Tips Keibubapaan #53
( Sentiasa latih anak besar agar anak besar boleh latih adiknya)
.
Mengajar anak teknik urus emosi sebenarnya tidak sesusah difikirkan kebanyakan kita 🤔
.
Anak ada coping skill sendiri sebenarnya 😊.
.
Saya sentiasa membantu anak besar untuk fahami keperluan perkembangan adik-adiknya apabila dia mula tidak faham, dan tidak boleh tolerate dengan tindak tanduk adiknya.
.
Khairunnisa' 5 tahun jenis kanak-kanak perempuan yang mudah tunjuk emosi sedih dengan menangis kuat. Hinggakan Yumna 1.10 tahun mengungkapkan "Mummy, Kakak menangis" (suprised masa tu dengar Yumna sebut perkataan 3 sukukata 'me na ngis' walau sedikit pelat lagi).
.
Sebab Yumna jenis ledak emosi dengan merajuk (pasif) atau memukul (agresif) (pertengahan antara stail Abang dan Kakak)
.
Semalam saya tertarik bila Khairunnisa' menangis sedih kerana Abang marah, di dalam kereta,
.
tak lama lepas tu (saya biarkan), Fateh boleh ajar adiknya, Khairunnisa' dua (2) cara urus emosi sedih (agar tidak perlu menangis kuat kuat macam tu) seperti dirinya lakukan, di sekolah.
.
Saya fikir semula, Ya, Fateh memang ego sebagai Thinking, dan menahan tangisan di sekolah, namun akan terus ledak menangis bila sebaik jumpa saya bila ambil dia dari sekolah.
.
Bermaksud boleh dikatakan, kami ibubapa ini adalah tempat selamat untuk dia luah emosi sebenar, tidak simpan-simpan control ayu (seperti di setting sekolah, emosi marah dan sedihnya).
Okay, perlu syukur itu 😄.
.
Dalam video ini, dia kongsikan 2 solusi cara dia kendali sedih.
.
Memang kaedah i) distraction ☂️ dan ii) find the safe place then burst ☔
.
At least
👉 Luah cara selamat (alih perhatian kepada lawak, menangis di bilik air),
👉 Tidak kelihatan lemah di mata kawan-kawan (kanak-kanak pun ada ego),
👉 Boleh transfer beritahu tips dia pada adik bila perlu.
.
Maknanya, bila kita selalu minta anak besar ajar /handle adiknya, dia ada rasa tanggungjawab dan konfiden untuk terus ajar adik dia bila perlu, tanpa kita minta dia lakukan.
.
Itulah empowering namanya.
Bukan harap anak belajar semua dari kita,
Atau bergantung pada kita semata.
.
Saya selalu ajar Fateh teknik urus emosi marah, tetapi tidak emosi sedih.
Tapi dia ada cara dia sendiri untuk urus emosi sedih dia rupanya 😁👍
.
Dan paling terkesan bila dia boleh share teknik atau strategi dia pada adiknya, kot kot berkesan juga untuk adik.
Dan betapa lelaki perempuan tak sama caranya, tapi kita sentiasa boleh belajar antara satu sama lain, kan ? 😉
.
Hehe.
Hm, belajar sesuatu ?
CARE♥️,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
*Khairunnisa' perempuan, maka dia mula belajar perbezaan reaksi kawan bila dimarah juga tak menangis macam abang dia. Dia share yang bila dia marah kawan dia, kawan dia rilek aja (saya suspek kawan dia lelaki, buat lawak macam abang dia la kot 😄😄😄) dan itu buatkan dia lagi marah macam raksaksa ya 😆😆😆.
*Biasa saya ajar Klien kanak-kanak saya agar tidak react, bila diganggu/dibuli sebab pembuli lagi kacau dan suka bila tengok kita marah dia kacau kita. Now kena ajar KN kaedah distraction juga.