ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 272 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 969,并在 马来西亚 地区排名第 2 365

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 272 名订阅者。

根据 23 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -121,过去 24 小时变化为 -3,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 5.56%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.43% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 904 次浏览,首日通常累积 395 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 24 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 272
订阅者
-324 小时
-377
-12130
帖子存档
Reunion Dengan Anak Bagi Ibubapa Bekerja . Sebaik kembali dari kerja selama 10-11 jam, . dan berjumpa semula dengan anak-anak, . Ingat, anak-anak perlu satu special Time In sekitar 10 minit sahaja : . ♥️ pandang wajah mereka full, hadiah visual untuk mereka, ♥️ dengari cerita, hadiah pendengaran untuk mereka, ♥️ fokus, full heart, hadiah hati kasih sayang anda untuk mereka. Always PPH, pendengaran penglihatan dan hati. . Kerana mereka rindukan anda, Mereka telah bergelumang dengan setting persekitaran yang lain, dan mereka perlu satu bridging time untuk anda sebagai Ibubapa reconnect dengan mereka agar mereka tune in masuk ke sistem/setting keluarga anda pula. . . Reminder diri bersama, Maznah Ibrahim.

photo content

Repost ----------- Anak Juga Berkorban untuk Kita Ibubapa ========================= . Pabila kita berkursus dan tinggalkan anak, sebenarnya bukan kita yang berkorban diri untuk tinggalkan anak dan belajar ilmu baru, . tetapi anak juga turut berkorban, untuk membenarkan masa mereka diambil oleh kursus itu untuk mak mereka belajar. . Jumaat lalu saya hadiri bengkel di Ipoh dan perlu meninggalkan KN seawal 5 am ke rumah pengasuh, . dia tidak sedar semasa ditinggalkan. . balik nya kami malam. Bengkel habis lewat pukul 7pm dan kami sampai Perlis 1130pm. . dia menahan cebek dan seolah gembira semasa reunion dengan mak ayah nya. . selepas satu ketika baru dia meletus kesedihan kerana ditinggalkan. . silap saya lupa nak prepare dia awal. 😢. kes lupa. aduh. . Fateh pula dibawa bersama. Tiba-tiba demam. . Menunggu sampai petang, semakin panas dan terpaksa pergi ke klinik 1malaysia berdekatan tempat bengkel saya. Suami bantu drive kan sebab tiada transport lain untuk saya ke Ipoh. . Terpaksa masuk ubat di punggung. . Ya Allah, apakah ini. . Anak-anak 'terkorban'. . KN siangnya di rumah pengasuh 2 kali diberi pcm kerana panas. . Menunggu kami pulang, untuk diberi ubat seterusnya. . Menariknya di rumah malam itu, dia taknak makan ubat, lalu saya hanya sapu dengan air asam jawa saja, Fateh pula sudi makan pcm 2.5 ml sahaja. . Saya sudah pm Ustaz Sattar untuk maklum keadaan anak-anak dan mungkin tak dapat present slot dalam Program Intro Stifin esok Sabtu. . Ustaz ok dan katanya tak mengapa dahulukan kesihatan anak-anak. Ada ustaz Firdaus boleh back up. . Magic Allah -------------------- . Kuasa Allah. Paginya, KN sembuh sendiri dan tak panas.😱 . Fateh juga dah tak demam.😱 . Takdir, saya dapat juga merasai pengalaman present slot di STIFIn. Slot Modul dua. . Separation Anxiety -------------------------------- KN trauma lagi kerana ditinggalkan semalam Jumaat itu. . Maka Sabtu nya, nak dijadikan cerita slot saya sambung lepas lunch. . Bangun tidur petangnya dia trauma dan terus jerit mahu mummy. . Berjumpa sahaja terus melekap melekat dan clinging. . Harga yang perlu dibayar untuk merawat semula emosi anak kecil. . Tak mengapa. Harus layan saja dengan sabar dan berhemah. . Ucapkan maaf dan beritahu apa sebenarnya. . Anak attached, memang macam tu. . Pernah berlaku setahun lalu masa usia 1 tahun dia, saya ke Johor 3 hari untuk Seminar Autism Kebangsaan. . Clinging dia 3 hari lepas tu dia ok sebaik sahaja saya ucapkan ayat asertif dan reflektif emosi. . "Mami minta maaf pada Khairunnisa sebab tinggalkan Khairunnisa 3 hari. Khairunnisa tahu mami nak pergi tapi KN tak sangka pengalaman itu sebegitu sekali. KN cari mami malam malam tak jumpa. KN rasa pelik, sedih, keseorangan dan ditinggalkan. Mencari-cari mami. KN anak solehah mami kuat jatidiri. Allah ada, Ayah ada dan Abang Fateh juga ada". . . Belum habis cerita, KN dengan eczema nya lagi menyerang... Memang pakej lengkap ujian Allah beri. Tabah dan redha insyaAllah untuk tingkatkan iman dan sabar kita.. . ..... Kesimpulannya Ingat selalu anak dan suami. Mereka juga berkorban untuk kita. Syurga di bawah rumah kita. Berpada-pada. Memang nak kena buat PhD setelah semua anak usia 7 ke atas insyaAllah. Moga Allah lindungi semua anak kita. Ini kisah saya. Bukan semua sama. . Maznah Ibrahim.

photo content

untuk semua ibubapa yang membaca ini. syabas anda telah berusaha, dan cuba lakukan yang terbaik setiap hari 👏👏👏 untuk anak anak anda. tutup mata pada ketidaksempurnaan kerana proses melatih diri menjadi dan mencuba lebih baik setiap hari, adalah amat besar nilainya, walau progres nya anda nampak macam kecil. Impaknya tetap ada, usah mengalah, petanda nak dekat jaya tu ialah pabila lagi diuji dan diuji kerana anda diuji dengan ilmu, dan kemahiran yang anda sudah ada, walau dengan bacaan ringkas sahaja. go ahead. move forward. do better in your every single day.😊😉 reward yourself, do self care. 🌻 maznah ibrahim.

photo content

Bagaimana Nak Terap Disiplin Anak Membeli Barang Mainan Rule : Sebelum, semasa dan selepas. . 🔜Sebelum: ingatkan mereka, apa boleh apa tak boleh. Contoh setiap anak boleh pilih satu mainan sahaja. Jika kedai eco sudah tahu nilai nya RM2, boleh beri duit di tangannya siap siap (untuk latih berani beli, beratur dan bayar barang dibeli sendiri). . 🔛Semasa: ingatkan mereka rule tadi jika nampak mereka ralit / terlupa . 🔚Selepas : puji dan sentiasa kaitkan dengan syukur Alhamdulillah terima kasih Allah sebab mereka dapat mainan. Boleh review dengan mereka pada awal guna teknik jika mereka tidak berjaya, juga mengenai mereka beli lain mainan dari dirancang. . Kaedah sama saya guna jika anak kecil saya dahulu nak ke taman permainan dan saya dapati dia sukar nak balik bila tiba masa. . 🔜Sebelum: beritahu kita main 30 minit/ 15 minit sahaja sebab masa singkat. . 🔛Semasa: remind masa balance lagi berapa berapa minit, cth dari 30 minit kepada 15 minit, kemudian 10 minit, 5 minit dan hingga tinggal 1 minit. . 🔚Selepas tamat masa: Konsep babai 👋 Babai taman permainan, (atau babai air terjun), lain kali saya datang lagi ya. Puji mereka kerana berjaya ikuti peraturan masa itu. . Sebenarnya mudah bila dah latih dari awal. . Macam beli barang mainan ni, saya latih Fateh sejak usia 4 bila kedai eco ini dibuka di sini. Lagi kedai ini dekat aja dengan sekolah dia, kalau balik tu terus ke Arau memang lalu dan nampak la dan godaan amat tinggi untuk dia (darah O juga macam saya). . Jadi saya gunakan duit syiling mereka dalam tabung, beri siap-siap. . Mula mula Fateh (sebab dia ekstrovert sangat mudah terpengaruh luaran) amat sukar nak disiplin, lelama dia boleh dengan mudah, dia akan round dan pilih beberapa kali dan finale kan satu pilihan item sahaja. . 😃Boleh, dan mudah. KN lagi mudah sebab dia lagi kecil dan ikut abang dia. . Maznah Ibrahim. +sharekan / tag suami dengan rakan anda yang mungkin perlu tips ini. video di sini: (saya buat Jumaat lalu sebab ada kawan tanya camana K.Maz buat, latih anak beli 1 item sahaja) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=283791019069735&id=477691842405405

Apapun, masa usia emas mereka tak berulang kembali, kan. Jadi manfaatkan sebaik mungkin masa anda bersama mereka, nego sebaik mungkin 'demand' permintaan mereka, stick to the rule, tapi masih boleh dibawa berbincang dan tolerate. Jika boleh diberi, apa salahnya, macam belon helium ke, kuda pusing ke, apa apalah, sesekali😘, bukan setiap kali, atau semua permintaan mesti dipenuhi. Within out badjet of course. Jika keluar, pastikan set the rule before outing, brief mereka apa akan dilakukan, dibeli, balik pukul berapa, then buat apa (contoh mandi, solat, tv sebentar, tidur) Anak anak akan sentiasa test limit kita (namanya boundary/batasan), dan mereka akan amat suka bila di contain dalam kontena selamat (makan minum tidur cukup, arahan jelas, aktiviti boleh expect/jangka apa akan berlaku, apa boleh apa tak boleh). . refleksi, maznah ibrahim.

photo content

Selamat Hari Merdeka semua, ceritakan pada anak anak mengenai perjuangan tok nenek kita dahulu, sebelum merdeka, bagaimana ditakluki dan dijajah, dan bagaimana bebasnya mereka kini. Fateh kata : bertuah Fateh hidup zaman ini. Saya tambah lagi mengenai bertuahnya dia ada ibubapa yang banyak bantu dia untuk nikmati hidup yang lebih baik, disokong dan 'berjiwa merdeka', untuk berjaya kelak. "cerita sitai, kisah jati diri anak merdeka", sudah ditunjuk pada dia masa usia dia 3, tak sangka dia masih ingat, tanpa dia tengok semula cerita itu, dia boleh recall cerita itu. Subhanallah. Memori dan hati anak kecil, amat kuat. ini video Fateh sudi dirakam nak cerita pada kawan-kawan, selepas rakam ini, dia nak tengok lagi cerita Sitai. Mummy buat video ini dulu, lepas ni baru beri dia dan KN 3 tahun tengok sama.😉 Tahniah ayah Fateh, Khairul Nizam pengorbanan ayah Fateh pasti dia ingati, mcm Sitai dan ayah nya.. Oh ya, link video Sitai oleh Saiful Nang, https://youtu.be/pKhI5kzFjNQ

Sentiasa ucapkan perkataan self soothing untuk diri anda sendiri, kerana perkataan ada energi. Perkataan elok, energi elok, baik, positif. Perkataan tak elok, energi tak elok, tak baik, negatif. Setiap usaha anda cuba buat baik setiap hari kepada anak anak, tetap dikira dan dicatat amal kebaikan, walau hanya niat, dan setiap yang tak baik, hanya dicatat pabila dah buat tak baik, itupun tetap ada maafnya bila tak da niat. Jadi sentiasa niatkan yang elok, yang baik baik, sebab bila takda pasang niat apa pun yang negatif sangat mudah dekati dan serapi diri. Pause dan reset niat baik sekurangnya 5 kali sehari, setiap kali lepas solat wajib 😉, sebab ia perlu diulang ulang banyak kali setiap hari, bukan sekali sahaja setiap tahun tau 😘. . . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content

Bila Ibu Ibu Penat Handle Bermacam Tugas dan Urusan Seharian, Ibu ibu jangan lupa buat 'Self Care' tau. Yalah asyik 'care' orang tersayang, si cenonet anak anak dan si besar ayah, kini tiba masa layan diri pula... Manjakan dirimu, bebaskan dirimu. Ia sama macam penjagaan diri juga, cumanya ia lebih personal, spesifik untuk tiap diri ibu yang berbeza dan unik. Ia penting untuk pastikan ibu ibu seimbang, jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman - emosi, spiritual dan pemikiran sihat) dan elak 'burnout' atau meletus macam bom jangka. . Di sini saya senaraikan idea 10 aktiviti 'Self Care' yang ibu ibu boleh cuba buat dan 'decide' jika sesuai: . 1. Call kawan baik bff dan sembang. Ini kalau terbatas masa nak jumpa 'live'. Ada juga yang terbatas nak sembang call, whatsap/ mesej di telegram, meluah dan berkongsi pun ok sangat, lega. Tapi bff atau kenalan ni perlulah jenis yang positif orangnya. Meet up jumpa 'live' / online dengan kawan atau geng pun ok ;) (Tangki emosi: Perkataan). Ada juga yang sesuai dengan call dan dengar suara mak sendiri :) Pun sangat ok. . 2. Hadiahkan diri dengan buat minuman panas / sejuk kegemaran sendiri, contoh hot chocolate ke, teh tarik sihat ke, air sirap bandung ke, kopi halia best ke, heheh apa apa lah asalkan ibu minat dan sekali minum terus rasa segar sampai perut dan otak. (Pepatah lama mengatakan, gendang gendut tali kecapi kan, kenyang perut suka hati, air kegemaran juga refreshing perut dan emosi kita). . Sama minuman ini ialah makanan, macam goreng pisang ke, kek secret recipe ke - sama ada pergi ke kedai atau cuba buat sendiri. Makanan/Minuman ni sesekali boleh, sedikit, bukan banyak berlebihan, nanti gula naik pula ya. Kita kan nak sihat dan gorgeous selalu. . 3. Hadiahkan diri dengan pergi ke SPA untuk urutan seluruh badan, SPA ni ada konsep persekitaran terapeutik yang membantu lapangkan emosi kita. Jika nak bajet, kenali / cuba pengurut yang bagus, sama ada pergi ke rumahnya atau upah dia mai rumah dan urutlah dalam sejam gitu. (Tangki emosi: Sentuhan) . 4. Pergi bawa diri berjalan / window shopping, atau ke alam semulajadi yang ibu suka macam air terjun ke, sungai ke, track senaman ke, berbasikal ke, panjat gunung ke dan apa apa sahaja asalkan sesuai dengan diri dan ibu akan rasa 'release'. (Tangki emosi: Masa istimewa) . 5. Menonton wayang / cerita yang inspirasi untuk diri. Dah lama tak tonton wayang / konsert, boleh pergi jika ada cerita sesuai. Ia sama juga, tidak perlu sampai banyak kali, sesekali akan banyak membantu hiburan seperti ini. (Tangki emosi: Masa istimewa) . 6. Mandian air suam dengan bauan pati bunga yang menenangkan dan refreshing. Sama orang berpantang, ada mandian suam herba akar kayu, ia sangat menyegarkan urat dan badan seluruhnya. (Tangki emosi: Masa istimewa) . 7. Join anak anak main sekali ! Ha ini kena sporting la ya, berlari sama, melompat sama, terbangkan belon sama, layangkan layang layang / wau sama. Memang rasa emosi ringan sangat. Sebab aktiviti kanak kanak secara fitrahnya ni memang meringankan emosi sebab kanak-kanak amat mudah let go dan lupa segala perkara berlaku bila mereka bergerak. . 8. Membaca. Ada ibu ibu dah lama tak membaca. Bila dapat membaca buku novel cinta masa zaman remaja dulu/ komik, dapat baca lagi, fuhh best juga layan. Again, bukan tiap hari sampai ketagih, tapi sikit sikit aja. . 9. Dengar lagu kegemaran lama lama masa zaman muda dulu, 90-an kita. Bila sesekali dengar, memang best layan emosi muda dan ringan tu. Sambil senyum sorang-sorang, ibu sendiri saja tahu. Hehehe. . 10. Pergi tempat yang boleh jerit sekuat hati. Contoh bukit ke, laut ke, karoake ke, asal dapat jerit bebas tak kisah orang nak kata apa. Puas hati dan anak perut, hehehh. . Apa pun, pastikan aktiviti sihat, selamat dan berkat ya. Ia akan activate sistem emosi positif di otak ibu ibu: 'Care/Attachment System', 'Play System' dan 'Seeking System'. . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content

Anak kecil yang masih dicorakkan pemikirannya perlu didengari sentiasa, bukan dilihat sahaja dari jauh yang mereka ni selamat dan nampak elok. Buka hati, minda dan mata kita, Dengari lah mereka. ❤ Maznah Ibrahim

photo content

Hypnoscript akan mudah sukses pabila bersekali dengan modelling, iaitu anda buat seperti apa yang anda nak anak buat, . namun perkara 'abstrak' seperti main elok-elok dengan rakan' perlu dengan : i) tunjuk video ideal kanak kanak lain seperti Video Omar Hana (ulang pasang macam iklan), . ii) peringatkan/ pesan sebelum dan semasa anak sedang bermain dengan adik/kawan sebaya, (kemudian puji pabila anak berusaha perbuat seperti pesanan anda), . iii) ditambah SABAR YANG BANYAK untuk anak kecil, yang sedang peringkat usia otak emosi (1.5-3.0 thn) : anak sedang belajar merasai dan melepas energi emosi dirasai spontan (somehow mereka juga belajar urus emosinya sedikit demi sedikit sampaila dia matang usia 40 hehehe, utk kanak kanak at least sampai usia 6-7, dah boleh berfikir baik). . Keynya, perlu kefahaman perkembangan emosi kanak kanak dan kesabaran, . ulang-ulang, berapa kali? . baca selanjutnya. https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringatkan-anak-benda-yang-baik/