Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 273 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 962,并在 马来西亚 地区排名第 2 361 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 273 名订阅者。
根据 20 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -128,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 6.19%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.52% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 008 次浏览,首日通常累积 410 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 21 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 273
订阅者
-1224 小时
-347 天
-12830 天
帖子存档
16 273
Antara yang kita kurang didedahkan sejak kecil sama ada menerusi pendidikan formal dan informal ialah komponen emosi termasuk pertumbuhan, perkembangan dan pengurusan emosi diri dan anak-anak.
.
.
Untuk seiring dan seimbang,
Pengurusan diri yang baik dan stabil di kemudian hari,
Ialah individu yang cerdas emosi, dan spiritualnya, atau tinggi EQ dan SQ nya.
.
.
Mudahan sedikit perkongsian saya nanti dapat membantu para ibubapa memahami aspek ini dan mewariskan ilmu dan skil ini kepada anak-anak kita pula.
.
.
Jangan lepaskan peluang,
Untuk yang berada di Utara dan yang berminat, boleh hubungi penganjur sebelum 5 Feb untuk dapatkan harga early bird ya. 😍♥️
Maznah Ibrahim
16 273
12 Ayat Pengesahan Kepada Anak
.
.
"Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".🤔
"Mama tak pernah pun puji saya".😩
"Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik".😤
"Mama tak suka peluk saya ke?"☹
"Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?".😢
.
.
Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal.
Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat.
.
Anak rasa tak dihargai,
Tak disayangi,
Tak betul.
.
Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan.
Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak,
Cuma ibuayah terlepas pandang.😔😔😔
.
Lupa nak #jadilebahbukanlalat.
Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini.
12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita.
.
Mudahan,
ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka..
.
Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka.
Subur.
Mekar.
Mewangi dan merahmati Alam.
CARE♥️,
Maznah Ibrahim.
.
p/s : Apa khabar sahabat #IbuBapaKini saya yang hormati?
Join telegram saya di
t.mazn.me/chan
16 273
Dengan suasana teknologi kini, anak-anak akan mudah sangat terdedah kepada tontonan cerita yang kurang sesuai untuk usianya.
Saya sediakan tips untuk anak usia bawah 6, usia 7-12 dan usia sekolah menengah.
Bagaimana nak ajar mereka untuk self control dan buat keputusan kepada apa dilihat iaitu jika tak baik, terus stop tidak tonton.
Saya lebih kepada bimbing dan latih anak, kerana kelak kita tiada di sisi mereka, mereka perlu ada skil pertahanan dalaman diri ini di mana jua mereka berada.
Baca lanjut di sini :
https://maznahibrahim.com/anak-tertengok-benda-tak-baik-di-youtube-handphone/
16 273
Usia berapa sesuai teknik ini?
Mulakan semasa anak sudah masuk fasa autonomi,
Mahu buat sendiri semua (sekitar usia 1 +).
"Nak makan sendiri atau mama suap?"
Of course dia nak makan sendiri.
Tukar skrip bila rasa nak suapkan dia makan sebab nak cepat siap dan ada urusan lain :
Nak Mama suap guna tangan
Atau Mama suap guna sudu?
Nak Mama suap adik duduk kerusi atau Mama suap adik duduk atas riba Mama ?
😁
Cuba dulu.
Ia lebih selamat dari bertekak bercakau berebut sudu Mak 30 tahun dengan anak 1 tahun 😜
Maznah Ibrahim
16 273
Untuk Teknik Bertanya Soalan dan Beri Pilihan,
Kebaikan dari sudut sains otak perkembangan kanak2 :
1) Anak akan rasa ada power di saat dia mula hilang punca (powerless)
Kerana ibu ayah beri dia PILIHAN.
.
2) Anak akan move dari OTAK EMOSI ke OTAK RASIONAL kerana perlu berfikir sebentar akan pilihan jawapan dan membuat pilihan terbaik untuk dirinya.
.
Maznah Ibrahim
16 273
Tips Parenting #26
( Beri Pilihan Yang Mana 2 Pilihan Itu Adalah Pilihan Anda)
Sewaktu anak nak tantrum,
Ibu ayah boleh beri DUA PILIHAN kepada anak.
Namun 2 pilihan itu adalah pilihan ibu ayah, bukan pilihan anak.
Anak akan rasa ada power di saat dia mula hilang punca (powerless)
Kerana ibu ayah beri dia PILIHAN.
.
Contoh 》》》
👉 Adik nak mandi sekarang atau mandi lagi 5 minit. --> bila anak leka menonton tv lambat mandi
👉 Adik nak makan nasi kosong atau nasi dengan ikan. --> bila anak nak makan jajan
👉 Kakak nak jalan sendiri atau atau ayah terbangkan ke bilik air ? --> bila nak minta anak mandi sekarang
👉 Abang nak buku sticker atau puzzle ini ? --> bila anak nak mainan lain.
..
Namanya anak diberi kuasa.
Bukan Kuasa Boboboi,
Tapi Kuasa Memilih.😊👍
CARE♥️,
Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
16 273
Apa Nak Buat Bila Stres sebagai #IbuBapaKini?
Saya kongsikan beberapa idea bagi pengurusan stres ibubapa /individu dari aspek
👍 mental
👍 fizikal
👍 emosional
👍 dan spiritual
Paling cepat bantu lega stres ialah :-
👍 secara fizikal
Paling sustainable dan bawa kestabilan diri individu ialah :-
👍 secara spiritual
Jum amalkan
Kongsikan
Buka minda
.
CARE♥️
Maznah Ibrahim
p/s : terus ke channel telegram saya bagi tak ketinggalan dapat info parenting dan psikologi anak anak ya
t.mazn.me/chan
16 273
Didoakan semua #IbuBapaKini yang berada dalam Channel Telegram ini dikurniakan :
♥️ Kesihatan Fizikal dan Emosi yang baik,
♥️ Tenang dan Positif selalu,
♥️ Fokus yang baik-baik aja,
♥️ Murah + luas rezeki.
Agar kita menjadi tempat yang selamat
Untuk anak-anak bernaung
Dan terus membesar
Dengan cemerlang.
Amin
Maznah Ibrahim.
.......
t.mazn.me/chan
16 273
'Switch'kan Pertanyaan Spontan Anak :
'Relate'kan dengan Pelajaran Kehidupan
.
Kisah 1 :
Fateh kata : Bau pampers Baby Yumna busuk.
Yumna tak sedar ke ?
.
Saya kata macam tulah,
orang lain saja boleh beri maklumbalas tentang diri kita,
Kita biasanya tak sedar pun.
.
Orang lain cermin diri kita,
Contoh kalau kawan atau guru kata rambut Fateh busuk,
Maka mungkin benarlah,
Sebab Fateh tak boleh bau sendiri.
.
Kalau kawan kata Fateh marah,
Fateh rasa tak,
Sebab Fateh fikir 'marah ialah dengan pukul sekali',
Tapi kawan dengar suara Fateh tegas dan dia pun ada persepsi dia sendiri,
Maka perlulah kita berubah pada gaya suara..
.
Jadi bersifat terbukalah,
Bersedia terima kritikan.
Okay?
.
Dia angguk.
.
-------------------
Kisah 2 :
Khairunnisa' (KN) nak campur kertas dia potong yang besar tu dengan bintang comel yang Mummy buat,
Masuk dalam botol.
(Kami buat projek bintang bintang di langit)
.
So bintang comel pun tak nampak lah.
.
Saya keluarkan kertas potongan besar,
tinggalkan bintang sahaja,
tanya KN:
.
"Nampak bintang comel tu? Cantik tak?"
.
"Nampak. Cantik!".
.
Okay, saya campur semula kertas potongan besar lain tu, dalam balang sama.
.
"Sekarang nampak bintang tak?"
"Taaak. Bintang dah tenggelam". (Kata KN dengan kosa kata yang mengagumkan hehe😅)
.
"Betul.
Jadi, benda baik dan tak baik,
tak boleh campur.
Bila campur, benda baik mudah tenggelam sebab benda tak baik tu pengaruh dia besar.
.
Macam Fateh, nanti besar bergaul, berkawanlah dengan kawan yang betul dan baik.
Jika tidak, 'bintang' potensi Fateh akan tenggelam. OK".
.
Faham tak faham Fateh separa faham, dan angguk jela hehe.😀😀😀
.
.
====================
Nota.
1. Bila ada situasi anak bercakap sesuatu, dan perlu dikaitkan dengan pelajaran kehidupan dia yang unik tersendiri tu, terus berikan pelajaran / mesej itu. Sebab ia 'fresh' dia tengah tanya dan 'engage' dalam situasi itu.
Macam Fateh sebelum ni meluah pada saya yang kawan kata dia marah sedangkan dia rasa tak, marah ialah dengan pukul sekali dan dia tak pukul orang. Saya kata maybe sebab suara Fateh tegas dan kelihatan marah. Macam sekarang ni. So marah juga ialah dari suara (verbal) dan atau pukul (perlakuan).
Guru pernah kata "Fateh, shampoo rambut" dengan muka serius seperti gurau.
Ayah Fateh selalu minta dia shampoo rambut sebab rambut dia berbau (dia kan rambut lebat hitam), dia pun shampoo la. Namun saya tak pernah rasa rambut dia ada bau semerbak ke apa 😂😂😂.
.
.
2. Biasanya dengan tunjuk metafora macam ni (bintang dalam balang) anak lebih jelas perbezaan depan mata dan boleh berfikir, boleh memilih, boleh buat keputusan dengan lebih tepat dan baik.
.
3. Ibubapalah yang merupakan guru kehidupan anak anak. Sentiasa didik dan bimbing dengan penuh kasih sayang, dengan kaitkan on the spot situasi mereka sewaktu MOOD BAIK dengan ISU MEREKA yang masih puzzle pada minda mereka saat mood baik itu.
.
4. Biasanya mood baik tu sebelum tidur, santai santai beraktiviti dah nak tidur dah .. Grounding Moment. 'Emas' sekali.
.
Maznah Ibrahim
=======
t.mazn.me/chan
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
