ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 15 718 مشتركاً، محتلاً المرتبة 958 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 320 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 15 718 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 02 نوفمبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -143، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -7، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 3.92‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.07‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 616 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 325 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 03 نوفمبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

15 718
المشتركون
-724 ساعات
-367 أيام
-14330 أيام
أرشيف المشاركات
photo content

Saya pasti ibubapa prihatin semua berusaha untuk sediakan dan jadikan DIRI sebagai 'tool' anak anak isi masa dengan happy, >>> maka bonding time dengan anak anak dapat dipenuhi, kan. Semudah suap anak anak makanan 😊😊😊. . 3 masa istimewa nak spend masa dengan anak secara berkesan:- i) masa makan ii) masa travel (dalam kereta dll) iii) sebelum tidur masa golek2 dengan anak Maznah Ibrahim Follow Telegram saya untuk lebih perkongsian parenting dan psikologi anak anak di t.me/ehsabar

[Anak Tengok TV Dekat] - Macam Mana Nak Buat . Pelik, dah cakap banyak kali masih juga dia duduk dekat-dekat. . Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya. . p/s: Kongsikan cara,kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) . https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/639199263268502/

photo content

Sedutan... ..... Kerapkali kita sebagai ibubapa pabila tidak berapa jelas akan sebab sebenar anak kecil buat hal, mudah ‘jump to conclusion’ kepada tingkahlaku si anak, lalu memarahi, atau menghukum anak-anak dengan kaedah yang kurang wajar atau tepat. Sebaliknya apabila kita dapat melihat dari sudut mata hati yang benar, kita akan tenang dan bijak kendalikan mereka. Dan untuk sampai kepada tahap ini, ia tidak mustahil sama sekali, asalkan kita sudah ada perisai ilmu kefahaman dan sedikit skil asas untuk hadapi saat itu dan akan datang. ‘Prevention is always better than cure’.

Kejayaan Anak Adalah Dari Ciri dan Sikap Seorang Ibu dan Ayahnya, Bukan Alat (tool) Lain Seperti Alat Bantu Mengajar Canggih Mana, atau Kelas dan Guru Yang Bagus dan Mahal Bagaimana... 👇👇👇 https://maznahibrahim.com/6-ciri-anak-berjaya-adalah-dari-ibu-ayah-yang/

photo content

Alternatif cara tegur anak bila anak buat salah. Silakan. https://maznahibrahim.com/time-out-anak-buat-salah-dengan-kaedah-time-in-pillow-talk/

[Anak Jawab Yg Tak Baik] - Macam Mana Nak Buat . Bila kita cakap "Abang rajin,abang suka buat baik", dia jawab "Abang malas,abang suka buat jahat" Pening juga kepala, naik angin pun ada. So apa nak buat? . Tonton video ni, saya terangkan juga kenapa jadi macam tu dan juga kenapa penting kita kena respon dengan betul. . Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya. . p/s: Kongsikan cara,kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) Maznah Ibrahim #keibubapaan #parentingskill #parentingguide #skillkomunikasi https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/363385117907986/

photo content

Anak Mencabar untuk Didik Anda Jadi Sabar... Kenapa Anak Sengaja Jawab Terbalik dari Apa Yang IbuBapa Kata? Pernahkah anda alami, pabila anda beritahu sesuatu kepada anak, nasib baik anak ulang balik dan sebut yang baik baik dan sama dengan anda sebutkan, Tetapi nasib tak baik, anak jawab dengan sebut terbalik dari apa anda cakapkan. Contohnya anda kata masa anak usia 2-3 tahun, A anak soleh. Bila usia dia 3, tak lama kemudian, dia ulang semula “A kan anak soleh, Mama?” Wah sejuknya hati dan perut anda.😍😍😍 Tapi apabila usia dia mencecah 5, 6 tahun, dan dia semakin membesar, Dia boleh ulang sebut terbalik pula, Terutama bila dia marah dan nampak macam sengaja nak mencabar anda. “A kan anak jahat!” “A kan anak tak baik”. “A kan anak tak soleh”. Atau anda katakan, buat baik masuk syurga, tetiba dia kata, “A buat jahat nak masuk neraka!” Aduh sakitnya hati sang ibu dan ayah… Anak yang dikandung dan dinasihati baik baik tetiba jadi macam ni pula. Apa nak buat, kenapa jadi macam tu? Saksikan video pendek saya mengenai ini ya. Maznah Ibrahim ____________ Tidak Mahu Ketinggalan post dan input psikologi dan parenting dari saya ? >>> https://t.mazn.me/chan

Anak Rampas Barang? Ada 1 ketika ni, lama dulu, saya telah ajar Fateh, untuk meminta pada Baby Yumna dengan perkataan "Yumna, nak" dan tidak ambil barang dari tangan Yumna secara kasar. Berjaya untuk Fateh. Fateh masa tu Happy sebab "Eh Yumna faham la", katanya. "Tentulah, kata saya. Kita taknak nanti Yumna pun ambil kasar barang Abang nanti". Selalu beri dia 'view' besar dan mendatang. . Kemudian ada 1 time tu dalam kereta saya perasan KN ambil dengan cepat apa yg Yumna pegang (kategori 'rampas') untuk sesuatu yang KN rasa dia punya. Jadi saya ajar KN pula. Saya katakan, beri Yumna puas dulu pegang, sebab dia nak explore/main, lepas tunggu seketika, minta dengan skrip "Yumna, nak", Mummy pasti Yumna akan beri pabila diminta. . Jadi KN mula lakukan. Dan KN berjaya. . . Bab mengambil dengan rampas ni kadangkala ibubapa jua lakukan dengan cepat, tanpa sedar apa anak sedang pegang. Jadi apatah lagi anak kecil, mereka memang belum ada skil menunggu/social skill. Jadi cek diri dulu, kalau ada buat begitu, tukar, ambil dari tangan anak dengan meminta izin/maklum dulu. "Sayang, Mama nak. Mama nak simpan". . Untuk sesama anak pula, modelkan (i) skrip dan (ii) caranya. . InsyaAllah mereka sangat cepat belajar sebenarnya. Ia skil atau kemahiran sosial dan empati. . Selamat ajar anak cara ambil barang 😊 Maznah Ibrahim Join telegram saya: t.me/ehsabar

[Anak Minta Gadjet] - Macam Mana Nak Buat . Ketahui juga sebab psikologinya kenapa mereka automatik nakkan gadjet di tangan kita, mudah nak atasi bila dah tau reason ni. . p/s: Kongsikan cara, kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/481041302690597/ Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya >>> https://t.mazn.me/chan . .

Kesan 'Gajet' atau alat perkakasan berteknologi kepada kanak-kanak memang telah diketahui umum yang ianya banyak buruk berbanding baik. Antara cara nak atasi ialah kita kembali kepada sumber ASAL, dan SEBENAR seperti sumber manusia (ibubapa, kawan, guru), dan benda sebenar seperti tumbuhan, haiwan dan benda yang diintegrasikan ke dalam kehidupan anak anak kita seharian. Sesuatu yang jauh lebih menarik daripada apa yang ditawarkan oleh gajet (Handphone, TV, laptop, Ipad) kepada anak-anak ialah sumber Ibu dan Bapa kepada anak, iaitu menerusi aktiviti dan komunikasi yang berkesan, menarik dan impak (fitrah manusia adalah 'sosial'). Katakan anak ingin meluahkan perasaan sunyi dan bosannya, dia memilih untuk menonton kartun berbanding bercakap dengan ibubapanya (andaikan ibubapa sibuk) atau bermain dengan ibubapanya (andaikan bermain dengan ibubapa tidak atau kurang menarik). Bezanya anak akan jadi pasif dan tidak bercakap pun semasa menonton kartun, sebaliknya hanya menerima maklumat santai dari TV, atau alat perkakasan lain seumpamanya yang menayangkan kartun, dan ia kurang memberi faedah kepada kanak-kanak melainkan mengisi lompong tangki emosi bosan dan tangki emosi lain yang menyusut; perhatian / layanan, perkataan baik/ mengesahkan, sentuhan selamat, dan aktiviti di dalam masa senggang yang ada. 'Under stimulate' adalah salah satu sebab kenapa anak kecil boleh tantrum atau menunjukkan tingkahlaku luar kebiasaan, dan amukannya (dalam Buku Science of Parenting / What Every Parent Needs to Know : Margot Sunderland). Anak kecil, fitrahnya memang sentiasa aktif, dahagakan ('hunger for') input atau maklumat baru, menerusi aktiviti pelbagai, yang melibatkan seluruh sensorinya (bau, dengar, lihat, rasa dan sentuh), iaitu mereka perlukan stimulasi, terutama untuk anak di peringkat usia emas (0-6 tahun). Dan melihat TV hanya melibatkan deria mata - 'Lihat', bermakna keseimbangan tidak berlaku, seterusnya berlakulah 'over stimulate' kepada kanak-kanak melalui maklumat yang diperolehi menerusi MATA sahaja. Justeru, apakah perlu dilakukan oleh ibubapa? Kenapa kanak-kanak minat sangat untuk memegang, menggunakan atau memiliki perkakasan itu seperti ibubapa? Dan mengapa penting kita 'tukar' atau 'gantikan' dengan aktiviti dan sumber ASAL dan SEBENAR ini? Nantikan video 'pendek' saya sebentar lagi ya ☺. Maznah Ibrahim

Salam Jumaat semua. Beberapa pertanyaan berulang dari ibubapa kini kepada saya (pm, seminar, group telegram) ialah tentang bagaimana nak kawal penggunaan gajet anak. Cerita panjang, untuk teknik. Saya ada banyak teknik. Cuma untuk anak sangat suka minta Handphone ibubapa, ada 1 cara confirm berkesan. Nantikan #videoparenting saya hari ini ya. Stay Tune. ❤️

[Ayah Sudah Tiada] - 3 Langkah untuk hadapi kehilangan (grief) & move on . Point Pertama tak boleh skip - ramai yang terperangkap & susah nak move on kerana ini. Terutama anak-anak. . . Elakkan diri & Anak dari terperangkap dalam perasaan itu bertahun-tahun lamanya. Kita tak mahu perkara ini jadi penghalang kepada diri dan anak-anak untuk nikmati hidup yang lebih baik. . Kasihankan diri & anak. . Bantu diri & anak, tonton video ini :) . Sampaikannya kepada rakan, keluarga yang mungkin memerlukan. . p/s: Kongsikan pandangan, kisah, pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/2398205490468698/

[Ayah Pjj - Ibu Stress] - 4 Cara Mudah Ayah Boleh Bantu . Kalau tak dibantu boleh lead kepada stress yang berlebihan dan menganggu kesihatan mental ibu & anak. . . [PJJ - Perhubungan Jarak Jauh] . Mohon tonton dan sampaikan sepada rakan-rakan yang lain ye :). . p/s: kongsikan pengalaman serta pandangan anda dibahagian komen, saya suka nak baca :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/2293673197389129/