fa
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
362
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 Saya meneruskan agenda di Hari TVET Negara 2026 ini dengan menyempurnakan Majlis Perasmian GITC TVET Placement Centre (GTPC) bersama rakan-rakan industri. Alhamdulillah, perkembangan TVET negara hari ini amat memberangsangkan. Peningkatan enrolmen yang berterusan serta semakin ramai anak muda memilih laluan TVET menunjukkan bahawa keyakinan masyarakat terhadap pendidikan berasaskan kemahiran semakin kukuh. Namun, apabila semakin ramai bakat dilahirkan, kita juga perlu memastikan peluang industri berkembang seiring. Justeru, pelancaran TVET 2.0 dan penubuhan GTPC amat penting dalam memastikan latihan, penempatan industri, perantisan dan peluang pekerjaan dapat dipadankan dengan lebih tersusun mengikut keperluan sebenar pasaran. Saya percaya GTPC mampu menjadi jambatan yang menghubungkan bakat dengan industri, sekali gus membantu melahirkan tenaga kerja yang benar-benar bersedia untuk memenuhi keperluan sektor strategik negara. Kejayaan TVET tidak boleh diukur pada jumlah pelajar yang memasuki institusi semata-mata. Kejayaan sebenar ialah apabila kemahiran yang dipelajari diterjemahkan kepada pekerjaan yang berkualiti, pendapatan yang lebih baik dan masa depan yang lebih terjamin. Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara Kerajaan, institusi latihan dan industri, kita akan terus memperkukuh ekosistem TVET negara agar kekal relevan dan menjadi antara pemacu utama kemajuan Malaysia pada masa hadapan. #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #TVET2.0 #GTPC #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1HMummNqZ3/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZPKjQnEqQx/?img_index=9&igsh=MXBpdXpidWdiMzVkZg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063169163754106954?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZPKhvriTwb?xmt=AQG02_7KeqUTdtlurqN4e7lNnKZK8YW6zJbXbT_aV_oCw6GwYhuEnNLiOFGEdCAPa5m13O0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝟐.𝟎: 𝐄𝐯𝐨𝐥𝐮𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Alhamdulillah, Sambutan Hari TVET Negara 2026 hari ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dataran Putrajaya. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas sokongan serta komitmen berterusan beliau dalam memperkukuh agenda TVET sebagai antara keutamaan pembangunan negara. Kehadiran beliau pada Sambutan Hari TVET Negara tahun ini juga merupakan tahun ketiga berturut-turut bersama warga TVET negara, sekali gus mencerminkan kesungguhan kepimpinan tertinggi Kerajaan dalam memartabatkan TVET sebagai Agenda Nasional. Kemuncak sambutan tahun ini sudah tentu pelancaran TVET 2.0 yang menandakan evolusi baharu pembangunan bakat negara. TVET 2.0 akan memberi tumpuan kepada sistem latihan yang lebih responsif, lebih fleksibel dan lebih rapat dengan keperluan sebenar industri, khususnya dalam bidang-bidang strategik masa hadapan seperti kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, MRO, kejuruteraan maritim dan teknologi baharu yang semakin menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Saya juga menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai penyediaan dana sebanyak RM50 juta melalui PTPK bagi menyokong pelaksanaan TVET 2.0. Langkah ini akan membantu mempercepat pembangunan bakat tempatan selaras dengan permintaan industri yang semakin meningkat terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi. Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya percaya TVET 2.0 akan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Malaysia untuk memperoleh kemahiran bernilai tinggi, pekerjaan yang berkualiti dan masa depan yang lebih cerah. Insya-Allah, kita mahu TVET terus menjadi pilihan utama kerjaya, manakala bakat dan kemahiran menjadi kekuatan yang membawa Malaysia melangkah lebih jauh pada masa hadapan. #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #TVET2.0 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid02VRYMnkES7oTzePJNf3mTf9QCnMbxN1dmNKLtMW59Cne69qKJiS2iSJ9ndq6v2RvAl/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZPDsaXElxp/?img_index=9&igsh=MXNpNm43anh4ZTFzaA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063153980830790128?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZPDxVDj7wN?xmt=AQG08yseCmRIaXuSPIH4ywKvDsNg-ZxCm9mMYLTC7RNol7BLzOfJoAGU2w1REx7XQaI_QM50&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 Saya memulakan hari kedua Sambutan Hari TVET Negara 2026 dengan bersiaran secara langsung bersama Selamat Pagi Malaysia dari Dataran Putrajaya. Dalam sesi tersebut, saya telah berkongsi mengenai peranan TVET dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan yang semakin dipengaruhi teknologi, automasi dan kecerdasan buatan (AI). Saya turut menegaskan bahawa TVET hari ini merupakan laluan utama yang mampu melahirkan bakat berkemahiran tinggi dalam memenuhi keperluan industri serta membuka peluang kerjaya yang lebih luas kepada generasi muda. Saya juga turut menyentuh mengenai perkembangan positif ekosistem TVET negara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Alhamdulillah, semakin ramai anak muda memilih TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya, selari dengan keperluan industri yang terus berkembang dan memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Justeru, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke Dataran Putrajaya dan merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan sepanjang Sambutan Hari TVET Negara 2026. Pelbagai pameran teknologi, peluang kerjaya, seminar industri, pertandingan kemahiran serta aktiviti interaktif menanti anda. Insya-Allah, sambutan ini masih berlangsung sehingga esok. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana TVET sedang membentuk masa depan Malaysia. Jemput hadir beramai-ramai! #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET #TVETUntukSemua 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Ch12vuUpu/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZOrn-sEowL/?img_index=3&igsh=MTl5cW9zZjB3OHhvbw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063101168835018944?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZOrrBGD8Xf?xmt=AQG0O0vdY7ocjSTUUFYQeM3t9Fvqwxjpd5vGGWxrSViNt0Fg0uUGBs86lr19kNBBdnz_xJFd&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 Petang tadi, saya meluangkan masa meninjau sendiri suasana hari pertama Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang sedang berlangsung di Dataran Putrajaya. Alhamdulillah, saya gembira melihat kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan belia dan pelajar yang hadir untuk meneroka peluang pendidikan, latihan kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan melalui TVET. Ada juga ibu bapa yang turut membawa anak-anak mereka untuk melihat sendiri potensi besar yang tersedia dalam bidang ini. Saya turut berkesempatan melawat reruai pameran dan bertemu dengan para peserta serta pempamer yang menjayakan sambutan kali ini. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada para pengunjung yang hadir pada hari pertama. Saya berharap setiap pengisian dan aktiviti yang disediakan dapat memberi manfaat serta membuka perspektif baharu mengenai dunia TVET yang semakin berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Di kesempatan ini, saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke Dataran Putrajaya esok bagi sama-sama menyaksikan Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jemput datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Masih banyak aktiviti menarik menanti anda sepanjang sambutan ini berlangsung. Kita jumpa esok yaa. #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET #TVETUntukSemua 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CyEHBSXyF/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZNBaspkgHT/?img_index=14&igsh=MWJkcnFmdDBwMDZn 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2062867731637321733?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZNBodRjw6z?xmt=AQG0aD50gzeLsSkZiQSBsd8Fwd-KgNBHWoAbLWPX_fy4WzjsLyEh2nse_AUMPuv7spgC3vOx&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐤𝐡𝐥𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚, 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 Islam mengajar kita bahawa kekuatan sesebuah masyarakat bukan hanya diukur melalui pembangunan dan kemajuan yang dicapai, tetapi juga melalui akhlak, disiplin serta tanggungjawab dalam memelihara keharmonian bersama. Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri, memperkukuh nilai-nilai murni serta memainkan peranan dalam menyebarkan kebaikan di samping memelihara perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga segala usaha kita diberkati dan dipandu oleh Allah SWT. Insya-Allah. #RisalahTaalim #JumaatMubarak 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQdgqewh/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZMJ3aoS5Bd/?igsh=YTRxMnptdnVheDFj 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AyuadrFVy/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢! Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Sambutan Hari TVET Negara 2026 kini membuka tirainya di Dataran Putrajaya. Saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan sambutan yang akan berlangsung bermula jam 9 pagi hari ini sehingga 7 Jun 2026. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk pameran teknologi dan inovasi, karnival kerjaya, pertandingan kemahiran, seminar industri, demonstrasi teknologi serta pelbagai pengisian interaktif untuk seisi keluarga. 📍 Dataran Putrajaya 🗓️ 5 - 7 Jun 2026 ⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam Jom bersama-sama kita meraikan bakat kemahiran dan masa depan negara di Hari TVET Negara 2026. Jumpa anda di sana! #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #JomPilihTVET #TVETUntukSemua #TVETPilihanUtamaKerjaya 📱FB: https://www.facebook.com/share/18TMSpoGee/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZLuzSvkiUY/?img_index=3&igsh=bGZqMGNrZzM4cHJs 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2062686294904651901?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZLu1VpDxxr?xmt=AQG07R9fTlYrMUZz3zH1GKJsWRzuGZSDEloD9BSX97pa7RRgGu08W90CTxj-fbIw3h0ZJlNH&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐓𝐌 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 Saya juga turut menyempurnakan Majlis Kerjasama Strategik antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Perdana Putra hari ini. Kerjasama ini merupakan komitmen Kerajaan untuk memperluaskan akses kepada latihan kemahiran, peningkatan kemahiran, latihan semula serta peluang pekerjaan yang lebih tersusun kepada bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya dalam sektor pengangkutan. Saya sentiasa percaya bahawa anggota, bakal pesara dan veteran ATM merupakan aset strategik negara. Mereka memiliki disiplin yang tinggi, pengalaman operasi yang luas serta kemahiran yang amat bernilai untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara selepas menamatkan perkhidmatan. Alhamdulillah, sebagai langkah awal, sebanyak 3,208 peluang pekerjaan telah dikenal pasti merangkumi pelbagai subsektor termasuk logistik, pelabuhan, rel, pengangkutan awam, pengangkutan darat dan rantaian bekalan. Insya-Allah, ianya akan membuka laluan kerjaya kedua yang lebih mampan kepada veteran ATM, sambil membantu memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam industri pengangkutan negara. Bagi saya, inilah antara kekuatan sebenar TVET. TVET bukan hanya tentang latihan dan pensijilan, tetapi tentang membuka peluang, meningkatkan kebolehpasaran dan membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Sebab itu saya sentiasa menekankan pendekatan yang menghubungkan latihan kepada pekerjaan dan kemahiran kepada peluang kerjaya sebenar. Saya berharap kerjasama strategik ini menjadi model kerjasama rentas kementerian yang mampu diperluaskan ke sektor-sektor lain pada masa hadapan. Apabila Kerajaan, industri dan institusi latihan bergerak seiring, insya-Allah kita akan dapat melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri serta membina ekosistem pembangunan bakat yang lebih mampan dan berdaya saing untuk negara. #MOT #MINDEF #VeteranATM #TVETMalaysia #TVETPilihanUtamaKerjaya #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/18GLhfqCNc/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZKGGz2kniy/?img_index=7&igsh=OW5qZjF0ZXhndzRm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2062455871473594452?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZKGH4Ij5rA?xmt=AQG0S55_EX6SVQBpKVUPNr06TTb27ZcGRScyWbFTAxwxupLhxCG1e5hU1MuKnAS6a6T5eLrA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 Selesai Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW pagi tadi, saya terus ke Perdana Putra bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 2/2026. Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada beberapa agenda strategik bagi memperkukuh ekosistem TVET negara, khususnya dalam sektor pertanian dan pembinaan yang mempunyai peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara. Bagi sektor pertanian, perbincangan tertumpu kepada keperluan memperkukuh pembangunan bakat dan kemahiran bagi memastikan sektor agromakanan negara terus berdaya saing, produktif dan mampu menyokong agenda keterjaminan makanan negara. Mesyuarat juga mengambil maklum Pelan Pelaksanaan TVET Pembinaan CIDB Malaysia 2026-2030 yang akan memperkukuh pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan, selaras dengan keperluan industri yang semakin dipacu oleh teknologi, automasi dan inovasi. Dalam masa yang sama, mesyuarat turut meneliti persiapan akhir Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya bermula esok hingga 7 Jun 2026 dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya”. Saya sentiasa percaya bahawa TVET akan terus menjadi antara pemacu utama pembangunan modal insan negara. Melalui kerjasama erat antara Kerajaan, industri dan institusi latihan, kita mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang kompeten, inovatif dan bersedia mendepani cabaran ekonomi masa hadapan. Justeru, saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya. Jumpa anda di sana! #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET #TVETUntukSemua 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DcDaqE5Vs/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZJ_RkTyB38/?igsh=YjkxN3Iwc2hkaGc0 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2062440727343444461?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZJ_XN1j6o0?xmt=AQG07V2XJQsvLEaXbmx4-Twf0A31vSc49ZVKJIZmm3K_z6uD3WoMJ-Lxfy68A8gP6S53vxIA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐊𝐞 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐬 Pagi tadi saya bersama warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun 2026. Dalam amanat yang saya sampaikan, saya telah mengingatkan warga KKDW bahawa pembangunan luar bandar hari ini perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar. Desa bukan lagi soal pembangunan fizikal semata-mata, tetapi merupakan asas kepada ketahanan negara, kesejahteraan rakyat dan kekuatan ekonomi masa hadapan. Justeru, agenda Ekonomi Desa Nasional perlu terus diperkukuh sebagai usaha menyusun seluruh potensi desa dalam satu ekosistem yang saling melengkapi. Infrastruktur mesti membuka akses kepada ekonomi. Pendidikan mesti melahirkan generasi yang lebih berdaya saing. Latihan kemahiran mesti membawa kepada pekerjaan. Keusahawanan pula mesti disambungkan kepada pasaran yang lebih luas. Apabila semua elemen ini bergerak seiring, desa bukan hanya menjadi kawasan yang menerima pembangunan, tetapi pusat penciptaan nilai dan pertumbuhan baharu negara. Saya turut menegaskan bahawa kejayaan sebenar tidak boleh diukur hanya melalui jumlah projek yang disiapkan atau peruntukan yang dibelanjakan. Yang lebih penting ialah sejauh mana usaha yang kita laksanakan benar-benar mengubah kehidupan rakyat, meningkatkan pendapatan mereka, membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh mobiliti sosial masyarakat desa. Kita juga kini memasuki pertengahan tahun 2026. Ini adalah masa terbaik untuk menilai semula apa yang telah berjaya dilaksanakan, mengenal pasti ruang penambahbaikan dan memastikan setiap program yang digerakkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Saya yakin, jika seluruh warga KKDW terus bergerak sebagai satu pasukan dengan amanah yang ikhlas, tindakan yang pantas dan fokus kepada keberhasilan, kita mampu membawa pembangunan desa ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan negara. Insya-Allah. #KKDW #PejuangDesa #EkonomiDesaNasional #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1BGgPCvAps/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZJv1jfkjZt/?img_index=8&igsh=bXV0ZG8zMGFwaXZq 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2062406696023294016?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZJv005D68S?xmt=AQG0lTWViEQkfwIPGOgPNfJWYpCPDelDPQiDC_Do2z7D9pudW1WTTUcwPMHF-L5-HRiFH2EO&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 Di bumi Terengganu Darul Iman petang tadi, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026. Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa agenda ekonomi Bumiputera perlu bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Tumpuan tidak boleh lagi hanya tertumpu kepada penyertaan, sebaliknya mesti diterjemahkan kepada pemilikan, penguasaan teknologi dan keupayaan memimpin rantaian nilai yang lebih besar serta berstrategik. Dunia sedang berubah dengan pantas. Dalam era ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu, Bumiputera perlu berada di barisan hadapan sebagai pencipta nilai, pemilik platform, peneraju inovasi dan pemain utama dalam sektor ekonomi masa depan. Pada masa yang sama, usaha memperkasa ekonomi Bumiputera memerlukan kerjasama yang lebih tersusun antara Kerajaan, institusi pendidikan, pemain industri, agensi, syarikat berkaitan Kerajaan dan usahawan sendiri. Cabaran yang semakin kompleks menuntut kita bergerak sebagai satu ekosistem yang saling melengkapi dan memperkukuh antara satu sama lain. Saya berharap KEUB 2026 menjadi titik tolak kepada pelaksanaan yang lebih berani dan berkesan dalam memperkasa ekonomi Bumiputera. Segala idea, cadangan dan resolusi yang dibincangkan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang mampu membuka lebih banyak peluang serta meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam sektor-sektor strategik negara. Insya-Allah. #KEUB2026 #KongresEkonomiUsahawanBumiputera #EkonomiBumiputera #UsahawanBumiputera 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14fV3BkJ3rV/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZFTEW9Eh-r/?img_index=12&igsh=NGxhYXRhMm9rOGVt 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2061780617629667710?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZFTQmrj1ht?xmt=AQG0-HKyw3Le5BTrlF0bR4ZBRfzv2vlMumbNtvbW8qLCE4hIp3Mgfw_v748YmUBwak_SzNph&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 Hari ini, 2 Jun 2026, kita sekali lagi menyambut Hari TVET Negara sebagai manifestasi pengiktirafan terhadap peranan besar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional dalam membina masa depan negara. Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TVET yang terdiri daripada para pendidik, tenaga pengajar, institusi latihan, pemain industri, majikan, agensi Kerajaan, sektor swasta, rakan strategik serta para pelajar yang bersama-sama menggerakkan agenda pemerkasaan TVET selama ini. Alhamdulillah, usaha yang dilaksanakan secara berterusan ini sudah mula memperlihatkan hasil yang membanggakan. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kadar kebolehpasaran graduan TVET telah meningkat kepada 95.9% pada tahun 2025 berbanding 95.6% pada tahun sebelumnya. Kejayaan ini adalah hasil komitmen dan kerjasama semua pihak yang percaya bahawa pendidikan berasaskan kemahiran merupakan antara pemacu utama kepada ekonomi yang lebih berdaya saing dan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang. Bersempena dengan Hari TVET Negara, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun ini. Pelbagai pengisian menarik menanti anda, termasuk pameran teknologi dan inovasi, peluang kerjaya, pertandingan kemahiran serta aktiviti interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga. Insya-Allah, jumpa anda di sana! “TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA” #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #JomPilihTVET #TVETUntukSemua #TVETPilihanUtamaKerjaya 📱FB: https://www.facebook.com/share/1GPK2Mv22p/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZEjCCJSu2x/?igsh=MWJxcDFpamx4ZTUydg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2061674939724497297?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZEjG3vD2xa?xmt=AQG0vTzEjGU4CQ-1uTpWNhGql9n1-LskF3LUmijj5MoOtKq7cKWQw7RXXe12pea0YzDO8sGE&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐊𝐞-𝟔𝟖 Bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-68 hari ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga TUDM, sama ada yang sedang berkhidmat mahupun para veteran yang telah mencurahkan bakti kepada negara. Selama 68 tahun, TUDM berdiri sebagai benteng utama pertahanan ruang udara negara, memastikan kedaulatan tanah air terus terpelihara dalam suasana keselamatan yang semakin mencabar dan kompleks. Di sebalik kekuatan pertahanan negara, saya juga amat menghargai peranan TUDM yang sentiasa tampil membantu rakyat dalam pelbagai situasi. Dalam urusan pengurusan bencana dan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang saya sendiri ikuti.. Profesionalisme, kepantasan tindakan serta komitmen warga TUDM sentiasa memberikan keyakinan bahawa negara memiliki pasukan yang sentiasa bersedia berkhidmat demi rakyat. Daripada juruterbang, kru udara, jurutera, juruteknik hinggalah anggota sokongan di darat, setiap daripada mereka memainkan peranan penting dalam memastikan setiap misi dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan selamat. Saya mendoakan semoga TUDM terus melakar kejayaan dan terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. “Kuasa Udara, Perisai Negara” #TUDM #HUTTUDM68 #KuasaUdaraPerisaiNegara 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CnPwRRuFb/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZCZbVsEkqu/?igsh=MXExN3cxZmlldGJvdw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2061373711018770700?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZCZfg8AD0T?xmt=AQG0T1ty7UGwVGa12jyY5FcIXSy1sTJUCqqXNnZ9Z45-t7t3butdtSuakQL1r7f_FLJa3vw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 Menghadiri Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara. Patik merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah serta mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan dan berada dalam lindungan rahmat Allah SWT. Daulat Tuanku! 📱FB: https://www.facebook.com/share/1NnQRQ9jL6/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZCQI-BSw5X/?igsh=eGRydnNiMjNxdWZu 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2061353534927569149?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZCRIumj3He?xmt=AQG0gX3sWFjM3n1wkK-jsUg6zPwInOZsiD1gM-5qrAx827II7S46wNcUCeD6FPPASNcOUvoY&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐊𝐞-𝟓𝟐 Alhamdulillah, hari ini genap 52 tahun penubuhan Barisan Nasional, sebuah gabungan politik yang lahir daripada semangat persefahaman, kesederhanaan dan kesediaan untuk membina negara melalui kerjasama pelbagai kaum serta latar belakang. Sepanjang lebih lima dekad, Barisan Nasional telah melalui pelbagai fasa perjuangan. Ada ketika memimpin negara dalam era pertumbuhan dan pembangunan, ada ketika berdepan cabaran serta ujian yang mengajar erti ketabahan dan muhasabah. Namun satu perkara yang tidak pernah berubah ialah komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mempertahankan kestabilan negara. Dalam landskap dunia yang semakin kompleks, rakyat mahukan politik yang matang, kepimpinan yang bertanggungjawab serta penyelesaian yang mampu menjawab cabaran semasa. Barisan Nasional mesti terus bergerak ke hadapan dengan semangat pembaharuan, berpaksikan pengalaman dan sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan tuntutan masa depan. Sebagai Pengerusi Barisan Nasional, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pimpinan, ahli, jentera dan penyokong yang terus setia mendukung perjuangan ini. Kesetiaan, pengorbanan dan keyakinan saudara-saudari semua menjadi kekuatan yang menggerakkan Barisan Nasional hingga ke hari ini. Percayalah, perjalanan di hadapan tidak akan sentiasa mudah. Kita akan berdepan pelbagai medan sehingga medan terbesar Pilihan Raya Umum tidak lama lagi. Namun saya yakin, selagi kita teguh bersatu, setia kepada perjuangan, memahami denyut nadi rakyat serta terus bekerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab, InsyaAllah, Barisan Nasional akan terus kekal relevan, mendapat kepercayaan rakyat dan kembali memperoleh mandat yang lebih kukuh pada masa hadapan. Selamat Ulang Tahun Barisan Nasional ke-52. Hidup Barisan Nasional! #BN52Tahun #BarisanNasional #DemiMalaysia 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14f1iThXiwq/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZB2DoZyCxk/?igsh=MTIyb2twa3g2NTFpMg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2061294918467993919?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZB2YtVjz0W?xmt=AQG0mFRd6VHkOKdUb107o-4JvB7v35UG9as1LtM7h4YgpwYxRNcYe8HMri-hTkQX9Ky-k04&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮! Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H. Patik dan seisi keluarga dengan penuh takzim menjunjung kasih dan mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta terus bersemayam di atas takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan dan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta negara tercinta. Daulat Tuanku! 📱FB: https://www.facebook.com/share/1LH59dzgSc/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZBn-G5ye5f/?igsh=b2dwYXpndGsxNjcy 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2061265061407244498?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZBosdtj0XQ?xmt=AQG0L4PwtnFALxx3M2fKAPJK28wVScQCCJwW4GiVHEB2NQkToa7WwIXXEF2ozwu6YMSVX4jc&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐨𝐝𝐢𝐮𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐝𝐢 𝐆𝐏 𝐈𝐭𝐚𝐥𝐢 Luar biasa! Kejayaan yang cukup bermakna. Selepas hampir sedekad, Malaysia kembali menaiki podium Moto3 di pentas Grand Prix (GP). Tahniah kepada Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam perlumbaan GP Itali di Litar Mugello hari ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan serta mengharumkan nama negara di persada dunia. #GPItali #Tempatketiga #MalaysiaBoleh #LitarMugello 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1NU6U97Euk/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZAUVMdyWDb/?igsh=eDhwaTNuams2enFu 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2061083567715954696?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZAWB8sj8TL?xmt=AQG0z3xTZbUI7oOUCHxNUoj2ZMD9WiquR3vmTRXWiWRyVcPNzwi-pNl65EqwVCrfjtYHBTVc&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 Insya-Allah, bermula 1 Jun hingga 12 Julai 2026, seluruh Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara akan berhimpun dalam Persidangan Tahunan UMNO bagi memperkukuh saf perjuangan serta memperbaharui iltizam kepada parti, rakyat dan negara. Persidangan kali ini berlangsung dalam suasana dunia yang semakin mencabar dengan tekanan ekonomi global, perubahan teknologi yang pantas serta pelbagai cabaran sosial yang menuntut kita terus berfikir jauh ke hadapan dan menawarkan penyelesaian terbaik kepada rakyat. Pada usia 80 tahun, UMNO tidak boleh hanya bergantung kepada sejarah perjuangannya semata-mata. Masa depan memerlukan keberanian untuk berubah, kebijaksanaan menyesuaikan diri serta kesungguhan untuk terus kekal relevan dalam memenuhi harapan rakyat. Justeru, saya berharap persidangan pada tahun ini menjadi medan untuk kita memperkukuh agenda Rumah Bangsa