ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Nota SSPA Keknie

Nota SSPA Keknie

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Nota SSPA Keknie

تُعد قناة Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 31 508 مشتركاً، محتلاً المرتبة في فئة اخرى.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 31 508 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 08 نوفمبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار 4 945، وفي آخر 24 ساعة بمقدار 6، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 43.96‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 16.58‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 13 847 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 5 224 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 38.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 09 نوفمبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة اخرى.

31 508
المشتركون
+624 ساعات
+1777 أيام
+4 94530 أيام
أرشيف المشاركات
MODUL9.pdf2.83 MB

Pencen Tanggungan .. Adalah tambahan kepada faedah persaraan yang lain. Tambahan mksdnya bagi balu/duda dan anak2 yg terima P
Pencen Tanggungan .. Adalah tambahan kepada faedah persaraan yang lain. Tambahan mksdnya bagi balu/duda dan anak2 yg terima Pencen Terbitan, pun layak terima Pencen Tanggungan. Bukan ibu / bapa sahaja. Pencen terbitan bagi balu/duda tidak terhenti kalau kawin baru, tapi Pencen Tanggungan terhenti bila kawin baru. Pencen terbitan kiraan sama mcm pencen pegawai kalau dia masih hidup : 1/600 x tempoh bulan perkhidmatan x gaji pokok terakhir Syer balu/duda : 2 syer. Syer anak : 1 syer. Pencen tanggungan kiraan bergantung pada berapa ramai penerima, seperti di bawah. Bagi gemulah bujang yang tiada waris, ibu akan terima Pencen Tanggungan sebanyak 1/6 drpd gaji akhir pegawai. Dengan syarat, kematian adalah atas sebab dinyatakan di bawah. Keknie Sha

Pencen terbitan hanya layak utk pasangan(suami/isteri) dan anak2. Jadi untuk pegawai bujang, ibu/bapa tidak akan jd penerima
Pencen terbitan hanya layak utk pasangan(suami/isteri) dan anak2. Jadi untuk pegawai bujang, ibu/bapa tidak akan jd penerima Pencen terbitan. Walau bagaimanapun, Ganjaran terbitan, GCR terbitan, ex gratia terbitan, ex gratia kematian sekaligus akan layak diterima oleh ibu. Sekiranya tiada ibu, maka bapa akan jadi penerima. Semua bayaran ini adalah sekaligus, bukan bulanan. Pencen tanggungan pula adalah bagi kes kematian tertentu, meninggal dunia akibat kemalangan atau bencana atau penyakit yang berpunca secara langsung daripada tugas rasmi, dan bukan kecuaian sendiri. Yang ini dibayar secara bulanan kepada ibu. Kadar nya adalah 1/6 daripada gaji akhir gemulah yg bujang. Bagi pegawai bujang yang tiada ibu bapa, ganjaran dan GCR terbitan akan dibayar kepada wakil yang sah, contohnya adik beradik/saudara mara terdekat namun ianya akan memerlukan dokumentasi dan proses lain yang perlu dirujuk di KWAP/JPA Pencen. Keknie Sha

BMJ dan BPJ boleh diuruskan segera selepas waris selesai menguruskan jenazah. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan
BMJ dan BPJ boleh diuruskan segera selepas waris selesai menguruskan jenazah. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kematian pegawai. Yang pencen terbitan, ex gratia kematian, Ganjaran terbitan , GCR terbitan itu akan diuruskan kemudian antara waris, jabatan dan KWAP/JPA Pencen. Yang tu kita cerita tajuk lain. Keknie Sha

