Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kanalga Telegramโda oโtish
Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
364
Obunachilar
+224 soatlar
+37 kunlar
+230 kunlar
Postlar arxiv
๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ญ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐
๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐-๐๐๐ฉ๐ฎ๐ง
Hubungan Malaysia dan Jepun telah terbina sejak sekian lama berteraskan kepercayaan serta budaya kecemerlangan yang saling melengkapi. Kerjasama antara MARA dan OISCA yang bermula sejak tahun 1967 menjadi bukti bagaimana diplomasi antarabangsa mampu diterjemahkan kepada pembangunan modal insan apabila ribuan belia Malaysia telah mendapat latihan industri, pendedahan teknologi serta pengalaman global yang membentuk mereka menjadi tenaga kerja mahir, usahawan dan pemimpin industri.
Malam tadi di Langkawi, saya telah menyempurnakan The 7th MARA-OISCA International Business Forum 2026, sebuah platform yang memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pemain industri, institusi latihan serta rakan antarabangsa, khususnya dari Jepun.
Dalam era yang dipacu oleh ๐๐๐๐๐ก๐๐ ๐ก๐๐โ๐๐๐๐๐๐๐๐ , ๐๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ข๐ก๐๐๐๐ก๐๐๐ dan industri hijau, kerjasama Malaysia-Jepun perlu bergerak ke fasa yang lebih progresif dan berorientasikan masa depan. TVET harus menjadi teras utama bagi melahirkan bakat berkemahiran tinggi dan teknousahawan yang mampu mencipta nilai, membina syarikat dan menjana peluang pekerjaan baharu.
Melalui kerjasama ini, kira-kira 70% daripada pelajar tersebut kini bekerja dalam sektor swasta, dengan sebahagian besarnya berkhidmat di syarikat multinasional Jepun yang beroperasi di Malaysia.
Saya yakin, kerjasama MARA-OISCA akan terus menjadi jambatan pembangunan generasi baharu, memperkukuh daya saing industri negara serta membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat.
Insya-Allah, hubungan strategik ini akan terus diperkasa demi masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing global.
#MalaysiaJapan
#MARA #KKDW
#OISCA #TVET
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/17BrH7D5GC/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUo7fBokmHt/?igsh=MXZsbG40endyMmI2OQ==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2021759434230575553
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUo8AUGD71P?xmt=AQF0EgU85Ia9rVtwiIOQDTL2JIhA8s-i4Y9NsAbxQUVHAJnpIAHpIY7QIeOIOWA9sEViHKI&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐๐๐ข๐ง๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ค ๐๐๐ง๐ฒ๐ข๐ซ, ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐๐ก๐๐ณ๐๐ง๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Sebelum bertolak pulang, saya bersama ahli-ahli MPT KKDW berkesempatan meninjau sendiri keindahan Tasik Kenyir melalui pengalaman eko pelancongan yang cukup mempesonakan di Kenyir Geopark. Kami dibawa menaiki โcruiseโ menyusuri Tasik Kenyir sambil menikmati panorama alam semula jadi yang sangat menarik.
Kami dibawa singgah ke Taman Herba Kenyir di bawah kendalian KETENGAH yang menempatkan pelbagai spesies tanaman herba sebagai khazanah warisan alam. Menariknya, pengunjung yang hadir berpeluang merasai sendiri minuman herba asli seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa yang disediakan secara percuma sebagai pengalaman unik kepada pelawat.
Di Taman Herba ini juga, saya bersama Timbalan Menteri KKDW, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, menyempurnakan gimik penanaman pokok Tongkat Ali Putih dan Mahkota Dewa sebagai simbol komitmen kita dalam memelihara khazanah biodiversiti negara serta memperkasa potensi eko pelancongan berasaskan sumber alam semula jadi.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang amat bermakna. Tasik Kenyir membuktikan potensi besar sebagai destinasi eko pelancongan bertaraf antarabangsa dengan keindahan alam semula jadi serta pelbagai tarikan unik.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 saya ingin mengajak semua untuk meneroka destinasi indah dan pelbagai aktiviti yang menarik di negara kita.
#TasikKenyir
#KenyirGeopark
#EkoPelancongan
#VisitMalaysia2026 #VM2026
๐ฑFB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid033xdK5YKpgxiUoaDd5j7CT3zcHE1PPj1jposqvmAuBgGkoVWasfTjzQgvPMWig2BAl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DUlBmS5EsDB/?img_index=5&igsh=bHQyNTdma3F1cXNn
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2021210469747618026?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUlB0pjj91U?xmt=AQF0Ug9OXQ5fnZ8Si6YpkXPfMhkxVoko83qYleoGhCrqgYwht_IPzU-1H8qzFL_l9jC0NN6W&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐ข๐ง๐๐, ๐๐๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ
Prestasi kewangan anak-anak syarikat agensi di bawah KKDW tahun 2025 membuktikan bahawa perubahan minda serta disiplin pengurusan yang lebih berfokus telah membuahkan hasil apabila pendapatan keseluruhan melepasi RM5 bilion dengan lonjakan keuntungan yang ketara berbanding tahun sebelumnya.
#KKDW
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/14ZHS3E1e9A/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUklduQEkTj/?igsh=cjBtcmprbzVmbmJn
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2021147989377753446
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUklqMWD9KJ?xmt=AQF0DzdiNY2lC-nJqns15u7nDnxt3SAngLRuERQQK-J8PEB2ZG4vPSLcFXVxvGdod-10QbdF&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐ ๐๐ง๐ฃ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฌ๐
Alhamdulillah, selesai sudah Permukiman KKDW dan Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026. Hasil permukiman pada kali ini, kementerian telah merangka 28 ๐บ๐๐๐ ๐ถโ๐๐๐๐๐ baharu bagi tahun 2026 merangkumi tujuh kluster utama. Inisiatif ini dirangka secara strategik bagi memastikan pembangunan desa bergerak secara sistematik, inklusif dan memberi impak nyata kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar.
๐บ๐๐๐ ๐ถโ๐๐๐๐๐ ini dibangunkan berteraskan pendekatan baharu KKDW yang menekankan evolusi organisasi, penggunaan teknologi, pemikiran korporat serta budaya kerja berasaskan ๐๐ข๐ก๐๐๐๐. Fokus kita jelas, di mana kita mahu setiap perancangan mesti menghasilkan perubahan sebenar dalam kehidupan rakyat desa.
Permukiman turut menegaskan peranan syarikat milikan agensi sebagai jentera ekonomi desa yang mampan dan berdaya saing. Semasa membuat penggulungan, saya telah mengingatkan agar setiap kejayaan perlu disertai pertanggungjawaban syariah dan tanggungjawab sosial agar keuntungan yang dijana membawa keberkatan serta manfaat kepada masyarakat.
Ke hadapan, saya mahu permukiman ini menjadi asas kepada pembinaan legasi pembangunan desa yang lebih kukuh. Kita sedang menetapkan penanda aras baharu dalam tadbir urus luar bandar, memperkukuh ekosistem ekonomi desa serta membina generasi yang berdaya saing melalui pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan kementerian, agensi, syarikat milikan agensi, sekretariat serta KETENGAH selaku tuan rumah atas komitmen menjayakan permukiman ini.
Insya-Allah, segala perancangan yang dirumuskan akan diterjemahkan kepada tindakan berimpak tinggi demi memakmurkan desa, memperkasa rakyat dan membina masa depan negara yang lebih seimbang dan inklusif.
#PermukimanKKDW2026
#KKDW #PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/17xka4bcLo/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUkWN7Vkg5o/?igsh=MTZqODk3MnYxdThrYQ==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2021114538809303504
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUkWjDODzme?xmt=AQF0pelt47N2zyWAp4APJbWTWmbyumi-uIVk0f2KVfpxtyHGvP33v4a6hMbRCom1eKOUUeQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ค๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ญ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ ๐๐ง๐ฌ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ง๐๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐๐ข, ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
Sesi Permukiman KKDW 2026 diteruskan dengan sesi bersama Syarikat Milikan Agensi yang menghimpunkan Pengerusi Agensi, Ketua Agensi, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan pengurusan syarikat di bawah KKDW bagi memperkukuh hala tuju syarikat sebagai pemacu ekonomi luar bandar.
