REPOST TIPS KEIBUBAPAAN #74
(MENJERIT VS BERBISIK)
Fateh, siap sedia kita nak solat - jerit saya dari jauh bila waktu solat dah nak masuk.
Anakanda masih tidak bergerak. Tidak dengar barangkali.
Tahu, dan pasti, dia memang tak dengar, tidak fokus kepada perkataan dalam jeritan sepintas lalu kita yang bercakap sambil lalu lalang buat kerja rumah.
.
Okay, tukar pendekatan.
Hampiri si anak, tundukkan badan, pandang wajahnya, berkata sambil menyentuh belakang bahunya, "Fateh, jum solat".
Suara direndahkan nadanya,
perkataan dikurangkan, hanya yang penting (keyword dia sudah tahu sebab kita sudah setuju kita mahu solat awal waktu),
kontak mata panah terus ke matanya,
dan hati sungguh-sungguh menyampaikan mesej ini.
Ya, anakanda mengangguk dan terus stop kan rancangan tv youtubenya untuk mengambil wudhu'.
....
Ramai yang email atau pm saya berkongsi rasa sedih, kecewa, bersalah, kerana anak yang telah mula meninggi suara, menjerit, tidak dengar kata dan mencipta lebih kemarahan kepada ibu. Anak-anak ini sekitar awal remaja usia 12 begitu. Tak kurang juga yang sudah alami kini sewaktu usia anak 5-6 begitu.
Bezanya ibu anak usia awal remaja baru berjumpa dengan saya sewaktu fasa ini,
manakala ibu anak usia prasekolah sudah jumpa saya ketika awal begini.
Namun yang samanya adalah,
Mereka jua akui sewaktu anak-anak ini kecilnya, mereka kerap menjerit marah kepada si anak,
Maka kini mereka sedang menerima kembali apa yang ditanam semai dahulu.
Ingat ayat yang selalu saya katakan : "Ada Input, Pasti Ada Output".
.
Sudah pasti mereka tidak terfikir untuk cara lain,
kerana gaya ini adalah automatik,
macam SOP mulut akan bertindakbalas sebegitu caranya (spontan),
bila marah dan mahu meminta sesuatu dilakukan si anak, perlu jerit marah marah baru anak gerak
(Ini kerana anak juga marah, atau takut atau just buat sebab taknak dengar bebelan jeritan berpanjangan, bukan rela).
.
Ya, ia diwarisi. Persekitaran yang membentuk amat kuat dahulu, non stop dari nenek moyang kepada kita kini.
Kini kita semakin ada kesedaran, dan mula berkongsi isu / puzzle yang sama (problem kita tukar kepada puzzle sebab nak fokuskan selesai) kepada group atau individu yang sama berfikir mahu dan perlu #breakthecycle.
Kita mula ada hasil penyelidikan sains neuro otak, sains emosi, dan sains tingkahlaku manusia.
Kita mula tahu (atau ada tidak tahu) yang 1 herdikan boleh matikan berjuta neuron berbanding 1 pelukan membentuk trilion sel otak,
namun kita juga serentak dengan itu automoatik lebih mudah melepas marah pada anak berulang kali berbanding memeluk anak walau sekali secara penuh dada ke dada.
Kesimpulannya:
🏑Bercakaplah dengan NADA SUARA yang RENDAH dan baik,
🏑menggunakan PERKATAAN yang tepat, bukan membebel atau menyindir, dan
🏑dengan CARA yang BETUL dan EFEKTIF, ada eye contact dari badan yang rendah bukannya mak ayah berdiri anak duduk/berdiri yang ketinggiannya jauh lebih, dan ada sentuhan sekali.
🏑terpulang jika selesa dengan suasana jerit pekik tempik atau suasana aman tenang, teruskan atau berubah, pilihan corak persekitaran rumah anda pastinya di tangan anda sendiri kan 😊
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
Dapatkan Ebook Hypnoscript Premium Anak Usia 0-18 Tahun Di Sini:
https://hypnoscript.cc/?=utm_source200504