Anak yang masih belum matang (hingga usia lebih kurang 25 menurut pengkaji, yang mana barulah mereka boleh berfikir dengan lebih baik kerana pembentukan bahagian PFC prefrontal cortex nya sudah hampir penuh; -namun masih berbeza-beza ikut individu kerana pelbagai faktor),
masih memerlukan bimbingan berterusan,
bersekali dengan PELUANG untuk memperbaiki kesilapan,
kesilapan mereka dan kesilapan kita (apa maknanya bila anak kita buat silap? bermakna perlunya kita muhasabah diri kita),
dan bukannya hukuman jenis 'all or nothing'.
Saya sendiri pernah terguna kaedah 'all or nothing': kalau dulu, masa anak sulong kecil-kecil dulu, bila kecil hati dan sangat marah saya boleh berkata: Jangan cakap dengan mummy sampai bila-bila.
Cakap atau tak cakap.
Boleh cakap dengan mummy vs tak boleh bercakap dengan mummy, hmm eh tiada had hingga bila-bila? Apakah itu?
Bertuahnya saya ada suami yang selalu menegur dan mengingatkan.
Tidak sesuai sama sekali buat begitu, anak akan keliru, sebab otak mereka sendiri sudahlah memang hitam dan putih. Kalau tak bercakap dengan mummy, jadinya bagaimana? Endless, tiada penghujung.
Waduh...Terus saya buat u turn dan minta maaf serta beritahu perasaan sebenar saya (sangat marah), sebab ianya berlaku (lebih kepada diri sendiri dan aksi dia cuma trigger kita saja), dan boleh saja cakap dengan mummy :D.
Ha.. boleh bayangkan jika anak remaja kita buat silap besar dan kita buang dia ke tempat tertentu konon untuk melatih/membentuk peribadi, tetapi ia ibarat seperti 'dibuang negeri' lah, ke 'pulau'.
Dan apakah perasaan mereka bila tempoh sedang membesar, masih belajar itu, dan hormon sedang mencanak naik mencuba itu ini, meneroka itu ini, dan berbuat silap kerana pilihan tindakan tidak tepat, dan dalam masa dibuang terus dan duduk bersama orang lain, asing... tempat asing dan semua nya asing...
Sedih bukan? Lainlah bila diterima maafnya pastinya mereka happy dan sanggup terima konsekuens dan buat apa saja perkara yang perlu mereka lakukan (konsekuens=kesan dari tindakan silap mereka dan mereka bertanggungjawab untuk itu). Dan boleh jadi tinggal di satu tempat lain itu adalah konsekuens dia yang ada time limitnya namun selalu lah kita melawati mereka dan mendoakan mereka... kerana ada situasi ibu ayah sudah tidak mampu perbuat apa-apa lagi di dalam rumah dan itu pilihan terbaik ketika itu, tidak apa. Kita perbuat dengan usaha bukan elak tanggungjawab.
Maafkan dan kembalilah mendidik.
Mereka masih belum matang.
Hatta kita orang dewasa pun sangat ramai belum matang lagi emosinya, buat silap berulang kali, tersilap beli saham, labur sana sini, beli itu ini... apatah lagi anak kita sendiri.. nama pun remaja.
.
Persediaan untuk diri kita, menjawab 'di sana'.
ataupun menjawab kepada mereka yang telah dewasa dan 'membuang' atau 'ignore' kita pula,
namun ianya dalam keadaan sunyi sepi tanpa kata melainkan perbuatan yang menjauh diri dan mungkin terkasar kata bila bertemu.
.
Maafkan dan kembali ambil tanggungjawab, mendidik, dan ia tanggungjawab kita semua hingga kita mati. Ada sahamnya di situ, bila pelaburannya adalah untuk keseluruhan generasi dan circlenya, yang mana hidup tuanya kita adalah dalam era anak remaja ini adalah pemimpin dan pelaku ketika itu.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan