Jika ibubapa sering pening dengan tingkahlaku anak-anak dan mahu memahami punca stres kanak-kanak, ibubapa perlu sentiasa memahami PERSPEKTIF ANAK-ANAK itu sendiri.
Saya mempercayai tingkahlaku kanak-kanak itu adalah hasil PERSEPSI ATAU PANDANGAN KANAK-KANAK TERHADAP DUNIANYA (dari sudut mata kecilnya), dan PERASAAN DIA TERHADAP DIRINYA SENDIRI (Landreth, 2012; mengenai CCPT child centred play therapy).
Jika best, baiklah tingkahlakunya,
Jika tak best, tidak baiklah tingkahlakunya.
Contoh, anak bayi melihat kakaknya bergurau dengan ibunya dengan menampar badan si ibu. Anak ini dalam PERSEPSI DAN PANDANGAN KEHIDUPANNYA menyentuh orang perlulah secara kasar dan menampar begitu. Maka anak bayi ini juga menampar badan ibunya (ini adegan sengaja dan positif, tapi jika adegan tak sengaja dan negatif seperti abangnya memukul ibubapanya, pasti itulah pandangan dunianya yang dipelajari si anak bayi untuk diulangi. banyak lagi contoh sebegini seperti bercakap menjerit dsb. ).
Contoh, anak melihat ibu ayah konflik dan ada kekasaran fizikal,
Anak masih ingat dan terngiang di ingatan dan memorinya.
Anak rasa tak seronok, rasa bercampur baur; marah benci keliru dan sebagainya.
PERASAAN TAK BEST ini membuatkan anak boleh buat hal mencabar di sudut atau waktu lain sama ada di sekolah atau rumah jua.
----------
Jadi, Caranya bagaimana untuk tahu punca sebenar stres anak?
Boleh saja tanyakan si anak.
Cara 1 : Terokai secara umum bertanya khabar.
Apa anak alami hari ini, perasaannya, fikirannya dan tindakannya.
Baik pandangan kehidupannya atau tak baik,
baik perasaan terhadap dirinya atau tak berapa baik?
.
.
Cara 2 : Refleksi emosi anak-anak dan nyatakannya (provoke sikit), ini direct tanya.
Ayah NAMPAK abang / kakak harini MACAM monyok aja, ada apa-apa yang takbest berlaku hari ni? (beritahu apa yang kita nampak, elak sesekali interpret atau judge dia punya perasaan).
Contoh ada 1 kali Fateh saya kelihatan cemas dan mood tak berapa baik selepas sekolah, asyik tekan-tekan dan paksa kami. Saya tanyakan soalan di atas dan saya jumpa jawapannya, iaitu dia masih keliru dan marah sebab jam kesayangannya hilang dan jumpa petang, dia tak faham kenapa abang-abang tak bagitahu awal yang mereka simpankan. Peranan sayalah berikan perspektif baru yang positif mengenai abang-abang itu. See, dia tekan-tekan kami tapi sebenarnya dia struggle dalam dirinya yang tak terluah yang takda kaitan dengan kami pun...
.
.
Cara 3 : Ibu ayah lakukan refleksi (muhasabah) sendiri, apa tingkahlaku misteri mencabar si anak, apa tindakan ibu ayah telah lakukan kepada si anak yang mungkin silap, dan apa pengalaman lampau si anak yang pernah diceritakan si anak.
Contoh ada satu kali ni Fateh saya bertingkahlaku pelik gaya jalan macam ganster, saya tanya direct seperti Cara 2 di atas (tanyakan 'apa sebab' bukan 'kenapa') dan dia kata memang budak tak baik macam ni jadi gangstar.
Saya pelik dan saya muhasabah, relatekan semuanya guna Cara 3 di atas.
Rupanya dia punya persepsi 'budak dapat red card' adalah budak TAK BAIK dan gangstar.
Saya pula baru aja tersilap beri dia 'red card' (for my first time in life) ala ala macam di sekolah dia untuk kesalahannya pada masa tu (sekarang saya tak ingat apakah ianya) sedangkan dia bukan kategori budak 'nakal' dan dapat 'red card'.
Saya terus betulkan dengan meminta maaf sungguh sungguh dan buat surat khas dan beritahu 'red card' itu Mummy tarik balik, Dan saya nyatakan dalam tu Fateh anak yang baik dan soleh selalu dengar kata Mummy Ayah, abang yang baik kepada Khairunnisa dan Yumna. Kaedah di sekolah tak sama kaedah di rumah. Rumah Mummy, Mummy punya territory dan terpulang Mummy nak buat macam mana peraturannya.
Alhamdulillah dia terus ok dan tak ulangi lagi gaya begitu. Kami berdamai.
Pada saya, persepsi dia, image dalam gambaran mindanya, budak dapat 'red card' = budak takbaik dan budak tak baik gaya memang macam itu. Allahu ...
.......
Hasilnya kelak kitalah ibubapa yang relate kan puzzle iaitu tingkahlaku mencabar yang anak tunjukkan + apa dia beritahu.
Sebab kita percaya dia punya perspektif / pandanga