ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Sahabat Bangkit Al-Quds

Sahabat Bangkit Al-Quds

الذهاب إلى القناة على Telegram

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
509
المشتركون
+724 ساعات
+197 أيام
+1930 أيام
أرشيف المشاركات
PERNAH TERBAYANG BAGAIMANA SUASANA DI MASJID AL-AQSA? Bagaimana rupanya kawasan Baitul Maqdis? Bagaimana rasanya berdiri di tanah yang pernah menjadi saksi perjalanan Isra’ dan Mikraj Rasulullah ﷺ? Kini anda boleh merasainya sendiri. Booth Pameran Cinta Al-Quds Dengan kerjasama Sekretariat Cinta Al-Quds & Yayasan MyAqsa 🎧 Pengalaman VR 360° Menelusuri suasana sekitar Baitul Maqdis secara lebih dekat dan interaktif. Bukan sekadar melihat gambar. Bukan sekadar mendengar cerita. Tetapi merasai sendiri pengalaman mengenali bumi yang Allah SWT sebut : “Yang Kami berkati sekelilingnya.” (Surah Al-Isra’ : 1) Singgah ke Booth Pameran Cinta Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra 👨‍👩‍👧‍👦 Percuma dan terbuka kepada semua. Kerana sesuatu yang dikenali akan lebih mudah dihargai. Dan sesuatu yang dihargai akan lebih mudah dicintai. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci

🕌 Ramai mengenali kisah Al-Quds melalui berita… Tetapi sebenarnya, Allah sudah memperkenalkannya kepada kita melalui Al-Quran. “Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya.” (Al-Isra’ : 1) Sebuah bumi yang Allah sendiri muliakan. Namun hari ini… Sejauh mana kita benar-benar mengenalinya? Ayuh bersama-sama hadir ke “MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT” di Masjid Bandar Saujana Putra, di mana Sekretariat Cinta Al-Quds bersama Yayasan MyAqsa akan mengadakan Booth Pameran Cinta Al-Quds yang membawa kita lebih dekat mengenali kisah, sejarah dan kedudukan Al-Quds dalam Islam. 📅 17 Jun 2026 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Bermula jam 3.00 petang - 10.00malam Jumpa di sana. Kongsikan kepada sahabat dan keluarga. #malamberselawatmenjunjungdaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #CintaAlQuds #TigaKotaSuci #baitulmaqdis

Ramai umat Islam masih keliru apabila ditanya: "Yang mana satu sebenarnya Masjid Al-Aqsa?" Hakikatnya, Masjid Al-Aqsa bukan h
+4
Ramai umat Islam masih keliru apabila ditanya: "Yang mana satu sebenarnya Masjid Al-Aqsa?" Hakikatnya, Masjid Al-Aqsa bukan hanya sebuah bangunan. Ia ialah seluruh kawasan suci berpagar seluas 144,000 m² yang diberkati Allah SWT. Inilah kiblat pertama umat Islam. Inilah salah satu daripada tiga masjid suci dalam Islam. Dan inilah bumi yang masih ramai belum benar-benar kenali. Jika anda baru tahu fakta ini, kongsikan kepada keluarga dan sahabat. Tak kenal maka tak cinta Follow https://www.tiktok.com/@cintaalquds?_r=1&_t=ZS-97Chyw4hqTN untuk lebih banyak fakta dan kisah tentang Al-Quds. #CintaAlQuds #baitulmaqdis #TigaKotaSuci #alifmimsin #takkenalmakatakcinta

Ramai yang bersimpati. Tetapi berapa ramai yang benar-benar mengenali dan mencintai? ✨ Jejak Cinta Al-Quds akan datang. Kerana sesuatu yang dikenali akan lebih mudah dicintai. Tak kenal maka tak cinta. #CintaAlQuds #baitulmaqdis #TigaKotaSuci #alifmimsin #takkenalmakatakcinta