ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 273 مشتركاً، محتلاً المرتبة 962 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 361 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 273 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 20 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -128، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -12، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 6.19‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.52‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 1 008 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 410 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 21 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 273
المشتركون
-1224 ساعات
-347 أيام
-12830 أيام
أرشيف المشاركات
Antara yang kita kurang didedahkan sejak kecil sama ada menerusi pendidikan formal dan informal ialah komponen emosi termasuk pertumbuhan, perkembangan dan pengurusan emosi diri dan anak-anak. . . Untuk seiring dan seimbang, Pengurusan diri yang baik dan stabil di kemudian hari, Ialah individu yang cerdas emosi, dan spiritualnya, atau tinggi EQ dan SQ nya. . . Mudahan sedikit perkongsian saya nanti dapat membantu para ibubapa memahami aspek ini dan mewariskan ilmu dan skil ini kepada anak-anak kita pula. . . Jangan lepaskan peluang, Untuk yang berada di Utara dan yang berminat, boleh hubungi penganjur sebelum 5 Feb untuk dapatkan harga early bird ya. 😍♥️ Maznah Ibrahim

photo content

photo content

12 Ayat Pengesahan Kepada Anak . . "Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".🤔 "Mama tak pernah pun puji saya".😩 "Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik".😤 "Mama tak suka peluk saya ke?"☹ "Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?".😢 . . Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal. Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat. . Anak rasa tak dihargai, Tak disayangi, Tak betul. . Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan. Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak, Cuma ibuayah terlepas pandang.😔😔😔 . Lupa nak #jadilebahbukanlalat. Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini. 12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita. . Mudahan, ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka.. . Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka. Subur. Mekar. Mewangi dan merahmati Alam. CARE♥️, Maznah Ibrahim. . p/s : Apa khabar sahabat #IbuBapaKini saya yang hormati? Join telegram saya di t.mazn.me/chan

Dengan suasana teknologi kini, anak-anak akan mudah sangat terdedah kepada tontonan cerita yang kurang sesuai untuk usianya. Saya sediakan tips untuk anak usia bawah 6, usia 7-12 dan usia sekolah menengah. Bagaimana nak ajar mereka untuk self control dan buat keputusan kepada apa dilihat iaitu jika tak baik, terus stop tidak tonton. Saya lebih kepada bimbing dan latih anak, kerana kelak kita tiada di sisi mereka, mereka perlu ada skil pertahanan dalaman diri ini di mana jua mereka berada. Baca lanjut di sini : https://maznahibrahim.com/anak-tertengok-benda-tak-baik-di-youtube-handphone/

Usia berapa sesuai teknik ini? Mulakan semasa anak sudah masuk fasa autonomi, Mahu buat sendiri semua (sekitar usia 1 +). "Nak makan sendiri atau mama suap?" Of course dia nak makan sendiri. Tukar skrip bila rasa nak suapkan dia makan sebab nak cepat siap dan ada urusan lain : Nak Mama suap guna tangan Atau Mama suap guna sudu? Nak Mama suap adik duduk kerusi atau Mama suap adik duduk atas riba Mama ? 😁 Cuba dulu. Ia lebih selamat dari bertekak bercakau berebut sudu Mak 30 tahun dengan anak 1 tahun 😜 Maznah Ibrahim

photo content

Untuk Teknik Bertanya Soalan dan Beri Pilihan, Kebaikan dari sudut sains otak perkembangan kanak2 : 1) Anak akan rasa ada power di saat dia mula hilang punca (powerless) Kerana ibu ayah beri dia PILIHAN. . 2) Anak akan move dari OTAK EMOSI ke OTAK RASIONAL kerana perlu berfikir sebentar akan pilihan jawapan dan membuat pilihan terbaik untuk dirinya. . Maznah Ibrahim

Tips Parenting #26 ( Beri Pilihan Yang Mana 2 Pilihan Itu Adalah Pilihan Anda) Sewaktu anak nak tantrum, Ibu ayah boleh beri DUA PILIHAN kepada anak. Namun 2 pilihan itu adalah pilihan ibu ayah, bukan pilihan anak. Anak akan rasa ada power di saat dia mula hilang punca (powerless) Kerana ibu ayah beri dia PILIHAN. . Contoh 》》》 👉 Adik nak mandi sekarang atau mandi lagi 5 minit. --> bila anak leka menonton tv lambat mandi 👉 Adik nak makan nasi kosong atau nasi dengan ikan. --> bila anak nak makan jajan 👉 Kakak nak jalan sendiri atau atau ayah terbangkan ke bilik air ? --> bila nak minta anak mandi sekarang 👉 Abang nak buku sticker atau puzzle ini ? --> bila anak nak mainan lain. .. Namanya anak diberi kuasa. Bukan Kuasa Boboboi, Tapi Kuasa Memilih.😊👍 CARE♥️, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Apa Nak Buat Bila Stres sebagai #IbuBapaKini? Saya kongsikan beberapa idea bagi pengurusan stres ibubapa /individu dari aspek 👍 mental 👍 fizikal 👍 emosional 👍 dan spiritual Paling cepat bantu lega stres ialah :- 👍 secara fizikal Paling sustainable dan bawa kestabilan diri individu ialah :- 👍 secara spiritual Jum amalkan Kongsikan Buka minda . CARE♥️ Maznah Ibrahim p/s : terus ke channel telegram saya bagi tak ketinggalan dapat info parenting dan psikologi anak anak ya t.mazn.me/chan

photo content

Didoakan semua #IbuBapaKini yang berada dalam Channel Telegram ini dikurniakan : ♥️ Kesihatan Fizikal dan Emosi yang baik, ♥️ Tenang dan Positif selalu, ♥️ Fokus yang baik-baik aja, ♥️ Murah + luas rezeki. Agar kita menjadi tempat yang selamat Untuk anak-anak bernaung Dan terus membesar Dengan cemerlang. Amin Maznah Ibrahim. ....... t.mazn.me/chan

photo content

'Switch'kan Pertanyaan Spontan Anak : 'Relate'kan dengan Pelajaran Kehidupan . Kisah 1 : Fateh kata : Bau pampers Baby Yumna busuk. Yumna tak sedar ke ? . Saya kata macam tulah, orang lain saja boleh beri maklumbalas tentang diri kita, Kita biasanya tak sedar pun. . Orang lain cermin diri kita, Contoh kalau kawan atau guru kata rambut Fateh busuk, Maka mungkin benarlah, Sebab Fateh tak boleh bau sendiri. . Kalau kawan kata Fateh marah, Fateh rasa tak, Sebab Fateh fikir 'marah ialah dengan pukul sekali', Tapi kawan dengar suara Fateh tegas dan dia pun ada persepsi dia sendiri, Maka perlulah kita berubah pada gaya suara.. . Jadi bersifat terbukalah, Bersedia terima kritikan. Okay? . Dia angguk. . ------------------- Kisah 2 : Khairunnisa' (KN) nak campur kertas dia potong yang besar tu dengan bintang comel yang Mummy buat, Masuk dalam botol. (Kami buat projek bintang bintang di langit) . So bintang comel pun tak nampak lah. . Saya keluarkan kertas potongan besar, tinggalkan bintang sahaja, tanya KN: . "Nampak bintang comel tu? Cantik tak?" . "Nampak. Cantik!". . Okay, saya campur semula kertas potongan besar lain tu, dalam balang sama. . "Sekarang nampak bintang tak?" "Taaak. Bintang dah tenggelam". (Kata KN dengan kosa kata yang mengagumkan hehe😅) . "Betul. Jadi, benda baik dan tak baik, tak boleh campur. Bila campur, benda baik mudah tenggelam sebab benda tak baik tu pengaruh dia besar. . Macam Fateh, nanti besar bergaul, berkawanlah dengan kawan yang betul dan baik. Jika tidak, 'bintang' potensi Fateh akan tenggelam. OK". . Faham tak faham Fateh separa faham, dan angguk jela hehe.😀😀😀 . . ==================== Nota. 1. Bila ada situasi anak bercakap sesuatu, dan perlu dikaitkan dengan pelajaran kehidupan dia yang unik tersendiri tu, terus berikan pelajaran / mesej itu. Sebab ia 'fresh' dia tengah tanya dan 'engage' dalam situasi itu. Macam Fateh sebelum ni meluah pada saya yang kawan kata dia marah sedangkan dia rasa tak, marah ialah dengan pukul sekali dan dia tak pukul orang. Saya kata maybe sebab suara Fateh tegas dan kelihatan marah. Macam sekarang ni. So marah juga ialah dari suara (verbal) dan atau pukul (perlakuan). Guru pernah kata "Fateh, shampoo rambut" dengan muka serius seperti gurau. Ayah Fateh selalu minta dia shampoo rambut sebab rambut dia berbau (dia kan rambut lebat hitam), dia pun shampoo la. Namun saya tak pernah rasa rambut dia ada bau semerbak ke apa 😂😂😂. . . 2. Biasanya dengan tunjuk metafora macam ni (bintang dalam balang) anak lebih jelas perbezaan depan mata dan boleh berfikir, boleh memilih, boleh buat keputusan dengan lebih tepat dan baik. . 3. Ibubapalah yang merupakan guru kehidupan anak anak. Sentiasa didik dan bimbing dengan penuh kasih sayang, dengan kaitkan on the spot situasi mereka sewaktu MOOD BAIK dengan ISU MEREKA yang masih puzzle pada minda mereka saat mood baik itu. . 4. Biasanya mood baik tu sebelum tidur, santai santai beraktiviti dah nak tidur dah .. Grounding Moment. 'Emas' sekali. . Maznah Ibrahim ======= t.mazn.me/chan

photo content