Betul ke kalau pegawai dah naik pangkat TBK1, tak layak naik gred hakiki lebih tinggi? Kalau nak mohon naik pangkat gred haki
Betul ke kalau pegawai dah naik pangkat TBK1, tak layak naik gred hakiki lebih tinggi? Kalau nak mohon naik pangkat gred hakiki lebih tinggi, kena naik hakiki di gred TBK1 tu dulu? Contoh, N1 lepas 13 tahun naik N2(TBK1). Kemudian lepas 9 tahun di TBK1 ada iklan N3 hakiki. N2(TBK1) boleh mohon ke N3 hakiki tu kalau cukup syarat ditetapkan? Boleh. Kenapa ramai cakap tak boleh ye? Pekeliling cakap boleh. Pekeliling siap pesan dah "hendaklah dipertimbangkan bersama".. Kita pulak tak bagi ek 😆 😁 N2(TBK1) tak perlu berada di post N2 hakiki untuk isik post N3 hakiki. Kita jangan dengar cakap2 orang. Kita cari pekeliling dulu utk rujukan. Kalau ada kemusykilan baru kita rujuk pihak berwajib seperti JPA dan SPA. Keknie Sha

photo content

photo content

#1hari1nota Sebelum lunch kita share 1 hari 1 nota dulu. Cuti Menjaga Anak. Mulai SSPA pada 1.12.2024 CMA bukan saja boleh di
#1hari1nota Sebelum lunch kita share 1 hari 1 nota dulu. Cuti Menjaga Anak. Mulai SSPA pada 1.12.2024 CMA bukan saja boleh digunakan oleh isteri tetapi jugak suami. CMA adalah sejenis Cuti Tanpa Gaji. Jadi kesannya sama mcm CTG : Tidak layak dibayar gaji dan elaun, hilang kekananan, tempoh CMA tidak diambil kira untuk kiraan faedah persaraan, CMA jugak mengurangkan kelayakan CR Tahunan. Tetapi, pegawai tidak perlu menghabiskan Cuti Rehat yang layak sebelum menggunakan CMA. Kelayakan Ibu : 1. Bersambung dengan Cuti Bersalin : 5 tahun (sepanjang perkhidmatan) 2. Tidak bersambung dengan Cuti Bersalin : 1 tahun (tapi 1 tahun ni adalah termasuk dlm kelayakan 5 tahun sepanjang perkhidmatan) 3. Maksimum sehingga anak berumur 5 tahun Kelayakan bapa : 1. 1 tahun sahaja sepanjang perkhidmatan 2. Maksimum sehingga anak umur 5 tahun sahaja. Kelayakan ini tidak bergantung pada tempoh perkhidmatan pegawai, tapi hanya layak untuk lantikan TETAP sahaja. COS dan Interim tidak layak menggunakan CMA. Keknie Sha

+3
Salam semua. Saya share beberapa contoh template Surat Permohonan untuk Bersara Pilihan atas bbrp sebab seperti dinyatakan dalam surat. Ubahsuai dimana berkaitan ye.

FAQ Ceraian PP1.3.4 - Adakah pemberian awal award tunai GCR dikenakan cukai? https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2023/faq_se12052
FAQ Ceraian PP1.3.4 - Adakah pemberian awal award tunai GCR dikenakan cukai? https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2023/faq_se12052023_1.pdf

#1hari1nota Syarat dah di senarai di dlm infografik. persoalan yg slalu org tny boleh tak nak claim kurang dr 90 hari contoh
#1hari1nota Syarat dah di senarai di dlm infografik. persoalan yg slalu org tny boleh tak nak claim kurang dr 90 hari contoh nya 45 hari je? Tak boleh ye. Untuk claim awal ni tempoh hari tu dah fix 90 hari. tak boleh lebih, tak boleh kurang. Kalau umur saya 45 tahun ni tapi Disember nanti boleh mohon awal tak? Tak boleh jugak, kena dah genap 45 tahun baru boleh mohon. Begitu juga tempoh perkhidmatan. Kena dah cukup 15 tahun servis baru layak. Kalau ada CTG kena tolak dlu, baru kira balik tempoh perkhidmatan. Kalau dah keluarkan 90 hari, boleh tak kumpul lagi lepas ni? Boleh. Tapi masa pencen hanya layak claim baki 90 hari, lebihan yg dikumpul boleh digunakan sebagai Cuti Rehat tahun akhir persaraan. Kat mana nak rekod kelulusan GCR 90 hari ni dalam HRMIS ye? mmg tak boleh tolak dlm hrmis, hanya dpt buat catatan pada tahun GCR diluluskan di selenggara data sejarah Maklumat GCR. Keknie Sha

photo content

PERMOHONAN PEMBERIAN AWAL AWARD GCR 2026 DAN PENGELUARAN AWAL BAGI TUJUAN HAJI. Surat edaran dah keluar korang.. Keknie ambik page yg berkaitan saja senang nak rujuk. Ringkasan selepas saya baca sekilas pandang (sebab saya bz pagi ni tp kena sampaikan juga benda penting ni haha) 1. Mulai 2026, permohonan ni kena guna sistem. So kena daftar dulu wakil2 jabatan ni nak akses. Kecuali PDRM sbb HRMIS dia tak sama so dapat pengecualian buat manual. 2. Tarikh tutup permohonan utk award GCR biasa 30.09.2026 3. Had pengeluaran masih sama 90hari. Termasuk utk kegunaan haji 4. Pengeluaran GCR untuk kegunaan Haji : - had maksimum RM10,000 - Mesti dah dapat surat jemputan haji tahun ni - boleh mohon bila2 masa sepanjang tahun, tak terikat tarikh tutup 30.09.2026 - permohonan manual sahaja tidak melalui sistem - sekali sahaja sepanjang perkhidmatan

Surat Edaran Award awal GCR dan pengeluaran GCR utk Haji

#1hari1nota CTR Kelompok cuti Perayaan Maklumat lanjut seperti dalam gambar. *Take note hanya deepavali boleh ambik sehari se
#1hari1nota CTR Kelompok cuti Perayaan Maklumat lanjut seperti dalam gambar. *Take note hanya deepavali boleh ambik sehari sebelum atau selepas sebagai tambahan cuti umum deepavali bg negeri yg ambik sebagai cuti umum. Bagi Sarawak, deepavali bukan cuti umum, jadi hanya layak pada hari kejadian sahaja, atau next day kalau jatuh hari Ahad. **Hari raya haji kedua - hanya hari kedua. tak boleh sebelum **Christmas eve - hanya sehari sebelum, tak boleh sehari selepas **Thaipusam - Kalau dah ambik CTR Deepavali masih layak mohon CTR Thaipusam **Good friday - Hari jumaat tersebut sahaja. Selain negeri Sarawak. Keknie Sha

#1hari1nota Walaupun dah pernah post byk kali pasal Cuti Bersalin ni, masih ada kekeliruan bagi kes cuti bersalin tak ckup 60
#1hari1nota Walaupun dah pernah post byk kali pasal Cuti Bersalin ni, masih ada kekeliruan bagi kes cuti bersalin tak ckup 60 hari atau takde baki cuti bersalin. So kita post lagi kali ke 10. haha takde la gurau. Yang dah pandai, kira ulangkaji la ye. Yang belum tau, boleh simpan buat nota. Nota penting : - Kelayakan CB adalah 360 hari sepanjang perkhidmatan. - Mandatori, WAJIB kena ambik CB minimum 60 hari, tak boleh kurang. Fleksibel penggunaan 60-90 hari bagi tiap kelahiran. - kalau mohon CB 14 hari lebih awal, 14 hari tu termasuk dlm tempoh 60-90 hari tu. 1. Kalau dah habis kelayakan Cuti Bersalin, pilihan ada 3 (bagi bukan guru) : 1. CR yg layak + CBTG; atau 2. CR yg layak + CMA; atau 3. CMA saja. 2. Kalau guru dah habis kelayakan CB, pilihan ada 3 : 1. CB Separuh Gaji 14 hari + CBTG; atau 2. CB Separuh gaji 14 hari + CMA; atau 3. CMA saja Kalau dalam tempoh cuti bersalin tu ada cuti sekolah, ia dikira sebagai cuti bergaji penuh.

#1hari1nota Sebenarnya nak post esok, tapi ini terlalu comel untuk tidak di post harini hahaha Cuti Menjaga Anak Yang Dikuara
#1hari1nota Sebenarnya nak post esok, tapi ini terlalu comel untuk tidak di post harini hahaha Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) Nota penting : - tempoh CMAKP adalah 5 hari atau kurang, ikut perakuan doktor. Termasuk kiraan sabtu ahad cuti umum. - kalau masih tak sembuh, tak boleh sambung CTR Kelompok menjaga anak sakit - kalau anak masih tak sembuh lepas 5hari, tak boleh sambung lagi CMAKP walaupun ada perakuan doktor utk sambung. - suami isteri boleh mohon serentak atau bergilir, asalkan dalam tempoh perakuan - kalau anak yg lain, kena sakit yg sama/lain, boleh mohon CMAKP utk anak tersebut. - kalau anak yg sama, kena pykt lain, boleh mohon CMAKP lagi - kalau anak yg sama, kena sakit yg sama, dalam tempoh berbeza contohnya lepas bbrp bulan, boleh mohon CMAKP lagi. Kalau pegawai sendiri kena penyakit berjangkit? Kena ambik MC ye. Tiada cuti kuarantin utk pegawai sendiri. Keknie Sha

#1hari1nota CTR Kelompok Menjaga Ahli Keluarga Sakit Ni CTR yang paling banyak digunakan dalam kategori CTR Kelompok. Rujukan
#1hari1nota CTR Kelompok Menjaga Ahli Keluarga Sakit Ni CTR yang paling banyak digunakan dalam kategori CTR Kelompok. Rujukan MyPPSM Ceraian SR5.7.1 Secara asasnya semua dah tau kan, syarat utama mesti ada perakuan doktor yg keluarga memerlukan bantuan/jagaan rapi DAN ada mc atau perakuan sakit. Kelayakan 1-20 hari boleh guna secara fleksibel. Anak sunat boleh guna ke tidak? - tertakluk perakuan doktor dan kelulusan KJ. Warded boleh guna tak? - Boleh. Jaga dirumah boleh tak? -Boleh asalkan ada perakuan doktor, boleh jaga di mana2 saja. Ibu/Bapa tiri boleh tak? Boleh. Untuk menjaga keluarga sakit ibu bapa tiri ada dalam takrifan keluarga. Kalau anak kena penyakit berjangkit boleh guna CTR ni tak? Tak boleh. kena guna CMAKP. Kalau dah habis CMAKP boleh sambung CTR ni tak? TAK BOLEH. Ini mmg disebut dalam FAQ ye. Jadi sambung guna CR atau apa2 cuti yg layak. Keknie Sha

Fakta ke auta : Kalau guna kemudahan perubatan, GL, admit wad, beli ubat, hemodialisis, kemoterapi, nanti ganjaran kena poton
Fakta ke auta : Kalau guna kemudahan perubatan, GL, admit wad, beli ubat, hemodialisis, kemoterapi, nanti ganjaran kena potong masa pencen?🤔 Jawapan : Auta. Spt dinyatakan oleh KWAP di dalam gambar di bawah hehe. Sekiranya ada potongan ganjaran semasa pencen berkemungkinan ada hutang kerajaan yg belum selesai, contohnya, cukai pendapatan, gaji dan elaun terlebih byr (contoh sbb terlebih cuti atau salah kiraan kelayakan cuti dsb). Boleh semak dengan KWAP utk tahu potongan tu sbb apa. Yang pasti nya kemudahan perubatan tidak dipotong dari ganjaran ye. Keknie Sha