Sahabat Bangkit Al-Quds
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
509
订阅者
+724 小时
+197 天
+1930 天
帖子存档
PERNAH TERBAYANG BAGAIMANA SUASANA DI MASJID AL-AQSA?
Bagaimana rupanya kawasan Baitul Maqdis?
Bagaimana rasanya berdiri di tanah yang pernah menjadi saksi perjalanan Isra’ dan Mikraj Rasulullah ﷺ?
Kini anda boleh merasainya sendiri.
Booth Pameran Cinta Al-Quds
Dengan kerjasama Sekretariat Cinta Al-Quds & Yayasan MyAqsa
🎧 Pengalaman VR 360°
Menelusuri suasana sekitar Baitul Maqdis secara lebih dekat dan interaktif.
Bukan sekadar melihat gambar.
Bukan sekadar mendengar cerita.
Tetapi merasai sendiri pengalaman mengenali bumi yang Allah SWT sebut :
“Yang Kami berkati sekelilingnya.”
(Surah Al-Isra’ : 1)
Singgah ke Booth Pameran Cinta Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Jun 2026
🕒 Bermula jam 3.00 petang
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
👨👩👧👦 Percuma dan terbuka kepada semua.
Kerana sesuatu yang dikenali akan lebih mudah dihargai.
Dan sesuatu yang dihargai akan lebih mudah dicintai.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci
🕌 Ramai mengenali kisah Al-Quds melalui berita…
Tetapi sebenarnya, Allah sudah memperkenalkannya kepada kita melalui Al-Quran.
“Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya.”
(Al-Isra’ : 1)
Sebuah bumi yang Allah sendiri muliakan.
Namun hari ini…
Sejauh mana kita benar-benar mengenalinya?
Ayuh bersama-sama hadir ke “MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT” di Masjid Bandar Saujana Putra, di mana Sekretariat Cinta Al-Quds bersama Yayasan MyAqsa akan mengadakan Booth Pameran Cinta Al-Quds yang membawa kita lebih dekat mengenali kisah, sejarah dan kedudukan Al-Quds dalam Islam.
📅 17 Jun 2026
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
Bermula jam 3.00 petang - 10.00malam
Jumpa di sana.
Kongsikan kepada sahabat dan keluarga.
#malamberselawatmenjunjungdaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #CintaAlQuds #TigaKotaSuci #baitulmaqdis
+4
Ramai umat Islam masih keliru apabila ditanya:
"Yang mana satu sebenarnya Masjid Al-Aqsa?"
Hakikatnya, Masjid Al-Aqsa bukan hanya sebuah bangunan.
Ia ialah seluruh kawasan suci berpagar seluas 144,000 m² yang diberkati Allah SWT.
Inilah kiblat pertama umat Islam.
Inilah salah satu daripada tiga masjid suci dalam Islam.
Dan inilah bumi yang masih ramai belum benar-benar kenali.
Jika anda baru tahu fakta ini, kongsikan kepada keluarga dan sahabat.
Tak kenal maka tak cinta
Follow https://www.tiktok.com/@cintaalquds?_r=1&_t=ZS-97Chyw4hqTN untuk lebih banyak fakta dan kisah tentang Al-Quds.
#CintaAlQuds #baitulmaqdis #TigaKotaSuci #alifmimsin
#takkenalmakatakcinta
Ramai yang bersimpati.
Tetapi berapa ramai yang benar-benar mengenali dan mencintai?
✨ Jejak Cinta Al-Quds akan datang.
Kerana sesuatu yang dikenali akan lebih mudah dicintai.
Tak kenal maka tak cinta.
#CintaAlQuds #baitulmaqdis #TigaKotaSuci #alifmimsin #takkenalmakatakcinta
