es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 35 223 suscriptores, ocupando la posición 278 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 900 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 35 223 suscriptores.

Según los últimos datos del 28 septiembre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -261, y en las últimas 24 horas de -7, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.65%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 0 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 29 septiembre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

35 223
Suscriptores
-724 horas
-707 días
-26130 días
Archivo de publicaciones
Kawan-kawan, Jaga hati, kita nak besar, kita nak hebat, kita nak dihormati dan disayangi, maka kita raikan setiap apa kita ju
Kawan-kawan, Jaga hati, kita nak besar, kita nak hebat, kita nak dihormati dan disayangi, maka kita raikan setiap apa kita jumpa. Hormat dulu sebelum orang lain hormat kita. Jika tidak kita akan persoal diri kita pula kenapa kita begitu kenapa kita begini. Sedangkan kita yang kawal diri kita. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/fokus-hari-ini-berhenti-persoal/

Haa Makcik Ani pun dah posing! Lekas hari ini promo Makcik Ani Selection gaissss! Ada kek buah, Ada kuah kacang segera dan ad
Haa Makcik Ani pun dah posing! Lekas hari ini promo Makcik Ani Selection gaissss! Ada kek buah, Ada kuah kacang segera dan ada acar buah! Semua ada diskaun. Semua akan berakhir jam 11.59 malam ini gaiss! Dapatkannya di sini yaaa: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Dalam menulis #content, fokus kepada perkara biasa atau kecil sahaja berbanding nak menulis yang hebat dan besar-besar. Di media sosial, orang mahu info, maklumat, ilmu dan perkongsian yang kena dengan diri mereka. Contohnya: 1. Resipi. 2. Tips menggosok baju. 3. Menyediakan bahan memasak. 4. Tips tidurkan anak. 5. Tips lipat baju cepat. 6. Bagaimana buang kotoran di baju. 7. Cara nak basuh singki. 8. Nak kasi bau wangi dalam rumah. 9. Organizer dapur, tandas dan bilik tidur. 10. Cara kemas rak kasut. 11. Cara buat muka kelihatan berseri. 12. Tips kusyuk solat. 13. Cara hafal bacaan Quran. 14. Bagaimana mudahnya mendapat rezeki. 15. Cara bisnes dropship. 16. Teknik belajar bersama anak. 17. Parenting zero to hero. 18. Deko rumah luar dan dalam. 19. Teknik mudah hafal dan faham hadith. 20. Hilangkan kotoran barangan di dapur. 21. Cara siapkan melipat baju. 22. Teknik memahami tulisan dalam whatsapp. 23. Kisah keluarga, ibu ayah dan ahli yang beri inspirasi. 24. Bagaimana susun atur jadual keluarga semasa travel. 25. Bagaimana menyimpan duit. 26. Khasiat pemakanan. 27. Hal diet dan nak sihat. 28. Lokasi menarik riadah. 29. Jenis senaman dan kesan baik. 30. Fesyen, kosmetik, teknik, tutorial guna. Ini antara 30 perkara mudah nak tulis di media sosial. Semuanya boleh dibangunkan menggunakan content biasa. Ingat, titik persamaan yang besar adalah kunci kepada sukanya orang membaca apa yang kita tulis. Ia adalah benda yang boleh difahami dan dihadam dengan mudah. Tulis biar beri manfaat, kecil besar itu bukan kriteria bagus. Yang penting, beri kesan baik kepada pembaca. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Dulu ketawakan kita, Sekarang sibuk nak kerja dengan kita. Dulu benci kita, Sekarang beriya nak kerjasama dengan kita. Itulah dunia kawan-kawan. Layan sahaja. Buat baik sahaja. Nak kerja, silakan. Nak kerjasama, mari. Nadi tak tentu berhenti bila. Entah hari ini, entah malam ini, entah esok hari. Yang penting kita tak sama seperti mereka. Saat kita susah mereka gelak jenaka, saat mereka pula susah, kita hulur tangan ajak duduk sama-sama makan sedulang. Aku kasi kau ayam, kau kuis nasi tolak ke aku, biar sama rata dapat. Biar sama-sama isi perut. Setia kepada perubahan adalah sebuah keindahan. Tak ramai yang sanggup balas perbuatan jahat kepada hal baik. Tak selalu kita dengar, tak ramai yang setuju, namun cubalah hari ini. Lihatlah sedapnya rasa hati, leganya jiwa, tenangnya nak lelap dan segarnya rasa bahagia setiap hari. Allah beri keindahan itu pada hati. Saya takkan lupa pesanan Almarhum Tok Guru kami semua, Beliau cakap “kita takkan sama seperti Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. Sayangnya Allah kepada Nabi itu sangat tinggi. Nabi juga ada akhlak yang sangat tinggi. Kita takkan sama macam baginda. Namun kita boleh jadi seperti dia, contohi dia, buat seperti dia, rasai kenikmatan semua itu. Rasa, rasa! Puasnya Ya Allah.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 🥰

Jika kita letak dalam kepala kita tak takut dihina, kita boleh buat apa sahaja. Saya dari kecil terbiasa dihina sebab emak ka
Jika kita letak dalam kepala kita tak takut dihina, kita boleh buat apa sahaja. Saya dari kecil terbiasa dihina sebab emak kami bukan berbangsa Melayu. Dari sekolah sampai ke tempat kerja. Ada sahaja. Namun buang tepi, mulut orang kita tak boleh tutup, yang kita boleh buat ialah setkan dalam kepala kita kalis marah, kalis benci, kalis sakit hati. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/buang-takut-dihina/

Sudah restock gais! Dapatkannya sekarang! Tortilla paling sedap di duniaaaaaa! Hanya RM25 sebalang, free kurier. Mana nak dap
Sudah restock gais! Dapatkannya sekarang! Tortilla paling sedap di duniaaaaaa! Hanya RM25 sebalang, free kurier. Mana nak dapat weh free kurier macam kami! Haha. Lekas! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Hidup ini semua berkait. Ia tak mungkin sendiri dan bersifat tunggal. Lidah berkait dengan akal. Akal berkait dengan hati. Ha
Hidup ini semua berkait. Ia tak mungkin sendiri dan bersifat tunggal. Lidah berkait dengan akal. Akal berkait dengan hati. Hati berkait dengan perut. Perut berkait dengan mulut. Semuanya ada sahaja kaitannya. Mula hari ini pastikan setiap kaitan itu sebaik-baik perkara. Nak bercakap (mulut) akan cerminkan otak dan hati. Nak makan (mulut) akan cerminkan tubuh dan perut. Nak rajin berbuat (tangan kaki) akan cerminkan akal dan hati. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/semuanya-saling-berkait/

Masa saya mula-mula jual brownies dulu, memang ya saya akui susah ya ampun. Tahun 2014 adalah tahun kebangkitan para bakers. Kami berkawan di Instagram dan Facebook. Boleh kata ramai antara kami berhenti kerja semata nak buat itu semua. Dan ia memang menjadi dengan baik. Kau bayanglah yang saya pun boleh buka Kitchen Studio, gila woih jadi tempat shooting dan kelas bagai. Artis, selebriti, tokoh semua pernah datang ke situ. Namun pada bulan mac tahun 2017 saya terpaksa tutup kerana saya sendiri tak boleh nak uruskan. Kesilapan saya ialah: 1. saya tak ambil pekerja. saya handle semuanya sendiri dan ambil mereka ini sebagai part-timer. Sepatutnya dari awal saya ambil supaya ia boleh disusun dengan baik dan dapat mengawal semuanya. 2. saya tidak membuat strategi pemasaran yang betul. Pemasaran sepatutnya dibuat dengan berkala. Sama sahaja seperti syarikat mega lain, mereka buat iklan, buat review buat event dan sebagainya. Semua itu saya tak buat. Huhu. 3. saya tidak berkawan dengan membina network. Itu kesilapan besar yang saya buat. Kawan = network. saya tak reti bab ini. Semua itu saya belajar dan belajar. Untuk berjaya, saya kena berkawan, ada jadual yang tersusun dan pastinya saya kena ada team. Kalau seorang diri, saya pasti akan jem semula. Begitulah. Hari ini saya mengejar kembali titik-titik lama yang saya tinggalkan. Dan memang ya kena berlari buat semua itu dan lakukan semula dengan baik. Itu saya nak beritahu kau orang, ada pengikut ramai pun jika kau orang tak buat sesuatu dengan tersusun dan tidak berkawan dengan betul, kau akan lingkup juga. Bukan semua benda itu jadi ok apabila kau ada pengikut yang besar. Ha, itu yang kau kena ingat. Apabila kau dah tersedar, bangkit kembali. Faham? Tak ada masalah terlambat. Yang penting ialah berbuat. Selagi tak melangkah, selagi itu kau tak bergerak. Move on! Khairul Hakimin Muhammad, Bapa Move On Malaysia. Tiber

