ru
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 16 278 подписчиков, занимая 962 место в категории Семья и дети и 2 361 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 16 278 подписчиков.

Согласно последним данным от 20 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -128, а за последние 24 часа — -12, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 6.19%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.52% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 1 008 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 410 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 21 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

16 278
Подписчики
-1224 часа
-347 дней
-12830 день
Архив постов
photo content

photo content

Saya kongsikan soalan berkenaan post di atas dan makna sambutan harilahir anak ya 😊👇

Sesuatu yang besar kita boleh belajar sebagai #IbuBapaKini dari apa yang diluahkan oleh 'Pesalah Muda' ini adalah Berkemungkinan anak-anak ini hunger atau craving 🔥 for : 👉 Tangki Perkataan Mengesahkan (Word of Affirmation) : Mama Ayah sayangkan kamu, apa jua kamu lakukan, Mama Ayah tetapkan sayangkan kamu. Hanya perlakuan tertentu kamu A/B/C saja yang Mama Ayah tak berkenan, maka Mama Ayah tegur untuk perbetul kesilapan 👉 Tangki Perbuatan/perlakuan/layanan (Act of Sevice): Sambutan hari lahir anak. Seandainya ibu ayah kurang mampu, memadai masak special dan nyatakan dengan jelas, ini yang ibu ayah mampu, sempena meraikan hari lahir kamu (jika mampu, buatlah kek hari jadi dsb kan 😊) 👉 Tangki Masa Istimewa : Anak nak rasa 'special'. Macam mana? Buat 'Special Time One to One' dengan setiap anak, waktu berbeza dengan ibu ayah, sebab kita ibu ayah satu, anak ramai, kan? Sesuai untuk anak paling besar sebab mereka banyak rasa terpinggir sejak adik adik lahir. 10 min mencukupi istimewa setiap anak asing, dapat 30 min lagi baik (seminggu 1 kali?). Anak nak masuk remaja boleh dating mak ayah sama jantina, dan banyakkan kongsi hal perhubungan rakan sebaya, isu semasa, seksualiti, perasaan, badan dsb . Terima kasih dan Kredit kepada Dr Rahim Munna, Pakar Kriminologi, UKM. Saya ketahui Juvenile Delinquent (pesalah jenayah juvana/muda), ada kaitan dengan attachement yang rendah/lemah sewaktu awal kehidupan (kajian), Dan saya percaya parenting banyak main peranan untuk bantu bentuk empati, dan sikap baik dalam diri setiap anak yang merupakan kain putih ini... Sama sama kita sentiasa ambil tindakan untuk pencegahan. Care ♥️, Maznah Ibrahim #BreaktheCycle #BetterParentingforBetterMentalHealthofChildren

photo content

Tips Keibubapaan #55 ( Pilihan Perasaan Dan Pemikiran Kita ) Motivasi petang Ahad, Sambil minum kopi o tu, Semoga bermanfaat. ♥️♥️♥️ Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Ayuh join komuniti premium positif di support group ebook hypnoscript. Caranya dengan dapatkan ebook hypnoscript disini 👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200306 .

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Tips Keibubapaan #54 ( 5 Cara Ibu Kekal Positif Walau Sangat Penat dan Hampir Burnout ) Ada hari-hari tertentu, kita amat penat dan mudah terlepas ke anak. Sampai jadi buntu dan bertegas menyatakan sesuatu yang tidak sesuai seperti "Jangan cakap dengan Mama sampi bila-bila", "Mama takkan bawa keluar anak Mama sampai bila-bila", "Adik tak boleh nak minta apa-apa dah kat Mama". . Saya sediakan 5 tips mudah, mudahan anda akan sentiasa kekal lebih baik berbanding terfikir sangat teruk dan semakin teruk dalam fasa 'roller coaster' keibubaapan zaman ini. I Do CARE For You ❤️, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Tips Keibubapaan #53 ( Sentiasa latih anak besar agar anak besar boleh latih adiknya) . Mengajar anak teknik urus emosi sebenarnya tidak sesusah difikirkan kebanyakan kita 🤔 . Anak ada coping skill sendiri sebenarnya 😊. . Saya sentiasa membantu anak besar untuk fahami keperluan perkembangan adik-adiknya apabila dia mula tidak faham, dan tidak boleh tolerate dengan tindak tanduk adiknya. . Khairunnisa' 5 tahun jenis kanak-kanak perempuan yang mudah tunjuk emosi sedih dengan menangis kuat. Hinggakan Yumna 1.10 tahun mengungkapkan "Mummy, Kakak menangis" (suprised masa tu dengar Yumna sebut perkataan 3 sukukata 'me na ngis' walau sedikit pelat lagi). . Sebab Yumna jenis ledak emosi dengan merajuk (pasif) atau memukul (agresif) (pertengahan antara stail Abang dan Kakak) . Semalam saya tertarik bila Khairunnisa' menangis sedih kerana Abang marah, di dalam kereta, . tak lama lepas tu (saya biarkan), Fateh boleh ajar adiknya, Khairunnisa' dua (2) cara urus emosi sedih (agar tidak perlu menangis kuat kuat macam tu) seperti dirinya lakukan, di sekolah. . Saya fikir semula, Ya, Fateh memang ego sebagai Thinking, dan menahan tangisan di sekolah, namun akan terus ledak menangis bila sebaik jumpa saya bila ambil dia dari sekolah. . Bermaksud boleh dikatakan, kami ibubapa ini adalah tempat selamat untuk dia luah emosi sebenar, tidak simpan-simpan control ayu (seperti di setting sekolah, emosi marah dan sedihnya). Okay, perlu syukur itu 😄. . Dalam video ini, dia kongsikan 2 solusi cara dia kendali sedih. . Memang kaedah i) distraction ☂️ dan ii) find the safe place then burst ☔ . At least 👉 Luah cara selamat (alih perhatian kepada lawak, menangis di bilik air), 👉 Tidak kelihatan lemah di mata kawan-kawan (kanak-kanak pun ada ego), 👉 Boleh transfer beritahu tips dia pada adik bila perlu. . Maknanya, bila kita selalu minta anak besar ajar /handle adiknya, dia ada rasa tanggungjawab dan konfiden untuk terus ajar adik dia bila perlu, tanpa kita minta dia lakukan. . Itulah empowering namanya. Bukan harap anak belajar semua dari kita, Atau bergantung pada kita semata. . Saya selalu ajar Fateh teknik urus emosi marah, tetapi tidak emosi sedih. Tapi dia ada cara dia sendiri untuk urus emosi sedih dia rupanya 😁👍 . Dan paling terkesan bila dia boleh share teknik atau strategi dia pada adiknya, kot kot berkesan juga untuk adik. Dan betapa lelaki perempuan tak sama caranya, tapi kita sentiasa boleh belajar antara satu sama lain, kan ? 😉 . Hehe. Hm, belajar sesuatu ? CARE♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan *Khairunnisa' perempuan, maka dia mula belajar perbezaan reaksi kawan bila dimarah juga tak menangis macam abang dia. Dia share yang bila dia marah kawan dia, kawan dia rilek aja (saya suspek kawan dia lelaki, buat lawak macam abang dia la kot 😄😄😄) dan itu buatkan dia lagi marah macam raksaksa ya 😆😆😆. *Biasa saya ajar Klien kanak-kanak saya agar tidak react, bila diganggu/dibuli sebab pembuli lagi kacau dan suka bila tengok kita marah dia kacau kita. Now kena ajar KN kaedah distraction juga.

Saya kongsikan 1 antara aktiviti di malam hari semasa nak tidurkan anak-anak kecil, Yang mana ibu ayah akan tidurkan sekali anak. Time gelap-gelap tu :- 1. Storytelling pelik-pelik best, berkisar binatang, penerokaan, perjalanan, isu berkaitan struggle, kasih sayang, persahabatan, adik beradik (khusus untuk 3 beradik itu) - ni confirm anak suka dan mak tidoq syahid dulu 😴, tak larat reka cerita dah 😆 . 2. Soalan teka teki kuiz bergilir beri. . Dalam video ni saya kongsikan 1 dari momen teka teki yang sempat saya rakamkan guna audio recorder hp (9 Januari 2020 😊😁 : Fateh tahu) . . Menariknya: 1. Anak akan kreatif berfikir soalan dan jawapan dia, 2. Anak akan memerah berfikir jawpan soalan orang lain, 3. Ibu ayah akan tahu berapa jauh cara pemikiran, preference, minat, kreativiti anak. 4. Cuma penambahbaikan, tiada 'SALAH' bagi jawapan anak sebab itu pemikiran atau perspektif dia. Gunakan keyword 'LAIN ?' sahaja bagi induce pemikiran divergent / luas bukan convergent (sempit) (Dalam audio ini ayah dia banyak sebut 'Salah' dan ini mudah ditiru anak). . Cubalah. Ianya dalam 10 minit gitu, Saya cut jadi 4 min terakhir saja 😊😁👍 Hingga anak penat dan request nak tidur.😴😴😴. . SHARE ♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan