Dr Ahmad Zahid Hamidi
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
370
订阅者
+224 小时
+57 天
+830 天
帖子数量
数据加载中...
反应
评论
Telegram 星星
按以下排序的热门帖子
数据加载中...
发布分析
帖子 | 浏览量动态 | |||||
𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐮𝐭
Pandangan yang dikongsikan oleh warga Benut mencerminkan keinginan untuk melihat pembangunan terus diperkasakan serta kesejahteraan masyarakat terus menjadi keutamaan.
Semoga kepercayaan yang diberikan menjadi dorongan buat Dato' Mohd Sumali Reduan untuk terus menggalas amanah dan membawa kemajuan yang memberi manfaat kepada seluruh warga Benut.
Pilih Calon No. 01, Dato' Mohd Sumali Reduan.
Pilih Barisan Nasional!
#MohdSumaliReduan
#N53Benut
#Calon01 #MajuJohor
#BenutRumahKita
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSCvcdAYw/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DafnHU5Sdth/?igsh=Z2NhZnJrYnY4MTRw
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/191UXGzpZM/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 6 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Program GEMA@KKDW di Kota Tinggi menjadi medan menghimpunkan pelbagai hasil kemahiran dan produk usahawan desa yang membuktikan potensi besar ekonomi luar bandar.
Terima kasih kepada seluruh warga Kota Tinggi atas sambutan yang cukup baik.
#GEMAKKDW
#KEMAS #KKDW
#PejuangDESA
#MajuJohor
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSCvGRske/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DafimzlRxk5/?igsh=aGcybGp4ODd0NGdp
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1DAJfBATUd/?mibextid=wwXIfr
📱Youtube:
https://youtu.be/2-LLLYFru9M?si=Q9OYDO_yniVrztv3
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 20 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 & 𝟕𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀
Alhamdulillah, dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Peneroka dan Ulang Tahun Ke-70 FELDA bersama semua warga FELDA yang hadir dari seluruh negara di Jengka, Pahang.
Suasana yang cukup meriah, penuh semangat dan nostalgia. Lebih bermakna apabila dapat bertemu, beramah mesra serta menyantuni para peneroka dan keluarga mereka yang menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang kejayaan FELDA selama tujuh dekad.
Dalam majlis perasmian sebentar tadi, beberapa inisiatif baharu diumumkan buat kesejahteraan warga FELDA, termasuk aspek pendidikan, kebajikan serta pembangunan generasi peneroka. Mudah-mudahan segala usaha yang dilaksanakan ini akan terus memberi manfaat kepada warga FELDA di seluruh negara.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga FELDA atas sambutan yang begitu mesra. Semoga ikatan silaturahim ini terus utuh dan legasi FELDA terus subur, membawa manfaat kepada generasi hari ini dan akan datang.
Selamat Hari Peneroka kepada seluruh warga FELDA. Semoga Allah SWT terus memberkati setiap usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi agama, bangsa dan tanah air.
#HariPenerokaFELDA2026
#70TahunFELDA
#SegalanyaFELDA
#DesaMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/1CfQK4aPwZ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DafbetAnyTa/?img_index=5&igsh=Y3FvdTFhem5pZ3Fk
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2074465460075303209?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DafbmoQD4vb?xmt=AQG0wbkas2QeyMGF4gCwNu8DaHyqN78E6HPyai8OJGKtXBsc-Uk4OIteZ2zCz8sicnqsrnc&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 18 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Konsep Bangsa Johor adalah satu gagasan besar yang menyatukan rakyat negeri ini melangkaui kaum, agama dan latar belakang politik.
Barisan Nasional juga sejak dahulu telah mempelopori semangat ini dengan membina kestabilan, menjaga keharmonian dan memastikan pembangunan Johor dinikmati oleh semua.
Semangat itulah yang saya lihat apabila ribuan masyarakat India bersama warga Perling daripada pelbagai kaum hadir memeriahkan program bersama Barisan Nasional. Inilah wajah sebenar Bangsa Johor yang sentiasa hidup dalam semangat kebersamaan dan saling menghormati.
Saya yakin Pannir Selvam mampu menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab, bekerja sebagai satu pasukan dan memastikan agenda pembangunan, ekonomi setempat, kesejahteraan keluarga serta kepentingan rakyat Perling terus diberi keutamaan.
Mudah-mudahan, dengan perpaduan dan sokongan Bangsa Johor, kita mampu melakar kemenangan yang bermakna. Bukan sekadar kemenangan Barisan Nasional, tetapi kemenangan untuk kestabilan, kemajuan dan masa depan Perling serta Johor yang lebih baik.
#PRNJohor #Perling
#BarisanNasional #BNJohor
#MajuJohor
📱FB: https://www.facebook.com/share/1ESidRD2nz/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DafJgYsH84k/?img_index=5&igsh=cGw5OGIzczQ4c2hp
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2074425861655384489?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DafJiPajzA0?xmt=AQG0Qk-m76f3wBWBorvE8YodLQzwFbjyHCZgbzqaTZohmPvGT7SSOlkLaSQrB5fxahhRBPFt&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 20 | 0 | 0 | 1 | Loading... | |
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Di sebalik hamparan ladang yang menghijau hari ini, tersimpan kisah ribuan keluarga yang pernah memulakan hidup dengan penuh cabaran. Mereka membuka tanah, membina penempatan dan membesarkan anak-anak dengan impian agar generasi selepas mereka menikmati kehidupan yang lebih baik.
Bersempena dengan Sambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun FELDA hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga peneroka yang telah menjadi nadi kepada kejayaan FELDA sejak tujuh dekad yang lalu.
Pengorbanan dan semangat yang tidak pernah luntur itulah yang telah membina sebuah legasi yang menjadi kebanggaan negara. Legasi ini pula terus disambung oleh generasi baharu FELDA yang membawa nama tanah rancangan ke pentas yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang.
Mudah-mudahan semangat yang diwariskan oleh generasi peneroka terdahulu akan terus mengalir dalam jiwa generasi baharu, agar FELDA sentiasa melakar kejayaan demi kejayaan dan kekal menjadi kebanggaan negara. Insya-Allah.
Selamat Menyambut Hari Peneroka FELDA 2026.
#HariPenerokaFELDA2026
#70TahunFELDA
#SegalanyaFELDA
#DesaMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/18VUCuBMWY/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/Dae4O5vgOH5/?igsh=Y2g1MjI4bXR1N3Ix
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2074387988898042164?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/Dae4Whcjwgg?xmt=AQG0UfMI-VXy2_tnVR2iJjiQkyqrLn3ObAcgHj5ZUzOQdAmZmdeUtNNqDZylmf_iRuJyp4Y6&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 20 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Allahuakbar.. baru sahaja menerima khabar duka mengenai sahabat saya, Allahyarham Datuk Jailani Harun, Pegawai Media saya di pejabat Presiden UMNO telah kembali ke rahmatullah.
Awal pagi tadi saya sempat menziarahi Allahyarham di Hospital Serdang. Pilu hati saya melihat keadaan beliau ketika itu. Saya masih mengharapkan sebuah keajaiban.. namun Allah SWT lebih menyayanginya.
Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang insan yang sangat baik.. merendah diri dan sangat disenangi oleh semua yang pernah mengenalinya.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi ini.
Sama-sama kita menghadiahkan doa buat Allahyarham Datuk Jailani Harun. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat-Nya ke atas Allahyarham, meluaskan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah.
📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid02uWnxEKY96pUgihZQdtURN8h3jdzAa2rFAFqAWSaxocCDnw1vuNyjrZC1NHxcaPr2l/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DaexoIrH8q2/?img_index=2&igsh=N2duNng5Y2p1cm9v
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2074373502816358644?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DaexxbYjySq?xmt=AQG0VTFoXxeEaYXBwcy5yMtRi46Lu2gTzLopkQnJhnkh2Vy7Upb_qqwbvp7oHOZ40vVGawOq&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 22 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Selamat menunaikan tanggungjawab kepada semua pengundi awal serta anggota keselamatan yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2026.