serta Musyawarah Nasional untuk kita menyatukan pemikiran, mengukuhkan institusi bangsa serta kerjasama yang lebih luas demi kepentingan Malaysia. Saya menyeru seluruh perwakilan agar memanfaatkan persidangan ini dengan penuh hikmah, matang dalam menyampaikan pandangan serta sentiasa meletakkan kepentingan parti dan rakyat mengatasi segala-galanya. Insya-Allah UMNO akan terus menjadi wadah yang diyakini rakyat dan kekal memainkan peranan penting dalam perjalanan negara. Selamat bersidang kepada seluruh warga UMNO. Bersatu. Bersetia. Berkhidmat. Hidup UMNO! #UMNO80Tahun #UMNO #DuluKiniSelamanya #BersatuBersetiaBerkhidmat 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1D49XMxus2/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZAQHAJkoou/?igsh=MTF6Z2U5dmZ4OHdlcA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2061070333193707599?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZAQEhbEXDe?xmt=AQG0Q_rDZ58EiHJ35ANHFOW2cFJ3CYSenlvsd5qetCeEC7X2POZUEruXPnBUvY3ZTyo4BIxZ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧: 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 Alhamdulillah, Mei tahun ini sudah melabuhkan tirainya dan secara peribadi telah meninggalkan banyak kenangan yang cukup bermakna buat saya. Daripada sambutan 80 tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, ulang tahun ke-60 MARA, Musyawarah Nasional hinggalah pelbagai pertemuan dan wacana yang mempertemukan pemimpin, ilmuwan, pendidik, anak muda serta masyarakat, semuanya berkongsi satu tujuan yang sama iaitu mencari jalan terbaik untuk masa depan bangsa dan negara. Saya percaya, setiap perjalanan yang dilalui bukan tentang siapa yang berada di hadapan.. tetapi tentang ke mana kita mahu membawa generasi yang akan datang. Banyak cabaran sedang menanti di hadapan. Dunia berubah dengan pantas dan persaingan menjadi semakin sengit. Namun saya tetap yakin bahawa selagi kita mempunyai keberanian untuk bermuhasabah, kebijaksanaan untuk bermusyawarah dan kesungguhan untuk bekerja, Malaysia akan terus melangkah sebagai sebuah negara yang stabil dan dihormati di mata dunia. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan perjuangan ini. Mudah-mudahan segala usaha yang digerakkan hari ini menjadi asas kepada masa depan yang lebih baik buat anak-anak kita, bangsa kita dan tanah air yang kita cintai. Keresahan yang ada hari ini juga mudah-mudahan dapat kita terjemahkan menjadi kekuatan dan arah yang lebih jelas untuk generasi akan datang. Insya-Allah. 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSxWm9H2Y/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZAJQpNSP_2/?igsh=aWxjZ3o2YW94cGVo 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1L9Bw1Wg1j/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/E9tgX2VtrvE?si=RnDQgMpWcLwawsfP 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝟓 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢! Insya-Allah, Sambutan Hari TVET Negara 2026 akan berlangsung di Dataran Putrajaya dengan pelbagai pengisian menarik untuk seluruh rakyat Malaysia. Jemput hadir beramai-ramai kita meriahkan sambutan #HTN2026 seperti ketetapan berikut: 📅 5 - 7 Jun 2026 ⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam 📍 Dataran Putrajaya Jumpa anda di sana! #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #JomPilihTVET #TVETUntukSemua #TVETPilihanUtamaKerjaya 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSxW6J6tA/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DY_0qlbyoBq/?igsh=M2h4bW5jeTU2a3Nt 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1ERG17VpBY/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐞𝐬𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔 Selamat Hari Wesak saya ucapkan kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia yang meraikannya hari ini bersama keluarga dan insan tersayang. Kepelbagaian agama, budaya dan tradisi yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia terus mencerminkan semangat keharmonian dan saling menghormati yang kita amalkan selama ini. Keunikan inilah yang membentuk identiti negara kita serta menjadi antara kekuatan dan tarikan Malaysia di mata dunia. Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua yang meraikannya. Selamat Hari Wesak 2026. #HariWesak2026 #VesakDay2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CucabiGHo/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DY-4ua3SIQa/?igsh=MW52MTZ3OW10NHU2dQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2060881590981689557?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DY-6WIkD5Rw?xmt=AQG0UzmDy9CSS5phP8-VZQdTWeH_X3cnJkBY5-3g78ah-Fz9WZfdd0j_wNLnM6XCRl7KOTVM&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel