ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 719 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 960,并在 马来西亚 地区排名第 2 316 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 719 名订阅者。

根据 02 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -143,过去 24 小时变化为 -7,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.92%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.07% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 616 次浏览,首日通常累积 325 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

凭借高频更新(最新数据采集于 03 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

15 719
订阅者
-724 小时
-367 天
-14330 天
帖子存档
photo content

Cuti Cuti Macam Ni Biasa Ibu Ayah Mudah Terlepas Marah . Ya lah, menghadap anak 24 jam ya? Boleh bayangkan untuk ibu fulltime home engineer camana? PERINGATAN UNTUK DIRI KITA ❗ Sentiasa ingatkan diri kita, 1⃣ Anak anak adalah tetap anak. Mereka jauh usia dengan kita yang dikatakan dulu makan garam ya 😂 Mana sama anak 3 tahun pengalaman dengan anda 30 tahun pengalaman hidup. Mereka perlu, dan nak kan perhatian, didikan, asuhan dengan sebaiknya. . Nak nak jika mereka dah bersekolah, ada rutin harian mereka. [>>> Bila cuti beraya, rutin biasa weekend mereka laaagi jadi luar biasa, setahun sekali aidilfitri dan aidil adha] . 2⃣ Mereka ialah tanggungjawab kita untuk diasuh, dididik, dibimbing apa betul, apa salah, dan bagaimana berhadapan dengan konflik. .. Konflik dengan mak ayah di rumah, (lain suruh lain dibuat), Konflik minat berbeza (interest) antara dia dan adik beradik dia, (berebut siaran tv dsb), . Bagaimana kita hadapi atau atasi konflik, begitulah mereka belajar dan akan lakukan nanti. . Contoh jika kita marah si abang/kakak dan menangkan si adik, Adik belajar, boleh marah si abang/kakak camtu juga. Adik tak hormat abang/kakak. [>> Sentiasa asingkan si besar dan buat one to one bercakap dan didik mereka] . 3⃣ Sebenarnya masa cuti ni lah ibubapa nak ambil peluang, untuk banyak nak dalami pengalaman anak anak di luar lingkungan kita; mereka di sekolah, mereka dalam lingkungan kawan kawan sebayanya yang kita mungkin tak pernah tahu / perasan. . Jangan terkejut, Anda tak pernah ajar anak pasal kahwin-kahwin, Anak usia 5 anda dah sebut pasal dah besar nak kahwin dengan orang ni, nak buat macam ni itu ini bila dah kahwin. . Cerita cerita macam ni, Tak dapat dengar masa primer time anak jumpa kita yang lepas sekolah terus cerita kat kita, . Sebab ia info TAK berapa utama. Anak pun tak ingat sangat. Tapi, ia akan muncul bila santai-santai, Bila tetiba dia trigger. . Jadi waktu santai dan rehat camni amat penting. Masa ni bila dah tahu info baru, boleh terus intervene, didik apa betul dan salah perspektif, ok. . . APA NAK BUAT BILA MULA RASA NAK MARAH? Kalau rasa nak marah, 1⃣PAUSE dengan TARIK NAFAS DALAM sekurangnya sekali hingga tiga kali dulu, 2⃣BERGERAK untuk release energy marah. 3⃣CAKAP/TEGUR hanya bila dah tenang sikit, Masa marah, pasti ayat keluar ayat yang tak baik, [>> Maka, keluarkan dulu emosi negatif, Untuk masuk emosi sedikit positif, Baru deal/berhadapan dengan si anak]. . . CEK TANGKI EMOSI ANAK KITA HARI INI: . Banyakkan penuhi tangki emosi asas anak-anak: ❤️ Hugs peluk mereka full dada ke dada, ❤️ Ucapkan sayang dan hasrat anda ke mereka, ❤️ Main sebentar dengan mereka, temani mereka dengan aktiviti mereka pilih bukan kita pilih, ❤️ Hadiahkan mereka dengan perkara kegemaran mereka, ❤️ Layan mereka baik dan istimewa seperti Tuan Muda atau mak bapa mertua, atau anak kawan tumpang rumah (yalah orang luar kita layan baik, anak sendiri layan tak baik😐), ❤️ pandang mata mereka dengan kasih sayang seperti mereka baru lahir. . . . Salam Cuti Eid Adha dan Cuti Sekolah Seminggu.❤️ Renungan, Maznah Ibrahim

photo content

Saya pasti ibubapa prihatin semua berusaha untuk sediakan dan jadikan DIRI sebagai 'tool' anak anak isi masa dengan happy, >>> maka bonding time dengan anak anak dapat dipenuhi, kan. Semudah suap anak anak makanan 😊😊😊. . 3 masa istimewa nak spend masa dengan anak secara berkesan:- i) masa makan ii) masa travel (dalam kereta dll) iii) sebelum tidur masa golek2 dengan anak Maznah Ibrahim Follow Telegram saya untuk lebih perkongsian parenting dan psikologi anak anak di t.me/ehsabar

[Anak Tengok TV Dekat] - Macam Mana Nak Buat . Pelik, dah cakap banyak kali masih juga dia duduk dekat-dekat. . Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya. . p/s: Kongsikan cara,kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) . https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/639199263268502/

photo content

Sedutan... ..... Kerapkali kita sebagai ibubapa pabila tidak berapa jelas akan sebab sebenar anak kecil buat hal, mudah ‘jump to conclusion’ kepada tingkahlaku si anak, lalu memarahi, atau menghukum anak-anak dengan kaedah yang kurang wajar atau tepat. Sebaliknya apabila kita dapat melihat dari sudut mata hati yang benar, kita akan tenang dan bijak kendalikan mereka. Dan untuk sampai kepada tahap ini, ia tidak mustahil sama sekali, asalkan kita sudah ada perisai ilmu kefahaman dan sedikit skil asas untuk hadapi saat itu dan akan datang. ‘Prevention is always better than cure’.

Kejayaan Anak Adalah Dari Ciri dan Sikap Seorang Ibu dan Ayahnya, Bukan Alat (tool) Lain Seperti Alat Bantu Mengajar Canggih Mana, atau Kelas dan Guru Yang Bagus dan Mahal Bagaimana... 👇👇👇 https://maznahibrahim.com/6-ciri-anak-berjaya-adalah-dari-ibu-ayah-yang/

photo content

Alternatif cara tegur anak bila anak buat salah. Silakan. https://maznahibrahim.com/time-out-anak-buat-salah-dengan-kaedah-time-in-pillow-talk/

[Anak Jawab Yg Tak Baik] - Macam Mana Nak Buat . Bila kita cakap "Abang rajin,abang suka buat baik", dia jawab "Abang malas,abang suka buat jahat" Pening juga kepala, naik angin pun ada. So apa nak buat? . Tonton video ni, saya terangkan juga kenapa jadi macam tu dan juga kenapa penting kita kena respon dengan betul. . Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya. . p/s: Kongsikan cara,kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) Maznah Ibrahim #keibubapaan #parentingskill #parentingguide #skillkomunikasi https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/363385117907986/

photo content

Anak Mencabar untuk Didik Anda Jadi Sabar... Kenapa Anak Sengaja Jawab Terbalik dari Apa Yang IbuBapa Kata? Pernahkah anda alami, pabila anda beritahu sesuatu kepada anak, nasib baik anak ulang balik dan sebut yang baik baik dan sama dengan anda sebutkan, Tetapi nasib tak baik, anak jawab dengan sebut terbalik dari apa anda cakapkan. Contohnya anda kata masa anak usia 2-3 tahun, A anak soleh. Bila usia dia 3, tak lama kemudian, dia ulang semula “A kan anak soleh, Mama?” Wah sejuknya hati dan perut anda.😍😍😍 Tapi apabila usia dia mencecah 5, 6 tahun, dan dia semakin membesar, Dia boleh ulang sebut terbalik pula, Terutama bila dia marah dan nampak macam sengaja nak mencabar anda. “A kan anak jahat!” “A kan anak tak baik”. “A kan anak tak soleh”. Atau anda katakan, buat baik masuk syurga, tetiba dia kata, “A buat jahat nak masuk neraka!” Aduh sakitnya hati sang ibu dan ayah… Anak yang dikandung dan dinasihati baik baik tetiba jadi macam ni pula. Apa nak buat, kenapa jadi macam tu? Saksikan video pendek saya mengenai ini ya. Maznah Ibrahim ____________ Tidak Mahu Ketinggalan post dan input psikologi dan parenting dari saya ? >>> https://t.mazn.me/chan

Anak Rampas Barang? Ada 1 ketika ni, lama dulu, saya telah ajar Fateh, untuk meminta pada Baby Yumna dengan perkataan "Yumna, nak" dan tidak ambil barang dari tangan Yumna secara kasar. Berjaya untuk Fateh. Fateh masa tu Happy sebab "Eh Yumna faham la", katanya. "Tentulah, kata saya. Kita taknak nanti Yumna pun ambil kasar barang Abang nanti". Selalu beri dia 'view' besar dan mendatang. . Kemudian ada 1 time tu dalam kereta saya perasan KN ambil dengan cepat apa yg Yumna pegang (kategori 'rampas') untuk sesuatu yang KN rasa dia punya. Jadi saya ajar KN pula. Saya katakan, beri Yumna puas dulu pegang, sebab dia nak explore/main, lepas tunggu seketika, minta dengan skrip "Yumna, nak", Mummy pasti Yumna akan beri pabila diminta. . Jadi KN mula lakukan. Dan KN berjaya. . . Bab mengambil dengan rampas ni kadangkala ibubapa jua lakukan dengan cepat, tanpa sedar apa anak sedang pegang. Jadi apatah lagi anak kecil, mereka memang belum ada skil menunggu/social skill. Jadi cek diri dulu, kalau ada buat begitu, tukar, ambil dari tangan anak dengan meminta izin/maklum dulu. "Sayang, Mama nak. Mama nak simpan". . Untuk sesama anak pula, modelkan (i) skrip dan (ii) caranya. . InsyaAllah mereka sangat cepat belajar sebenarnya. Ia skil atau kemahiran sosial dan empati. . Selamat ajar anak cara ambil barang 😊 Maznah Ibrahim Join telegram saya: t.me/ehsabar

[Anak Minta Gadjet] - Macam Mana Nak Buat . Ketahui juga sebab psikologinya kenapa mereka automatik nakkan gadjet di tangan kita, mudah nak atasi bila dah tau reason ni. . p/s: Kongsikan cara, kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/481041302690597/ Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya >>> https://t.mazn.me/chan . .

Kesan 'Gajet' atau alat perkakasan berteknologi kepada kanak-kanak memang telah diketahui umum yang ianya banyak buruk berbanding baik. Antara cara nak atasi ialah kita kembali kepada sumber ASAL, dan SEBENAR seperti sumber manusia (ibubapa, kawan, guru), dan benda sebenar seperti tumbuhan, haiwan dan benda yang diintegrasikan ke dalam kehidupan anak anak kita seharian. Sesuatu yang jauh lebih menarik daripada apa yang ditawarkan oleh gajet (Handphone, TV, laptop, Ipad) kepada anak-anak ialah sumber Ibu dan Bapa kepada anak, iaitu menerusi aktiviti dan komunikasi yang berkesan, menarik dan impak (fitrah manusia adalah 'sosial'). Katakan anak ingin meluahkan perasaan sunyi dan bosannya, dia memilih untuk menonton kartun berbanding bercakap dengan ibubapanya (andaikan ibubapa sibuk) atau bermain dengan ibubapanya (andaikan bermain dengan ibubapa tidak atau kurang menarik). Bezanya anak akan jadi pasif dan tidak bercakap pun semasa menonton kartun, sebaliknya hanya menerima maklumat santai dari TV, atau alat perkakasan lain seumpamanya yang menayangkan kartun, dan ia kurang memberi faedah kepada kanak-kanak melainkan mengisi lompong tangki emosi bosan dan tangki emosi lain yang menyusut; perhatian / layanan, perkataan baik/ mengesahkan, sentuhan selamat, dan aktiviti di dalam masa senggang yang ada. 'Under stimulate' adalah salah satu sebab kenapa anak kecil boleh tantrum atau menunjukkan tingkahlaku luar kebiasaan, dan amukannya (dalam Buku Science of Parenting / What Every Parent Needs to Know : Margot Sunderland). Anak kecil, fitrahnya memang sentiasa aktif, dahagakan ('hunger for') input atau maklumat baru, menerusi aktiviti pelbagai, yang melibatkan seluruh sensorinya (bau, dengar, lihat, rasa dan sentuh), iaitu mereka perlukan stimulasi, terutama untuk anak di peringkat usia emas (0-6 tahun). Dan melihat TV hanya melibatkan deria mata - 'Lihat', bermakna keseimbangan tidak berlaku, seterusnya berlakulah 'over stimulate' kepada kanak-kanak melalui maklumat yang diperolehi menerusi MATA sahaja. Justeru, apakah perlu dilakukan oleh ibubapa? Kenapa kanak-kanak minat sangat untuk memegang, menggunakan atau memiliki perkakasan itu seperti ibubapa? Dan mengapa penting kita 'tukar' atau 'gantikan' dengan aktiviti dan sumber ASAL dan SEBENAR ini? Nantikan video 'pendek' saya sebentar lagi ya ☺. Maznah Ibrahim

Salam Jumaat semua. Beberapa pertanyaan berulang dari ibubapa kini kepada saya (pm, seminar, group telegram) ialah tentang bagaimana nak kawal penggunaan gajet anak. Cerita panjang, untuk teknik. Saya ada banyak teknik. Cuma untuk anak sangat suka minta Handphone ibubapa, ada 1 cara confirm berkesan. Nantikan #videoparenting saya hari ini ya. Stay Tune. ❤️