cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Hasbul Brothers

Gandingan duo membimbing usahawan untuk menembusi pasaran & membantu usahawan untuk kembangkan bisnes. https://linktr.ee/hasbulbrothers

إظهار المزيد
ماليزيا3 920لم يتم تحديد اللغةالأعمال2 191
مشاركات الإعلانات
28 513
المشتركون
-924 ساعات
-757 أيام
-39230 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Introvert tapi berbisnes. Apa akan jadi? Sejujurnya, kami adik beradik Hasbul Brothers ni, dua-dua introvert. Abang, adik sama saja. Kami dulu tak suka seminar-seminar ni, atau tempat yang ramai orang. Betulke introvert ni pemalu, jenis suka buat hal sendiri, kalau boleh tak nak expose diri.. Hanya orang introvert yang tahu diri dia macam mana. Alkisahnya apabila seseorang yang introvert sangat gila-gila nak jadi usahawan. Tapi masih ada perasaan malu dan takut. Sangat susah nak bercakap dalam live, depan camera, apatah lagi berhadapan ramai orang. Nak networking, tapi segan la pulak. Nak tegur dan berkawan, tapi malu. Nak kenalkan diri dan jenama sendiri pun malu. Tapi minat berniaga. Saya teringat semula, dulu masa mula-mula kami buat seminar, kami cuma bercakap beberapa minit sahaja. Tak boleh lama-lama berhadapan orang. Tapi yang buatkan kami teruskan adalah kerana ‘Mindset’ nak bantu ramai orang. Kami cuma nak berkongsi, nak bantu usahawan yang tengah struggle! Kami fikir, kalau tak buat, macam mana kami nak bantu usahawan dengan apa yang kami boleh beri. Nak jadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain, kitalah yang perlu menabur bakti. Kami paksa diri untuk buat sampai berjaya. Bagi mereka yang introvert, bagaimana nak hilangkan rasa malu dan sukar bercakap dengan orang lain, ini tips memang wajib anda buat. [1] ‘Stick’ dengan Mindset betul-betul nak tolong orang lain, jadi perlu sampaikan ilmu kepada dia tentang produk kita dan sebagainya. Sebelum live, ingat nawaitu kita. [2] Paksa diri dan ‘repetition is a success process’. Buat juga walaupun sasul, gagap, speechless. Nak berlatih sendiri banyak kali pun boleh. Janji memang kena paksa diri. Saya yakin jika anda konsisten lakukannya, keberanian akan datang dan adakala orang dah tak tahu anda ini introvert orangnya. Yakin akan datang selepas persediaan dan latihan yang dibuat. Ingat, kuasai mindset anda. Jangan biar emosi kuasai. … Jumpa kami di Seminar Grow Busines To The Next Level. Tekan link dibawah sekarang. https://growyourbusiness.my/ https://growyourbusiness.my/
إظهار الكل...
Kenapa bisnes masih tak boleh nak grow? Apakah isu sebenar anda dalam bisnes? Isu yang menyebabkan bisnes anda statik di tahap sama selama bertahun-tahun. Anda dah ada jawapan? Adakah bisnes anda tak boleh nak berkembang sebab ada kaitan dengan masalah-masalah ini? (1) Masih 'blur' mengapa pelanggan tak membeli. Rasa dah penuh buku teknik marketing dipelajari tapi masih kurang pelanggan melekat disebabkan cara-cara pernah buat sebelum ini sudah lapuk. (2) Pelanggan hanya membeli sekali sahaja. Marketing cara lama mengajar kita untuk terima yang pelanggan hanya datang membeli sekali sahaja. Bukan berkali-kali. Menyebabkan kita jadi buntu. “Aku kena buat apa lagi?” Tetapi bila dengan marketing cara baru bukan sahaja meramaikan pelanggan tetapi mereka datang berkali-kali dan setiap kali datang mereka pasti membeli dengan nilaian yang tinggi. (3) Profit ghaib, hilang tanpa jejak. Masih guna teknik buang harga? Masih lagi setia strategi diskaun sepanjang tahun? Masih terkinja-kinja kejar sales tapi tak peduli tentang keuntungan? Walhal dua-dua penting! (4) Terperangkap segala kerja bisnes masih dibuat seorang diri. Impian boleh tahan, penuh bilik segala jenis kereta rumah ditampal (Maaf, kami tak ajar cara lapuk begini), tapi masih berdegil nak capai semua itu seorang diri. Nak sales tinggi tapi kerja nak capai ke arah sales tinggi itu umpama kena ada 20 tangan. Sedangkan tangan hanya ada dua. Dahlah ambil staf pun main hentam. Nak set KPI staf pun tak tahu cara. Ada juga sejenis takut nak bawa masuk 'manusia lain' dalam syarikat. Menyebabkan bisnes susah nak berkembang ke next level.
إظهار الكل...
Pemasaran yang terperangkap. Kisah benar usahawan yang terperangkap dalam marketing yang tidak sihat. Baca sampai habis, takut terjadi kepada kita. [1] Alhamdulillah, ada masa usahawan spend iklan dan dapat sales yang sangat gempak nilainya. Hasilnya, itulah duit yang akan dirolling semula ke modal dan syarikat, termasuklah kos pemasaran yang akan usahawan keluarkan untuk next. Tapi ada yang masih belum tahu KIRA KOS. Jangan terperangkap dengan jaring tersembunyi ini. [2] Kita pun spend lagi bajet marketing untuk seterusnya tanpa tahu costing yang betul. Hari demi hari, dengan niat nak tinggikan bajet marketing, duit terus mengalir. Tapi usahawan tak KIRA KOS untuk profit sebenar, cuma agak-agak jer sambil pasang niat nak tinggikan kos itu ini sebab nak sales lebih banyak. Bahaya, bab kos ini tak boleh main agak-agak, kena tengok data! [3] Usahawan dah mula rancak blast iklan, tapi tak tengok perkara ini. Dah penat buat pemasaran, rupanya TEAM SALES tak mampu convert sale. Banyak bajet dilaburkan untuk iklan, leads banyak yang datang. Tapi skrip closing sales dengan pelanggan ‘sesuka hati’ sahaja. Itu belum kira skill team sales close sales. Ada yang reply whatsapp alakadar sahaja. Salah kita juga ambil staf sekadar tengok resume. 3 perkara ini akan buat pemasaran kita tersekat. Terpaksa kurangkan iklan kerana team sales tak pandai closing, takut membazir duit ads. Terperangkap dalam cash flow yang tidak teratur, makin banyak marketing, makin tak nampak profit pula bila dah dapat sales. Nampak tak? Makin kucar-kacir jadinya. Sebab itu, rata-rata usahawan datang beritahu ada masalah sales, bila digali masalah, puncanya dari kos, team dan banyak lagi. Kenal pasti apa yang membuatkan bisnes anda stuck, satu-satu selesaikan. Pantang kalau dibiarkan!
إظهار الكل...
KURANG 30 JAM SAHAJA LAGI BAKAL BERLANGSUNGNYA SEMINAR GROW YOUR BUSINESS: FROM 2X TO 10X READY FIZIKAL & MENTAL! Pastikan anda sudah cukup bersedia untuk seminar esok. Hadir awal, rancang perjalanan anda supaya lancar. Kosongkan gelas fikiran. Datanglah dengan nawaitu, mindset dan impian yang betul. Jangan lupa untuk bawa buku catatan anda. Komited untuk tanya soalan, saya benar-benar nak bantu anda berjaya. Apabila ilmu penuh diisi, sediakan diri untuk bertindak. Laksanakan apa yang dipelajari. Saya faham, dalam ramai-ramai peserta yang bakal hadir, background kita masing-masing tidak sama. Ada yang bakal datang dengan penuh kekusutan, ada yang datang dengan bangga dan ingin tambah ilmu, ada yang datang dengan sejuta harapan untuk bangkit semula. Saya cuma nak anda keluar dari derita bisnes yang tak nampak hasil. Keluarlah dari sengsara hutang piutang. Ini masanya. Pastikan anda fokus pada seminar esok. Semoga bisnes berkembang dari 2x kepada 10x ganda! Amiin. Jumpa anda di sana esok! P/s: Peserta paling awal hadir akan dapat hadiah misteri. www.growyourbusiness.my
إظهار الكل...
Final call! Usahawan, kita rasa tahun 2023 bisnes dah serabut kepala. Tak sangka 2024 lagi struggle rasa nak jual je bisnes. Sampaikan ada yang terpaksa jual segala aset untuk ‘hidup’ sebagai usahawan. Iya. Tak dinafikan. Bisnes tahun 2024 ini berat buat kita. Siapa berada lama dalam bisnes, mereka tahu betapa pentingnya upgrade ilmu bisnes. Behaviour pembelian pelanggan dah berubah. Ini faktornya. Bila corak pembelian pelanggan berubah, apa signalnya pada kita? Berubahlah. Jangan setia pada marketing strategy yang entah zaman bila tu. Ini sebab seminar legend kami yang telahpun bantu lebih puluhan ribu usahawan berjaya kembangkan bisnes mereka lebih 10X ganda ini dikembalikan. Ada sebabnya. Kali ini pengisian seminar Grow Your Business (GYB) lebih padu dengan gabungan strategi menyeluruh Marketing, Finance dan People dalam seminar GYB selama 2 hari. Ketahui cara tembus pasaran dengan modul marketing trend terkini, cara kira kos sebenar dan bawa masuk & retain talent berkualiti supaya bisnes berkembang dengan profit sihat. Kami susun modul GYB berdasarkan proven case study, real strategies dan real example dari kategori-kategori bisnes berbeza yang berjaya kami bantu. Jadi, 2 hari lagi. Rabu & Khamis 24 & 25 April seminar ini akan berlangsung di Cyberjaya. Klik link dibawah dan daftar sekarang! https://growyourbusiness.my https://growyourbusiness.my
إظهار الكل...
Bisnes kita drop bukan salah market! Kita selalu salahkan market yang tak membeli. Sedangkan ramai yang berbelanja lebih dari luar biasa mereka berbelanja di bulan puasa lepas. Jadi bukan salah market. Mereka membeli seperti biasa. Tapi isunya. Mereka tak membeli dengan anda. Mereka memilih pesaing anda. Antara faktor utama kita ‘tewas’ dengan pesaing adalah kita sendiri ada mindset ‘orang tak membeli’ menyebabkan kita selesa dengan marketing cara purba. Pesaing setiap hari tak selesa cara lama. Mereka ‘dahagakan’ cara, strategi, taktik yang latest untuk memastikan jenama mereka boleh bawa masuk duit dan kekal lama di minda pelanggan Mana nak belajar supaya anda tak lagi menjadi mangsa sales sendu sebelum dan selepas raya? Kami akan ajarkan caranya dalam seminar 2 hari GYB pada Rabu & Khamis (24 & 25 April 2024), di Shaftsbury Asteria, Cyberjaya. 3 hari lagi akan berlangsung! Daftar dan hadir. Tak payah fikir panjang. Klik link di bawah dan daftar seminar GYB. https://growyourbusiness.my
إظهار الكل...
Realiti orang bisnes, hari ini kita nampak duit masuk boleh, boleh jadi esok lusa langsung tak ada duit yang masuk. Ingat. Bila kita senang, orang datang. Bila kita dah jatuh, tak ada apa, orang menjauh. Tiada siapa bersimpati dengan nasib kita. Kecuali diri kita sendiri. Jadi, kalau sayang bisnes dan diri kita. Jangan selesa di tahap yang sama. Dunia bisnes sekarang berbeza. Ianya tak macam dulu-dulu. Buka kedai, tak buat marketing pun orang datang. Sekarang, buka kedai tak buat marketing orang tak pandang langsung. Sebab market terlalu sibuk. Pelanggan banyak pilihan. Nak tak belajar strategi ramaikan pelanggan, naikkan jualan dan keuntungan 10X ganda pada 24 & 25 April ini? Jom klik link daftar seminar GYB dibawah sekarang. https://growyourbusiness.my https://growyourbusiness.my
إظهار الكل...
Ada yang tanya saya.. Gen Y atau Millennials tidak ada banyak wang dan tengah ‘down’ walaupun buat bisnes macam-macam sebelum ni, tapi masih gagal dalam kewangan. Masa semakin suntuk, masih mampukah untuk mencapai kebebasan kewangan? Mindset tu ikat kuat-kuat dahulu. Yang positif tarik ke depan. Yang negatif buang terus. Saya suggest Gen Y yang berbisnes buat perkara ini: [1] Jika belum buat perkara yang disukai, buatlah sekarang walaupun ada kerja hakiki lain. Sebagai contoh, minat bermain chess dan mahir ikuti pertandingan. Jadikan ia hobi berguna selepas anda bersara nanti. Jika minat perkara yang boleh mendatangkan wang, itu sangat baik. Jika sekadar hobi, ketahuilah setiap darinya ada cara menghasilkan wang. -- [2] Labur dalam bidang yang diminati. Kenapa? Supaya kita boleh belajar dan memahami selok belok pelaburan dengan mudah. Mula sekarang untuk masa hadapan. Jangan biar usia dihujung kehidupan baru nak bermula. -- [3] Upah pengajar untuk bidang yang kita minat. Hidup terlalu banyak peluang. Belajar & jangan lokek ilmu untuk diri sendiri. Gen Y tak boleh duduk dalam zon selesa. Sudah tiba masa buat perubahan dalam hidup. Banyak peluang kejayaan menanti anda di hadapan. Sebagai usahawan, bangkit dengan penuh success strategi! Hadir ke Grow Your Business 24 & 25 April ini. Tempat terhad. Daftar sekarang. https://growyourbusiness.my/ https://growyourbusiness.my/
إظهار الكل...