ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 35 022 مشتركاً، محتلاً المرتبة 277 في فئة التسويق و RR والمرتبة 912 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 35 022 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 12 أكتوبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -306، وفي آخر 24 ساعة بمقدار 0، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 7.48‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 3.23‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 2 622 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 1 134 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 13 أكتوبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

35 022
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-787 أيام
-30630 أيام
أرشيف المشاركات
The Great Topic https://ift.tt/2jWBjZv

Jika anda boleh hancurkan 15 sifat ini dalam diri anda (ego, sombong, bongkak, tamak, individulism, tidak bertolak ansur, semua anda betul, tak mendengar, tak melihat, suka bergosip, nafsu buruk, panas baran, tidak jujur, menipu dan banyak buang masa), anda akan menjadi orang lain yang hebat dalam tempoh 40 hari selepas itu. Khairul Hakimin Muhammad, Tabiat bermula selepas konsisten berbuat satu-satu hal selama lebih 40 hari.

Monday Sale 15.7.2019 https://ift.tt/2Shiv3M

Umur 18-29 tahun adalah waktu mencari pengalaman. Maksud cari itu ialah: 1. Kesanggupan rasa susah, gaji kecil dan kecilnya upah berbanding banyaknya kerja 2. Kesanggupan belajar dalam waktu tertekan. 3. Kesanggupan menerima teguran, nasihat, pesanan, marah-marah dan perubahan. 4. Kesanggupan berkorban untuk meraih kejayaan berpasukan, bukan sendirian. Elak dari merungut dan boleh berada dalam apa juga keadaan kumpulan termasuk kebersamaan stress, berjaya dan tidak. 5. Kesanggupan ketap gigi menerima cacian, dan ambil itu sebagai medan baiki diri dan maju ke hadapan. Selepas umur itu, putuskan nak jadi apa dan mulalah cari duit. Sama ada ia akan datang bergolek, atau kalian terpaksa bersusah lagi dan lagi selepas itu adalah ditentukan pada umur 18-29 tahun itulah. Selamat pagi kawan-kawan. Khairul Hakimin Muhammad, Pernah jadi mamat kilang 10 tahun 2 bulan.

Fahami Matlamat Membangunkan Posting https://ift.tt/2YRxhR9

Self Publicity https://ift.tt/2XHC9qM

Kelas Content Online “LIVE” Facebook 29 Julai (Sesi 4) https://ift.tt/2Y1hPoy

Buku Yang Membantu Menulis Content https://ift.tt/2XGrzA7

3 Saluran Pengedaran Content https://ift.tt/2JuvegJ

PENDAFTARAN AFFILIATE KHM https://ift.tt/2LJ6yTa

Hari ini ramai pengembara, traveler, backpacker berjalan serata dunia. Mereka ini mengambil gambar, menunjukkan sisi negara lain dengan sangat baik sekali. Dalam dunia media sosial hari ini, ada beberapa orang antara mereka ini membina kredibiliti dan buat duit dengan apa yang mereka ada. 1. Photographer. 2. Tour Guide. 3. Ejen Pelancongan. 4. Pengusaha Homestay / AirBnB. 5. Penulis. 6. Personal Shopper. Dan ramai lagi. Namun disebalik semua itu, ada 1 tugas besar yang mereka perlu buat di media sosial, iaitu menulis #Content. Dalam dunia travel, ia boleh dibahagikan kepada: 1. Lokasi. 2. Makanan. 3. Budaya. 4. Tempat shopping. 5. Orang. 6. Buku. 7. Agama. 8. Pengangkutan. 9. Penginapan. 10. Aktiviti. 11. Itinerari. 12. Minat. 13. Kaitan dengan buku. 14. Kaitan dengan drama atau filem. Dan sebagainya. 15. Sejarah. 16. Demografi, Ekonomi, sosio budaya. Dan semua perkara besar ini boleh dibahagikan kepada banyaknya pecahan kecil. Contoh kita ambil nombor 1, lokasi: - 10 tempat menarik wajar dilawati. - susunan aktiviti di tempat tersebut. - dos and donts. - sesuai untuk bujang atau berkahwin atau keluarga. - tips menyusun itinerari. - makanan / halal atau tidak / senang atau tidak / bento dan sebagainya. Kemudian, pecahkan lagi dan lagi. Sekiranya kalian buat “bank content” ini dengan baik, perjalanan kalian yang 5 hari, atau 10 hari atau 14 hari atau berapa hari pun akan ada banyaknya content untuk kalian tulis. Boleh jadi akan ada 20-30 write up yang boleh kalian kongsi di wall kalian, ada banyak dan susunlah setiap satu hari ada 1 content. Yang kalian perlu buat sebelum travel ialah study, membaca dan mengkaji serba sedikit, kemudian pergi kedai buku dan beli buku tentang tempat tersebut. Baca dan hadam. Semasa travel, apa yang anda baca akan keluar sendiri, kemudian ambillah gambar, buat database, susun semuanya perlahan-lahan. Tak perlu up terus status tersebut. Tulis sahaja dulu di note atau wordpad atau Ms Word, kemudian susun satu demi satu posting tersebut pada esoknya atau bila-bila. Tenang-tenang dan tak perlu kelam kabut. Kebanyakan traveler sifatnya banyak tenang. Mereka mengerti tentang erti perjalanan dan banyaknya melihat, mendengar dan selalu nampak perkara yang boleh banyaknya belajar berbanding seronok bersuka tanpa apa tujuan. Ingat, apa yang kalian tulis, pastikan ada impak positif kepada audien dan pembaca. Jika banyaknya benda tak elok semasa kembara, tulislah ia sebagai peringatan bukannya memburuk-burukkan lagi. Bisnes kalian akan okey, kalian juga akan naik kredibilitinya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Lagi 12 negara nak capai target tahun ini. Nak tips content lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

10 Tanda Anda Sudah Matang Bermain Media Sosial https://ift.tt/2NHUZOQ

#MasterclassContentKHM Julai 2019. 17hb Julai - 13 kekosongan. 31hb Julai - 18 kekosongan. RM359/kelas. Lengkap modul, makan minum, buku, belajar face to face dan boleh minta saya tengokkan wall kalian. 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Bandar Baru Bangi. Daftar di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 Kalian akan belajar tentang: Topik Content Marketing Masterclass: 1. Asas Menulis di Sosial Media. 2. Menyusun content dan jadikan ia sebagai bank. 3. Content management. 4. Personal branding. 5. Dos and donts 6. Jenis posting. 7. Positioning diri di media sosial. 8. Menaikkan credibiliti dan jualan di personal account. 9. Hubungan antara page dan personal account. 10. Kepentingan sosial media pada hari ini untuk pendiri bisnes. Daftar di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 Jika ada masalah semasa pendaftaran / tak boleh daftar, hubungi 013 924 9877 atau 019 350 5175.

Kita ada lagi sekitar 6 bulan untuk capai target jumlah follower dan sales tahun ini. 6 bulan = 182.5 hari. Jika kita boleh konsisten memuat naik #content “crowd” pada setiap hari sebanyak 1 kali. Dan status itu mendapat lebih 100 share, boleh jadi kenaikan follower sebanyak 30-50 orang sehari. 182.5 hari x 50 orang = 9,125 orang follower masih boleh dikejar tahun ini. Dan sekiranya jika kita membuat jualan sebanyak 1 kali sehari, susun strategi supaya orang membeli dan membeli serta merekomenkan kepada orang lain, jaga servis serta sentiasa alert dengan rungutan dan sebagainya, maka kita boleh dapat sekitar RM200-500 sehari. 182.5 hari x RM500 sales sehari = RM91,500 sales lagi tahun ini. *** Kawan-kawan, tinggal nak susun sahaja semuanya. Bagaimana saya buat, kalian boleh sahaja tiru. Saya bina bank content. 1. Bangun tidur 4.30 pagi setiap hari, baca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku. 2. Sediakan sekurang-kurangnya 1 write up sebelum waktu subuh. Mulakan dengan minima 100 patah perkataan. Terpulang nak tulis di telefon atau laptop, saya suka guna Ms Word. 3. Selesaikan hal anak nak sekolah, hantar anak dan terus ke pejabat (jika suri rumah, sediakan ruang kerja 1 meja dan kerusi untuk dapatkan mood ini). 4. Sampai di pejabat, terus buka laptop dan sediakan lagi 1 write up selepas baca 5 muka surat lagi mana-mana buku. Kemudian mula kerja 5. Setiap waktu lunch, ambil 10 minit untuk membaca sebanyak-banyaknya perkara yang anda suka untuk up di media sosial. Jika suka memasak, baca buku resipi, jika suka bercerita, baca novel dan sebagainya. 6. Sambung kerja, jumpa orang dan sebagainya. Sambil-sambil tengok keliling untuk dapatkan story. 7. Habis kerja, susun semua write up yang ditulis tadi (biasanya saya tulis di Ms Word) kemudian masukkan dalam folder. Ini yang dinamakan sebagai bank content. 8. Buat posting untuk keesokan harinya atau hari-hari lain. Tak semestinya write up hari ini untuk hari ini. Boleh sahaja susun untuk esok, lusa, minggu depan, bulan depan. 9. Kita sentiasa akan ada #content dan #Story untuk up. 10. Rajin observe, rajin melihat dan mendengar. Dan yang paling saya suka buat ialah memohon kepada Allah semasa saya bangun tidur (nombor 1) dengan doa “Ya Allah, beri aku cerita yang baik hari ini untuk aku kongsi di media sosial aku Ya Allah.” Saya akan tidur sekitar 11.00 malam ke atas. Sebelum tidur pun saya pastikan saya membaca 5-10 muka surat lagi. Yang ini saya akan cuba cari bacaan tentang Surah Yusuf, ada sangat banyak buku tentangnya. Masukkan juga tafsir Al-Quran. Di situ punca segala cerita dan adab dalam berkomunikasi. Letak Tuhan di hadapan akan jadikan kita sentiasa fokus dan masih dalam jalan yang bagus. Nak hasil, buat. Bangun dan cergas. Berhenti tengok orang lain. Fokus kepada diri sendiri. Orang lain tak bayar bil kita. Semua kita kena usaha sebaik-baiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak kaya, mulakan sekarang. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Sales hari ini guys. Hahaha geramnya lagi RM1,100 nak cecah target. Dulu masa saya kerja kilang di Kelantan, saya jual kain. Jual tudung bawal, kain pasang, narita, periuk, kain batik, kain pelikat, batik sutera dan macam-macam lagilah. Sampai ke tahap kalau ada musim buah pauh atau limau ke, kami akan terima tempahan 2-3 guni. Kahkah. Itu yang best bab menjual di blog. Waktu itu jadi blogger memang kencang. Namun bila tahun 2010 ke atas, Facebook semakin hebat. Sebab itu saya mula masuk kelas tahun 2013. Lambat 3 tahun kerana sibuk masuk kelas asas menulis dulu dan kelas media sosial waktu itu tersangatlah mahal berbanding sekarang. Kelas content saya sekarang RM359/pax berbanding saya pernah pergi ke Singapura dulu lebih kurang RM6,000/class. Hahaha. Ya Rabb macam tak percaya. Belum lagi kelas di London, Amsterdam semua. Kawan-kawan, nak berjaya, melaburlah untuk ke kelas, ia tak akan pernah merugikan. Walau boleh jadi kelas-kelas itu tak berguna sekarang, namun percayalah akan digunakan juga suatu hari nanti. Saya pernah masuk kelas “case study” untuk McDonnal, Hilton, Coca Cola, KFC, Apple, Amazon, Tesla, Toyota dan sebagainya, ya tak semua saya boleh apply dalam bisnes saya, namun ilmu mereka itu Ya Rabb, diluar kotak pemikiran kita semua. Sebagai pendiri bisnes, kena ada ilmu. Main langgar boleh, namun peganglah pada pepatah “Bulldoze with brain.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Lagi 3 jam nak kejar target harian! Yehaa!

photo content

Di dalam membina content, saya sering sekali merujuk buku serta bahan bacaan di media social. Ianya membantu banyak hal dalam penulisan saya. Yang utamanya ialah ia sampai kepada pembaca. Ini yang saya buat: 1. Saya beli buku yang ada kaitan dengan positioning yang saya buat di media social. Di sini saya putuskan untuk kongsikan tentang pembangunan content Facebook, dunia memasak dan hal-hal travel. 40% buku-buku saya ada kaitan dengan 3 hal ini. 2. Saya juga sering membuka beberapa laman web resipi, content management serta banyak tentang travel, story telling dan copy-writing. Setiap hari saya akan habiskan sekurang-kurangnya 1 jam membaca di sana. 3. Saya akan paksa diri membaca sirah, terjemahan Al-Quran serta banyaknya kisah-kisah nabi dan Rasul untuk jadikan ia sebagai medan sempadan kepada diri saya sendiri semasa menulis. Biasanya dapat 1 helai sehari pun dah cantik. Yang penting konsisten. 4. Novel adalah sebahagian dari dunia menulis cerita. Membaca novel yang bagus akan mencantikkan penulisan kalian. Pilih novel yang betul supaya stail kalian terbentuk dengan baik. 5. Praktis menulis di media social dengan yakin. Kurangkan membebel dan banyakkan menulis di Microsoft word terlebih dahulu supaya apa yang kita tulis mesti dalam perasaan sudah rasional, terhindar dari marah, gelisah dan resah. Begitulah. Semoga ia juga membantu kalian yang semakin ramai suka menulis. Alhamdulillah. Tahniah! Selamat mencuba ya, Andrea Hirata kata: “Berpikirlah tiga langkah ke depan, sebelum langkah pertamamu kamu ambil.” Khairul Hakimin Muhammad Baru nak jadi penulis, semoga bermanfaat.

Sekiranya kalian nak saya bantu kalian bangunkan #content untuk diri kalian atau bisnes kalian, mai datang masterclass julai ini. Saya tolong bab idea dan susunan posting terus. Julai ada 2 kelas, 17hb dan 31hb. Saya ambil 20 pax sahaja setiap kelas. Lokasi Bandar Baru Bangi. 10.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja. RM359/pax sahaja lengkap semua dengan modul. Nak tengok butiran kelas dan daftar terus, pergi ke link ini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019

Aturan Tagging https://ift.tt/2XJTnrz

Kenapa Orang Tak Mahu Baca Posting Kita? https://ift.tt/2RQ4c66