ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 291 مشتركاً، محتلاً المرتبة 962 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 359 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 291 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 18 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -121، وفي آخر 24 ساعة بمقدار 0، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 5.62‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.50‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 915 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 407 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 19 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 291
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-247 أيام
-12130 أيام
أرشيف المشاركات
Bersama malam nanti Dengan coach Mizhana Padzi Coach eczema anak saya 😀👍 Tapi tuan rumah nya dia kan Maka saya ikut saja topik yang nak ditanya oleh beliau (biasanya saya tak diberi soalan awal, hanya tajuk aja) InsyaAllah kita akan berbincang mengenai sudut yang baik baik, Improvement dalam diri kita as parents, Dalam tempoh PKP yang istimewa ini ya. Stay tune, Saya cuba share watch party Live di Page ini ya. Mudahan semuanya lancar dan baik baik aja malam ini....😊😊😊 Isnin 11 Mei 2020 10.30 pm Maznah Ibrahim

photo content

TIPS KEIBUBAPAAN #85 (KENAPA ANAK SAYA BUAT HAL) Sebenarnya apabila kita UGUT anak, tanpa sedar kita telah teraktifkan otak primitif/reptilian di bawah otak anak, yang mana ia mencipta lebih amukan, agresif dan pemberontakan... (distress tantrum). Ia sama seperti dinasour 🦖 jika dikacau tempat habitatnya, akan react dan agresif, bertujuan untuk protection, lindungi dirinya dari sebarang ancaman dan keadaan tidak selamat agar sentiasa aman. UGUT, adalah mudah dan cepat. Itu solusi kita selalu ada di jari. Manakala ganti teknik lain, perlukan kekuatan dan sedikit ilmu yang strategik berkesan... Ada dijelaskan dinamik ugutan ini dan solusinya di dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi. Saya kongsikan di sini, TUKAR aja plan /tindakan ugutan kepada dua ini: OPTION 1️⃣ : Dorongan dengan sebutkan terus REWARD akan dapat. Contoh : Adik TAK berhenti tengok TV sekarang, Mama Ayah tutup terus tv, tak boleh tengok dah sampai bila-bila (haaa kau, takda limit terus) 👉Anak nampak 'BERHENTI tengok tv' sebagai utama dan kesan negatifnya, perkataan 'TAK' tu tenggelam. TUKAR Kepada : Abang BERHENTI tengok TV sekarang Mama Ayah bagi tambahan 30 minit TV time lepas solat Zuhur. 👉 Anak nampak REWARD lebih menggoda iaitu tambahan masa menonton TV . OPTION 2️⃣ : Sebutkan dua dua, dorongan/ REWARD disusuli CONSEQUENCE sekali Contoh: Kakak taknak mandi nanti Kakak tak dapat / tak boleh makan lempeng madu kegemaran kakak. 👉 Keyword TAKNAK disebut dua kali, utama dan jelas sekali kesan negatifnya, 👉 Ia bersifat satu hala, directive dan tiada pilihan pun melainkan mandi. 👉 Ia juga fokus kepada ANAK, ANAK, ANAK: anak rasa sempit/sesak/stres. TUKAR Kepada : Kakak mandi sekarang, Mama masakkan lempeng madu kegemaran Kakak, Kakak tak mandi, Mama rasa taknak lah buat lempeng madu kakak.... 👉 Ini agar anak boleh buat pilihan yang baik, yang lebih menguntungkan. Mereka dihidangkan dengan OPTION/Pilihan baik dan buruk. 👉 Ada peranan mak sekali di situ, ia berbentuk kerjasama yang baik antara anak-ibubapa. . Boleh ya Parents semua.. Kita pause dan susun ayat sikit aja, keyword aja semua tu bukan membebel panjang pun, ok 😉 . CARE ♥, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

Selamat hari Ibu buat semua sahabat wanita berjawatan mulia sebagai IBU yang membaca post ini.. Walau lambat wish, namun kalian semua tetap wanita, ibu terbaik pernah saya kenali, dari dalam hati saya.. Kerana sentiasa berusaha tambah ilmu, Kefahaman mengenai tingkahlaku dan emosi anak, Tambah skil urus anak anak, Malah tambah ilmu dan skil keibubapaan diri sendiri termasuk growth sebagai individu dewasa... Hari Ibu tahun ini amat istimewa, Pad Hari Nuzul Quran pula, Dan tempoh PKP fasa 4 (PKPB), RAMADHAN al mubarak lagi..❤❤❤ Sama-sama kita teruskan journey ini dengan penuh sabar, positif, dan buat dengan ilmu, Seperti mahunya Dia, Yang menganugerahkan peluang istimewa berjawatan sebagai ibu ini...😍 Oh ya nanti saya akan live bersama coach eczema Pn Mizhana Padzi di FB beliau, Isnin malam, membicarakan mengenai "how to be a better parent during mco" ini ya, Waktu? InsyaAllah 10.30 malam as usual. Selamat Hari Ibu Salam Nuzul Quran, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Dari pengalaman saya, Isu kewangan antara sebab utama stres manusia (staf saya, atau klien saya). Malah ada yang sampai alami stres keterlaluan dan gangguan mental atau masalah kesihatan mental lebih lagi kalau sampai hutang along...😰, belum cerita pasal masalah rumahtangga gaduh pasal pengurusan kewangan peribadi dan keluarga dan masalah di tempat kerja kerana banyak buat kerja luar hingga ganggu kerja hakiki.... 😑 . Jika ke seminar kewangan, perlu dalam RM299 sekurangnya bagi peroleh segala strategi dan ilmu kewangan yang betul. . Ebook dan 17 video oleh penulis ini, Tn Afyan Mat Rawi telah disusun akan kesemua ilmu pengurusan kewangan yang betul, bijak dan berhemah termasuk part pelaburan dan sedekah. . Saya terus beli bila baca mengenai Ebook ini dari post Tn Zuhairi Nopiah guru LuA saya yang ajar tentang pengurusan masa dari Ebooknya baru ni (https://go.mazn.me/mudahurusmasa) . Saya nak ajak anda semua Grab the Opportunity, walau saya belum sempat khatam tau, sebab saya tengok harganya akan naik dalam 24 jam ini kepada RM57, kemudian sehingga RM67.😱 . Jimat banyak sangat sebab kini beliau baik sangat beri harga promosi RM50 aja 😍😍😍 bagi kesemua ilmu menyeluruh ini. Murah sebenarnya berbanding nilai di dalam ini.. masyaAllah tabarakallah mudahan terus maju dan murah rezeki tuan ini. . Pada saya, Kenapa perlu segera pantas dapatkan bahan latihan eSeminar Bijak Mengurus Wang (selain sebab nak jimat dan ambil peluang segera harga promosi ni) :- . 🏑Sebab kita mahu mewarisi gaya pengurusan kewangan yang betul kepada anak anak kita 🏑Sebab kita nak sejahtera kewangan dalam keluarga dan gembira harmoni (Ni kena bincang dengan suami, beli eSeminar BMW ini, kawtim bersama contoh isteri baca suami belikan, atau isteri beli, suami pls baca dan tonton - ni sebab jimat masa. Macam saya saya beli saya baca 😁 sebab suami saya beli dan tonton, baca bab cukai dan pelaburan lain) 🏑Sebab kita nak berkat dan terus dilimpahi rezeki yang luas dari pelbagai sudut, tak kira apa agama kita ni, basicnya sama. Ebook dan video dalam ni basic/ essential tapi cukup mantap 👍👍👍 🏑Sebab kita sendiri pernah alami pengurusan kewangan yang kurang bijak, kurang plan, tiada bajeting untuk berapa guidance portion % yang betul, dan end of month sesak aja nafas tu, kena jimat jimat, 🏑Sebab kita tak da saving mencukupi 6 bulan untuk survive andai kata berlaku apa-apa, malahan insuran apa pun tak minat nak masuk/invest sebab tak faham atau keliru mana satu nak masuk. Banyak lagi sebabnya... ini yang saya ingat common berlaku pada orang sekeliling saya dan diri saya pun ada alami antara point di atas dulu 🙈 Jum pantas :- http://bit.ly/bijakmenguruswang http://bit.ly/bijakmenguruswang http://bit.ly/bijakmenguruswang

photo content

C&P Alhamdulillah masih merasai nikmat Ramadhan dan Nuzul Quran. .......... Hari esok 10 Mei 2020 adalah hari Nuzul Quran (bermula sebaik sahaja masuk maghrib hari ini 9 Mei 2020). Maka malam ini ialah malam Nuzul Quran. Assalamualaikum wbt Salam Ramadhan, Malam ini adalah malam 17 Ramadhan 1441H & juga malam Nuzul Al Quran DOA MALAM NUZUL QUR'AN: Bismillahirrahmanirrahim Allaahumma nawwir quluubanaa bi tilaawatil qur aan, wa zayyin akhlaaqonaa bijaahil qur aan, wa hassin a'maalanaa bi dzikril qur aan, wa najjinaa minan naari bi karoomatil qur aan, wa adkhilnal jannata bi syafaa'atil qur aan. Maksud Doa Ini: "Ya ALLAH sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran." Ya Allah… ya Rahman Ya Rahim..Ya Muhammad… Aku memohon kepada-Mu, Muliakanlah kami. Bahagiakan Keluarga kami. Kuatkan iman kami. Berkahi rezeki kami. Beri kenikmatan dalam beribadah. Hiasilah hati kami dengan kesabaran dan kasih sayang, Yaa Allah ya Rabbil Izzati.. Jadikan kami termasuk orang yang Engkau RAHMATI dalam 10 hari pertama Ramadhan. Yang Engkau AMPUNI dosa2nya dalam 10 hari yang kemudian. Yang Engkau BEBASKAN dari api Neraka dalam 10 hari terakhir. Dan Engkau beri kesempatan kami untuk bermunajat kepada-Mu di malam Lailatul Qhadar. Kabulkanlah do’a-do’a kami, peliharalah kesihatan kami dan berilah kecintaan kami kepada Mu dan kepada Al quran.. Aamiin... yaa Rabbal Aamiin SALAM NUZUL QURAN DAN SELAMAT BERIBADAH UNTUK 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

5 LANGKAH PABILA ANAK MEMUKUL ATAU MENENDANG KERANA APA DIMINTA TAK DAPAT, 1. Tahan tangan atau kakinya agar tidak berjaya cedera atau sakitkan badan anda. . 2. Pandang matanya dan sebut dengan jelas, tegas: “Kaki untuk buat benda baik, berjalan dan berlari, bukan untuk pukul orang” atau “Tangan untuk buat benda baik bukan sakitkan atau cederakan orang”. (Skrip peraturan umum ini ‘applied’ untuk semua orang, bukan skrip untuk kesalahan dia sahaja). . 3. Tambah lagi: “Ayah rasa sakit, ayah tak suka Abang buat macam ni” -- (beritahu perasaan genuin kita, fokus pada PERASAAN si IBU/AYAH kesan dari tindakan si anak, BUKAN fokus kepada KESALAHAN TINGKAHLAKU si ANAK). . 4. Akhiri dengan: “Ayah minta Abang stop sekarang dan pergi pukul bag/bantal/tilam sana” -- (Channelkan energi di tangannya kepada objek lain yang selamat. Objek selamat adalah yang lembut dan boleh ‘absorb’ pukulan kuat, bukan objek keras tak selamat seperti dinding atau meja/kerusi). . 5. Bincang dengan anak akan tingkahlaku dia tadi bila dia dah tenang. Teroka apa perasaan dan pemikiran dia. Ada berkemungkinan dia ada isu terpendam yang bukan berpunca dari Ibu Ayah tapi orang lain seperti guru / rakan di sekolah. Ini namanya ‘tips of Iceberg’. OLEH: MAZNAH IBRAHIM t.mazn.me/chan

photo content

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. Jika kanak-kanak dalam satu kelas pun mudah rasa tersaing antara satu sama lain, Apatah lagi anak anak kita dalam satu rumah, kan ? Lebih mudah urus kanak-kanak adik beradik di rumah sebenarnya sebab usia mereka berbeza, Nak bersaing pun keupayaan / kemampuan berbeza, Cuma Mak Ayah aja sama 😁. Satu dari cara berfikir yang saya gunakan semasa anak kedua lahir, ialah:- 🏑Tiada sesiapa merampas kedudukan nombor anak no 1, Sebab dia tetap abanglong, anak no 1, 🏑Manakala anak no 2 ni tetap kedudukan anak no 2 yang tiada boleh rampas juga, Maksudnya setiap anak dialah pemula, dialah pengakhir (bagi kes bukan kembar, kan), 🏑Tiap satu dianugerahkan 100% atau 300% kasih sayang 'full' tak berbelah bahagi, sebab kedudukan masing masing berbeza di kerusi berbeza. Setiap anak unik. Kini sudah 3 anak, Tiap satu pun sangat comel dan tersendiri, Ada kelebihan, keunikan tersendiri, Dihadiahkan kasih sayang 100% sama setiap seorang semenjak terjadi atau tercambahnya benih kejadian mereka. Kasih sayang mak ayah mereka tiga ni semakin berkembang melimpah ruah, Tak kurang sikit pun bila anak yang baru lahir, Semakin lama semakin banyak 😍😍😍👍 Ada 7 tips mudah saya tulis dulu, Mungkin boleh bantu anda, Untuk atasi isu anak / adik beradik gaduh & tak ngam. Ebook.maznahibrahim.com/ngam CARE❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Yang kecil beraksi macam besar - bijak keletah sungguh😅 Yang besar pula kadang beraksi macam kecil. Eh eh😎 Itulah manusia. Kadang mak ayah pun macam sama usia anak aja, Egosentrik - dia aja betul Atau tantrum - sama macam anak kecil 😁 tetiba je meletus emosinya. Apa yang sebaiknya kita perlu lakukan dan sedar: 🏑Bertindaklah seperti usia kita, Dalam apa situasi sekali pun. Kita akan bantu otak anak move dari primitive brain ke rational brain sebab anak kita adalah manusia. 🏑Bantu anak melihat model atau contoh yang baik dan sewajarnya, Contoh paling relevan, cepat dipelajari si anak adalah ibu ayah depan mata mereka saban hari lagi lagi anak bayi, memandang telus persekitaran, menusuk minda dan hatinya. 🏑Sedar yang anak adalah tetap anak, perlu dibimbing, dan ditunjuki. Itulah tugas kita sebagai ibuayah. CARE ❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Di bulan ramadhan ni, Datang rezeki ilmu, Ilmu pengurusan kewangan bijak. Biasa kami di JKNPerlis menamakan seminar tiap tahun kami untuk staf, seminar BMW😂 (Bijak Mengurus Wang) Dan panggil AKPK untuk bantu beri pencerahan dan pengurusan kredit staf diuruskan terus hari itu. So sekarang saya sedang meneliti eSeminar Bijak Urus Wang, sangat menarik sekali. Betapa masa sekolah atau di Uni tiada siapa ajar kita pasal pengurusan kewangan yang betul, kan? Saya kongsikan sikit apa yang saya sedang belajar. . Ini merupakan formula kewangan menggunakan model INFAQ Consultancy. Ia ada dikongsikan dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW <bit.ly/bijakmenguruswang> Secara umumnya, penyusunan kewangan peribadi dicadangkan bagini; PENDAPATAN, dibahagikan kepada beberapa bahagian bahagian; 30% Perbelanjaan isi rumah 30% Pembayaran hutang 5% Lain-lain 5% Pemberian 30% Lebihan ——————————————— 1) 30% PERBELANJAAN ISI RUMAH spt sewa, petrol, makan, minum, sekolah anak, belanja dapur dll 2) 30% PEMBAYARAN HUTANG spt hutang rumah, hutang kereta, hutang personal, hutang pendidikan dll 3) 5% LAIN-LAIN, ia mungkin boleh jadi PERBELANJAAN ISI RUMAH atau PEMBAYARAN HUTANG Nota: Item 1, 2 & 3 boleh digabungkan dgn maksima 65% 4) 10% PEMBERIAN dan lain-lain zakat, sedekah, cukai, pemberian kpd ibu bapa dan lain-lain. 5) 30% LEBIHAN Lebihan pula dibahagikan kpd 3: Simpanan 10% Perlindungan 10% Pelaburan 10% 5.1) SIMPANAN (10%). Instrumen simpanan mestilah: a) Tiada caj b) Tiada risiko c) Mudah cair Kenapa perlu 3 ciri ini? Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan. Dahulu saya selalu cadangkan Tabung Haji kerana ia memberi pulangan konsisten, tiada kos tambahan dan sudah siap tolak zakat. Tapi pulangan TH yang terkini kurang memberangsangkan. Alternatif terbaik ialah ASB. Kekurangannya, tidak ditolak zakat siap-siap seperti TH dan jumlah maksima ialah RM200,000. Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji. 5.2) PERLINDUNGAN (10%), melalui takaful. Perkara yang perlu dilindungi ialah: a) Perlindungan pendapatan b) Penyelesaian hutang c) Pengekalan aset Ketiga-tiga di atas untuk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal. 5.3) PELABURAN (10%), ada pelbagai instrumen spt saham, unit trust, hartanah, emas dll. PELABURAN, melalui kaedah: a) Peningkatan nilai modal (capital appreciation), dan b) Pendapatan pasif Contoh; Beli rumah untuk pelaburan, keuntungan diperolehi melalui - kenaikan harga rumah - kutipan duit sewa NOTA: 1. Kami namakan model perancangan kewangan ini sbg INFAQ, akronim kpd INTELLIGENT & FINANCIAL QUOTIENT dan perkara an INFAQ juga istilah yg dekat dgn elemen kewangan dalam ISLAM. 2. Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dgn peruntukan 60% atau digabungkan dengan item “lain-lain” menjadikan total 65%. 3. Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan bulanan 10% boleh diagihkan kpd PELABURAN. 4. PERLINDUNGAN takaful dgn peruntukan 10% adalah utk diri sendiri. Untuk takaful anak-anak, ia di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH. 5. Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG melebihi 65%, boleh mulakan dgn lebihan yg ada utk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN. Detail di dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW <bit.ly/bijakmenguruswang> <bit.ly/bijakmenguruswang> <bit.ly/bijakmenguruswang>

Sentiasa boleh memulakan hari baru dengan Positif Walau apa jua berlaku semalam, ok. We start our day with 🧘‍♀️ Deep breath 💐 Syukur 😊 Smile, You Are A Great and An Awesome Parent 🏅 ❤ Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

photo content

Siapa Kata Anda Tak Boleh Berubah ? Anda boleh aja berubah, Pokok nya hati mahu, Kemudian carilah ilmu, Minda, Hati, Ucapan dan PerLakuan Perlu Bersatu. Anda BOLEH ! SEMOGA DIPERMUDAHKAN DAN DIJAYAKAN OLEHNYA. Kerja kita usaha, Kerja Dia maqbulkan atau tunda, Percaya penuh kepada Nya. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan