Dr Ahmad Zahid Hamidi
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
364
订阅者
+224 小时
+37 天
+230 天
帖子存档
𝐌𝐀𝐑𝐀-𝐎𝐈𝐒𝐂𝐀 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐉𝐞𝐩𝐮𝐧
Hubungan Malaysia dan Jepun telah terbina sejak sekian lama berteraskan kepercayaan serta budaya kecemerlangan yang saling melengkapi. Kerjasama antara MARA dan OISCA yang bermula sejak tahun 1967 menjadi bukti bagaimana diplomasi antarabangsa mampu diterjemahkan kepada pembangunan modal insan apabila ribuan belia Malaysia telah mendapat latihan industri, pendedahan teknologi serta pengalaman global yang membentuk mereka menjadi tenaga kerja mahir, usahawan dan pemimpin industri.
Malam tadi di Langkawi, saya telah menyempurnakan The 7th MARA-OISCA International Business Forum 2026, sebuah platform yang memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pemain industri, institusi latihan serta rakan antarabangsa, khususnya dari Jepun.
Dalam era yang dipacu oleh 𝑑𝑖𝑔𝑖𝑡𝑎𝑙 𝑡𝑒𝑐ℎ𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖𝑒𝑠, 𝑎𝑟𝑡𝑖𝑓𝑖𝑐𝑖𝑎𝑙 𝑖𝑛𝑡𝑒𝑙𝑙𝑖𝑔𝑒𝑛𝑐𝑒, 𝑎𝑢𝑡𝑜𝑚𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 dan industri hijau, kerjasama Malaysia-Jepun perlu bergerak ke fasa yang lebih progresif dan berorientasikan masa depan. TVET harus menjadi teras utama bagi melahirkan bakat berkemahiran tinggi dan teknousahawan yang mampu mencipta nilai, membina syarikat dan menjana peluang pekerjaan baharu.
Melalui kerjasama ini, kira-kira 70% daripada pelajar tersebut kini bekerja dalam sektor swasta, dengan sebahagian besarnya berkhidmat di syarikat multinasional Jepun yang beroperasi di Malaysia.
Saya yakin, kerjasama MARA-OISCA akan terus menjadi jambatan pembangunan generasi baharu, memperkukuh daya saing industri negara serta membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat.
Insya-Allah, hubungan strategik ini akan terus diperkasa demi masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing global.
#MalaysiaJapan
#MARA #KKDW
#OISCA #TVET
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/17BrH7D5GC/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUo7fBokmHt/?igsh=MXZsbG40endyMmI2OQ==
📱X:
https://x.com/i/status/2021759434230575553
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUo8AUGD71P?xmt=AQF0EgU85Ia9rVtwiIOQDTL2JIhA8s-i4Y9NsAbxQUVHAJnpIAHpIY7QIeOIOWA9sEViHKI&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐬𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐢𝐫, 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐊𝐡𝐚𝐳𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Sebelum bertolak pulang, saya bersama ahli-ahli MPT KKDW berkesempatan meninjau sendiri keindahan Tasik Kenyir melalui pengalaman eko pelancongan yang cukup mempesonakan di Kenyir Geopark. Kami dibawa menaiki ‘cruise’ menyusuri Tasik Kenyir sambil menikmati panorama alam semula jadi yang sangat menarik.
Kami dibawa singgah ke Taman Herba Kenyir di bawah kendalian KETENGAH yang menempatkan pelbagai spesies tanaman herba sebagai khazanah warisan alam. Menariknya, pengunjung yang hadir berpeluang merasai sendiri minuman herba asli seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa yang disediakan secara percuma sebagai pengalaman unik kepada pelawat.
Di Taman Herba ini juga, saya bersama Timbalan Menteri KKDW, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, menyempurnakan gimik penanaman pokok Tongkat Ali Putih dan Mahkota Dewa sebagai simbol komitmen kita dalam memelihara khazanah biodiversiti negara serta memperkasa potensi eko pelancongan berasaskan sumber alam semula jadi.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang amat bermakna. Tasik Kenyir membuktikan potensi besar sebagai destinasi eko pelancongan bertaraf antarabangsa dengan keindahan alam semula jadi serta pelbagai tarikan unik.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 saya ingin mengajak semua untuk meneroka destinasi indah dan pelbagai aktiviti yang menarik di negara kita.
#TasikKenyir
#KenyirGeopark
#EkoPelancongan
#VisitMalaysia2026 #VM2026
📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid033xdK5YKpgxiUoaDd5j7CT3zcHE1PPj1jposqvmAuBgGkoVWasfTjzQgvPMWig2BAl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUlBmS5EsDB/?img_index=5&igsh=bHQyNTdma3F1cXNn
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2021210469747618026?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUlB0pjj91U?xmt=AQF0Ug9OXQ5fnZ8Si6YpkXPfMhkxVoko83qYleoGhCrqgYwht_IPzU-1H8qzFL_l9jC0NN6W&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚, 𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐤𝐮𝐫
Prestasi kewangan anak-anak syarikat agensi di bawah KKDW tahun 2025 membuktikan bahawa perubahan minda serta disiplin pengurusan yang lebih berfokus telah membuahkan hasil apabila pendapatan keseluruhan melepasi RM5 bilion dengan lonjakan keuntungan yang ketara berbanding tahun sebelumnya.
#KKDW
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/14ZHS3E1e9A/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUklduQEkTj/?igsh=cjBtcmprbzVmbmJn
📱X:
https://x.com/i/status/2021147989377753446
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUklqMWD9KJ?xmt=AQF0DzdiNY2lC-nJqns15u7nDnxt3SAngLRuERQQK-J8PEB2ZG4vPSLcFXVxvGdod-10QbdF&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐀𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Alhamdulillah, selesai sudah Permukiman KKDW dan Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026. Hasil permukiman pada kali ini, kementerian telah merangka 28 𝐺𝑎𝑚𝑒 𝐶ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒𝑟 baharu bagi tahun 2026 merangkumi tujuh kluster utama. Inisiatif ini dirangka secara strategik bagi memastikan pembangunan desa bergerak secara sistematik, inklusif dan memberi impak nyata kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar.
𝐺𝑎𝑚𝑒 𝐶ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒𝑟 ini dibangunkan berteraskan pendekatan baharu KKDW yang menekankan evolusi organisasi, penggunaan teknologi, pemikiran korporat serta budaya kerja berasaskan 𝑜𝑢𝑡𝑐𝑜𝑚𝑒. Fokus kita jelas, di mana kita mahu setiap perancangan mesti menghasilkan perubahan sebenar dalam kehidupan rakyat desa.
Permukiman turut menegaskan peranan syarikat milikan agensi sebagai jentera ekonomi desa yang mampan dan berdaya saing. Semasa membuat penggulungan, saya telah mengingatkan agar setiap kejayaan perlu disertai pertanggungjawaban syariah dan tanggungjawab sosial agar keuntungan yang dijana membawa keberkatan serta manfaat kepada masyarakat.
Ke hadapan, saya mahu permukiman ini menjadi asas kepada pembinaan legasi pembangunan desa yang lebih kukuh. Kita sedang menetapkan penanda aras baharu dalam tadbir urus luar bandar, memperkukuh ekosistem ekonomi desa serta membina generasi yang berdaya saing melalui pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan kementerian, agensi, syarikat milikan agensi, sekretariat serta KETENGAH selaku tuan rumah atas komitmen menjayakan permukiman ini.
Insya-Allah, segala perancangan yang dirumuskan akan diterjemahkan kepada tindakan berimpak tinggi demi memakmurkan desa, memperkasa rakyat dan membina masa depan negara yang lebih seimbang dan inklusif.
#PermukimanKKDW2026
#KKDW #PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/17xka4bcLo/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUkWN7Vkg5o/?igsh=MTZqODk3MnYxdThrYQ==
📱X:
https://x.com/i/status/2021114538809303504
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUkWjDODzme?xmt=AQF0pelt47N2zyWAp4APJbWTWmbyumi-uIVk0f2KVfpxtyHGvP33v4a6hMbRCom1eKOUUeQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Sesi Permukiman KKDW 2026 diteruskan dengan sesi bersama Syarikat Milikan Agensi yang menghimpunkan Pengerusi Agensi, Ketua Agensi, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan pengurusan syarikat di bawah KKDW bagi memperkukuh hala tuju syarikat sebagai pemacu ekonomi luar bandar.
Dalam sesi ini, saya telah menegaskan bahawa syarikat milikan agensi perlu bergerak sebagai entiti yang berdaya saing, mampan dan berorientasikan keberhasilan yang memberi pulangan nyata kepada rakyat.
Alhamdulillah, anjakan daripada 𝑐𝑜𝑠𝑡 𝑐𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒 kepada 𝑝𝑟𝑜𝑓𝑖𝑡 𝑐𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒 mula membuahkan hasil apabila prestasi kewangan subsidiari menunjukkan peningkatan pendapatan dan keuntungan yang lebih kukuh. Namun pencapaian ini hanyalah asas untuk melangkah lebih jauh.
Keutamaan seterusnya ialah memastikan setiap keuntungan diterjemahkan kepada manfaat rakyat melalui pemanfaatan aset secara optimum, pengukuhan rantaian nilai industri luar bandar serta penggunaan data sebagai sumber baharu penjanaan pendapatan.
Saya turut menegaskan bahawa tadbir urus yang telus, berintegriti dan berprestasi tinggi mesti menjadi asas pengurusan syarikat. Dalam persekitaran korporat yang kompetitif, setiap kepimpinan perlu berani membuat keputusan strategik demi kelangsungan organisasi.
Saya yakin, dengan kepimpinan berani dan disiplin pelaksanaan yang konsisten, syarikat milikan agensi KKDW mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi luar bandar yang lebih progresif dan mampan, insya-Allah.
#PermukimanKKDW2026
#KKDW
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/19zpuP57s3/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUjwzE8EjSR/?igsh=MTk0amo4Ym13djlzNw==
📱X:
https://x.com/i/status/2021032217338839078
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUjxYaDD-yN?xmt=AQF0rNtveHafV7bQ17-lxLHRzeQHOchauFuVihxOyu9toV-mHYfW1a2ql6r3WRnSY8EZUse_&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Kebetulan berada di Terengganu, saya menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.
Banyak yang dapat kami bincangkan, mendapatkan perkembangan terkini serta berkongsi pandangan bagi memperkukuh lagi perjuangan parti ini di Negeri Terengganu.
#UMNOTerengganu
#UMNO
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1CPMAydpAL/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUifRtOEgly/?igsh=eTloZmd6YjAwN3Q=
📱X:
https://x.com/i/status/2020852969202385051
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUiffJYD8I1?xmt=AQF0syKRCBA8ds9eNRGrr1tcF6VoM47Y2dhjiARVOx15JR6tutzW-t2qUjj7t-tp_tV8o7Ji&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Sepanjang hari ini, saya duduk bersama, mendengar dan meneliti pembentangan daripada lima kluster utama kementerian iaitu Kluster Usahawan Desa, Modal Insan, Jaringan Prasarana, Sistem Penyampaian Perkhidmatan serta Ekonomi Desa.
Setiap pembentangan memberikan gambaran menyeluruh mengenai cabaran semasa, potensi penambahbaikan serta hala tuju baharu pembangunan luar bandar yang lebih berimpak dan berfokus kepada keberhasilan. Perbincangan ini penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang benar-benar menyentuh keperluan rakyat desa dan memberi manfaat yang nyata di lapangan.
Dalam majlis yang sama, saya turut menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan ThinkTank@KKDW, sebuah platform pemikiran strategik yang akan berperanan sebagai pusat rujukan dasar dan penyelidikan pembangunan desa. Penubuhan 𝑡ℎ𝑖𝑛𝑘 𝑡𝑎𝑛𝑘 ini adalah manifestasi kepada seruan saya pada amanat awal tahun lalu bahawa perubahan tidak berlaku hanya dengan niat yang baik, tetapi memerlukan sistem yang jelas, disiplin pelaksanaan dan konsistensi tindakan.
Saya yakin, melalui pengukuhan peranan ThinkTank@KKDW, kementerian akan terus bergerak dengan lebih dinamik, berasaskan bukti dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat desa. Insya-Allah, setiap langkah yang diambil akan memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa, sekali gus memakmurkan kehidupan rakyat desa secara lebih mampan dan inklusif.
#PermukimanKKDW2026
#ThinkTankKKDW
#KKDW #PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1ECf3axYGw/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUiH3zCEiV4/?igsh=MW9tMndjaGI4MnozMQ==
📱X:
https://x.com/i/status/2020801531239694599
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUiIQr6j8fr?xmt=AQF0PLfc-pJogsuuZo3RMRgEgGz4zPSBFddQC6zMQfcLALB89ROU-2AxfiQC_Vhie7145e8&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐊𝐃𝐖
Malam tadi, saya bersama barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diraikan dalam Majlis Makan Malam bersama peserta Permukiman KKDW yang berlangsung di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, anjuran KETENGAH.
Momen seperti ini memberi ruang untuk kami duduk bersama dan terus mengeratkan hubungan dalam keluarga besar KKDW. Saya percaya apabila hubungan sesama kita diperkukuh, gerak kerja kementerian akan menjadi lebih tersusun, lancar dan bersepadu dalam memastikan agenda pembangunan desa dilaksanakan dengan berkesan.
Majlis malam tadi turut diserikan dengan peluncuran buku “Ijtihad Demi Rakyat” yang menghimpunkan sebahagian pemikiran, gagasan serta perjalanan transformasi KKDW dalam menterjemahkan dasar kepada pelaksanaan yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya masyarakat desa.
Terima kasih saya ucapkan kepada KETENGAH atas penganjuran majlis yang cukup bermakna ini. Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus menjadi kekuatan kita dalam memperjuangkan agenda pembangunan desa dan kesejahteraan rakyat.
#PermukimanKKDW2026
#KKDW #PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/16zjgGNHVF/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUhOp6fEmyO/?img_index=3&igsh=MTlybDEyNGRjOHlzbw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2020676476404912284?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUhOxCBD5fs?xmt=AQF05MVAeBxaV7U0pTl5MP9czttbdPi5iBkbRYJtgcC2KD4_Nqv8-BAetGiv9ktB3Y0B7MU&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐭𝐨𝐫𝐚𝐧
Saya kongsikan momen Majlis MAM Awards Night 2025 anjuran Motorsports Association of Malaysia di Kuala Lumpur sebagai penghargaan kepada atlet, pasukan dan seluruh warga sukan permotoran negara.
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan semangat kecemerlangan dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
#MAMAwards2025
#MotorsportsMalaysia
#SukanPermotoran
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSm17xScm/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DUhH3kWkluA/?igsh=MTRtYWNpZ2Z4aHp5OA==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1BdKiArXP2/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Rasa macam nak ride lagi.. Ada yang nak join?
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSm1JQ6wu/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DUf5NmBksNY/?igsh=MWU1ZDB1dWdsaGl3cQ==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1BDULhq3b9/
📱YouTube:
https://youtu.be/8QcxXIJp-oU?si=5iPHCAVncwaOKIBd
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat mengadakan sesi permukiman bagi menyusun hala tuju kementerian untuk tahun 2026 dan seterusnya.
Sepanjang tiga tahun menerajui KKDW, saya melihat pembangunan desa perlu digerakkan melalui pendekatan yang lebih menyeluruh dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat. Melalui Aspirasi Desa Makmur dan Aspirasi Desa MADANI, kita telah memperkukuh perancangan pembangunan desa secara lebih sistematik, berteraskan 𝑜𝑢𝑡𝑐𝑜𝑚𝑒 dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat di perdesaan.
Alhamdulillah, hasil usaha bersama warga KKDW serta semua agensi di bawahnya, beberapa pencapaian telah berjaya direkodkan termasuk penurunan kadar kemiskinan tegar, peningkatan kebolehpasaran graduan TVET KKDW serta pelaksanaan ribuan projek prasarana luar bandar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat desa.
Memasuki fasa baharu, Pelan Strategik KKDW 2026-2030 yang saya lancarkan hari ini akan menjadi asas kepada pembangunan desa yang lebih inklusif, berdaya saing dan mampan. Pendekatan ini turut digerakkan melalui kerangka 5P iaitu 𝑃𝑒𝑜𝑝𝑙𝑒, 𝑃𝑙𝑎𝑐𝑒, 𝑃𝑟𝑜𝑑𝑢𝑐𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑦, 𝑃𝑟𝑜𝑠𝑝𝑒𝑟𝑖𝑡𝑦 dan 𝑃𝑟𝑜𝑝ℎ𝑒𝑡𝑖𝑐 yang telah saya perkenalkan sebagai panduan hala tuju pembangunan desa.
Saya yakin kekuatan KKDW terletak pada kesatuan pasukan, pemikiran strategik, keberanian meneroka pendekatan baharu serta kesungguhan memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Insya-Allah, agenda pembangunan desa akan terus diperkasakan agar masyarakat luar bandar menikmati kemajuan yang inklusif dan bermaruah.
#KKDW
#DesaMADANI
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/16pdApkbBw/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUf1Yikkhzn/?img_index=5&igsh=YW5oNW01eXlqeDJr
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2020479124910076257?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUf1eusj8XB?xmt=AQF0TZqhDveglZYNPavTeRu-d1OEcrjtwqMXML7slxgeEM78_kYFVqqAZjFRUdB0ZYdcwP6a&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤
Menjelang Ramadan yang bakal tiba, pastinya ramai dalam kalangan kita mula membuat persiapan bagi menyambut bulan penuh keberkatan ini. Daripada keperluan dapur, persiapan berbuka puasa sehinggalah kelengkapan menyambut Aidilfitri, semuanya memerlukan perancangan yang baik agar keluarga dapat menyambutnya dengan tenang dan sempurna.
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen “Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal” anjuran MYDIN Mohamed Holdings Berhad di MYDIN HQ USJ Subang, yang mencerminkan komitmen berterusan kita dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dan kelengkapan hari raya pada harga mampu milik, di samping memperkasa produk tempatan agar terus berkembang dalam pasaran arus perdana.
Sebagai pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (EXEC-NACCOL), saya percaya usaha menangani kos sara hidup memerlukan ekosistem yang bergerak secara bersepadu. Insya-Allah, sinergi antara Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat akan terus diperkasakan demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, khususnya dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.
Dalam majlis yang sama, saya turut menyempurnakan pelancaran produk minyak masak jenama Kak Long yang bakal memasuki rangkaian pasaran MYDIN. Saya melihat kemasukan produk tempatan seperti ini sebagai satu langkah positif dalam membuka lebih banyak ruang kepada usahawan tempatan untuk berkembang dan bersaing secara sihat dalam pasaran runcit negara.
Teruslah menyokong produk tempatan kerana setiap sokongan itu membantu mengukuhkan ekonomi rakyat serta membuka peluang kepada lebih ramai usahawan untuk melangkah lebih jauh. Insya-Allah.
#MegaRahmah
#ProdukTempatan
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/17tqLNp1fa/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUffM9TElEW/?igsh=MWhlMmJmb2R6ejg1Zw==
📱X:
https://x.com/i/status/2020430652399898630
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUffyZSjxEQ?xmt=AQF0sgEVMVvmNXFLTy9II_p92zULlyis-03UtfAxuczcFMKYbl667sM3PM21Ulu0ghjFNmLG&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Saya kongsikan rangkuman Majlis Anugerah Huffaz di Maahad Tahfiz AlMashrafe, sebuah institusi pendidikan berteraskan al-Quran yang berperanan membentuk insan seimbang dari sudut rohani, intelek dan akhlak.
Semoga usaha memartabatkan pendidikan tahfiz ini terus melahirkan generasi huffaz berkualiti yang menjadi aset penting kepada agama, bangsa dan negara. Insya-Allah.
#MaahadTahfizAlMashrafe
#MajlisAnugerahHuffaz
#MembinaGenerasiAlQuran
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSaKTpHry/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DUdWr42ku74/?igsh=c3hpbTNsaTI5ZHhh
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1854zSU8Y1/
📱YouTube:
https://youtu.be/h_slnNKRF-g?si=0OnQVBnw60NhJ-2O
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Timo kasih semuo. Insya-Allah ado joki kito jumpo laie ❤️
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1882RJGamt/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUdNQaOElkz/?igsh=eDQ4aTN2d3JqZnlz
📱X:
https://x.com/i/status/2020109589048365297
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUdNaEfD-xc?xmt=AQF00A6VtRaNCRuEBfOR-RIXPfONUxGHoXco4JyKxlA0ITYr5QUL7MUjM-A_hYVX2Aptzzo&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Hari ini, saya berpeluang sekali lagi menyertai konvoi bermotor di Negeri Sembilan dalam suasana santai dan penuh kemesraan bersama masyarakat setempat.
Perjalanan ini membawa saya ke Masjid Kariah Pantai, Lenggeng dan seterusnya ke Masjid Daerah Jelebu. Lawatan ringkas sebegini memberi ruang untuk saya berjumpa, beramah mesra serta mendengar secara dekat denyut nadi dan harapan rakyat.
Terima kasih semua pihak yang menjayakan program ini. Insya-Allah, silaturahim ini akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara.
#AZH
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1D3uVQfUGy/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUc5QEIku8n/?img_index=1&igsh=cDdibmVpeWN4Y2dx
📱X: https://x.com/saaranimohamad/status/2020064289097420960?s=46
📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUc6EvgD5Ad?xmt=AQF0Vxqr6Ycsbi2B-hA4H6vOzJWg_y_ChLAHRC_jgfZYAQkNhAIeQqJKxxvEPU2Y1CbXbE85&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Saya berkesempatan menghadiri Majlis Anugerah Huffaz di Maahad Tahfiz AlMashrafe, sebuah institusi pendidikan berteraskan al-Quran dan nilai-nilai murni dalam membentuk insan seimbang dari aspek intelek, rohani dan akhlak.
Pada hemat saya, maahad ini bukan sekadar sebuah institusi pendidikan, bahkan ia merupakan ruang pemuliaan wahyu, tempat al-Quran dijunjung, dipelihara dan disematkan dalam jiwa para penuntut sebagai pedoman hidup serta asas pembentukan peribadi.
Pendidikan tahfiz bukanlah pendidikan pinggiran seperti yang sering disalahfahami. Sebaliknya, ia adalah pendidikan yang membina kekuatan akal, menyucikan jiwa dan mendisiplinkan akhlak.
Seiring dengan itu, melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, Kerajaan komited menyusun pendidikan tahfiz secara lebih tersusun, berperingkat dan sistematik merangkumi pemantapan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0, pelaksanaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap serta Skim Pembiayaan Huffaz, agar para huffaz kekal relevan dan berdaya saing dalam arus pembangunan negara.
Insya-Allah, maahad ini akan terus berkembang sebagai pusat ilmu yang melahirkan huffaz berkualiti serta menjadi aset penting kepada agama, bangsa dan negara.
#MaahadTahfizAlMashrafe
#MajlisAnugerahHuffaz
#MembinaGenerasiAlQuran
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/16q5ZtxsZY/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUa3bbZkkzw/?igsh=NmIzeXgyMXQ1cjdv
📱X:
https://x.com/i/status/2019780152692289871
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUa3wd4jwuP?xmt=AQF0rtl6VhSxZdI305teK7Mg1LpGWQJxdW8RrM_qh3NWJkXNdmkjBcEWeB15MhiTe1VZ_I1D&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐓𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐌𝐀𝐔𝐒
Alhamdulillah, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sekolah Menengah Agama Al Ulum Al Syar’iyyah (SMAUS), Batu 20, Bagan Datuk atas pencapaian cemerlang keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025.
Pencapaian membanggakan ini turut menyaksikan empat orang pelajar memperoleh Mumtaz Sofi dan tujuh orang pelajar mencapai Mumtaz, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi barisan pendidik serta kesungguhan para pelajar.
Semoga kejayaan ini terus menyuburkan kecemerlangan pendidikan Islam dan melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berdaya saing. Insya-Allah.
Foto: Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk
#STAM2025
#SMAUS
#BaganDatuk
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1C21DZoJbD/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUaLIpjEulG/?igsh=MW5qbDBwNm9nNmxjMA==
📱X:
https://x.com/i/status/2019682777004937569
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUaLSwPj26Z?xmt=AQF02_2HEfrxNO0zR_RojAS5zZPsM0rONXF4sff3gITnjZeIhTt4PfVmb5lHmh03UbEEWFNq&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐭𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Semalam saya berkesempatan menghadiri Majlis MAM Awards Night 2025 anjuran Motorsports Association of Malaysia di Kuala Lumpur.
Majlis ini merupakan penghargaan kepada atlet, pasukan dan semua pihak yang telah menyumbang kepada pembangunan serta kecemerlangan dalam sukan permotoran negara.
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel atas penganugerahan Anugerah Ikon Sukan Permotoran, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan besar beliau dalam mengangkat sukan permotoran Malaysia.
Ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
#MAMAwards2025
#MotorsportsMalaysia
#DriftMalaysia
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1AaZ4ZM4xw/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUZUdOWEl3g/?igsh=NTdhMnhxdDJ1MWQx
📱X:
https://x.com/i/status/2019562608014291297
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUZUubeEtaG?xmt=AQF0IEnq9Dn7A9RU90c5bjx-jXskXVhPViMt116jWkOhl5pXT8Wi47s80G45ZSD_XVzTTlQr&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞 (𝐌𝐂𝐈)
Hari ini saya telah mengadakan sesi perbincangan bersama TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, bagi membincangkan kerjasama strategik dua hala, khususnya berhubung cadangan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).
Pada peringkat awal, MCI akan beroperasi menggunakan kemudahan GIATMARA sedia ada di Bagan Datuk, sebelum pembangunan kampus tetap baharu yang akan dibina di atas tanah seluas 60 ekar nanti. Institut ini disasarkan untuk menampung sehingga 2,000 orang pelajar dengan tumpuan kepada pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) berimpak tinggi dan bernilai tambah tinggi (High- Growth, High-Value).
Kerjasama TVET antara Malaysia dan China yang telah dibincangkan termasuklah pembangunan modal insan, latihan pengajar (training of trainers), sokongan peralatan serta kemahiran teknikal, termasuk keperluan penghantaran tenaga pengajar bahasa Mandarin ke MCI. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa penubuhan MCI berpotensi menjadi platform strategik bagi memperkukuh pertukaran pengetahuan, kepakaran dan latihan antara institusi Malaysia dan China.
Sebanyak 18 bidang TVET telah dikenal pasti untuk pelaksanaan awal, antaranya melibatkan bidang automotif, kenderaan elektrik (EV), automasi industri, tenaga solar, robotik, Internet of Things (IoT) serta agroteknologi.
Sebagai langkah ke hadapan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama di samping melaksanakan program mobiliti pelajar dan tenaga pengajar dalam sektor-sektor berimpak tinggi bagi menyokong pembangunan bakat dan keperluan industri masa hadapan.
#MalaysiaChina
#TVET#MCI
#PembangunanModalInsan
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1B3uNiSJaB/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUX4zs_EmpU/?igsh=MTd1d3pmdDBzODRvdg==
📱X:
https://x.com/i/status/2019360958578344207
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUX5FL7D1dQ?xmt=AQF0MUE36MIfiP_W8Xzp6u8wke8hTRPdz1IIRpJkqsaS5rTOjOzibjx62JRb0v1Ur_6nJiqp&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
