ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 15 772 مشتركاً، محتلاً المرتبة 976 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 336 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 15 772 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 21 أكتوبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -145، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -5، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 3.81‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.16‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 601 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 341 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 22 أكتوبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

15 772
المشتركون
-524 ساعات
-327 أيام
-14530 أيام
أرشيف المشاركات
Semoga kita sentiasa menjadi ibu bapa pendengar dari mata dan hati, bukan setakat dari telinga sahaja, Agar proses penerimaan mesej yang kita terima itu adalah optimum dan respon juga dengan lebih tepat. Care, Maznah Ibrahim. . Jemput ke telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif di sini: T.mazn.me/chan Kursus online live Sabtu ini, Tegas dalam Hikmah: Mengurus Tingkahlaku Anak secara Psikologi di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t211020-2

photo content

Bila kita memahami 'tips of iceberg' kepada tingkah laku anak, dan melihat di sebalik makna sebenar tingkah laku mereka, kita pasti akan melihat sisi positif dan hikmah, kan? Anak kita ni memang queen / king drama betul... sabooooooo... Hahahaah... namun bersyukurlah. Ada anak yang sangat pemendam dan tak nampak pula ketara emosi dari gaya tingkahlaku diluahkan (usia lebih 3) sedangkan sewaktu 2 tahun nya dia tunjuk juga? Maka bersyukurlah kita tahu apa dia rasa dari drama ditunjukkan. Ada sesuatu di situ. Layani keperluannya untuk didengari, kan? .. Maznah Ibrahim Webinar 'Live' Tegas dalam Hikmah: Pengurusan Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi telah dibuka. Pastikan tidak ketinggalan kerana promosi sekarang masih istimewa harganya berbanding apa kita perolehi, insyaAllah. Segera kongsikan dengan rakan kenalan kita. Link info lanjut dan pendaftaran: https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t211020-1

photo content

Kita sering terfikir dan berasa sendiri, kaedah pendekatan kita terhadap tingkahlaku mencabar anak kadangkala terlalu keras. Tapi nak buat macam mana, tak tahu dah cara lain selain kekerasan. Dah puas berlembut, cakap baik-baik dan ingatkan berulang kali, masih berulang. Emosi kita pun berdezup meletus dan anak pun mungkin sama aja macam kita.... Saya tidak biasa topik tingkahlaku, namun saya tahu serba sedikit mengenainya. Biasa belajar dahulu, cuma kerjanya lebih kepada part emosi. Namun kini saya cuba berkongsi kepada umum apa diketahui dan mungkin boleh membantu anda, ibu ayah/pendidik yang sedang membaca dan berminat mengetahuinya. Tak apa kita belajar sama-sama ya! Saya pun belajar juga semasa menyediakan bahan presentasi. InsyaAllah kita akan bersama-sama 3 jam padat untuk tajuk 'Tegas dalam Hikmah': Mengurus Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi'. Ia akan diadakan secara langsung pada Sabtu, 23 Oktober 2021, pukul 8.30 malam ya. Bersempena kita mahu menyerap sifat terbaik Rasulullah s.a.w, yang sangat tinggi budi dan akhlaknya, penyertaan 100 pertama adalah sangat rendah pelaburannya (TINGGAL 17 TEMPAT EARLYBIRD AJA LAGI). Klik link ini untuk maklumat lebih lanjut: https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t1019-2

photo content

Dibuka!!! Webinar 'Live' Tegas dalam Hikmah Pengurusan Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi Pendaftaran awal, 'early
Dibuka!!! Webinar 'Live' Tegas dalam Hikmah Pengurusan Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi Pendaftaran awal, 'earlybird' untuk 100 orang pertama dengan harga yang sangat isimewa. Segera kongsikan dengan rakan kenalan kita. Maklumat lanjut di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t1019-1 . .

Betapa kerap berlaku anak seolah nak MENGAMBIL PERHATIAN kita dengan sama ada : Buat hal macam-macam termasuk sakitkan adiknya, Mencelah, menyampuk, menyelit, mengacau kerja yang sedang kita lakukan, Beremosi tiba-tiba. . . Elak salahkan dia dan tuduh dia 'sengaja buat hal atau cari perhatian'. . . Ketahuilah dia cuma nak 'connect' dengan kita, kan? Betapa kita juga sukar memahami mengapa mereka berkelakuan begitu dan menganggap dia sengaja tidak memahami situasi kita, Sedangkan kitalah yang perlu lebih memahami 'tips of iceberg' di sebalik perlakuan dia dan bijak mengendalikan keperluan utama dia. . . Caranya, mungkin boleh cuba begini : Stop kerja / aktiviti kita sedang lakukan, Berpaling kepadanya, beri muka anda 'full' (bukan 'half' ya) sambil rendahkan badan, Tanyakan : Ya sayang ada apa boleh Mama/Papa bantu (as if kita ni kaunter khidmat pelanggan laaa nak cegah komplen lebih lanjut berlaku) Lakukan apa dia perlu/mahu, beri perhatian kepadanya, 5 minit dah luang masa dengan dia, katakan Mama/Papa ada kerja sebentar lagi, Boleh sayang ....bagi Mama/Papa siapkan kerja Mama/Papa ? Ucapkan terima kasih padanya, usap dan touch mana-mana bahagian muka dia (hidung, pipi, dahi). . Refleksi, Maznah Ibrahim .................................. Channel Telegram Parenting dan Psikologi Anak di sini ya: T.mazn.me/chan .................................. Kelas webinar pengurusan tingkahlaku anak berusia 2-12 tahun secara psikologi akan dibuka pendafatarannya hari ini. Webinar live adalah pada Sabtu, 8.30 malam, 23.10.21.

photo content

Mahukan ibu ayah di sini mempelajari kaedah, teknik dan tips pengurusan tingkahlaku anak menggunakan pendekatan psikologi?
Anonymous voting

Terima kasih kepada semua ibu ayah yang telah vote 😍🤗. Saya amat hargainya... Hari ini saya kongsikan review mengenai satu filem. Boleh lah tonton dengan pasangan ya. .......*......*...... Filem 'Yes Day' yang pasti tidak rugi ditonton berkaitan keibubapaan kita. Ia berkenaan 'Hari Ya' selama 24 jam yang mana anak-anak dibenarkan meminta apa sahaja dan ibu ayah akan menuruti (namun dengan kondisi tertentu). Anak-anak akan sanggup buat apa saja permintaan ibu ayah sebelum hari kejadian berlangsung kerana sangat seronok (bermaksud mereka ada kesanggupan sendiri, sukarela dan lakukannya kerana sangat teruja dengan peluang melalui hari istimewa tersebut (‘behave, more discipline’, sanggup kemas rumah, bangun awal pagi dsb). Silakan. https://maznahibrahim.com/yes-day-satu-filem-yang-membantu-kita-merefleksi-gaya-keibubapaan-kita/

Berapakah umur anak anda yang paling anda rasa sukar nak 'handle' sekarang ini?
Anonymous voting

[Kenali dan Kendali Anak Kita] (Mengikut TheChildWhisperer) . 'Tackle' mereka dari '5 Steps' ini. . Step 1: Bila Anak Bertingkahlaku Mencabar, sentiasa lihat di sebalik mesej anak, bukan 'tips of iceberg' dia (apa yang kita nampak sahaja pada waktu itu). Ingat, iceberg hanya 10%, manakala punca dia ialah bawah iceberg tak nampak, 90%. Contoh mudah dan biasa, anak merengek-rengek, buat hal, bergaduh, rupanya dia mengantuk tak tidur lagi seharian ini . Steps 2: Kenalpasti Secara Fitrahnya, Kebiasaan, Natural, Jenis (Type) Anak Ini, Biasanya Bagaimana? Jika sudah tahu personaliti genetik anak, lagi mudah. Jika belum, just baca-baca dan agak anak jenis type mana, baca banyak-banyak untuk tahu cara tackle anak jenis itu. 'Knowing' iaitu mengenali anak ini takkan habis atau berhenti di sini, hari ini, sebab ia satu proses. Sedang kita yang dah dewasa ini pun sedang dan masih nak mengenali diri, apatah lagi anak kita semakin membesar hari ke hari, mereka akan semakin berkembang mindanya, cara berfikirnya, cara emosinya diluah, berasa dan bertindak. Informasi mengenai mereka (kenal mereka) adalah satu proses berterusan, bak air mengalir dan takkan putus. Ia bantu kita untuk 'connect' dengan anak dari masa ke semasa nanti. Fasa mereka berkembang dan berubah, percayalah. . Steps 3: 'Interprete' Makna Tantrum Dia. Tanya Diri. Apa Keperluan Anak Yang Tak Dipenuhi. . (contoh Fateh saya baru ini, marah pada orang belakang turuni tangga di Bukit Sami, kerana dia lambat, dia kata : "Eh apa ni, mana boleh potong barisan. Kena beratur" . Sungguh Anak Thinking (menurut Personaliti Genetik STIFIn, if ikut TheChildWhisperer dia Type 4) saya ini amat marah bila orang tak ikut peraturan, - Sebab otak dominan dia Thinking itu, fitrah cara berfikirnya adalah manusia perlu mengikut peraturan, dan logik akal dia adalah pada egosentrik dia usia 5 tahun itu. Juga - marah bila uncle belakang gelak, dia ingat orang tu gelakkan dia - part ni selalu berlaku, dia Thinking, sensitiviti dia ialah tidak suka diperlekehkan, walau orang tak berniat nak gelakkan dia. Part ni kami masih latih dia untuk lebih empati dan toleransi, fahami perspektif orang lain. Pelan-pelan kayuh. 'The needs' dia ialah respected walau dia anak kecil, more time to think/do reflection, fokus kepada objektif dia menuruni bukit. . Steps 4: 'Be Intuitive, Not Reactive' Tidak Perlu 'React', Tapi Respond dengan Mata Hati Dalam Anda. Anda Sebagai Ibu Bapa, Adalah Bijak dalam Mengenali Sensitiviti Dia. Faham dan 'Advocate' kepada Orang Luar Yang Tak Faham Anak Kita. . Sebabnya orang luar tidak sepenuhnya faham atau tahu mengenai peel anak kita ini. Fikirkan yang jika kita sendiri pun tak mampu nak faham anak, macam mana orang luar nak faham anak kita lebih dari kita ? . Steps 5: 'Enjoy Your Experience'. Setiap Kali Anda Berjaya Fahami Anak dengan Baik, Ucapkan Syabas Kepada Diri. Ini kerana kita perlu raikan sendiri usaha dan pencapaian kecil kita setiap hari agar kekal positif dalam keibubapaan kita. *Bila kita tidak berjaya tanganinya pun, kita tetap akan belajar sesuatu dari momen itu, iaitu kita akan berfikir dan mencari lagi solusi atau kaedah lebih baik untuk bantu anak 'next time' bila situasi sama berulang.... percayalah. Jika kita rasa tak perlu belajar apa-apa, pastinya kita akan hadapi lagi sukar sebab ia tak selesai, trigger dan meletup lebih kuat.... . . 5 Steps ini ada di gambar di atas untuk kita ingatinya. . Refleksi, Maznah Ibrahim #repost2017 Jemputan ke Channel Parenting dan Psikologi Anak di sini ya: T.mazn.me/chan

photo content

photo content

Tips Keibubapaan - Puzzle Tingkahlaku Anak / Anak Buat Hal ( Fahami Sebab Anak Buat Hal dan Cara Bantu Anak ) Anak buat hal ada sebabnya. Bukan dia saja-saja suka, nak beri 'masalah' atau 'puzzle' kepada ibu bapanya. Fahami mereka, fahami puncanya, dan tangani dengan bijak dan hikmah. . Bila Anak Minta Macam-macam atau Buat Hal Macam-macam, Kita Check Keperluan Asas Dia Dulu, Penuhi Ia ... BIASANYA hanya penuhi keperluan ASAS FISIOLOGI anak: makan, minum, tidur, rehat, selesa cuaca, mencukupi untuk anak tidak tantrum / buat hal / mencabar anda, KADANGKALA penuhi keperluan EMOSI mereka dahulu termasuk perhatian/main level budak bersama secara penuh 10-15 minit, mencukupi untuk kita tenang dan fokus buat kerja kita pula selepas itu. . Kenalpasti puzzle/ iceberg / punca sebenar apa dia perlu melalui permintaan macam-macam sang anak itu dilakukan dengan memeriksa keperluan fisiologi dia mencukupi tak, atau perhatian / tangki emosi (ada persaingan adik bayi) tak penuh atau craving for material tu betul betul wajar (betul perlu? - banyak trick dia). . Hirarki nya: 1. Fisiologi : siapkan semua keperluan ini sebelum mereka buat perangai - buat perangai adalah petanda sahaja - means dah sampai limit dah - Untuk anak / orang dewasa juga sama. Makan sebelum lapar, tidur mencukupi. 2. Emosi : 5 tangki emosi itu... (semua juga) 3. Kognitif (pemikiran mereka) - ni trick atau strategi si anak, nak itu ini, bagi reason sebab itu sebab ini (lingkungan usia 4 ke atas) dan match kan dengan trick anda juga. Ibubapa perlu lebih awal siap sedia dengan perisai trick juga naa.. . Dah lalui, untuk anak-anak Thinkings kami yang bijak trick ini . . Maznah Ibrahim *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

photo content

Tip Parenting ( Check Out Sebentar ) Bila anda ‘check in’ – masuk ruang keibubapaan, menghadap anak sahaja banyak jam, non stop dan tanpa rehat, anda akan sampai ke tahap ‘overwhelmed’, rasa macam dah penuh sangat dan boleh ‘meletup’. . Tanda ‘overwhelmed’ tu bila anda mula respon negatif kepada anak, respon dan gaya sporting mak mithali dah tak ada, asyik muncul letusan api kecil-kecil aja. . Sebab tu penting untuk ‘check out’, keluar sebentar dari ruang keibubapaan, yang anak bergantung sepenuhnya kepada anda sahaja. . Antara yang boleh dilakukan walau 1 minit : check out, di dalam rumah ialah :- Mandi bersihkan diri Solat sunat Minum air kegemaran Membaca bahan positif barang sebentar Cakap 'positive self talk' sambil tarik nafas panjang: Aku positif, aku mama yang tenang, aku sayang anak-anak aku, aku sayang diri aku, aku comel, aku manis. Hug diri (caranya dalam brain gym: berdiri stabil sambil silang dua kaki, kemudian hulur dua tangan ke depan, silangkan, pusing dua tapak tangan mengadap, genggam jari semuanya, pusing bawa ke tengah dada semuanya, tarik nafas tutup mata, hembus dan senyum). Duduk dan urut badan sendiri di bahu, belakang, lengan, kaki, sebut aku sayang diri aku (guna minyak bersesuaian sedikit, lagi ummph) . Ini semua sebenarnya adalah Self Care namanya. Sayang diri, pujuk diri, 'treat' diri. Yang mudah aja, sebab nak keluar beberapa jam mungkin tak dapat. . Takda sapa nak bagi / buatkan, buat ajalah sendiri. . CARE, Maznah Ibrahim *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di: t.mazn.me/chan

photo content

Penjagaan Emosi Kita Adalah Penting dan Utama, Perlu Didahului. Jika kita tak jagai dan dahuluinya, memang mudahlah kita terb
Penjagaan Emosi Kita Adalah Penting dan Utama, Perlu Didahului. Jika kita tak jagai dan dahuluinya, memang mudahlah kita terbeban dengan tanggungjawab menjaga individu lain, yang ramai.... itu. . 4 Perkara Ini Mungkin Boleh Membantu :- 1. Sumber air. Mandi, bersihkan diri, wudhu', basuh muka. 2. Makan dan minumlah. Beri tenaga. Pilih makanan yang baik, sihat, seimbang, booster segera. Coklat, kekacang, kurma, buah. 3. Tarik nafas dalam. Rehat kan dalaman, secepat 1 set 1 kali bernafas, atau 1 set 4 kali bernafas atau 1 set 6 kali bernafas. Ia kurang seminit semua tu. 4. Baca bahan positif. Boleh jadi Quran, buku penting satu mukasurat, tak mengapa, membaca memang membuka minda, jambatan ilmu, meningkatkan diri, usia bertambah dengan kebijaksanaan sewajarnya 🙂. . Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan