Nota SSPA Keknie
前往频道在 Telegram
Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.
显示更多未指定国家未指定类别
📈 Telegram 频道 Nota SSPA Keknie 的分析概览
频道 Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) 是活跃参与者。目前社区聚集了 31 511 名订阅者,在 其他 类别中位列第 。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 31 511 名订阅者。
根据 08 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 4 945,过去 24 小时变化为 6,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 43.96%。内容发布后 24 小时内通常能获得 16.58% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 13 847 次浏览,首日通常累积 5 224 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 38。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”
凭借高频更新(最新数据采集于 10 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 其他 类别中的关键影响点。
31 511
订阅者
+624 小时
+1777 天
+4 94530 天
帖子存档
31 508
Pencen Tanggungan
.. Adalah tambahan kepada faedah persaraan yang lain. Tambahan mksdnya bagi balu/duda dan anak2 yg terima Pencen Terbitan, pun layak terima Pencen Tanggungan. Bukan ibu / bapa sahaja.
Pencen terbitan bagi balu/duda tidak terhenti kalau kawin baru, tapi Pencen Tanggungan terhenti bila kawin baru.
Pencen terbitan kiraan sama mcm pencen pegawai kalau dia masih hidup :
1/600 x tempoh bulan perkhidmatan x gaji pokok terakhir
Syer balu/duda : 2 syer. Syer anak : 1 syer.
Pencen tanggungan kiraan bergantung pada berapa ramai penerima, seperti di bawah.
Bagi gemulah bujang yang tiada waris, ibu akan terima Pencen Tanggungan sebanyak 1/6 drpd gaji akhir pegawai.
Dengan syarat, kematian adalah atas sebab dinyatakan di bawah.
Keknie Sha
31 508
Pencen terbitan hanya layak utk pasangan(suami/isteri) dan anak2. Jadi untuk pegawai bujang, ibu/bapa tidak akan jd penerima Pencen terbitan.
Walau bagaimanapun, Ganjaran terbitan, GCR terbitan, ex gratia terbitan, ex gratia kematian sekaligus akan layak diterima oleh ibu. Sekiranya tiada ibu, maka bapa akan jadi penerima. Semua bayaran ini adalah sekaligus, bukan bulanan.
Pencen tanggungan pula adalah bagi kes kematian tertentu, meninggal dunia akibat kemalangan atau bencana atau penyakit yang berpunca secara langsung daripada tugas rasmi, dan bukan kecuaian sendiri. Yang ini dibayar secara bulanan kepada ibu. Kadar nya adalah 1/6 daripada gaji akhir gemulah yg bujang.
Bagi pegawai bujang yang tiada ibu bapa, ganjaran dan GCR terbitan akan dibayar kepada wakil yang sah, contohnya adik beradik/saudara mara terdekat namun ianya akan memerlukan dokumentasi dan proses lain yang perlu dirujuk di KWAP/JPA Pencen.
Keknie Sha
31 508
BMJ dan BPJ boleh diuruskan segera selepas waris selesai menguruskan jenazah. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kematian pegawai.
Yang pencen terbitan, ex gratia kematian, Ganjaran terbitan , GCR terbitan itu akan diuruskan kemudian antara waris, jabatan dan KWAP/JPA Pencen. Yang tu kita cerita tajuk lain.
Keknie Sha
31 508
Betul ke kalau pegawai dah naik pangkat TBK1, tak layak naik gred hakiki lebih tinggi? Kalau nak mohon naik pangkat gred hakiki lebih tinggi, kena naik hakiki di gred TBK1 tu dulu?
Contoh,
N1 lepas 13 tahun naik N2(TBK1).
Kemudian lepas 9 tahun di TBK1 ada iklan N3 hakiki.
N2(TBK1) boleh mohon ke N3 hakiki tu kalau cukup syarat ditetapkan?
Boleh. Kenapa ramai cakap tak boleh ye?
Pekeliling cakap boleh. Pekeliling siap pesan dah "hendaklah dipertimbangkan bersama".. Kita pulak tak bagi ek 😆 😁 N2(TBK1) tak perlu berada di post N2 hakiki untuk isik post N3 hakiki.
Kita jangan dengar cakap2 orang. Kita cari pekeliling dulu utk rujukan. Kalau ada kemusykilan baru kita rujuk pihak berwajib seperti JPA dan SPA.
Keknie Sha
31 508
#1hari1nota
Sebelum lunch kita share 1 hari 1 nota dulu.
Cuti Menjaga Anak.
Mulai SSPA pada 1.12.2024 CMA bukan saja boleh digunakan oleh isteri tetapi jugak suami.
CMA adalah sejenis Cuti Tanpa Gaji. Jadi kesannya sama mcm CTG :
Tidak layak dibayar gaji dan elaun, hilang kekananan, tempoh CMA tidak diambil kira untuk kiraan faedah persaraan, CMA jugak mengurangkan kelayakan CR Tahunan.
Tetapi, pegawai tidak perlu menghabiskan Cuti Rehat yang layak sebelum menggunakan CMA.
Kelayakan Ibu :
1. Bersambung dengan Cuti Bersalin : 5 tahun (sepanjang perkhidmatan)
2. Tidak bersambung dengan Cuti Bersalin : 1 tahun (tapi 1 tahun ni adalah termasuk dlm kelayakan 5 tahun sepanjang perkhidmatan)
3. Maksimum sehingga anak berumur 5 tahun
Kelayakan bapa :
1. 1 tahun sahaja sepanjang perkhidmatan
2. Maksimum sehingga anak umur 5 tahun sahaja.
Kelayakan ini tidak bergantung pada tempoh perkhidmatan pegawai, tapi hanya layak untuk lantikan TETAP sahaja. COS dan Interim tidak layak menggunakan CMA.
Keknie Sha
31 508
Salam semua. Saya share beberapa contoh template Surat Permohonan untuk Bersara Pilihan atas bbrp sebab seperti dinyatakan dalam surat. Ubahsuai dimana berkaitan ye.
31 508
FAQ Ceraian PP1.3.4 - Adakah pemberian awal award tunai GCR dikenakan cukai? https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2023/faq_se12052023_1.pdf
31 508
#1hari1nota
Syarat dah di senarai di dlm infografik. persoalan yg slalu org tny boleh tak nak claim kurang dr 90 hari contoh nya 45 hari je? Tak boleh ye. Untuk claim awal ni tempoh hari tu dah fix 90 hari. tak boleh lebih, tak boleh kurang.
Kalau umur saya 45 tahun ni tapi Disember nanti boleh mohon awal tak? Tak boleh jugak, kena dah genap 45 tahun baru boleh mohon.
Begitu juga tempoh perkhidmatan. Kena dah cukup 15 tahun servis baru layak. Kalau ada CTG kena tolak dlu, baru kira balik tempoh perkhidmatan.
Kalau dah keluarkan 90 hari, boleh tak kumpul lagi lepas ni? Boleh. Tapi masa pencen hanya layak claim baki 90 hari, lebihan yg dikumpul boleh digunakan sebagai Cuti Rehat tahun akhir persaraan.
Kat mana nak rekod kelulusan GCR 90 hari ni dalam HRMIS ye? mmg tak boleh tolak dlm hrmis, hanya dpt buat catatan pada tahun GCR diluluskan di selenggara data sejarah Maklumat GCR.
Keknie Sha
31 508
PERMOHONAN PEMBERIAN AWAL AWARD GCR 2026 DAN PENGELUARAN AWAL BAGI TUJUAN HAJI.
Surat edaran dah keluar korang.. Keknie ambik page yg berkaitan saja senang nak rujuk.
Ringkasan selepas saya baca sekilas pandang (sebab saya bz pagi ni tp kena sampaikan juga benda penting ni haha)
1. Mulai 2026, permohonan ni kena guna sistem. So kena daftar dulu wakil2 jabatan ni nak akses. Kecuali PDRM sbb HRMIS dia tak sama so dapat pengecualian buat manual.
2. Tarikh tutup permohonan utk award GCR biasa 30.09.2026
3. Had pengeluaran masih sama 90hari. Termasuk utk kegunaan haji
4. Pengeluaran GCR untuk kegunaan Haji :
- had maksimum RM10,000
- Mesti dah dapat surat jemputan haji tahun ni
- boleh mohon bila2 masa sepanjang tahun, tak terikat tarikh tutup 30.09.2026
- permohonan manual sahaja tidak melalui sistem
- sekali sahaja sepanjang perkhidmatan
31 508
#1hari1nota
CTR Kelompok cuti Perayaan
Maklumat lanjut seperti dalam gambar.
*Take note hanya deepavali boleh ambik sehari sebelum atau selepas sebagai tambahan cuti umum deepavali bg negeri yg ambik sebagai cuti umum. Bagi Sarawak, deepavali bukan cuti umum, jadi hanya layak pada hari kejadian sahaja, atau next day kalau jatuh hari Ahad.
**Hari raya haji kedua - hanya hari kedua. tak boleh sebelum
**Christmas eve - hanya sehari sebelum, tak boleh sehari selepas
**Thaipusam - Kalau dah ambik CTR Deepavali masih layak mohon CTR Thaipusam
**Good friday - Hari jumaat tersebut sahaja. Selain negeri Sarawak.
Keknie Sha
31 508
#1hari1nota
Walaupun dah pernah post byk kali pasal Cuti Bersalin ni, masih ada kekeliruan bagi kes cuti bersalin tak ckup 60 hari atau takde baki cuti bersalin.
So kita post lagi kali ke 10. haha takde la gurau. Yang dah pandai, kira ulangkaji la ye. Yang belum tau, boleh simpan buat nota.
Nota penting :
- Kelayakan CB adalah 360 hari sepanjang perkhidmatan.
- Mandatori, WAJIB kena ambik CB minimum 60 hari, tak boleh kurang. Fleksibel penggunaan 60-90 hari bagi tiap kelahiran.
- kalau mohon CB 14 hari lebih awal, 14 hari tu termasuk dlm tempoh 60-90 hari tu.
1. Kalau dah habis kelayakan Cuti Bersalin, pilihan ada 3 (bagi bukan guru) :
1. CR yg layak + CBTG; atau
2. CR yg layak + CMA; atau
3. CMA saja.
2. Kalau guru dah habis kelayakan CB, pilihan ada 3 :
1. CB Separuh Gaji 14 hari + CBTG; atau
2. CB Separuh gaji 14 hari + CMA; atau
3. CMA saja
Kalau dalam tempoh cuti bersalin tu ada cuti sekolah, ia dikira sebagai cuti bergaji penuh.
31 508
#1hari1nota
Sebenarnya nak post esok, tapi ini terlalu comel untuk tidak di post harini hahaha
Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP)
Nota penting :
- tempoh CMAKP adalah 5 hari atau kurang, ikut perakuan doktor. Termasuk kiraan sabtu ahad cuti umum.
- kalau masih tak sembuh, tak boleh sambung CTR Kelompok menjaga anak sakit
- kalau anak masih tak sembuh lepas 5hari, tak boleh sambung lagi CMAKP walaupun ada perakuan doktor utk sambung.
- suami isteri boleh mohon serentak atau bergilir, asalkan dalam tempoh perakuan
- kalau anak yg lain, kena sakit yg sama/lain, boleh mohon CMAKP utk anak tersebut.
- kalau anak yg sama, kena pykt lain, boleh mohon CMAKP lagi
- kalau anak yg sama, kena sakit yg sama, dalam tempoh berbeza contohnya lepas bbrp bulan, boleh mohon CMAKP lagi.
Kalau pegawai sendiri kena penyakit berjangkit?
Kena ambik MC ye. Tiada cuti kuarantin utk pegawai sendiri.
Keknie Sha
31 508
#1hari1nota
CTR Kelompok Menjaga Ahli Keluarga Sakit
Ni CTR yang paling banyak digunakan dalam kategori CTR Kelompok.
Rujukan MyPPSM Ceraian SR5.7.1
Secara asasnya semua dah tau kan, syarat utama mesti ada perakuan doktor yg keluarga memerlukan bantuan/jagaan rapi DAN ada mc atau perakuan sakit.
Kelayakan 1-20 hari boleh guna secara fleksibel.
Anak sunat boleh guna ke tidak? - tertakluk perakuan doktor dan kelulusan KJ.
Warded boleh guna tak? - Boleh. Jaga dirumah boleh tak? -Boleh
asalkan ada perakuan doktor, boleh jaga di mana2 saja.
Ibu/Bapa tiri boleh tak? Boleh. Untuk menjaga keluarga sakit ibu bapa tiri ada dalam takrifan keluarga.
Kalau anak kena penyakit berjangkit boleh guna CTR ni tak?
Tak boleh. kena guna CMAKP.
Kalau dah habis CMAKP boleh sambung CTR ni tak? TAK BOLEH. Ini mmg disebut dalam FAQ ye. Jadi sambung guna CR atau apa2 cuti yg layak.
Keknie Sha
31 508
Fakta ke auta :
Kalau guna kemudahan perubatan, GL, admit wad, beli ubat, hemodialisis, kemoterapi, nanti ganjaran kena potong masa pencen?🤔
Jawapan :
Auta. Spt dinyatakan oleh KWAP di dalam gambar di bawah hehe.
Sekiranya ada potongan ganjaran semasa pencen berkemungkinan ada hutang kerajaan yg belum selesai, contohnya, cukai pendapatan, gaji dan elaun terlebih byr (contoh sbb terlebih cuti atau salah kiraan kelayakan cuti dsb). Boleh semak dengan KWAP utk tahu potongan tu sbb apa. Yang pasti nya kemudahan perubatan tidak dipotong dari ganjaran ye.
Keknie Sha
