ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 181 подписчиков, занимая 284 место в категории Маркетинг и PR и 903 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 181 подписчиков.

Согласно последним данным от 01 июля, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -376, а за последние 24 часа — -11, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 4.79%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 1 735 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 02 июля, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 181
Подписчики
-1124 часа
-777 дней
-37630 день
Архив постов
PENDAFTARAN AFFILIATE KHM https://ift.tt/2LJ6yTa

Hari ini ramai pengembara, traveler, backpacker berjalan serata dunia. Mereka ini mengambil gambar, menunjukkan sisi negara lain dengan sangat baik sekali. Dalam dunia media sosial hari ini, ada beberapa orang antara mereka ini membina kredibiliti dan buat duit dengan apa yang mereka ada. 1. Photographer. 2. Tour Guide. 3. Ejen Pelancongan. 4. Pengusaha Homestay / AirBnB. 5. Penulis. 6. Personal Shopper. Dan ramai lagi. Namun disebalik semua itu, ada 1 tugas besar yang mereka perlu buat di media sosial, iaitu menulis #Content. Dalam dunia travel, ia boleh dibahagikan kepada: 1. Lokasi. 2. Makanan. 3. Budaya. 4. Tempat shopping. 5. Orang. 6. Buku. 7. Agama. 8. Pengangkutan. 9. Penginapan. 10. Aktiviti. 11. Itinerari. 12. Minat. 13. Kaitan dengan buku. 14. Kaitan dengan drama atau filem. Dan sebagainya. 15. Sejarah. 16. Demografi, Ekonomi, sosio budaya. Dan semua perkara besar ini boleh dibahagikan kepada banyaknya pecahan kecil. Contoh kita ambil nombor 1, lokasi: - 10 tempat menarik wajar dilawati. - susunan aktiviti di tempat tersebut. - dos and donts. - sesuai untuk bujang atau berkahwin atau keluarga. - tips menyusun itinerari. - makanan / halal atau tidak / senang atau tidak / bento dan sebagainya. Kemudian, pecahkan lagi dan lagi. Sekiranya kalian buat “bank content” ini dengan baik, perjalanan kalian yang 5 hari, atau 10 hari atau 14 hari atau berapa hari pun akan ada banyaknya content untuk kalian tulis. Boleh jadi akan ada 20-30 write up yang boleh kalian kongsi di wall kalian, ada banyak dan susunlah setiap satu hari ada 1 content. Yang kalian perlu buat sebelum travel ialah study, membaca dan mengkaji serba sedikit, kemudian pergi kedai buku dan beli buku tentang tempat tersebut. Baca dan hadam. Semasa travel, apa yang anda baca akan keluar sendiri, kemudian ambillah gambar, buat database, susun semuanya perlahan-lahan. Tak perlu up terus status tersebut. Tulis sahaja dulu di note atau wordpad atau Ms Word, kemudian susun satu demi satu posting tersebut pada esoknya atau bila-bila. Tenang-tenang dan tak perlu kelam kabut. Kebanyakan traveler sifatnya banyak tenang. Mereka mengerti tentang erti perjalanan dan banyaknya melihat, mendengar dan selalu nampak perkara yang boleh banyaknya belajar berbanding seronok bersuka tanpa apa tujuan. Ingat, apa yang kalian tulis, pastikan ada impak positif kepada audien dan pembaca. Jika banyaknya benda tak elok semasa kembara, tulislah ia sebagai peringatan bukannya memburuk-burukkan lagi. Bisnes kalian akan okey, kalian juga akan naik kredibilitinya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Lagi 12 negara nak capai target tahun ini. Nak tips content lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

10 Tanda Anda Sudah Matang Bermain Media Sosial https://ift.tt/2NHUZOQ

#MasterclassContentKHM Julai 2019. 17hb Julai - 13 kekosongan. 31hb Julai - 18 kekosongan. RM359/kelas. Lengkap modul, makan minum, buku, belajar face to face dan boleh minta saya tengokkan wall kalian. 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Bandar Baru Bangi. Daftar di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 Kalian akan belajar tentang: Topik Content Marketing Masterclass: 1. Asas Menulis di Sosial Media. 2. Menyusun content dan jadikan ia sebagai bank. 3. Content management. 4. Personal branding. 5. Dos and donts 6. Jenis posting. 7. Positioning diri di media sosial. 8. Menaikkan credibiliti dan jualan di personal account. 9. Hubungan antara page dan personal account. 10. Kepentingan sosial media pada hari ini untuk pendiri bisnes. Daftar di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 Jika ada masalah semasa pendaftaran / tak boleh daftar, hubungi 013 924 9877 atau 019 350 5175.

Kita ada lagi sekitar 6 bulan untuk capai target jumlah follower dan sales tahun ini. 6 bulan = 182.5 hari. Jika kita boleh konsisten memuat naik #content “crowd” pada setiap hari sebanyak 1 kali. Dan status itu mendapat lebih 100 share, boleh jadi kenaikan follower sebanyak 30-50 orang sehari. 182.5 hari x 50 orang = 9,125 orang follower masih boleh dikejar tahun ini. Dan sekiranya jika kita membuat jualan sebanyak 1 kali sehari, susun strategi supaya orang membeli dan membeli serta merekomenkan kepada orang lain, jaga servis serta sentiasa alert dengan rungutan dan sebagainya, maka kita boleh dapat sekitar RM200-500 sehari. 182.5 hari x RM500 sales sehari = RM91,500 sales lagi tahun ini. *** Kawan-kawan, tinggal nak susun sahaja semuanya. Bagaimana saya buat, kalian boleh sahaja tiru. Saya bina bank content. 1. Bangun tidur 4.30 pagi setiap hari, baca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku. 2. Sediakan sekurang-kurangnya 1 write up sebelum waktu subuh. Mulakan dengan minima 100 patah perkataan. Terpulang nak tulis di telefon atau laptop, saya suka guna Ms Word. 3. Selesaikan hal anak nak sekolah, hantar anak dan terus ke pejabat (jika suri rumah, sediakan ruang kerja 1 meja dan kerusi untuk dapatkan mood ini). 4. Sampai di pejabat, terus buka laptop dan sediakan lagi 1 write up selepas baca 5 muka surat lagi mana-mana buku. Kemudian mula kerja 5. Setiap waktu lunch, ambil 10 minit untuk membaca sebanyak-banyaknya perkara yang anda suka untuk up di media sosial. Jika suka memasak, baca buku resipi, jika suka bercerita, baca novel dan sebagainya. 6. Sambung kerja, jumpa orang dan sebagainya. Sambil-sambil tengok keliling untuk dapatkan story. 7. Habis kerja, susun semua write up yang ditulis tadi (biasanya saya tulis di Ms Word) kemudian masukkan dalam folder. Ini yang dinamakan sebagai bank content. 8. Buat posting untuk keesokan harinya atau hari-hari lain. Tak semestinya write up hari ini untuk hari ini. Boleh sahaja susun untuk esok, lusa, minggu depan, bulan depan. 9. Kita sentiasa akan ada #content dan #Story untuk up. 10. Rajin observe, rajin melihat dan mendengar. Dan yang paling saya suka buat ialah memohon kepada Allah semasa saya bangun tidur (nombor 1) dengan doa “Ya Allah, beri aku cerita yang baik hari ini untuk aku kongsi di media sosial aku Ya Allah.” Saya akan tidur sekitar 11.00 malam ke atas. Sebelum tidur pun saya pastikan saya membaca 5-10 muka surat lagi. Yang ini saya akan cuba cari bacaan tentang Surah Yusuf, ada sangat banyak buku tentangnya. Masukkan juga tafsir Al-Quran. Di situ punca segala cerita dan adab dalam berkomunikasi. Letak Tuhan di hadapan akan jadikan kita sentiasa fokus dan masih dalam jalan yang bagus. Nak hasil, buat. Bangun dan cergas. Berhenti tengok orang lain. Fokus kepada diri sendiri. Orang lain tak bayar bil kita. Semua kita kena usaha sebaik-baiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak kaya, mulakan sekarang. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Sales hari ini guys. Hahaha geramnya lagi RM1,100 nak cecah target. Dulu masa saya kerja kilang di Kelantan, saya jual kain. Jual tudung bawal, kain pasang, narita, periuk, kain batik, kain pelikat, batik sutera dan macam-macam lagilah. Sampai ke tahap kalau ada musim buah pauh atau limau ke, kami akan terima tempahan 2-3 guni. Kahkah. Itu yang best bab menjual di blog. Waktu itu jadi blogger memang kencang. Namun bila tahun 2010 ke atas, Facebook semakin hebat. Sebab itu saya mula masuk kelas tahun 2013. Lambat 3 tahun kerana sibuk masuk kelas asas menulis dulu dan kelas media sosial waktu itu tersangatlah mahal berbanding sekarang. Kelas content saya sekarang RM359/pax berbanding saya pernah pergi ke Singapura dulu lebih kurang RM6,000/class. Hahaha. Ya Rabb macam tak percaya. Belum lagi kelas di London, Amsterdam semua. Kawan-kawan, nak berjaya, melaburlah untuk ke kelas, ia tak akan pernah merugikan. Walau boleh jadi kelas-kelas itu tak berguna sekarang, namun percayalah akan digunakan juga suatu hari nanti. Saya pernah masuk kelas “case study” untuk McDonnal, Hilton, Coca Cola, KFC, Apple, Amazon, Tesla, Toyota dan sebagainya, ya tak semua saya boleh apply dalam bisnes saya, namun ilmu mereka itu Ya Rabb, diluar kotak pemikiran kita semua. Sebagai pendiri bisnes, kena ada ilmu. Main langgar boleh, namun peganglah pada pepatah “Bulldoze with brain.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Lagi 3 jam nak kejar target harian! Yehaa!

photo content

Di dalam membina content, saya sering sekali merujuk buku serta bahan bacaan di media social. Ianya membantu banyak hal dalam penulisan saya. Yang utamanya ialah ia sampai kepada pembaca. Ini yang saya buat: 1. Saya beli buku yang ada kaitan dengan positioning yang saya buat di media social. Di sini saya putuskan untuk kongsikan tentang pembangunan content Facebook, dunia memasak dan hal-hal travel. 40% buku-buku saya ada kaitan dengan 3 hal ini. 2. Saya juga sering membuka beberapa laman web resipi, content management serta banyak tentang travel, story telling dan copy-writing. Setiap hari saya akan habiskan sekurang-kurangnya 1 jam membaca di sana. 3. Saya akan paksa diri membaca sirah, terjemahan Al-Quran serta banyaknya kisah-kisah nabi dan Rasul untuk jadikan ia sebagai medan sempadan kepada diri saya sendiri semasa menulis. Biasanya dapat 1 helai sehari pun dah cantik. Yang penting konsisten. 4. Novel adalah sebahagian dari dunia menulis cerita. Membaca novel yang bagus akan mencantikkan penulisan kalian. Pilih novel yang betul supaya stail kalian terbentuk dengan baik. 5. Praktis menulis di media social dengan yakin. Kurangkan membebel dan banyakkan menulis di Microsoft word terlebih dahulu supaya apa yang kita tulis mesti dalam perasaan sudah rasional, terhindar dari marah, gelisah dan resah. Begitulah. Semoga ia juga membantu kalian yang semakin ramai suka menulis. Alhamdulillah. Tahniah! Selamat mencuba ya, Andrea Hirata kata: “Berpikirlah tiga langkah ke depan, sebelum langkah pertamamu kamu ambil.” Khairul Hakimin Muhammad Baru nak jadi penulis, semoga bermanfaat.

Sekiranya kalian nak saya bantu kalian bangunkan #content untuk diri kalian atau bisnes kalian, mai datang masterclass julai ini. Saya tolong bab idea dan susunan posting terus. Julai ada 2 kelas, 17hb dan 31hb. Saya ambil 20 pax sahaja setiap kelas. Lokasi Bandar Baru Bangi. 10.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja. RM359/pax sahaja lengkap semua dengan modul. Nak tengok butiran kelas dan daftar terus, pergi ke link ini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019

Aturan Tagging https://ift.tt/2XJTnrz

Kenapa Orang Tak Mahu Baca Posting Kita? https://ift.tt/2RQ4c66

Pemain #content di media sosial hanya ada 15 jam sahaja untuk dapatkan: Engagement tinggi. Follower. Duit. Dalam tempoh 15 jam itu, ia bermula dari 7.00 pagi hinggalah 10.00 malam. Sekiranya orang itu belum ada 25,000 orang follower, maka itu sahaja waktu yang bagus untuk dimuat naik status di wallnya. Semasa di Digital World Social Media Forum di Amsterdam, Semptember lepas, dikatakan tiada waktu premium pun untuk setiap negara. Yang mana tak ada pun waktu tertentu orang akan tunggu dan tengok untuk membeli. Itu semua mitos jika ada yang kata waktu 3.00 petang begitu begini. Namun kebenaran ini pernah ada sekitar tahun 2013 ke 2017. Kini tiada lagi. Hanya ada waktu orang aktif dan tidak sahaja. Aktif = 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Tidak aktif = 10.00 malam hingga 7.00 pagi. Jadi, susun sahaja kawan-kawan (ini untuk 6-8 status sehari) 7.00 pagi - Crowd (untuk dapatkan follower) 9.00 pagi - Iklan 1 (dapat duit) 11.00 pagi - Side (naikkan engagement semula) 1.00 tengah hari - iklan 2 (dapat duit) 3.00 petang - crowd (dapat follower) 5.00 petang - side (naikkan engagement) 8.00 malam - Iklan 3 (dapat duit) 10.00 malam - side atau crowd (untuk naikkan engagement atau follower). Susun sahaja kawan-kawan. Buat bank content, susun status. Kerja jalan, wall media sosial pun cantik, duit pun masuk. Senang kan? Selamat mencuba! Khairul Hakimin Muhammad, Kata nak jualan RM1juta setahun, kena buatlah! Nak tips lagi? Terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Hari ini hari down sedunia. Oleh itu keluar pejabat tadi saya mesej kawan yang selalu sahaja beri nasihat yang sedap-sedap tentang dunia bisnes. Saya tak ada cakap pun saya tengah down. Saya hanya nak jumpa minum sahaja. Namun dia punya sembang macam sama sahaja dengan apa yang saya nak. Kata manusia yang ada berpuluh hartanah ini, nak dapat RM1,000,000 jualan setahun, tak susah mana. Yang dia buat ialah: 1. Pasang target bagaimana nak dapat RM1,000,000 tersebut. Bahagikan dengan 365 hari setahun, jadi kita akan dapat RM2,739.72 sales sehari. 2. Kemudian, dia suruh ambil produk yang paling mahal, bahagikan dari jumlah tadi. Contohnya produk paling mahal kita ada ialah RM50. Jadi RM2,739.72 bahagi RM50, dapatlah 54.79 unit, terus 55 jelah. 3. Sekarang kita ada 55 unit barang tersebut perlu dijual sehari. Maka naikkan 30% dari 55 unit tersebut. Kenapa 30% ia adalah logik yang boleh kita buat, 30% dari 55 ialah 16.5. Tambahkan, 16.5 + 55 = 71.5, bundarkan ke 72. 4. Kata beliau, biasanya target akan lari sikit dari apa yang kita buat. Namun team tak perlu tahu tentang itu. Kita present kepada team, kena jual 72 unit sehari. 72 x RM50 = RM3,600 RM3,600 x 365 hari setahun = RM1,314,000 setahun. 5. Kita hanya tambah target 30%, namun hasil jualan naik 300,000. 6. Yang dapat lebih 30% itu, beri hadiah ke team. Tak boleh lupa kerja keras mereka. 7. Perancangan bermula dari kecil. Jangan pergi target besar-besar, namun team punya kudrat sangat kecil. 8. Sebelum target, training dan mindset team kena sama. Semua itu beri hasil nanti. 9. Nak jadi jutawan, gerak dalam team. Kita tak boleh buat semua kerja sendiri. 10. Paling penting, yakin yang Allah boleh beri berapa sahaja sales sehari. RM1 juta sehari pun Allah boleh beri kerana Dia Allah. Dan kita sebagai hamba, kena yakin dalam setiap usaha. Buat baik, banyak berusaha. Kata beliau, “Usahawan dan jutawan kena bangun awal pagi. Tak boleh lupa solat sunat sebelum subuh, kemudian tak boleh juga lupa sedekah setiap hari. Itu semua kunci kepada banyaknya rezeki yang masuk.” Ya Rabb, alhamdulillah. Syukur dapat motivasi begini. Bolehlah tidur lena malam ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus buat gais!

Sesi #ApprenticeKHM pertama akan dibuka tak lama lagi. Belajar menulis story telling dan content dengan saya dari awal sampai pandai selama 3 minggu siap ada task dan gerak kerja. Yuran hanya RM1,990/pax. Setiap sesi hanya 3 orang sahaja saya ambil. Ruang belajar di Bandar Baru Bangi. Sesiapa sahaja boleh belajar, termasuk mana-mana syarikat yang nak hantar atau ibu bapa yang nak anak dia belajar menulis dan berniaga online, pun boleh. Sesiapa nak tahu lanjut, Whatsapp ke 0193505175 ya.

Mood Management https://ift.tt/2RSivqS

Carta Menulis #Content di Media Sosial untuk pendiri bisnes: Pilih Niche (yang punya titik persamaan besar dengan audien) ⬇️⬇️⬇️ Asingkan Niche ikut keutamaan, wajib ada 3, untuk Crowd, Untuk Side dan untuk RM. 3 jenis ini berbeza postingnya. ⬇️⬇️⬇️ Susun posting crowd sehari sekali. Target naik follower: 10-50 orang sehari. 50 orang sehari, setahun boleh dapat 18,000 orang. ⬇️⬇️⬇️ Susun posting RM sehari sekali. Target sales: RM200-500 sehari. RM500 sehari, setahun boleh dapat RM182,500. ⬇️⬇️⬇️ Susun posting side 1-2 kali sehari. Target engagement naik 100-200% sehari. ⬇️⬇️⬇️ Ulang semula sampai kaya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis content bermanfaat. Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Quote Bukan Content https://ift.tt/300ZjKo

Soalan: Salam tuan, kenapa dekat Personal Account kalau saya guna gambar produk yang saya ambil di studio tak berapa ok jualannya. Orang nak react pun tak ramai. Beza betul kalau saya selfie atau saya pegang produk tersebut, senang je terjual. Jawapan: Personal account sifatnya ialah kepercayaan tinggi. Orang nak tengok 1. Saiz produk. Apabila kita pegang atau kita selfie letak sebelah muka, orang terus nampak saiz sebenar produk tersebut. 2. Kegunaannya. Nak tengok bagaimana kita guna, apa yang kita boleh buat dengan produk tersebut. Apabila kita bergambar dengan produk, ia menaikkan lagi rasa percaya tersebut. Ini antara kunci kenapa iklan makanan seperti McD, KFC, kosmetik (seperti lipstik) dan sebagainya, mereka berusaha keras memastikan iklan tersebut ada adegan makan atau meletakkan produk di bahagian muka. Cuma, tak boleh lupa #content di dalam posting. Gambar tanpa content tetap tak ada impak yang bagus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat biar jadi, jangan main langgar. Nak lagi tips terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Baiki Media Sosial https://ift.tt/2J25pVf