Biskut kegemaran emak saya, Suji Istana. Sedaaap. Puas hati penuh rasa. Tak boleh makan seketul. Hihihi. Hanya RM45 sebalang,
Biskut kegemaran emak saya, Suji Istana. Sedaaap. Puas hati penuh rasa. Tak boleh makan seketul. Hihihi. Hanya RM45 sebalang, free kurier. Suji ini dibuat teliti dengan bahan premium. Dapatkannya tauuuu dari kami, ready stok. Klik sini lekas: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Yang patut founder bisnes buat di media sosial ialah: 1. Susun content mengikut positioning diri. 2. Susun iklan untuk buat s
Yang patut founder bisnes buat di media sosial ialah: 1. Susun content mengikut positioning diri. 2. Susun iklan untuk buat sales dan cari ejen / distributor. 3. Bangunkan content membina untuk dibaca dan memberi manfaat kepada orang lain. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/5-perkara-founder-bisnes-patut-buat/

Belajar untuk tak lihat siapa yang like posting anda, tak tengok siapa yang tonton “story” anda, tak peduli siapa yang nampak, suka, tak suka, share, atau repost. Itu semua kebaikan kepada diri sendiri. Posting yang baik, perkongsian yang baik akan dapat hasil yang baik. Jika kita sentiasa nak tahu siapa yang suka, tak suka, tonton tak tonton, hati kita sendiri semakin tak cantik. Kalau dia tengok, kita happy. Kalau dia tak tengok, kita membenci. Sedangkan dia juga ada kerja lain nak dibuat, bukan macam kita kongsi kongsi kongsi 24 jam sehari. Kalau kita berniat buat posting perli-perli kepada dia, dia tengok, kita puas namun kita dapat dosa. Dia tak tengok, kita sakit hati, kita dapat susah resah gelisah sepanjang hari. Dua-dua keadaan sangat tak baik untuk diri. Hidup kita ini kita tak ada keperluan untuk buktikan apa-apa kepada sesiapa. Terus buat baik. Tulis yang baik, kongsi yang baik. Orang akan suka, akan klik butang share dan semua orang happy bermain media sosial. Kawan-kawan, kita yang kawal diri kita nak buat post apa di akaun media sosial kita. Kita bertanggungjawab sepenuhnya apa yang kita komen, kita post dan kita share. Kalau posting kita buat menyambung hubungan, syukur. Namun jika memutuskan, sedih dan peritlah hidup. Kita yang kawal semua itu. Tak suka, tak nak dia tengok, tak perlu buang masa terus block sahaja. Namun tak adil dengan block masih mengutuk dan membenci dia. Saling kena move on okey! Hari tenang, jiwa damai. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita semua bertanggungjawab.

Tinggal kurang 6 jam lagi gais tawaran hebat ini akan berakhir! Potongan RM5 di setiap produk! Frew kurier pula. Dapatkan sek
Tinggal kurang 6 jam lagi gais tawaran hebat ini akan berakhir! Potongan RM5 di setiap produk! Frew kurier pula. Dapatkan sekarang! Stok dah tinggal sikit. Lekas klik di sini ya https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Kedudukan telefon dengan diri kita sangat dekat. Kita hadap, kita pegang, jarak dengan muka kita sekitar 1 atau 2 jengkal sahaja. Bayangkan kalau kita bercakap dengan orang kita sayang sedekat itu, pasti bertambah sayang. Bayangkan kalau kita sedang marahkan seseorang sedekat itu, pasti buat gaduh besar. Bayangkan kita hina orang sedekat itu, pasti akan dibenci gila-gila. Bayangkan kita mengumpat orang lain sedekat itu, pasti akan bawa permusuhan. Bayangkan kita perli orang sedekat itu, pasti sentap dan kebencian itu membuak-buak. Sebab itulah emosi sangat memainkan peranan. Sebelum buka phone. Sebelum naikkan posting, sebelum membaca komen, sebelum balas komen, rasional sangat penting. Ingat ini, kedudukan kita dengan phone sangat-sangat-sangat dekat. Kalau kita sedang resah, kita mudah berasa hati. Walau postingnya itu tak ada kena mengena dengan kita. Kalau kita sedang penat, kita mudah marah dengan posting yang mengundang benci sana-sini. Yang jadi mangsa ialah diri sendiri. Kalau yang problem itu yang upkan posting, kalau kita rasional, maka kita ok. Kalau kita pula yang marah, yang penat, kita jauhkan diri dari media sosial. Supaya orang lain tak jadi mangsa posting kita. Kawan-kawan, jadi rasional. Kita kawal diri kita nak up apa, post apa, komen apa, lawan apa. Hal orang lain, lantaklah. Orang dah berjoget mabuk, kita sekadar pandang cukuplah dan doakanlah kebaikan untuk dia. Tak perlu mabuk sama, jangan cuba-cuba pergi minum dan menyelam benda sama, jangan! Boleh jadi kalau Allah matikan waktu itu, tak pasal kebaikan sebelum itu habis begitu sahaja. Fikir molek. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kalau saya pernah buat kalian kecil hati, saya minta maaf.

Apabila kalian sudah putuskan nak masuk ke gelanggang media sosial, memang ya kalian perlu tanam terus dalam kepala yang kary
Apabila kalian sudah putuskan nak masuk ke gelanggang media sosial, memang ya kalian perlu tanam terus dalam kepala yang karya (atau tulisan) kalian layak diperbahas atau layak diangkat sebagai medium ilmu. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/5-tips-hadapi-kritikan/

photo content
+5

Lupa nak maklum di sini! Aduhhh. Okeh. Sempena hari lahir saya hari ini, kami adakan jualan potongan RM5 untuk semua produk! FREE KURIER pula! Lagi banyak diskaun kalau beli banyakkkk. Selagi stok masih ada ya! Lekas klik sini di sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Emak melahirkan saya sekitar 7.20 pagi di rumahnya sendiri, di Kampung Chatin, Mentakab, Pahang 40 tahun lalu beberapa hari s
Emak melahirkan saya sekitar 7.20 pagi di rumahnya sendiri, di Kampung Chatin, Mentakab, Pahang 40 tahun lalu beberapa hari sebelum nak sambut aidiladha (4hb Zulhijjah). Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/yang-susahnya-emak-melahirkan/

Dah kembali! Chocolate Chrunchy Nestum dah ada stok gais! Kiub biskut nestum bercoklat ini ramai peminaat! Sedaaaap! Gitu je
Dah kembali! Chocolate Chrunchy Nestum dah ada stok gais! Kiub biskut nestum bercoklat ini ramai peminaat! Sedaaaap! Gitu je habis sebalang. Hanya RM38 dan kami kasi FREE KURIER! Lekas tau, kot sempat kami kurier hari ini terus. Cepat klik di sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

5 doa yang kita boleh panjatkan kepada Allah semasa kita gusar, sedih dan dalam kekusutan atau mahu dilapangkan urusan, mahu
5 doa yang kita boleh panjatkan kepada Allah semasa kita gusar, sedih dan dalam kekusutan atau mahu dilapangkan urusan, mahu dipermudahkan kerja dan sebagainya, doa ini yang diamalkan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/5-doa-dilapangkan-urusan/

Soalan: Tuan, baru-baru ini saya unfriend seseorang. Saya tak tahan apa yang dia tulis. Perli sana-perli sini, semua benda dia sahaja nak menang. Penat nak layan. Dia suka perli orang positif ni begitu begini, tak tahan juga, memang kami semua nampak ja dia “something wrong” akhir-akhir ini kerap tulis yang merepek dan marah-marah. Namun tuan, rupanya lepas unfriend, dia serang saya pula. Kata saya macam-macam. Saya nak block sahaja sebenarnya, tapi itulah, dulu kami baik ja. Saya masih berharap ada benda yang buat kami berkawan semula. Tuan rasa macam mana? Jawapan: Jika kalian dah unfriend seseorang, elakkan membaca apa yang dia tulis. Tak perlu lagi pergi wall dia. Biarkan sahaja semuanya. Lupakan dia terus. Dan kalian teruskan tulis #content berkualiti tanpa langsung menyebut hal tentang orang itu atau yang ada kaitan dengannya. Dan tak perlu perli dia pun. Fokus sahaja bina tulisan kita okey. Kalau ikut perli, maka kita sama sahaja dengan dia. Lupakan, jalan terus, bina empayar, fokus, konsisten kerja keras. Semua ini adalah syaitan yang mengganggu urusan kita semua. Orang yang meroyan, menulis seolah-olah ramai yang membaca, bersungguh mendapatkan perhatian biasanya mempunyai masalah jiwa. Kita yang normal, senyum dan buat kerja sampai siap. Ingat, dia tak bayar bil kita, dia tak kisah pun kita begitu kita begini, yang dia tahu hanya sakitkan hati kita. Jadi tak perlu sakit, terus sihat dengan elakkan dia terus. Nanti termenunglah dia sendiri apabila tak ada yang melayannya. Kita orang tenang. Maafkan sahaja, ini media sosial, jalan terus dan bantu orang lain. Hanya kebaikan sahaja yang boleh masuk syurga, memurahkan rezeki dan sentiasa hidup dalam dunia yang positif. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