan, dan tak perlu balas dengan fizikal. MasyaAllah hebat anak anak ini, siap berebut nak modelkan perbuatan sentuhan tak selamat ini (tolak cubit pukul dll).😄😊😃😂
.
Hm saya ada buat video live sikit psl rahsia sahaja di page saya, blh tonton jika minat dan nak tahu camana nak ajar anak, bab rahsia sahaja ok.😉
...
Ajar anak mengenai RAHSIA yang boleh diberitahu.
Anak kecil dan orang besar macam kita ingatkan semua rahsia adalah rahsia dan TIDAK BOLEH BERITAHU.
Tahukah anda, ada rahsia yang MESTI diberitahu ?
Iaitu Rahsia Tidak Selamat.
Menyimpan Rahsia Tidak Selamat berpanjangan (berhari, berbulan, bertahun) adalah tidak baik untuk kesihatan emosi.
Nantikan live saya Tengahari nanti mengenai RAHSIA untuk anak kita.
*Untuk kawan yang bertanya dan K Maz tak sempat nak menulis, maka akak cakap aja, lebih cepat ya.
* Share kan dengan rakan dan pasangan anda untuk ilmu penting dan asas ini.
* Ia penting untuk cegah buli juga.
di sini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=698690850482025&id=477691842405405
*maaf sesangat, sebab video live ini mula2 lambat mula sebab saya lama tak buay buat live dan tak pasti microphone saya itu sihat ke tak. Selepas 5 minit ia pun dimulakan saja. Tak lama, kurang 30 min saja 😊
sharekan dengan rakan anda yang perlu tahu ilmu basic ini.
Maznah Ibrahim.