ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 36 181 مشتركاً، محتلاً المرتبة 284 في فئة التسويق و RR والمرتبة 903 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 36 181 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 01 يوليو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -376، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -11، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 4.79‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً N/A‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 1 735 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 0 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 02 يوليو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

36 181
المشتركون
-1124 ساعات
-777 أيام
-37630 أيام
أرشيف المشاركات
Apabila bermain media sosial, kalian perlu ingat: 1. Kita berinteraksi sesama manusia, ia tentang manusia dan bersembang tentang hal-hal biasa yang manusia lalui. Ia ada kaitan yang kuat dengan emosi. 2. Ada lebih 3.2 Billion aktif user setiap hari mengikut data dari Emarsys. 3. Dari angka itu, ada lebih 70 juta pemilik bisnes yang membina perniagaan dan menjadikan Facebook sebagai “kedai” yang paling menguntungkan. 4. Di Amerika, purata bermain Facebook ialah sekitar 58 minit sehari. 5. Dalam tempoh itu, peniaga perlu beriklan dengan tersusun untuk mendapatkan jualan sekitar 30-48 saat selepas audien membaca posting kita. 6. Ia adalah #content yang menyebut tentang info produk, kelebihan, menggunakan emosi yang sesuai dan membantu audien menyelesaikan masalahnya. 7. Ia adalah content “to educate, to inform dan to inspire” yang menjadikan orang mengikut kalian, dan seterusnya membeli produk dari kalian. 8. Setiap aktif user di Facebook dikatakan telah klik sekitar 8 iklan sebulan dan membelinya terus. Ia adalah keputusan yang telah diletak di dalam kepala selepas membacanya berkali-kali. 9. Mengulang content namun menulisnya dengan berbagai teknik, kaedah, cara, jenis dan sebagainya akan menjadikan posting tersebut berkesan menarik pelanggan. 10. Melayan pelanggan dengan baik adalah cara terbaik untuk mendapatkan pesanan. Agenda bersembang “mouth to mouth” di dunia maya adalah 200% lebih kuat dari iklan yang kita buat di Page Ads dan sebagainya. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Jaga content, jaga emosi audien.

Apa yang akan jadi sekiranya kita semua hilang #followers atau akaun kita disekat? Ini antara benda yang sering dibincangkan oleh para penggiat media sosial. Ada banyak input yang kami dapat dan sepanjang saya ikuti perkembangan dan hadiri conference berkaitan sosial media, art of story telling, strategi content di London, Jakarta, Amsterdam dan Singapura beberapa tahun lalu, saya bersetuju dengan ini: 1. Bina semula, biasanya pembinaan semula pengikut adalah proses yang meletihkan. Namun ia berbaloi kerana semangat baru dan content baru akan lebih tersusun, lebih berstrategi dan pengikut baru biasanya lebih fokus. 2. Sediakan bank #content. Sekiranya akaun hilang atau followers hilang, content tetap ada untuk dimuat naik di akaun yang baharu. 3. Belajar dari pengalaman. Tidak buat lagi kesilapan lalu hingga akaun kita dilaporkan begitu begini. Ini sangat mustahak. 4. Ada orang bertepuk melihat kita jatuh, abaikan. Mereka bukan bayar bil kita, kita yang perlu fokus kepada mereka yang mahu kemahiran, kepakaran serta apa yang kita boleh beri kepada orang lain. 5. Tidak boleh hilang fokus. Pernah dulu ada seorang ini (di UK) hilang pengikut di media sosial kerana menghentam golongan yang tidak disukai, akaunnya yang berjumlah 4juta orang disekat terus hingga hari ini. Namun, kurang 6 bulan beliau membina akaun baharu dan kini punya lebih 5.5 juta pengikut. Katanya “fokus dan abaikan manusia yang rosak, kita terus jadi positif dan belajarlah dari kesilapan.” Begitulah. Selamat menulis perkara kebaikan. Yang baik juga akan kembali kepada kalian. Khairul Hakimin Muhammad, Bersepah haters menanti kita jatuh. Terus kuat!

photo content
+2

Nak beritahu, hari ini hari terakhir untuk dapatkan Panduan Strategi Social Hack Ramadan dengan harga RM120. Bermula 12 tengah malam ini harganya ialah RM180 ya. Ianya panduan untuk kita berniaga sebelum, semasa dan selepas bulan puasa nanti. Nak dapatkan sales ratus ribu dan juta, ha lekas dapatkan pakej ini. Berbaloi. Dapatkan di sini ya: https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc Jangan cakap saya tak beritahu yaaaaa!

Apa yang menyebabkan #Follower anda naik di Facebook? Jawapannya ialah #SHARE. Buat posting #content yang konsisten tentang sesuatu yang anda mahir, suka, minat, power, hebat. Konsisten bermaksud, wajib ada 3 atau 4 kali seminggu tentang hal tersebut. Posting yang hanya banyak like dan komen, hanya menaikkan engagement. Namun posting yang ada share, akan beri double engagement. Kejar Share okey!

Salam semua keluarga besar #KHM, Saya dah mula letak di wall. Sekiranya belum dapatkan 77 Tips Pandai BerFacebook, baik dapatkannya sekarang! Tinggal 200 ja tuuu. Masukkan kupon PREORDER77 untuk harga RM39 ya. Lepas itu harganya kembali ke RM79! Lekass! Order di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb

#Content yang bagus pada #Sabtu dan #Ahad ialah yang memberi sedikit hiburan atau keselesaan kepada audien. Kebiasaan, pada hari cuti sesebuah negara, penurunan bermain sosial media juga dapat dilihat dengan jelas. Jika pada satu-satu masa, ada 200,000 orang sedang aktif, namun pada hari cuti, boleh jadi 160,000 orang sahaja yang masih aktif. Ia menurun kerana orang mahu rehat, mahu tenang, mahu bersama keluarga dan sebagainya. Oleh itu, apa yang kita muat naik pun mesti tidak terlalu berat, tidak bersifat terlalu panjang dan susah untuk difahami. Tips, step by step, petua, itu semua content yang bagus pada hari cuti. Jika mahu naikkan iklan, ia mesti padat dan ringkas, gunakan #ShowDontSell, pasti menjadi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Resipi apa eh hari ini.

Ada 42 orang yang buat belian terus hari ini. Saya buka di wall saya esok yaa. Kalau habis, jangan maraaaaah. Hihi

Kalau terus buat belian, harga akan keluar RM79. Masukkan kupon tersebut dulu, klik tuntut barulah dapat harga RM39 itu

Masukkan kupon PREORDER77 untuk dapatkan harga RM39 ya!

photo content

Salam semua keluarga besar Telegram #KHM. Macam tak percaya perlahan-lahan kita membentuk group ini. Sebagai hadiah kepada kalian semua, saya siapkan Ebook terkini 77 TIPS PANDAI BERFACEBOOK. 77 Tips Pandai BerFacebook! Ada ramai antara kita duk buat akaun Facebook, namun pakat tak menjadi belaka kerana belasah sana sini. Kali ini Khairul Hakimin Muhammad membawakan Tips-Tips semudah ABC untuk kita fahami dan buat terus di akaun kita. Sama ada nak naikkan FOLLOWER atau nak JANA SALES, 2-2 boleh! Tips ini berkesan kepada sesiapa sahaja. Dari suri rumah, pelajar, pegawai kerajaan, doktor, jurutera, founder produk, bisnesman, saja-saja nak main Facebook, atau affiliator, dropshipper produk, sesiapa sahaja! Semua boleh. Tak nak cakap banyak, dapatkan sekarang ya! Saya buka PREORDER hingga 30hb atau 300 unit sahaja dengan harga RM39.00 sahaja. Jika habis awal atau sampai 30hb, harganya kembali ke RM79. Masukkan #Kupon PREORDER77 ya untuk dapatkan harga RM39! Ebook akan mula diedarkan pada 1hb May ya! Tempah di sini! https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb

Untuk posting #iklan, #content boleh digunakan dengan: 1. Awareness. Biasanya bersifat menerangkan produk sahaja. Jarang dapat jualan namun posting ini memberi makna. Apabila semakin ramai yang tahu tentang produk, ia memudahkan posting iklan selepas itu. Sekiranya dapat jualan, ia bonus. Masa yang sesuai ialah 12 tengah hari. 2. Sales. Boleh dimuat naik secara terus hard sell atau soft sell. Tak jadi masalah. Apabila orang sudah tahu tentang produk, proses membuat jualan akan jadi “kacang!” Namun, di sini yang memberi cabaran ialah aktiviti closed sales. Mesti ada sistem yang lengkap dalam menerima tempahan seperti meletakkan link Whatsapp. Yang menerima tempahan pula kena laju, kurier kena cekap dan menerima rungutan dengan terbuka. Masa yang sesuai ialah 3.00 petang atau 5.30 petang. Dua perkara ini dibangunkan dengan content tersendiri, dan mesti selalu dibuat. Ingat, bukan semua posting kita adalah posting iklan. Ia tetap perlu disisip dengan posting kehidupan biasa. Kalau tidak, semua orang akan berundur dan merasakan kita ini hanya kedai, bukan manusia yang mahu bermedia sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka iklan pada 10.00 pagi, 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.

HQ Facebook mempunyai banyak jabatan di dalamnya. Antaranya ialah F & B, Lifestyle, Fesyen, Politik, Software, Teknologi, Video dan Audio, Automotif, Machine, Rumah dan Kediaman, dan banyak lagi. Kesemua jabatan ini akan mengumpul semua data yang kita muat naik dan membuat banyaknya kajian dalam bentuk analitik, statistik dan insight. Kemudian, disusun melalui algorithm yang paling kuat trendingnya. Ingat, viral hanya 24 jam sahaja. Apa sahaja hal (topik atau subjek) yang masih ‘hidup’ selepas 24 jam di media sosial, disebut sebagai trending. Dikatakan pada tahun 2018 (di Malaysia), sehingga Mac inilah yang paling tinggi trendingnya di Facebook. 1. E-Commerce (jualan melalui kedai online seperti Lazada dan lain-lain). 2. Kosmetik (lipstik terutamanya). 3. Makanan (yang direview). 4. Produk ubat kuat (disebut sebagai produk seks). 5. Produk kanak-kanak dan bayi (mainan terutamanya). Ke semua maklumat ini adalah yang datang dalam bentuk posting: 1. List (numbering). 2. Story-telling (teknik bercerita). 3. Ayat iklan. Khairul Hakimin Muhammad, Social Media Masterclass, London 2018

Media sosial sering dikaitkan dengan minda separa sedar. Boleh jadi kita akan terikut dengan emosi buruk sekiranya kita membaca mana-mana posting dalam keadaan penat, resah, gelisah, muram dan murung. Untuk pembina #content, adalah sangat penting mengekalkan rasional di dalam posting-posting yang dimuat naik. Content yang ada sifat rasional: 1. Memberi banyaknya kesan positif di dalam ayat dan perkataan. 2. Jalan cerita jelas dan tidak menggunakan perkataan bombastik / kiasu / puitis yang melampau. 3. Memberi kefahaman di dalam menerangkan isu, bukan sekadar meluah sahaja tanpa memberi penjelasan yang sebaiknya. Ingat ini, orang rasional akan mendapat lebih ramai follower, lebih murah rezeki dan lebih tinggi kredibilitinya. Mereka ini tidak terganggu dengan posting negatif dan mereka sendiri juga sentiasa memuat naik posting positif. Rasional = selesa kepada follower = kesetiaan follower kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus positif!

Di dalam bermain Social Media #Content, ada 5P yang biasa digunakan oleh pemain-pemain industri besar ini. Ia adalah: 1. Plan - Merancang content yang bagaimana untuk mendapat perhatian audien. 2. Produce - Hasilkan content yang kita mahir, suka, dan semestinya mempunyai titik persamaan besar dengan audien tersebut. 3. Publish - Perlu ada lebih dari 1 channel untuk kita keluarkan content tersebut. Contoh, Facebook, Telegram, Website, Blog. 4. Promote - Perlu dibuat dalam bentuk iklan termasuk menggunakan khidmat review dan Ads. 5. Prove - Mesti ada data. Buktikan semua ini dengan analisis dan KPI yang kita sendiri tetapkan. Tak cuba, tak tahu. Kita yang bina audien kita dan nilailah dengan sebaiknya. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Bina empayar!

#content yang bagus tidak bersifat: 1. Merungut. - memberi tahu masalah, namun tidak memberi bagaimana ia boleh diselesaikan. 2. Membuka jalan berbahas. - menyebarkan kesilapan / kesalahan orang namun tidak memberi impak positif. 3. Membantah. - menulis untuk berbahas, namun hanya maklum apa yang tidak disukai, bukan memberi hujah fakta jelas yang ia boleh diperbaiki. 4. Membuka aib. - menyebarkan kesilapan orang lain, memburukkan dan bersifat menjatuhkan maruah orang. 5. Meroyan. - menulis sesuatu masalah itu dengan marah, benci dan maki dan fokus kepada hal itu sahaja tanpa memaklum bagaimana ia boleh selesai dengan membuat beberapa siri posting yang lebih kurang sama. Elakkan 5 hal ini ya kawan-kawan. Fokus beri impak positif! Khairul Hakimin Muhammad, Fokus posting kebaikan.

Jika cerita tentang makan sedap di kedai makan, beritahu lokasinya. Jika cerita tentang percutian indah di sebuah kawasan, beritahu lokasinya. Jika cerita tentang hebatnya jualan murah sana sini, beritahu lokasinya. Di media sosial, kita tak perasan yang impak positif itu mesti jatuh kepada pembaca. Jika hanya kita sahaja yang tahu dan faham, biasanya yang membaca tak mahu bantu untuk sebarkan (klik share). Jadi, tulislah dengan lengkap. Supaya yang membaca boleh beli terus, boleh pergi dan boleh buat hebahan kepada kawan dan keluarga. Di situlah ‘share’ bermula dan naiknya follower. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka sebarkan kedai makan sedap.

Untuk nak komen di wall orang lain, 1. Baca sampai habis. 2. Tak faham, baca sekali lagi. Tak faham juga, bertanya baik-baik. 3. Beri komen, kemudian ditegur kerana tak baca habis, akan jadi sama ada 2 hal. 1 boleh bergaduh kerana tak mahu sedar kesilapan diri, 2, boleh jadi terus meminta maaf dan delete komen. Jika pilih yang pertama, hilanglah ruang berkawan dan biasanya akan bawa ke dunia realiti. 4. Buang rasa diri itu besar apabila datang ke rumah orang (wall orang). Sekiranya tak bersetuju, tetap perlu guna ayat baik, komen baik dan menjaga hubungan. 5. Maki, cakap kasar, merasa diri betul dengan memberi komen yang tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh penulis akan menjadikan kita hilang kawan, hilang doa kebaikan dan boleh jadi kita tak sedar diri kita ini sedang dibenci perlahan-lahan. 6. Untuk tidak bersetuju, boleh sahaja tegur dengan baik. Atau diam, atau sekadar skroll demi menjaga hubungan sesama kita. Kalau memang tidak boleh teruskan, klik unfollow atau terus unfriend atau block. Ingat, Facebook adalah medan menjaga komuniti, sampai ke tahap kita unfriend, unfollow atau block pun kita tak terima notifikasi, dia tidak menjadi batu api di atas hilangnya hubungan. 7. Orang lain tulis status kita tak setuju, itu silap. Kita pula pergi komen maki, kasar, kita juga buat silap. Kita hanya boleh kawal diri kita. Posting orang, kita tak boleh kawal, yang boleh, hide atau unfollow, itupun kita yang kontrol di wall kita. 8. Belajar untuk menjadi positif. Ada orang berusaha bercerita supaya kita semua dapat manfaat. 9. Jika kita nak orang komen positif kepada diri kita, kita juga kena positif di wall orang lain. 10. Hanya dengan 1 komen, kita undurkan rezeki dengan memutuskan hubungan. Hati-hatilah kawan-kawan semua. Tak setuju, PM tepi. Namun sekadar sikit-sikit, tahanlah, kata dah berkawan, dah kenal, salinglah hormat dan saling juga bertolak ansur dengan apa yang mereka nak sampaikan. Kita ini hidup kerana doa orang lain. Buang ego, buang sombong, kita akan mudah didekati, termasuk rezeki. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Komen baik-baik. Rasional okey!

Pilih 2 atau 3 perkara dalam bentuk #content yang nak ditulis di media sosial. Contoh: 1. Travel. 2. Makan. 3. Jual Produk Bayi. Travel adalah perkara yang diminati, makanan pula memang duk makan hari-hari. Travel - up itinerari, tips beli tiket, beli penginapan, review sana sini, cerita, musim, makanan, culture, gambar dan keindahan, orang, buku, filem yang dibuat di situ serta macam-macam. Post ini akan dapat #crowd. Konsisten susun pada setiap hari jam 10.00 pagi. Makanan pula up makan dekat mana, kalau pandai masak, buat resipi, kalau boleh cerita pasal bahan, equipment, dapur, material, diet, serta utensil, organizer semuanya boleh di up. Akan dapat crowd juga. Up pada jam 3.00 petang setiap hari. Untuk Iklan produk bayi, buat ja hard sell jam 12.00 tengah hari setiap hari. Tak ada masalah pun crowd dan posting sales itu tak ada kena mengena. Ianya posting kehidupan dan memang itulah yang kita suka dan lalui. Susunannya, Crowd - sell - crowd. Posting malam, buat side, fun-fun. Esoknya buat lagi benda ini. Susun semuanya. Kalian akan dapat crowd, follower mula naik, sales pun akan mula kencang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Travel, Kemanusiaan, Makanan, Story.

Khairul Hakimin Muhammad - إحصائيات وتحليلات قناة تيليجرام @contentkhm