ru
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 16 258 подписчиков, занимая 965 место в категории Семья и дети и 2 351 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 16 258 подписчиков.

Согласно последним данным от 27 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -114, а за последние 24 часа — -5, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 5.48%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.55% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 891 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 415 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 28 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

16 258
Подписчики
-524 часа
-217 дней
-11430 день
Архив постов
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ..…................. Otw pulang dari Penang ke Perlis. . Selesai slot dengan staf Hosp P.Pinang dan group kedua untuk Sistem Pokok. . Ia kelihatannya berkesan untuk permulaan menyangkutkan idea/sebarang impian ke pokok dahulu. . Idea/impian akan jadi sekadar impian bayangan sahaja selagi tidak ditulis. . Kajian menunjukkan pabila menulis matlamat/impian, anda 40% menghampiri impian itu. . First step orang kata. . Langkah yang jauh bermula dengan langkah pertama. . Saya rasa penulisan ini akan jadi diari perjalanan modul baru Sistem Pokok ini. . Saya akan tabulate data untuk akar, elemen/nilai dalam diri yang nak ditanam, yang perlu dalam diri seseorang manusia. . Saya yakin more or less akan hampir sama. . Contoh, untuk saya dan ramai juga saya perhatikan, elemen akar 'basic' yang sama: seperti Self Discipline, Doa, Istiqamah. . Kemudian saya share kan kepada mereka akan Self Affirmation Script, untuk diri mereka agar ia jadi hipnotis untuk diri. . Saya katakan Self Affirmation ni boleh jadi salah satu pengisian dan peneguhan untuk elemen akar itu. . Mudah saja. . Senaraikan impian emosi dan tingkahlaku yang mereka mahu jadi /miliki (ingat elemen HAVE?). Contoh. Teguh. Sabar. Redha. Kuat. Berfikiran positif. Fokus. Disiplin. . Kemudian, tambahkan sahaja 'saya' di depan. . Saya Teguh. Saya Sabar. Saya Redha. Saya Kuat. Saya Berfikiran positif. Saya Fokus. Saya Disiplin. . Jika tidak ringkas begini, ia akan jadi awangan, kurang tegas, dan tidak kukuh. . Contoh: Saya berharap saya akan boleh jadi berfikiran positif selalu. . Panjang, kan? Otak tak dapat tangkap. . Self Affirmation Script ini boleh ditulis, untuk diingat selalu, menjadi pemikiran dan seterusnya terbit ke tingkahlaku. . . Ini salah satu konten dalam Seminar EHSABAR. . Syukur, mereka jelas dengan model iceberg komunikasi (juga inovasi baru saya, pertama kali diperkenalkan dalam latihan tadi), . kerana dari soalan mereka di akhir sesi, mereka diperingatkan semula mengenai iceberg iaitu tingkahlaku yang mereka nampak ialah 10% sahaja manakala 90% lagi ialah dalaman yang kita tak nampak. (isu staf dan anak) . Please, untuk tidak 'Judge' di luar, tetapi cuba untuk lihat, fahami, teroka di dalam nya, . Jauh ke dalam lagi, sama seperti jauh ke dalam Iceberg di bawah dasar laut itu. . Gambar (1) - Goal Gambar (2) - Goal Gambar (3) - Iceberg Tingkahlaku Fateh . Iceberg Tingkahlaku Fateh ialah Situasi sebenar berlaku dahulu. . Ada pernah tulis dulu kisah ini, kini saya terjemahkan dalam bentuk gambarajah Iceberg. . . . Percaya, dalam usaha pengurusan emosi ehsabar, . HANYA Allah bantu. . Awal tengah malam tadi Khairunnisa 2.1 tahun keresahan dan tetiba memangis kuat dalam keadaan separa sedar. . Behaviour yang kita nampak: Menangis kuat macam trauma, lain macam, tengah tidur tiba-tiba terus menangis kuat. . Iceberg: Intuisi saya, ada sesuatu pendaman dalam dirinya. Sesuatu berlaku. Siangnya ada bekas sapuan air ubat daunan di badan. Mungkin dia tak suka dan masih trauma. Ia kecil namun tidak mudah untuk anak kecil. Intuisi kedua, mungkin ada dimarahi pengasuh? (sangka baik tapi tak mustahil, usaha sangka baik juga untuk pelihara LUA 👊 bedebuskan sebarang yang negatif tak baik). . Bertenang, berdoa, minta bantuan suami. . Dengan slides presentation tak buat lagi. . Intuiting last minute dan banyak idea. Hehe. Itu saya. . Sungguh Allah bantu. Sebaik dia diberi pcm (tiba-tiba juga demam dan malam semalam juga minum air kelapa untuk detox dia, usaha perawatan eczemanya cara pengasuh untuk tradisional kami terima dan sedang usaha). . Sebaik dia tidur, saya mandi, fokus kemas rumah mana perlu, siap barang beg Fateh, buah KN, mandi siap-siap, dan last baru buat slides. . MasyaAllah, cepat siap 2 slot slide saya untuk 4 jam 😱 . Baring sebentar 4am dan bangkit (Allah kejutkan), pakai baju dan 5am genap pemandu jabatan ambil untuk ke Hosp P.Pinang. . Tips biasa namun kuasa luar biasa. . 1. sentiasa B.A.D (berdialog, bertanya, dan berkomunikasi dengan Allah) : Ya Allah aku nak mandi dulu

photo content

photo content

photo content

Alhamdulillah selesai slot bersama staf (100+ orang), . dan perkenalkan modul sistem pokok yang baik saya, buat pertama kali di group besar umum. . Saya teruja untuk berkongsi dengan sahabat semua, sistem pokok ini namun dalam aspek parenting. Memang tak da di luar sana mungkin (saya kan kreatif inovatif 😂) . . Untuk staf, lebih kepada matlamat hidup, j/masa pendek dan panjang. . Ada yang mahu bebas hutang 10 thn lagi, 2027 😱 oh macam jauh lagi. . Namun realistik kerana hutang mereka berpuluh tahun, kan? . Ada mahu anak jadi Al Hafiz usia anak 12 😱 saya bagaimana? . Saya suka berkongsi, kerana bila saya berkongsi dan mereka berkongsi, saya akan lebih kaya dengan inspirasi dan idea, hehe... Sharing is Caring n Learning. . The more is merrier. . Rata-rata akui sistem pokok ini baik, jelas dan mudah untuk nampak 'buah-buah' hasil yang dimahukan, . beserta elemen akar yang ingin diterap/tanamkan dalam sistem pokok mereka. . Saya sharekan pokok saya, untuk sahabat semua. . Saya mampu buat untuk j/masa pendek tahun ini dan matlamat harian sahaja. . Dan ia akan perlu di revisit lagi dan revise. . Untuk matlamat, . perlu SMART. . S - Spesifik. Tak boleh umum. Mahu keluarga bahagia sahaja. perlu khusus. Mahu keluarga makan bersama setiap hari, contoh. . M - Measurable. Boleh diukur. contoh makan bersama sekurang-kurang nya 4 kali seminggu. . A - Attainable. Boleh dicapai. bukan tidak realistik seperti makan 3 kali sehari x 7 hari seminggu ;) (terpulang) . R - Relevant. Contoh matlamat mahu rumah walau sudah ada 4 rumah. tak relevan. ambil matlamat lain yg belum dicapai. . T - Time-bound. Perlu ada jangka masa. Bukan sepanjang hayat. Contoh Bulan Sept 2017. . Adakan elemen Be Do Have. . Have di atas sekali segitiga. Seolah dah jadi. . Do - tindakan akan menghala ke arah Have tadi. Mahu jadi ibu tenang tak marah anak. Do akan menjadikan subconscious mind ke arah tingkahlaku spesifik tidak marah anak hari ini. . Be - nak / mahu jadi apa. Ia dasar di segitiga. . . Kemudian, tuliskan. Ini saya belajar dengan Siti Aisyah sahabat saya dari kursus IMKK. . Contoh. . Alhamdulillah, Saya bersyukur kepada Allah kerana saya telah memiliki sebuah rumah banglo design sendiri di atas tanah sendiri, pada September 2020, tanpa hutang. Terima kasih ya Allah. . . Ia akan jadi sama ada on time, atau tergelincir sedikit (sebelum atau selepas date itu). . Kun fa ya kun. . Allah jua Maha Pemberi dan Menjadikan. . Bersama ini saya kongsi picture: . 1) random - ulasan staf kepada sistem pokok ini . 2) sistem pokok saya (baru tulis tadi) . 3) gambar be do have. . . Mudahan bermanfaat ya. Terima kasih semua. ❤ Maznah Ibrahim . Boleh share, silakan. . Telegram Maznah Ibrahim's Channel, . t.me/ehsabar t.me/ehsabar

photo content

photo content

Assalamualaikum wbt. Saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan dalam diri kita semua setiap masa, saat dan ketika. Keberkatan, mudah urusan, dan bermanfaat. . Pernah dengar mengenai sistem pokok? . Pokok yang baik ialah pokok yang memberi hasil buah yang baik, menjadi, dan menyenangkan si empunya pokok. . Pokok yang menjadi juga datang dari akar yang kuat, teguh mencengkam ke tanah. . Untuk buah yang rimbun, perlu baja spesifik merimbun/subur, manakala pokok berbunga, perlukan baja untuk jadi berbunga. . أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ  Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. {14:24} تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا ۗ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ  Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). {14:25} . Kalimah yang baik. Tanamkan perkataan yang baik, dari mesej Al Haq, Allah swt 😢. Kadangkala kita berharap anak menjadi sangat baik hasil buahnya (peringat diri untuk fokus usaha dan proses bukan hasil), namun elemen akar yang terbaik itu bagaimana dan apa yang ditanam? 😓 Jika perkara tidak bermanfaat dan berlebihan dijadikan hidangan, manakan hasil baik kita harapkan menjadi..... (mesej untuk diri saya). . . Dari kalam Allah. Teringat SASU Kak Laila yang bermanfaat. . . Sebentar lagi petang ini saya akan menjalankan modul 'idea lama' saya ke atas staf kursus kewangan kami. . Doakan ia berjalan lancar, dan ia akan bermanfaat untuk parenting journey kita bersama. . . Maz yang kreatif inovatif 💪 Chayok. . Maznah Ibrahim.

Sambungan dari artikel ini, ialah bagaimana menggalakkan anak usia bawah 2 tahun bantu kemas selepas makan. . 😂 . MasyaAllah. . Bila ditenung kembali, . saya bersyukur kerana anakanda Fateh boleh buat kerja mudah mengemas. Malahan anakanda solehah Khairunnisa' juga. . Mudah. Set kan anak pertama dengan betul, anak kedua dan seterusnya insyaAllah akan jadi mudah. . Mudah untuk kita dan mudah untuk anak juga. . Semalam, Ahad. Fateh makan aiskrim homemade saya, dan macam biasa tumpah di lantai titisan. . Mudah dia tahu untuk lap. Tisu tak mencukupi. Dia memang mahu kain basah. . Dia buat. Kemudian dia terkejut bila saya kata ok dah. . "Dah? 1 Kali saja?" . Saya kata Ya. . "Bukan air manis kena 3 kali ke" 😂. . Ni kes saya nya KPI dulu, air masak sekadar lap kering. . Air manis kena 3 kali. . Saya kata ok aja 1 kali sebab kain basah dan air titis kecil. . Saya akui bila saya jadi full housewife Sabtu dan Ahad (macam semalam Ahad sahaja sebab Sabtu kami travel kenduri kahwin Perlis, Sg Petani dan Kedah untuk Pameran Artifak Rasulullah). . Ahad suami ada kerja mengajar di Kolej Pertanian. Saya di rumah dengan tiada kereta. Sepenuhnya di rumah, dan ibarat mengelap kemas tu berpuluh kali sehari. . Penat memang penat. . Puan puan sahabat saya yang fulltime di rumah 7 hari seminggu dengan anak, lagi hebat. Sallute. Subhanallah. Anda layak dan hebat. . Namun saya ada special me- time saya (nanti kita share kemudian ya), untuk hari busy harian saya. Kemudian sy membaca sebentar group Tele Alumni EhSabar, saya mencari 3 kesyukuran hari itu. Fuhh lega. . Terus rasa ok. Juga teknik switched emosi. . Ok bab kemas makan untuk anak bawah usia 2. . . . http://maznahibrahim.com/mendorong-anak-kecil-mengemas-selepas-makan/

BismillahirRahmanirRahim Penulisan awal saya dahulu ketika anak pertama usia 1.8 tahun. . Sahabat wangi saya Pn Hainey Sulaiman menggalakkan saya berkongsi mengenai bagaimana saya mendorong anakanda soleh saya, Fateh. . Saya dan Hainey berkenalan kerana teknik nabi. . Ketika itu saya diajak menjadi admin bersama untuk Page Teknik Mendorong Anak Syurga ketika itu. . Moga bermanfaat. (website lama yang akan pindah ke website baru nanti). 🤗 http://maznahibrahim.com/teknik-disiplin-di-meja-makan-2/