ch
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

前往频道在 Telegram

显示更多
未指定国家未指定类别
365
订阅者
无数据24 小时
+27
+230
帖子存档
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐬𝐚𝐡𝐢 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐦𝐚-𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 Alhamdulillah, pagi tadi saya hadir ke Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaul Husna 2026 di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, diiringi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi. Suasana pagi hari ini cukup menyentuh hati. Ribuan jemaah hadir memenuhi ruang masjid untuk bersama-sama menghidupkan jiwa dengan zikir, mendengar tausiah dan mengingati kebesaran Allah SWT. Saya melihat sendiri bagaimana alunan zikir Asmaul Husna mampu menenangkan jiwa, menundukkan hati dan menyatukan ummah. Setiap nama Allah yang dilafazkan membawa makna, pengajaran dan peringatan bahawa hidup ini perlu sentiasa kembali kepada-Nya. Majlis seperti ini mengingatkan kita bahawa kekuatan umat bukan hanya terletak pada angka, kedudukan atau organisasi, tetapi bermula daripada hati yang hidup dengan zikrullah, ilmu yang dipandu adab, serta masyarakat yang sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap urusan. Moga zikir yang dilafazkan, tausiah yang didengar dan doa yang diaminkan pagi tadi menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT kepada kita semua, keluarga kita, masyarakat kita, negeri Johor, negara Malaysia dan seluruh ummah. Semoga hati kita sentiasa hidup dengan mengingati Allah, langkah kita dipandu dengan hikmah dan kehidupan kita diberkati dengan rahmat serta kasih sayang-Nya. اللهم اجعلنا من الذاكرين الشاكرين #AsmaulHusna #MajlisZikir #UswatunHasanahJohor #JohorBahru #IslamMenyatukanUmmah #RahmahHikmahUkhuwah 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DAH4x4Dh9/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZjrc_fkjYv/?img_index=9&igsh=NWUwNzBhNWI5bGVw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066056257694507506?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZjreSfDxHH?xmt=AQG0cmHHTBEhzAddRqLCP8W8vjjHovF9jTstxABJb62vjZBf3J6O4SwVjD6GW7r3ssotvGRW&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Indahnya alunan Asma ul Husna berkumandang di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn pagi ini. Allahu Akbar. 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQ9whp1n/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZjRjWLy9ss/?igsh=MTU4d2dmamZ1bmQ3MA== 📱FB: https://fb.watch/HJSo5Jb0aq/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Insya-Allah. Kita bersiap sedia menempuh PRN Johor dan Negeri Sembilan, bersama. Saya yakin, dengan kesepaduan dan keikhlasan pasukan BN ini.. gerak kerja kita akan diterjemahkan sebagai nilai yang baik di mata rakyat. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya jua. #BarisanNasional #BNJohor #BNNegeriSembilan 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19DHAkxmZV/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZi_-oUyq6H/?igsh=NHVmZDFsbXhiODQz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2065962777022468493?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZjA1xXj7uJ?xmt=AQG0Ff9BOY0J7t1kqphOcWMiG8XbenPhPD102qCpHjDN-0Sr679LxkfDRPnH9hYBwnNSS20&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐄𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐈 Alhamdulillah, hari ini saya diberi penghormatan untuk merasmikan the 4th Southeast Asia Scholars Conference 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini menghimpunkan kira-kira 600 ulama, mufti, ahli akademik, penyelidik dan cendekiawan Islam dari seluruh rantau ASEAN. Cabaran yang kita hadapi hari ini tidak hanya tertumpu kepada ekonomi atau geopolitik. Apa yang lebih membimbangkan ialah krisis nilai, adab dan kebijaksanaan yang semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat. Semasa berucap, saya tegaskan bahawa kemajuan teknologi mesti dipandu oleh nilai dan etika. AI, data dan inovasi perlu dimanfaatkan untuk kebaikan manusia, manakala Maqasid Syariah perlu terus menjadi kompas yang membimbing arah pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Saya turut menyentuh kepentingan diplomasi intelektual dalam memperkukuh kerjasama sarjana Islam serantau, membina kesepakatan dalam isu-isu utama ummah serta melahirkan lebih banyak cadangan dan penyelesaian yang praktikal bagi menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Muslim World League (MWL) dan JAKIM atas komitmen berterusan menjayakan persidangan ini. Semoga segala perbincangan yang berlangsung dapat memperkukuh kesatuan ummah, mengangkat peranan ilmu dalam pembangunan masyarakat serta membawa manfaat yang berpanjangan kepada rantau ini, insya-Allah. #SoutheastAsiaScholarsConference2026 #MWL #JAKIM #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1ELJtkuihp/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZhMH4_kvYG/?img_index=10&igsh=NGlmc2x5a3Fyamd1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2065705807002681571?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZhMFinD2nE?xmt=AQG0mo0lqg7Hv4iVluk7szWjeA0ys6KZiLmm9zg3CzNxPRuWhFABRp8ZrmO5lwgNTCwIijg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡: 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perjalanan hati menuju keredaan Allah SWT. Ia menuntut keberanian untuk berubah, memperbaiki diri dan meninggalkan perkara yang menjauhkan kita daripada-Nya. Setiap hari adalah peluang untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam. Dengan keazaman, kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT, setiap langkah ke arah kebaikan akan dipermudahkan dan diberkati. #RisalahJumaat 📱TikTok:https://vt.tiktok.com/ZSQ5ExoRP/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/193Np5xjvx/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZe1bSmSP8r/?igsh=ZmNqd2NvYmtlcjA3 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZe1zJ8D-5g?xmt=AQG0pW6wvNlPTw_ZMXKF2mp6BFwyJEaKcoDMifTfI4Z5tQ6Stybzp2oWEsx1ZxT2CqYWrita&slof=11 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2065375235965333939?s=46 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐥𝐚𝐤 Usaha membentuk generasi cemerlang tidak boleh terhenti di peringkat prasekolah semata-mata, sebaliknya perlu diteruskan secara berterusan hingga ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Apa yang kita lakukan hari ini bukan untuk mana-mana pihak, tetapi demi masa depan generasi yang akan mewarisi negara ini. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQfS44w1/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZclYr8yfDB/?igsh=OHVvYWluZjE3Ymds 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1EL1C1CW8A/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐢 Alhamdulillah, kejayaan TABIKA KEMAS merangkul Gold Award Trusted Brand sebanyak enam kali berturut-turut membuktikan keyakinan berterusan ibu bapa dan masyarakat terhadap kualiti pendidikan awal yang ditawarkan. Pengiktirafan ini adalah hasil dedikasi dan komitmen seluruh warga pendidik KEMAS yang terus berusaha memberikan pendidikan terbaik dalam membentuk generasi masa depan negara. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQymKHoq/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZb4d13yvFl/?igsh=MWtyazQwcTZqM3Z3eg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/17u1qA1aXG/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 10 Jun 2026 bersamaan 24 Zulhijah 1447H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut: 1. UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, sehingga Pilihan Raya. 2. Kerajaan Negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan. Justeru, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana Kerajaan Negeri. 3. UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti apabila menjelang mana-mana Pilihan Raya termasuklah Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. 4. Keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. Sebaliknya ia adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat. 5. UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat. Apa jua bentuk kerjasama mesti dilandaskan kepada prinsip keikhlasan dan kepercayaan. SUA UMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/18rtHNYkjL/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZaKhS6yM46/?igsh=d3c0NDBwdTMzbndz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064717242596737061?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZaKr8pD69q?xmt=AQG05W6RrMJjTaWN8xaxz1zGgoLw_J5f1QWv7N5a5OS8iK-oh788E1tAguKrwHWB60Y7nfSy&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐚𝐛𝐚𝐝 𝐉𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐨𝐦, 𝐒𝐞𝐚𝐛𝐚𝐝 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 Seronok melihat kemeriahan dan semangat yang ditunjukkan oleh warga Kampung Jenjarom sempena sambutan ulang tahun ke-100 kampung yang penuh dengan sejarah dan warisan ini. Tahniah kepada seluruh warga Kampung Jenjarom. Semoga kampung yang bersejarah ini terus maju, makmur dan kekal menjadi kebanggaan generasi akan datang. #100TahunJenjarom #KampungJenjarom 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQD6a2R9/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZaASq6S448/?igsh=MTkxMmprMjV0YnJzcw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GxxaM2KqR/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/XvYD4NCavrA?si=witXtPJ2ibyVOdVN 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚-𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 Saya telah menerima kunjungan hormat daripada 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu sebelum mereka memulakan penugasan di negara masing-masing. Mereka akan mewakili Malaysia di Jepun, Singapura, United Kingdom, Austria, New Zealand, Laos, Oman, Ireland, Finland, Timor-Leste, Chile, Lubnan dan Uzbekistan. Mewakili negara di pentas antarabangsa adalah satu amanah yang besar. Selain memperkukuh hubungan dua hala, mereka juga membawa bersama suara, kepentingan dan imej Malaysia di mata dunia. Insya-Allah, saya percaya dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki akan membantu mereka melaksanakan tanggungjawab ini dengan cemerlang serta membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada negara. Selamat menjalankan tugas saya ucapkan kepada semua. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/14jctZozkxG/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZZdsqUEmLV/?img_index=2&igsh=cmh5Zmw3azdnMTBp 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064618664310304834?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZZdvVxD6g-?xmt=AQG0mhjxxkq9R6EP_JYMZB6xy8NhUvBuilT-JoM0EBMPNa6L5BAzrtF9nImYeC3CzR_2eItQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒, 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan momen bersama dengan warga KEMAS dalam Sambutan Hari Pendidik KEMAS 2026 yang bertemakan “55 Tahun Mencerdaskan Anak Bangsa”. Terima kasih kepada seluruh pendidik KEMAS yang telah mendidik, membimbing dan membentuk sahsiah anak-anak Malaysia dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #DiSiniBermula 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQStMKmw/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZZCOx3yRb7/?igsh=am8waW96c3piZXN6 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GrH5UQXZi/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/6Won9nVAI_U?si=QutXEZjsMfkNAeGZ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐕𝐚𝐥𝐮𝐞, 𝐒𝐡𝐚𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐞 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞 Today, I attended Invest Malaysia 2026, a premier platform that brings together investors, industry leaders and capital market participants from Malaysia and across the globe. In my keynote address, I emphasised that Malaysia’s next phase of growth must be measured not only by the capital we attract, but by the value we create from it. Capital is important because it connects ambition with opportunity. It enables businesses to grow, entrepreneurs to scale, companies to innovate and investors to participate in Malaysia’s growth story. More importantly, capital must open pathways beyond large corporations. It must reach SMEs, young entrepreneurs, TVET talents, rural businesses and regional growth centres, so that more Malaysians can be part of the nation’s progress. I also announced that EPF, PNB and KWAP will allocate a portion of their capital to support companies committed to value creation and the adoption of MY Value Up principles. Insya-Allah, Malaysia will continue moving forward as a stable, competitive and investment-friendly economy. One that creates quality jobs, expands opportunities and delivers greater prosperity for our people. #InvestMalaysia2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/1D19W3fzPk/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZXbQGEkm_V/?img_index=10&igsh=eW12ZWJrNjdrcmtj 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064331788936483217?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZXbbCaD0c8?xmt=AQG03pZxGgu6sfMGCL4gW5dijctdwjKJkQWLQNrX4XafMmNKjp7Fyp5QzBnPM1gKcZfMf2uM&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Dah puas merayau dekat Bagan Datuk Helmy? Saya dengar dah habis pusing satu Parlimen. Orang Duyong tak rindu ke? Alhamdulilah. Terima kasih sudi menyantuni orang-orang Bagan Datuk. Maaf tak dapat bersama kali ini. Ada kelapangan masa datang la lagi. Terima kasih, Helmy. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AcRXRJXmV/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZXUaRykqOZ/?img_index=9&igsh=bmNvZXBzMndxYnV0 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064317169132024014?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZXUsH1j9mE?xmt=AQG0xysfwTJxCPWd8i_QF9Wt81TGCa43uywzaSr6Uhy6vlkHl2weoIQ_rwEuzOXUSfrwX_I&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐭𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚, 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢𝐧𝐲𝐚 Pagi tadi, saya sempat berkenalan dengan adik Munira, hos cilik TabiCast KEMAS yang cukup petah bercakap dan berani berhadapan dengan orang ramai. Alhamdulillah, inilah antara peranan yang dimainkan oleh TABIKA KEMAS sebagai tempat mencungkil dan menggilap potensi anak-anak sejak usia awal. Saya mendoakan semoga adik Munira terus berjaya dalam pelajaran dan membesar menjadi anak yang membanggakan keluarga, masyarakat dan negara. Insya-Allah. #TabiCastKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQkm84dP/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZXBBhzS7fU/?igsh=MTk4ZGtqbTBhaDI5Yw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18fWbJuFNE/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒: 𝟓𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 Tiga tahun lalu, kita membawa satu hasrat besar untuk melihat anak-anak KEMAS bukan sahaja mengenal huruf dan angka, tetapi turut dibimbing dengan asas al-Quran, akhlak dan jati diri yang kukuh. Alhamdulillah, hari ini kita dapat melihat hasilnya. Program Pra Tahfiz KEMAS yang diperkenalkan kini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan awal KEMAS di seluruh negara. Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa komitmen serta dedikasi para pendidik KEMAS yang mendidik dengan sabar, membimbing dengan kasih dan berkhidmat dengan penuh keikhlasan. Hari ini, saya bersama dengan warga pendidik KEMAS meraikan Sambutan Hari Pendidik KEMAS Tahun 2026 yang bertemakan “55 Tahun Mencerdaskan Anak Bangsa”. Selama lebih lima dekad, KEMAS telah menjadi titik permulaan kepada perjalanan pendidikan lebih 8.4 juta anak Malaysia. Saya percaya kekuatan sebenar KEMAS bukan terletak pada angka semata-mata, tetapi pada jasa para pendidiknya yang membina keyakinan, membentuk sahsiah dan menyemai cita-cita dalam diri anak-anak kecil yang suatu hari nanti akan menjadi pemimpin, profesional dan pewaris masa depan negara. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga pendidik KEMAS atas segala pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan selama ini. Teruslah menjadi insan yang menyalakan cahaya ilmu dalam kehidupan anak-anak kita. Semoga KEMAS terus melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, berjiwa Qurani dan mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih gemilang, insya-Allah. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18pb8YcZAt/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZW1pdxkgu_/?img_index=9&igsh=aXl1N3A4b21ra3Zk 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064249204021895457?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZW1yQND0PC?xmt=AQG09epnXmI4BrHJaJ_aIGT7u_8Kg6a6JJfoSlNEqJLA9MJ64dhqQrFz6-9J-q43DnOiNLFu&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Dengan kepimpinan Dato’ Onn Hafiz Ghazi yang cemerlang dan sokongan padu rakyat, Insya-Allah Barisan Nasional akan terus diberi mandat untuk mentadbir Johor. #BNJohor #BangsaJohor #BarisanNasional #MajuJohor 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQMoNyTJ/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZUzKKryBkc/?igsh=MWczNjd5YjVteXdqdQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1PD6xpaMzM/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Di pejabat sebentar tadi, saya menerima kiriman cenderamata berupa key chain #HTN2026 hasil kreativiti pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh. Terima kasih kepada adik Danial Hakim, Danial Harith dan Nabil Hadi atas ingatan ini. Kemas dan teliti hasil kerjanya. Inilah antara bukti bakat serta kemahiran yang dimiliki anak-anak TVET kita. Saya doakan semoga kalian terus berjaya dalam pengajian, dipermudahkan segala urusan dan menjadi tenaga mahir yang membanggakan negara suatu hari nanti. Terima kasih yaa. Key chain ini akan saya simpan sebagai kenangan istimewa Hari TVET Negara 2026. #HTN2026 #PoliteknikUngkuOmar #TVETPilihanUtamaKerjaya 📱FB: https://www.facebook.com/share/1BbNtRDNbQ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZUsNS3Eki1/?img_index=1&igsh=MTMxM3Fqa203dzNm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063946879294185700?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZUsRWGjwkM?xmt=AQG0Y0km2KmPIA3uO7ZDEWWaur6t1ZjT_P4kLSktH9-lIZl2ClygXzSsc6-a60iF0l-5UHvd&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐃𝐢𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐢 Melihat sambutan yang diberikan sepanjang Hari TVET Negara 2026, saya semakin yakin bahawa TVET kini bukan lagi pilihan alternatif, sebaliknya telah menjadi laluan utama dalam membina masa depan generasi muda. Insya-Allah, usaha memperkukuh ekosistem TVET melalui TVET 2.0 dan kerjasama strategik bersama industri akan terus dipergiat demi melahirkan bakat tempatan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan ekonomi masa depan negara. #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #TVET2.0 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQMnLmPa/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZUpQocS9ka/?igsh=b2N4ZmVxazRjeml0 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1E4FiyHeVh/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 Alhamdulillah, Sambutan Hari TVET Negara 2026 telah melabuhkan tirainya semalam. Saya amat teruja apabila menerima makluman bahawa sambutan kali ini telah mencatatkan kehadiran seramai 510,151 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di Dataran Putrajaya. Angka ini merupakan manifestasi keyakinan rakyat terhadap TVET sebagai pilihan utama kerjaya dan masa depan negara. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan #HTN2026 ini termasuk kementerian dan agensi, institusi TVET, rakan-rakan industri, tenaga pengajar, pelajar, petugas, sukarelawan, rakan-rakan media serta seluruh pengunjung yang hadir dari seluruh pelosok negara. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sejarah Hari TVET Negara 2026. Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, perjalanan ini akan terus kita perkukuhkan dan saya berharap dapat bertemu lagi dengan anda semua pada Hari TVET Negara 2027. #HTN2026 #TVET2.0 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CykRefWZ5/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZUlQwRy0O3/?igsh=MWVjMGp6YzE0MDR5eA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063931759134400578?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZUlY5Dj3db?xmt=AQG0Ni9PpHpk_JaSI9sxRwztvkL4AjbrvJBkTK635va7UlVagpJGKIcqp-WGGgeq8uuIMQge&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Jangan berhenti sehingga hati rakyat Johor benar-benar terpaut semula dengan Barisan Nasional. #BNJohor #BangsaJohor #BarisanNasional #MajuJohor 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQMXxoXD/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZUh8LGyeAV/?igsh=bDhlNm43cThzMDAx 📱FB: https://fb.watch/HCj-fQWgA_/?mibextid=wwXIfr&fs=e 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel