ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 36 285 مشتركاً، محتلاً المرتبة 283 في فئة التسويق و RR والمرتبة 907 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 36 285 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 22 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -387، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -16، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 9.02‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.02‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 0 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 734 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 23 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

36 285
المشتركون
-1624 ساعات
-947 أيام
-38730 أيام
أرشيف المشاركات
Jika kita letak dalam kepala kita tak takut dihina, kita boleh buat apa sahaja. Saya dari kecil terbiasa dihina sebab emak ka
Jika kita letak dalam kepala kita tak takut dihina, kita boleh buat apa sahaja. Saya dari kecil terbiasa dihina sebab emak kami bukan berbangsa Melayu. Dari sekolah sampai ke tempat kerja. Ada sahaja. Namun buang tepi, mulut orang kita tak boleh tutup, yang kita boleh buat ialah setkan dalam kepala kita kalis marah, kalis benci, kalis sakit hati. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/buang-takut-dihina/

Sudah restock gais! Dapatkannya sekarang! Tortilla paling sedap di duniaaaaaa! Hanya RM25 sebalang, free kurier. Mana nak dap
Sudah restock gais! Dapatkannya sekarang! Tortilla paling sedap di duniaaaaaa! Hanya RM25 sebalang, free kurier. Mana nak dapat weh free kurier macam kami! Haha. Lekas! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Hidup ini semua berkait. Ia tak mungkin sendiri dan bersifat tunggal. Lidah berkait dengan akal. Akal berkait dengan hati. Ha
Hidup ini semua berkait. Ia tak mungkin sendiri dan bersifat tunggal. Lidah berkait dengan akal. Akal berkait dengan hati. Hati berkait dengan perut. Perut berkait dengan mulut. Semuanya ada sahaja kaitannya. Mula hari ini pastikan setiap kaitan itu sebaik-baik perkara. Nak bercakap (mulut) akan cerminkan otak dan hati. Nak makan (mulut) akan cerminkan tubuh dan perut. Nak rajin berbuat (tangan kaki) akan cerminkan akal dan hati. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/semuanya-saling-berkait/

Masa saya mula-mula jual brownies dulu, memang ya saya akui susah ya ampun. Tahun 2014 adalah tahun kebangkitan para bakers. Kami berkawan di Instagram dan Facebook. Boleh kata ramai antara kami berhenti kerja semata nak buat itu semua. Dan ia memang menjadi dengan baik. Kau bayanglah yang saya pun boleh buka Kitchen Studio, gila woih jadi tempat shooting dan kelas bagai. Artis, selebriti, tokoh semua pernah datang ke situ. Namun pada bulan mac tahun 2017 saya terpaksa tutup kerana saya sendiri tak boleh nak uruskan. Kesilapan saya ialah: 1. saya tak ambil pekerja. saya handle semuanya sendiri dan ambil mereka ini sebagai part-timer. Sepatutnya dari awal saya ambil supaya ia boleh disusun dengan baik dan dapat mengawal semuanya. 2. saya tidak membuat strategi pemasaran yang betul. Pemasaran sepatutnya dibuat dengan berkala. Sama sahaja seperti syarikat mega lain, mereka buat iklan, buat review buat event dan sebagainya. Semua itu saya tak buat. Huhu. 3. saya tidak berkawan dengan membina network. Itu kesilapan besar yang saya buat. Kawan = network. saya tak reti bab ini. Semua itu saya belajar dan belajar. Untuk berjaya, saya kena berkawan, ada jadual yang tersusun dan pastinya saya kena ada team. Kalau seorang diri, saya pasti akan jem semula. Begitulah. Hari ini saya mengejar kembali titik-titik lama yang saya tinggalkan. Dan memang ya kena berlari buat semua itu dan lakukan semula dengan baik. Itu saya nak beritahu kau orang, ada pengikut ramai pun jika kau orang tak buat sesuatu dengan tersusun dan tidak berkawan dengan betul, kau akan lingkup juga. Bukan semua benda itu jadi ok apabila kau ada pengikut yang besar. Ha, itu yang kau kena ingat. Apabila kau dah tersedar, bangkit kembali. Faham? Tak ada masalah terlambat. Yang penting ialah berbuat. Selagi tak melangkah, selagi itu kau tak bergerak. Move on! Khairul Hakimin Muhammad, Bapa Move On Malaysia. Tiber

Biskut kegemaran emak saya, Suji Istana. Sedaaap. Puas hati penuh rasa. Tak boleh makan seketul. Hihihi. Hanya RM45 sebalang,
Biskut kegemaran emak saya, Suji Istana. Sedaaap. Puas hati penuh rasa. Tak boleh makan seketul. Hihihi. Hanya RM45 sebalang, free kurier. Suji ini dibuat teliti dengan bahan premium. Dapatkannya tauuuu dari kami, ready stok. Klik sini lekas: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Yang patut founder bisnes buat di media sosial ialah: 1. Susun content mengikut positioning diri. 2. Susun iklan untuk buat s
Yang patut founder bisnes buat di media sosial ialah: 1. Susun content mengikut positioning diri. 2. Susun iklan untuk buat sales dan cari ejen / distributor. 3. Bangunkan content membina untuk dibaca dan memberi manfaat kepada orang lain. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/5-perkara-founder-bisnes-patut-buat/

Belajar untuk tak lihat siapa yang like posting anda, tak tengok siapa yang tonton “story” anda, tak peduli siapa yang nampak, suka, tak suka, share, atau repost. Itu semua kebaikan kepada diri sendiri. Posting yang baik, perkongsian yang baik akan dapat hasil yang baik. Jika kita sentiasa nak tahu siapa yang suka, tak suka, tonton tak tonton, hati kita sendiri semakin tak cantik. Kalau dia tengok, kita happy. Kalau dia tak tengok, kita membenci. Sedangkan dia juga ada kerja lain nak dibuat, bukan macam kita kongsi kongsi kongsi 24 jam sehari. Kalau kita berniat buat posting perli-perli kepada dia, dia tengok, kita puas namun kita dapat dosa. Dia tak tengok, kita sakit hati, kita dapat susah resah gelisah sepanjang hari. Dua-dua keadaan sangat tak baik untuk diri. Hidup kita ini kita tak ada keperluan untuk buktikan apa-apa kepada sesiapa. Terus buat baik. Tulis yang baik, kongsi yang baik. Orang akan suka, akan klik butang share dan semua orang happy bermain media sosial. Kawan-kawan, kita yang kawal diri kita nak buat post apa di akaun media sosial kita. Kita bertanggungjawab sepenuhnya apa yang kita komen, kita post dan kita share. Kalau posting kita buat menyambung hubungan, syukur. Namun jika memutuskan, sedih dan peritlah hidup. Kita yang kawal semua itu. Tak suka, tak nak dia tengok, tak perlu buang masa terus block sahaja. Namun tak adil dengan block masih mengutuk dan membenci dia. Saling kena move on okey! Hari tenang, jiwa damai. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita semua bertanggungjawab.

Tinggal kurang 6 jam lagi gais tawaran hebat ini akan berakhir! Potongan RM5 di setiap produk! Frew kurier pula. Dapatkan sek
Tinggal kurang 6 jam lagi gais tawaran hebat ini akan berakhir! Potongan RM5 di setiap produk! Frew kurier pula. Dapatkan sekarang! Stok dah tinggal sikit. Lekas klik di sini ya https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Kedudukan telefon dengan diri kita sangat dekat. Kita hadap, kita pegang, jarak dengan muka kita sekitar 1 atau 2 jengkal sahaja. Bayangkan kalau kita bercakap dengan orang kita sayang sedekat itu, pasti bertambah sayang. Bayangkan kalau kita sedang marahkan seseorang sedekat itu, pasti buat gaduh besar. Bayangkan kita hina orang sedekat itu, pasti akan dibenci gila-gila. Bayangkan kita mengumpat orang lain sedekat itu, pasti akan bawa permusuhan. Bayangkan kita perli orang sedekat itu, pasti sentap dan kebencian itu membuak-buak. Sebab itulah emosi sangat memainkan peranan. Sebelum buka phone. Sebelum naikkan posting, sebelum membaca komen, sebelum balas komen, rasional sangat penting. Ingat ini, kedudukan kita dengan phone sangat-sangat-sangat dekat. Kalau kita sedang resah, kita mudah berasa hati. Walau postingnya itu tak ada kena mengena dengan kita. Kalau kita sedang penat, kita mudah marah dengan posting yang mengundang benci sana-sini. Yang jadi mangsa ialah diri sendiri. Kalau yang problem itu yang upkan posting, kalau kita rasional, maka kita ok. Kalau kita pula yang marah, yang penat, kita jauhkan diri dari media sosial. Supaya orang lain tak jadi mangsa posting kita. Kawan-kawan, jadi rasional. Kita kawal diri kita nak up apa, post apa, komen apa, lawan apa. Hal orang lain, lantaklah. Orang dah berjoget mabuk, kita sekadar pandang cukuplah dan doakanlah kebaikan untuk dia. Tak perlu mabuk sama, jangan cuba-cuba pergi minum dan menyelam benda sama, jangan! Boleh jadi kalau Allah matikan waktu itu, tak pasal kebaikan sebelum itu habis begitu sahaja. Fikir molek. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kalau saya pernah buat kalian kecil hati, saya minta maaf.

Apabila kalian sudah putuskan nak masuk ke gelanggang media sosial, memang ya kalian perlu tanam terus dalam kepala yang kary
Apabila kalian sudah putuskan nak masuk ke gelanggang media sosial, memang ya kalian perlu tanam terus dalam kepala yang karya (atau tulisan) kalian layak diperbahas atau layak diangkat sebagai medium ilmu. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/5-tips-hadapi-kritikan/

photo content
+5

Lupa nak maklum di sini! Aduhhh. Okeh. Sempena hari lahir saya hari ini, kami adakan jualan potongan RM5 untuk semua produk! FREE KURIER pula! Lagi banyak diskaun kalau beli banyakkkk. Selagi stok masih ada ya! Lekas klik sini di sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Emak melahirkan saya sekitar 7.20 pagi di rumahnya sendiri, di Kampung Chatin, Mentakab, Pahang 40 tahun lalu beberapa hari s
Emak melahirkan saya sekitar 7.20 pagi di rumahnya sendiri, di Kampung Chatin, Mentakab, Pahang 40 tahun lalu beberapa hari sebelum nak sambut aidiladha (4hb Zulhijjah). Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/yang-susahnya-emak-melahirkan/

Dah kembali! Chocolate Chrunchy Nestum dah ada stok gais! Kiub biskut nestum bercoklat ini ramai peminaat! Sedaaaap! Gitu je
Dah kembali! Chocolate Chrunchy Nestum dah ada stok gais! Kiub biskut nestum bercoklat ini ramai peminaat! Sedaaaap! Gitu je habis sebalang. Hanya RM38 dan kami kasi FREE KURIER! Lekas tau, kot sempat kami kurier hari ini terus. Cepat klik di sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

5 doa yang kita boleh panjatkan kepada Allah semasa kita gusar, sedih dan dalam kekusutan atau mahu dilapangkan urusan, mahu
5 doa yang kita boleh panjatkan kepada Allah semasa kita gusar, sedih dan dalam kekusutan atau mahu dilapangkan urusan, mahu dipermudahkan kerja dan sebagainya, doa ini yang diamalkan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/5-doa-dilapangkan-urusan/

Soalan: Tuan, baru-baru ini saya unfriend seseorang. Saya tak tahan apa yang dia tulis. Perli sana-perli sini, semua benda dia sahaja nak menang. Penat nak layan. Dia suka perli orang positif ni begitu begini, tak tahan juga, memang kami semua nampak ja dia “something wrong” akhir-akhir ini kerap tulis yang merepek dan marah-marah. Namun tuan, rupanya lepas unfriend, dia serang saya pula. Kata saya macam-macam. Saya nak block sahaja sebenarnya, tapi itulah, dulu kami baik ja. Saya masih berharap ada benda yang buat kami berkawan semula. Tuan rasa macam mana? Jawapan: Jika kalian dah unfriend seseorang, elakkan membaca apa yang dia tulis. Tak perlu lagi pergi wall dia. Biarkan sahaja semuanya. Lupakan dia terus. Dan kalian teruskan tulis #content berkualiti tanpa langsung menyebut hal tentang orang itu atau yang ada kaitan dengannya. Dan tak perlu perli dia pun. Fokus sahaja bina tulisan kita okey. Kalau ikut perli, maka kita sama sahaja dengan dia. Lupakan, jalan terus, bina empayar, fokus, konsisten kerja keras. Semua ini adalah syaitan yang mengganggu urusan kita semua. Orang yang meroyan, menulis seolah-olah ramai yang membaca, bersungguh mendapatkan perhatian biasanya mempunyai masalah jiwa. Kita yang normal, senyum dan buat kerja sampai siap. Ingat, dia tak bayar bil kita, dia tak kisah pun kita begitu kita begini, yang dia tahu hanya sakitkan hati kita. Jadi tak perlu sakit, terus sihat dengan elakkan dia terus. Nanti termenunglah dia sendiri apabila tak ada yang melayannya. Kita orang tenang. Maafkan sahaja, ini media sosial, jalan terus dan bantu orang lain. Hanya kebaikan sahaja yang boleh masuk syurga, memurahkan rezeki dan sentiasa hidup dalam dunia yang positif. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Hanya perlu 10% dari total post untuk buat iklan kawan-kawan. Contoh, sehari kalian up 4 posting. Setahun, 4 kali 365 hari, jumlahnya 1,460 posting. 45% dari situ kalian buat posting crowd (high-impact) yang mana post tersebut akan menyebabkan orang klik butang share. Biasanya ia tentang content - to educate, to inform dan to inspire. Follower akan naik dari post begini Lagi 45% kalian nak hidupkan sosial media dengan meletakkan posting sampingan seperti selfie, check in, pergi makan, buat lawak, cia cia cia semua. Yang ini tak ada impact sangat pun namun ia beri perhatian kerana memang kalian wujud dan real, bukan fake. Follower akan banyak beri enggagement di sini. Jadi 10% itu buat iklan betul-betul. 146 posting iklan itu jika kita post, katalah boleh dapat RM1,000/posting. Jadi, 146 posting kali RM1,000 = RM146,000 sales setahun. Main Facebook dah 7 tahun, total sales ialah RM1.02 juta. Itu kalau posting iklan itu kita boleh dapat sales RM1,000. Kawan-kawan kami boleh ja dapat sekitar RM12,000-20,000/posting. Ianya adalah dengan susun content, susun posting dan susun strategi untuk muat naik. Orang lain buat duit gila-gila bermain media sosial, kita takat duk tengok jelah orang main, lepas itu marah itu tak boleh beli, ini tak boleh travel dan sebagainya. Haih. Geramnya. Khairul Hakimin Muhammad, Buat, repair, buat!

Kisah ini berjaya mengubah persepsi saya terhadap sebuah kesakitan. Yang mana biasanya kita kena hadap sakit itu sebagai perk
Kisah ini berjaya mengubah persepsi saya terhadap sebuah kesakitan. Yang mana biasanya kita kena hadap sakit itu sebagai perkara rendah, perkara lemah dan perkara yang akan buat kita lebih kecil dari biasa. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/mengubah-persepsi-terhadap-kesakitan/

Kenangan Semasa Di London 2019. Kelas pagi semalam beri saya 1 jawapan yang agak best. Jujurnya saya datang ke sini urusan kerja, bukan nak hadir mana-mana kelas. Namun ada masa terluang, saya pergilah daftar dan alhamdulillah masih boleh sertai. Ada peserta tanya, dia dah pergi beberapa kelas menulis, namun masih tak dapat like, komen dan share yang banyak seperti orang lain. Dia minta cikgu itu semak tulisannya. Cikgu itu kata, “its great!” Dan beri komen semuanya bagus-bagus, langsung tak ada kritikan. Cikgu itu tanya, dah berapa lama kamu menulis? Dia jawab, “baru 5 posting.” Dan semua orang ketawa di dalam kelas tersebut kecuali cikgu. Cikgu itu minta semua berhenti berjenaka. Dia pesan kepada kami semua: “Keyakinan menulis dan berkongsi kebaikan itu bukan untuk kalian takut kalian tak dapat like, tak dapat komen tak dapat share. Namun keyakinan itu ialah saya ok sahaja walau tak dapat apa-apa kerana saya yakin Tuhan ada untuk saya. Saya dah cuba, saya terus berusaha, sampai 1 destinasi, pasti akan ada yang boleh beri saya hasil.” Semua terdiam dalam kelas tersebut. Cikgu itu bercerita tentang JK Rowling yang mana novel Harry Porter itu dibawa ke banyaknya penerbit namun tak ada 1 pun berhasil. Namun dia tetap percaya akan ada yang mahu lalu dia berjumpa walaupun memakan banyaknya masa dan dia sudah banyak kehabisan wang untuk proses itu. Hasilnya hari ini, dia antara penulis yang menerima bayaran lebih 1 billion USD royalti sama ada dari buku dan filem. Lebih dari itu, beliau menyalurkan 90% wang royalti yang diterima ke badan-badan kebajikan. Kawan-kawan, Menulis ini kerja susah. Nak cari #content juga benda sukar. Nak susun, nak bina, nak bangunkan, semuanya penat dan lelah. Kemudian, akan bertemu banyaknya gagal dari berjaya. Namun, percayalah hasilnya yang dapat ubah diri orang, bantu kesusahan orang serta membuka banyaknya jalan, adalah dari penulisan. Kekal berdiri teguh kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Semoga Allah beri kita hadiah yang baik-baik juga. Kalau tidak di sini, pasti ada janjinya di sana. Oh ya. Cikgu saya itu orang putih, dia sebut Tuhan, saya faham itu Allah, harap semua fahamlah. Nanti ada kecam dan persoal bukan-bukan pula. Hehe. Begitulah. Pengalaman kecil sahaja. Mohon maaf jika ada yang tak suka. Khairul Hakimin Muhammad, 3.21 pagi, Wembley, London. Siapkan kertas kerja.

Kawan-kawan, Kita tak akan besar dengan kehebatan diri kita sahaja. Segala yang ada di sisi kita hari ini adalah banyaknya da
Kawan-kawan, Kita tak akan besar dengan kehebatan diri kita sahaja. Segala yang ada di sisi kita hari ini adalah banyaknya datang dari doa dan kasih sayang ibu kita sendiri. Nak marah, beringatlah itu emak. Nak luah, beringatlah itu emak. Nak geram, beringatlah itu emak. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/beringatlah-itu-emak/