Dalam sesi ini, saya telah menegaskan bahawa syarikat milikan agensi perlu bergerak sebagai entiti yang berdaya saing, mampan dan berorientasikan keberhasilan yang memberi pulangan nyata kepada rakyat.
Alhamdulillah, anjakan daripada ๐๐๐ ๐ก ๐๐๐๐ก๐๐ kepada ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ก๐๐ mula membuahkan hasil apabila prestasi kewangan subsidiari menunjukkan peningkatan pendapatan dan keuntungan yang lebih kukuh. Namun pencapaian ini hanyalah asas untuk melangkah lebih jauh.
Keutamaan seterusnya ialah memastikan setiap keuntungan diterjemahkan kepada manfaat rakyat melalui pemanfaatan aset secara optimum, pengukuhan rantaian nilai industri luar bandar serta penggunaan data sebagai sumber baharu penjanaan pendapatan.
Saya turut menegaskan bahawa tadbir urus yang telus, berintegriti dan berprestasi tinggi mesti menjadi asas pengurusan syarikat. Dalam persekitaran korporat yang kompetitif, setiap kepimpinan perlu berani membuat keputusan strategik demi kelangsungan organisasi.
Saya yakin, dengan kepimpinan berani dan disiplin pelaksanaan yang konsisten, syarikat milikan agensi KKDW mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi luar bandar yang lebih progresif dan mampan, insya-Allah.
#PermukimanKKDW2026
#KKDW
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/19zpuP57s3/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUjwzE8EjSR/?igsh=MTk0amo4Ym13djlzNw==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2021032217338839078
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUjxYaDD-yN?xmt=AQF0rNtveHafV7bQ17-lxLHRzeQHOchauFuVihxOyu9toV-mHYfW1a2ql6r3WRnSY8EZUse_&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐๐๐ง ๐๐ก๐๐ฌ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ฎ
Kebetulan berada di Terengganu, saya menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.
Banyak yang dapat kami bincangkan, mendapatkan perkembangan terkini serta berkongsi pandangan bagi memperkukuh lagi perjuangan parti ini di Negeri Terengganu.
#UMNOTerengganu
#UMNO
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1CPMAydpAL/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUifRtOEgly/?igsh=eTloZmd6YjAwN3Q=
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2020852969202385051
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUiffJYD8I1?xmt=AQF0syKRCBA8ds9eNRGrr1tcF6VoM47Y2dhjiARVOx15JR6tutzW-t2qUjj7t-tp_tV8o7Ji&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ค๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฌ๐
Sepanjang hari ini, saya duduk bersama, mendengar dan meneliti pembentangan daripada lima kluster utama kementerian iaitu Kluster Usahawan Desa, Modal Insan, Jaringan Prasarana, Sistem Penyampaian Perkhidmatan serta Ekonomi Desa.
Setiap pembentangan memberikan gambaran menyeluruh mengenai cabaran semasa, potensi penambahbaikan serta hala tuju baharu pembangunan luar bandar yang lebih berimpak dan berfokus kepada keberhasilan. Perbincangan ini penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang benar-benar menyentuh keperluan rakyat desa dan memberi manfaat yang nyata di lapangan.
Dalam majlis yang sama, saya turut menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan ThinkTank@KKDW, sebuah platform pemikiran strategik yang akan berperanan sebagai pusat rujukan dasar dan penyelidikan pembangunan desa. Penubuhan ๐กโ๐๐๐ ๐ก๐๐๐ ini adalah manifestasi kepada seruan saya pada amanat awal tahun lalu bahawa perubahan tidak berlaku hanya dengan niat yang baik, tetapi memerlukan sistem yang jelas, disiplin pelaksanaan dan konsistensi tindakan.
Saya yakin, melalui pengukuhan peranan ThinkTank@KKDW, kementerian akan terus bergerak dengan lebih dinamik, berasaskan bukti dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat desa. Insya-Allah, setiap langkah yang diambil akan memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa, sekali gus memakmurkan kehidupan rakyat desa secara lebih mampan dan inklusif.
#PermukimanKKDW2026
#ThinkTankKKDW
#KKDW #PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1ECf3axYGw/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUiH3zCEiV4/?igsh=MW9tMndjaGI4MnozMQ==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2020801531239694599
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUiIQr6j8fr?xmt=AQF0PLfc-pJogsuuZo3RMRgEgGz4zPSBFddQC6zMQfcLALB89ROU-2AxfiQC_Vhie7145e8&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐๐ญ๐ฎ๐ซ๐๐ก๐ข๐ฆ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐๐๐๐
Malam tadi, saya bersama barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diraikan dalam Majlis Makan Malam bersama peserta Permukiman KKDW yang berlangsung di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, anjuran KETENGAH.
Momen seperti ini memberi ruang untuk kami duduk bersama dan terus mengeratkan hubungan dalam keluarga besar KKDW. Saya percaya apabila hubungan sesama kita diperkukuh, gerak kerja kementerian akan menjadi lebih tersusun, lancar dan bersepadu dalam memastikan agenda pembangunan desa dilaksanakan dengan berkesan.
Majlis malam tadi turut diserikan dengan peluncuran buku โIjtihad Demi Rakyatโ yang menghimpunkan sebahagian pemikiran, gagasan serta perjalanan transformasi KKDW dalam menterjemahkan dasar kepada pelaksanaan yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya masyarakat desa.
Terima kasih saya ucapkan kepada KETENGAH atas penganjuran majlis yang cukup bermakna ini. Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus menjadi kekuatan kita dalam memperjuangkan agenda pembangunan desa dan kesejahteraan rakyat.
#PermukimanKKDW2026
#KKDW #PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/16zjgGNHVF/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DUhOp6fEmyO/?img_index=3&igsh=MTlybDEyNGRjOHlzbw==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2020676476404912284?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUhOxCBD5fs?xmt=AQF05MVAeBxaV7U0pTl5MP9czttbdPi5iBkbRYJtgcC2KD4_Nqv8-BAetGiv9ktB3Y0B7MU&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฆ๐จ๐ญ๐จ๐ซ๐๐ง
Saya kongsikan momen Majlis MAM Awards Night 2025 anjuran Motorsports Association of Malaysia di Kuala Lumpur sebagai penghargaan kepada atlet, pasukan dan seluruh warga sukan permotoran negara.
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan semangat kecemerlangan dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
#MAMAwards2025
#MotorsportsMalaysia
#SukanPermotoran
#MalaysiaMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSm17xScm/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DUhH3kWkluA/?igsh=MTRtYWNpZ2Z4aHp5OA==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/r/1BdKiArXP2/
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Rasa macam nak ride lagi.. Ada yang nak join?
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSm1JQ6wu/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DUf5NmBksNY/?igsh=MWU1ZDB1dWdsaGl3cQ==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1BDULhq3b9/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/8QcxXIJp-oU?si=5iPHCAVncwaOKIBd
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ค๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฌ๐, ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat mengadakan sesi permukiman bagi menyusun hala tuju kementerian untuk tahun 2026 dan seterusnya.
Sepanjang tiga tahun menerajui KKDW, saya melihat pembangunan desa perlu digerakkan melalui pendekatan yang lebih menyeluruh dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat. Melalui Aspirasi Desa Makmur dan Aspirasi Desa MADANI, kita telah memperkukuh perancangan pembangunan desa secara lebih sistematik, berteraskan ๐๐ข๐ก๐๐๐๐ dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat di perdesaan.
Alhamdulillah, hasil usaha bersama warga KKDW serta semua agensi di bawahnya, beberapa pencapaian telah berjaya direkodkan termasuk penurunan kadar kemiskinan tegar, peningkatan kebolehpasaran graduan TVET KKDW serta pelaksanaan ribuan projek prasarana luar bandar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat desa.
Memasuki fasa baharu, Pelan Strategik KKDW 2026-2030 yang saya lancarkan hari ini akan menjadi asas kepada pembangunan desa yang lebih inklusif, berdaya saing dan mampan. Pendekatan ini turut digerakkan melalui kerangka 5P iaitu ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ข๐๐ก๐๐ฃ๐๐ก๐ฆ, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐ฆ dan ๐๐๐๐โ๐๐ก๐๐ yang telah saya perkenalkan sebagai panduan hala tuju pembangunan desa.
Saya yakin kekuatan KKDW terletak pada kesatuan pasukan, pemikiran strategik, keberanian meneroka pendekatan baharu serta kesungguhan memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Insya-Allah, agenda pembangunan desa akan terus diperkasakan agar masyarakat luar bandar menikmati kemajuan yang inklusif dan bermaruah.
#KKDW
#DesaMADANI
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/16pdApkbBw/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DUf1Yikkhzn/?img_index=5&igsh=YW5oNW01eXlqeDJr
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2020479124910076257?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUf1eusj8XB?xmt=AQF0TZqhDveglZYNPavTeRu-d1OEcrjtwqMXML7slxgeEM78_kYFVqqAZjFRUdB0ZYdcwP6a&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค
Menjelang Ramadan yang bakal tiba, pastinya ramai dalam kalangan kita mula membuat persiapan bagi menyambut bulan penuh keberkatan ini. Daripada keperluan dapur, persiapan berbuka puasa sehinggalah kelengkapan menyambut Aidilfitri, semuanya memerlukan perancangan yang baik agar keluarga dapat menyambutnya dengan tenang dan sempurna.
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen โMega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawalโ anjuran MYDIN Mohamed Holdings Berhad di MYDIN HQ USJ Subang, yang mencerminkan komitmen berterusan kita dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dan kelengkapan hari raya pada harga mampu milik, di samping memperkasa produk tempatan agar terus berkembang dalam pasaran arus perdana.
Sebagai pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (EXEC-NACCOL), saya percaya usaha menangani kos sara hidup memerlukan ekosistem yang bergerak secara bersepadu. Insya-Allah, sinergi antara Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat akan terus diperkasakan demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, khususnya dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.
Dalam majlis yang sama, saya turut menyempurnakan pelancaran produk minyak masak jenama Kak Long yang bakal memasuki rangkaian pasaran MYDIN. Saya melihat kemasukan produk tempatan seperti ini sebagai satu langkah positif dalam membuka lebih banyak ruang kepada usahawan tempatan untuk berkembang dan bersaing secara sihat dalam pasaran runcit negara.
Teruslah menyokong produk tempatan kerana setiap sokongan itu membantu mengukuhkan ekonomi rakyat serta membuka peluang kepada lebih ramai usahawan untuk melangkah lebih jauh. Insya-Allah.
#MegaRahmah
#ProdukTempatan
#PejuangDesa
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/17tqLNp1fa/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUffM9TElEW/?igsh=MWhlMmJmb2R6ejg1Zw==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2020430652399898630
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUffyZSjxEQ?xmt=AQF0sgEVMVvmNXFLTy9II_p92zULlyis-03UtfAxuczcFMKYbl667sM3PM21Ulu0ghjFNmLG&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ค๐๐ง ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง, ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง
Saya kongsikan rangkuman Majlis Anugerah Huffaz di Maahad Tahfiz AlMashrafe, sebuah institusi pendidikan berteraskan al-Quran yang berperanan membentuk insan seimbang dari sudut rohani, intelek dan akhlak.
Semoga usaha memartabatkan pendidikan tahfiz ini terus melahirkan generasi huffaz berkualiti yang menjadi aset penting kepada agama, bangsa dan negara. Insya-Allah.
#MaahadTahfizAlMashrafe
#MajlisAnugerahHuffaz
#MembinaGenerasiAlQuran
#MalaysiaMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSaKTpHry/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DUdWr42ku74/?igsh=c3hpbTNsaTI5ZHhh
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1854zSU8Y1/
๐ฑYouTube:
https://youtu.be/h_slnNKRF-g?si=0OnQVBnw60NhJ-2O
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Timo kasih semuo. Insya-Allah ado joki kito jumpo laie โค๏ธ
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1882RJGamt/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUdNQaOElkz/?igsh=eDQ4aTN2d3JqZnlz
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2020109589048365297
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUdNaEfD-xc?xmt=AQF00A6VtRaNCRuEBfOR-RIXPfONUxGHoXco4JyKxlA0ITYr5QUL7MUjM-A_hYVX2Aptzzo&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง
Hari ini, saya berpeluang sekali lagi menyertai konvoi bermotor di Negeri Sembilan dalam suasana santai dan penuh kemesraan bersama masyarakat setempat.
Perjalanan ini membawa saya ke Masjid Kariah Pantai, Lenggeng dan seterusnya ke Masjid Daerah Jelebu. Lawatan ringkas sebegini memberi ruang untuk saya berjumpa, beramah mesra serta mendengar secara dekat denyut nadi dan harapan rakyat.
Terima kasih semua pihak yang menjayakan program ini. Insya-Allah, silaturahim ini akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara.
#AZH
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1D3uVQfUGy/?mibextid=WC7FNe
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DUc5QEIku8n/?img_index=1&igsh=cDdibmVpeWN4Y2dx
๐ฑX: https://x.com/saaranimohamad/status/2020064289097420960?s=46
๐ฑThread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUc6EvgD5Ad?xmt=AQF0Vxqr6Ycsbi2B-hA4H6vOzJWg_y_ChLAHRC_jgfZYAQkNhAIeQqJKxxvEPU2Y1CbXbE85&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ค๐๐ง ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง, ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง
Saya berkesempatan menghadiri Majlis Anugerah Huffaz di Maahad Tahfiz AlMashrafe, sebuah institusi pendidikan berteraskan al-Quran dan nilai-nilai murni dalam membentuk insan seimbang dari aspek intelek, rohani dan akhlak.
Pada hemat saya, maahad ini bukan sekadar sebuah institusi pendidikan, bahkan ia merupakan ruang pemuliaan wahyu, tempat al-Quran dijunjung, dipelihara dan disematkan dalam jiwa para penuntut sebagai pedoman hidup serta asas pembentukan peribadi.
Pendidikan tahfiz bukanlah pendidikan pinggiran seperti yang sering disalahfahami. Sebaliknya, ia adalah pendidikan yang membina kekuatan akal, menyucikan jiwa dan mendisiplinkan akhlak.
Seiring dengan itu, melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, Kerajaan komited menyusun pendidikan tahfiz secara lebih tersusun, berperingkat dan sistematik merangkumi pemantapan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0, pelaksanaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap serta Skim Pembiayaan Huffaz, agar para huffaz kekal relevan dan berdaya saing dalam arus pembangunan negara.
Insya-Allah, maahad ini akan terus berkembang sebagai pusat ilmu yang melahirkan huffaz berkualiti serta menjadi aset penting kepada agama, bangsa dan negara.
#MaahadTahfizAlMashrafe
#MajlisAnugerahHuffaz
#MembinaGenerasiAlQuran
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/16q5ZtxsZY/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUa3bbZkkzw/?igsh=NmIzeXgyMXQ1cjdv
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2019780152692289871
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUa3wd4jwuP?xmt=AQF0rtl6VhSxZdI305teK7Mg1LpGWQJxdW8RrM_qh3NWJkXNdmkjBcEWeB15MhiTe1VZ_I1D&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Alhamdulillah, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sekolah Menengah Agama Al Ulum Al Syarโiyyah (SMAUS), Batu 20, Bagan Datuk atas pencapaian cemerlang keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025.
Pencapaian membanggakan ini turut menyaksikan empat orang pelajar memperoleh Mumtaz Sofi dan tujuh orang pelajar mencapai Mumtaz, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi barisan pendidik serta kesungguhan para pelajar.
Semoga kejayaan ini terus menyuburkan kecemerlangan pendidikan Islam dan melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berdaya saing. Insya-Allah.
Foto: Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk
#STAM2025
#SMAUS
#BaganDatuk
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1C21DZoJbD/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUaLIpjEulG/?igsh=MW5qbDBwNm9nNmxjMA==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2019682777004937569
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUaLSwPj26Z?xmt=AQF02_2HEfrxNO0zR_RojAS5zZPsM0rONXF4sff3gITnjZeIhTt4PfVmb5lHmh03UbEEWFNq&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฆ๐จ๐ญ๐จ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Semalam saya berkesempatan menghadiri Majlis MAM Awards Night 2025 anjuran Motorsports Association of Malaysia di Kuala Lumpur.
Majlis ini merupakan penghargaan kepada atlet, pasukan dan semua pihak yang telah menyumbang kepada pembangunan serta kecemerlangan dalam sukan permotoran negara.
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel atas penganugerahan Anugerah Ikon Sukan Permotoran, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan besar beliau dalam mengangkat sukan permotoran Malaysia.
Ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
#MAMAwards2025
#MotorsportsMalaysia
#DriftMalaysia
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1AaZ4ZM4xw/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUZUdOWEl3g/?igsh=NTdhMnhxdDJ1MWQx
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2019562608014291297
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUZUubeEtaG?xmt=AQF0IEnq9Dn7A9RU90c5bjx-jXskXVhPViMt116jWkOhl5pXT8Wi47s80G45ZSD_XVzTTlQr&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐-๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ (๐๐๐)
Hari ini saya telah mengadakan sesi perbincangan bersama TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, bagi membincangkan kerjasama strategik dua hala, khususnya berhubung cadangan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).
Pada peringkat awal, MCI akan beroperasi menggunakan kemudahan GIATMARA sedia ada di Bagan Datuk, sebelum pembangunan kampus tetap baharu yang akan dibina di atas tanah seluas 60 ekar nanti. Institut ini disasarkan untuk menampung sehingga 2,000 orang pelajar dengan tumpuan kepada pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) berimpak tinggi dan bernilai tambah tinggi (High- Growth, High-Value).
Kerjasama TVET antara Malaysia dan China yang telah dibincangkan termasuklah pembangunan modal insan, latihan pengajar (training of trainers), sokongan peralatan serta kemahiran teknikal, termasuk keperluan penghantaran tenaga pengajar bahasa Mandarin ke MCI. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa penubuhan MCI berpotensi menjadi platform strategik bagi memperkukuh pertukaran pengetahuan, kepakaran dan latihan antara institusi Malaysia dan China.
Sebanyak 18 bidang TVET telah dikenal pasti untuk pelaksanaan awal, antaranya melibatkan bidang automotif, kenderaan elektrik (EV), automasi industri, tenaga solar, robotik, Internet of Things (IoT) serta agroteknologi.
Sebagai langkah ke hadapan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama di samping melaksanakan program mobiliti pelajar dan tenaga pengajar dalam sektor-sektor berimpak tinggi bagi menyokong pembangunan bakat dan keperluan industri masa hadapan.
#MalaysiaChina
#TVET#MCI
#PembangunanModalInsan
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1B3uNiSJaB/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DUX4zs_EmpU/?igsh=MTd1d3pmdDBzODRvdg==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2019360958578344207
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUX5FL7D1dQ?xmt=AQF0MUE36MIfiP_W8Xzp6u8wke8hTRPdz1IIRpJkqsaS5rTOjOzibjx62JRb0v1Ur_6nJiqp&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 โ yilning asosiy insaytlari 