Gunakanlah hak yang telah diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Buatlah pilihan yang terbaik demi kestabilan, kemajuan dan masa depan Bangsa Johor.
Semoga seluruh proses pengundian awal anda semua berjalan dengan lancar, aman dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Insya-Allah #MajuJohor
Selamat mengundi.
#PRNJohor
#BNJohor #BarisanNasional
#MajuJohor #BangsaJohor
📱FB:
https://www.facebook.com/share/1cU6gzufyi/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DadAKLLy4-X/?igsh=MWVqcXpoOW0wZm9pNQ==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2074123926364651826?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DadARtGDw1k?xmt=AQG0kk1w0XzPU15OQhkdziZmTLQIhPU2mH87IbYIi7jh22KCX-ZMTJv3NwEssllbw6k-ubE&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 27 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
Turun menyantuni masyarakat, bertemu sendiri warga setempat dan mendengar denyut nadi rakyat membuktikan kesungguhan Rashidah Ramli untuk terus berkhidmat demi Parit Raja.
Saya yakin, dengan iltizam, komitmen dan semangat untuk terus bekerja bersama rakyat. Rashidah Ramli mampu menggalas amanah serta membawa aspirasi warga Parit Raja ke hadapan.
Insya-Allah, kepada seluruh warga Parit Raja, buatlah pilihan yang terbaik.
Pilih Calon No. 03, Rashidah Ramli.
Pilih Barisan Nasional!
#RashidahRamli
#N22ParitRaja
#PRNJohor #MajuJohor
#UntukmuParitRaja
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSCnk2eDk/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/Dac6mOUSD13/?igsh=NnBrZ3BwZGlhejFq
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1MT6kwQggb/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 18 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐲𝐮𝐭 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Alhamdulillah, hari ini buat julung kali Malaysia menjadi antara negara terawal yang menganjurkan sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026.
Melalui KKDW, sambutan ini telah dianjurkan secara rasmi di Jengka, Pahang sekali gus menjadi pemangkin kepada lonjakan usaha yang lebih besar bagi mengangkat agenda pembangunan luar bandar Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.
Bagi saya, sambutan ini cukup bermakna. Kesempatan ini dimanfaatkan oleh KKDW dan agensi termasuk FELDA untuk mengiktiraf dan menghargai peranan seluruh warga desa yang selama ini menjadi tulang belakang pembangunan negara. Petani, pekebun kecil, peneroka, nelayan, usahawan desa, belia, wanita serta pemimpin komuniti merupakan insan yang saban hari menggerakkan ekonomi desa dan menyumbang kepada kemakmuran negara.
Saya yakin, KKDW akan terus memperkukuh agenda pembangunan luar bandar secara menyeluruh dan mampu mencorakkan masa depan mereka sendiri. Usaha ini selari dengan hasrat Kerajaan agar komuniti luar bandar terus maju, berdaya saing dan mampu bergerak seiring dengan arus pembangunan negara.
Insya-Allah, Desa Malaysia akan terus melangkah lebih jauh dan menjadi rujukan pembangunan komuniti luar bandar di peringkat serantau dan dunia. Semoga usaha ini dapat melahirkan komuniti luar bandar yang dinamik, makmur dan berjaya demi masa depan Malaysia yang kita cintai ini.
#HPLBS2026 #KKDW
#PejuangDESA #DesaMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/17wzwnL3mA/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/Dacyc6mklWr/?img_index=14&igsh=dDBhamtxeXF1bW4w
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2074093830647718118?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/Dacyk_UD8ao?xmt=AQG0PCnLr8mK7Y7yL6rjU1U9X2R_3p8ew0obXTt7UnB6QbjipzcvxQi_CiERZvJMkgRGRlU&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 19 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐑𝐌𝟏𝟐𝟔.𝟗 𝐉𝐮𝐭𝐚
Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah mengumumkan Agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Berhad berjumlah lebih RM126.9 juta kepada 72,048 peserta melibatkan 747 projek yang mencatat keuntungan di seluruh negara.
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh peserta FELCRA yang akan menerima agihan ini secara berperingkat mulai hari ini. Semoga ia dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk kesejahteraan keluarga serta menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan produktiviti ladang masing-masing.
Apa yang lebih membanggakan saya, pencapaian ini berjaya direkodkan walaupun industri perladangan berdepan penyusutan harga komoditi. Ini membuktikan bahawa pengurusan yang cekap, disiplin operasi serta komitmen seluruh warga FELCRA mampu menghasilkan prestasi yang membolehkan manfaat terus dinikmati oleh para peserta.
Insya-Allah, saya bersama seluruh kepimpinan KKDW akan terus memperkukuh FELCRA agar kekal berdaya saing dan terus menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi masyarakat desa. Setiap usaha yang kita laksanakan mesti akhirnya kembali memberi manfaat kepada para peserta, keluarga mereka serta seluruh komuniti Desa Malaysia.
#FELCRA #KKDW
#PejuangDESA
#DesaMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/1BP3y7EAVR/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DacrQ2xyX9e/?igsh=MWMwdTQ4cGJ6a3cwbA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2074078648928440356?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DacroG2j9n9?xmt=AQG0xsMnSMOLmKnsK2mWQuKwIW6ufFdifXSopWAX5_0zYhhbOajBtU5yLzo41Jpt4nFh0y_x&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 21 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
Anak Muda Melangkah, Majukan Johor
Teruja melihat gelombang anak muda Bangsa Johor yang bangkit melangkah bersama demi masa depan Johor yang lebih maju dan makmur.
#MajuJohor
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSCtgnqfT/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DacktUxyngC/?igsh=MTczZ2U4aWswdWxqaQ==
📱FB:
https://fb.watch/Ibc4o0-3Pn/?mibextid=wwXIfr
📱Youtube:
https://youtu.be/rfBxf5tovvc?si=FHQvqpQMY6mZx5QY
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 23 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Mulai tahun ini, setiap 6 Julai akan menjadi medan untuk kita menghargai peranan masyarakat luar bandar dan mengangkat agenda pembangunan desa ke tahap yang lebih tinggi.
Pemilihan tarikh ini juga mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri kerana bersempena dengan penubuhan Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP), sebuah organisasi yang sekian lama memainkan peranan penting dalam pembangunan luar bandar di rantau Asia Pasifik.
Bagi saya, #HPLBS2026 membawa satu amanah yang besar kepada KKDW untuk terus memperkukuh agenda pembangunan desa secara menyeluruh.
Insya-Allah, selagi diberikan kepercayaan, kita akan terus berusaha memastikan masyarakat luar bandar menikmati peluang yang lebih luas, ekonomi yang lebih kukuh, kemudahan yang lebih baik serta masa depan yang lebih sejahtera seiring dengan kemajuan negara.
Selamat Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026.
“Ke Arah Komuniti Luar Bandar yang Dinamik, Makmur dan Bahagia”
#HPLBS2026 #KKDW
#PejuangDESA #DesaMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/1PKzJSAM3e/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DabjUuqSgTR/?igsh=NzJ0bW5qbHEwbjI3
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2073919946187489481?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DabxMN8j0LM?xmt=AQG0rGoU2kwo-0tkff_KGNeEDSIW6wwd2fLn_T8OIppbd4HtDK4RIZ2NPzFB3PsexPe74SWi&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 24 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐨𝐦 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐆𝐄𝐌𝐀@𝐊𝐊𝐃𝐖
Semasa di Tangkak petang tadi, saya sempat menyantuni masyarakat yang hadir ke Program GEMA@KKDW sambil melihat pelbagai aktiviti komuniti, pameran serta inisiatif yang dibawakan oleh KKDW bersama agensi-agensi dibawahnya.
Bagi saya, kekuatan sesebuah desa tidak hanya terletak pada pembangunan fizikalnya, tetapi juga pada masyarakat yang sentiasa bersatu, saling membantu dan bersama-sama memajukan komuniti masing-masing. Itulah semangat yang saya lihat ada dalam kalangan warga Serom petang tadi.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Serom yang sudi meluangkan masa bersama. Insya-Allah, jika diizinkan, kita jumpa lagi nanti yaa.
#GEMAKKDW
#KEMAS #KKDW
#PejuangDESA
#MajuJohor
📱FB: https://www.facebook.com/share/1bNanNcHNz/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DaaexEikgu3/?img_index=3&igsh=Mm91enBuZzVnbGhr
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2073768993815720041?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/Daae18_j2ql?xmt=AQG0SOSItWx1G7xF166763ukSlbsgxFi2rTAGxzTLE478hqk70Hi7UZD1cKJmRolIFlXIlst&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 29 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐝𝐢 𝐌𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐤
Dari Iskandar Puteri, saya meneruskan perjalanan ke Muar dan Tangkak untuk bersama-sama anak-anak TABIKA KEMAS dalam Program Alpha Gen Talents @ KEMAS yang sedang berlangsung di sana.
Seronok saya dapat melihat gelagat anak-anak yang begitu bersemangat menyertai pelbagai aktiviti sukan sambil ibu bapa dan masyarakat setempat sama-sama memberikan sokongan.
Saya dimaklumkan hampir 500 orang anak-anak TABIKA KEMAS mengambil bahagian di Muar dan Tangkak menerusi pelbagai acara seperti futsal, bola jaring, Kids Athletics dan pertandingan mewarna.
Alhamdulillah, bukan sahaja anak-anak dapat berseronok.. malah ibu bapa pun dapat berkenalan dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.
Mudah-mudahan Program Alpha Gen Talents @ KEMAS akan terus menjadi medan terbaik dalam mencungkil bakat dan potensi anak-anak sejak awal usia kerana mereka inilah yang suatu hari nanti akan membesar menjadi generasi yang membawa kemajuan kepada Bangsa Johor. Insya-Allah.
#AlphaGenTalents
#Muar #Tangkak
#KEMAS #KKDW
#MajuJohor
📱FB: https://www.facebook.com/share/1EB2FB63Hb/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DaaX75jEsa_/?img_index=9&igsh=b2c3d2djYnhxdmJm
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2073753798196297925?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DaaX6JFD2Mx?xmt=AQG0EVXzJL7TIE2K32fjegHi23WataK-zFopFWwdtpTOlpVEE9mwzqg55u8-N_vdmJ1L1BM&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 22 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐮𝐬𝐬𝐢𝐞𝐧
Syed Hussien terus membuktikan komitmennya melalui usaha menyantuni masyarakat, mendengar setiap pandangan dan berkhidmat tanpa mengira latar belakang. Semangat inilah yang menjadi asas untuk terus membawa aspirasi warga Mahkota.
Insya-Allah, kepada seluruh warga Mahkota, buatlah pilihan yang terbaik.
Pilih Calon No. 02, Syed Hussien.
Pilih Barisan Nasional!
#SyedHussien
#N29Mahkota
#PRNJohor
#DemiMahkota
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSCpEkUvA/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DaaU1S3SvIX/?igsh=MWJyZGI2NXB1d3pxbw==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1DuTtqmJsT/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 23 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Pilu hati saya menerima perkhabaran pemergian sahabat saya, Allahyarham Datuk Wan Mohd Hanafiah bin Wan Md Saman yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Saya mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kuburnya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah.
📱FB: https://www.facebook.com/share/18FtrigQns/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 26 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Sebaik melangkah masuk ke Educity Sports Complex sebentar tadi, perasaan saya sukar untuk digambarkan. Gembira.. terharu.. dan pada masa yang sama cukup teruja melihat ribuan anak-anak muda Bangsa Johor dalam ekosistem TVET termasuk TVET MARA, berhimpun bersama dalam Program Jelajah TVET MARA Peringkat Negeri Johor 2026.
Johor hari ini sedang melangkah sebagai antara pemacu utama ekonomi negara. Namun bagi saya, kemajuan sesebuah negeri bukan hanya diukur melalui pelaburan atau pertumbuhan ekonomi, tetapi sejauh mana anak-anak tempatan bersedia mengisi peluang yang sedang diwujudkan. Sebab itulah TVET menjadi antara laluan terbaik untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang mampu memacu pembangunan Johor.
Saya juga sempat berpesan kepada anak-anak TVET Bangsa Johor supaya terus melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran. Johor sedang berkembang pesat dan saya mahu peluang-peluang yang sedang diwujudkan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh anak-anak Bangsa Johor sendiri.
Insya-Allah, saya mahu melihat lebih ramai Bangsa Johor memilih TVET, membina kerjaya di negeri sendiri sekali gus menjadi generasi yang menggerakkan kemajuan Johor pada masa hadapan. Mudah-mudahan segala usaha yang sedang dilaksanakan hari ini dapat diteruskan demi masa depan Bangsa Johor.
#TVET #TVETMARA
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
#MajuJohor
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19Dbsf2Y8u/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DaZsGhQEqXS/?igsh=b2JiY2U4ZnM4cnlz
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2073657861805425083?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DaZsjPwj8po?xmt=AQG003TWj1h8MqXFH6b-BMIExoH9rMq8iWwILXJHoIj-EF5NmgMmpVgMv0SdTIS2y-KhcnyM&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 25 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-84.
Patik mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja Kedah sentiasa dilimpahi rahmat dan inayah Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta terus bersemayam dengan penuh kedaulatan.
Daulat Tuanku!
📱FB: https://www.facebook.com/share/1E8LcNu2go/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DaZaFG2SOaZ/?igsh=MWI4aXh6cWQzajl0MA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2073618019369250926?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DaZaNFrD5lz?xmt=AQG0CAH2irS6F0uJaJbx2L1s908FWfG-EPc10Yky37-ZXe2fJvBH5vYHi8RYzg0MiRNkaDU&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 29 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚
Dah sampai ke Tenggara, mesti lah kena cuba produk usahawan RISDA di Negeri Johor.
Semua sedap-sedap. Jus Tebu @ Teboo Juice memang paling A.
#RISDA #Agromajestic
#KKDW #PejuangDESA
#MajuJohor
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSCgUWKCm/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DaZJ6HZy8KE/?igsh=MjVtejZseXRuMnA3
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1BQkmuMn2z/?mibextid=wwXIfr
📱Youtube:
https://youtu.be/zhUAoSFmiOg?si=0Go3yVrP7Tl5vhkT
📱Thread
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DaZKNp1D8DV?xmt=AQG0eJX-q4V6fy18gGJiTMxdd73Pd-NwDnDkiTPWaGfCd9uof0z88OCgCtnvtEc_eVBMGXY5&slof=1 | 30 | 0 | 0 | 0 | Loading... | |
Setiap kali turun padang, yang diutamakan ialah mendengar, memahami dan menyelesaikan keperluan rakyat. Itulah komitmen yang terus dibawa oleh V. Rugendran dalam mendekati warga Kahang.
Saya percaya, Kahang memerlukan seorang wakil yang sentiasa bersama rakyat, bekerja dengan ikhlas dan bersedia memikul amanah demi kemajuan kawasan ini.
Insya-Allah, kepada seluruh warga Kahang, buatlah pilihan yang terbaik.
Pilih Calon No. 01, V. Rugendran.
Pilih Barisan Nasional!
#VRugendran
#N31Kahang
#Calon01
#PRNJohor
#KahangKita
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSCb8bAra/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DaXzM1YSEiI/?igsh=ODBlemMxc2l6ZHRl
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1D93Q4zTu8/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel | 27 | 0 | 0 | 0 | Loading... |
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 

